Tuesday, July 19, 2011

Nasihat dan Panduan Kesihatan

 

Amanat Doktor Raja- raja dahulu

Ketika seorang raja bertanya kepada doktornya, bagaimana cara menjaga kesihatan, maka jawapan dari doktor tersebut adalah seperti berikut ;

“Jangan kahwin kecuali yg masih muda.

Jangan makan daging kecuali yg masih segar.

Jangan minum ubat kecuali benar-benar sakit.

Jangan makan buah-buahan yg bukan pada musimnya.

Kunyahlah makanan sampai hancur/halus.

Tidur siang selepas makan tidak salah (tidak mengapa), tetapi  jangan tidur setelah makan malam kecuali terlebih dahlu berjalan-jalan paling kurang 50 langkah.

Jangan makan kecuali sesudah lapar. Jangan memaksa wanita untuk bersetubuh.

Jangan menahan-nahan membuang air kecil.

Jangan menambah makanan ketika perut masih penuh.

Jangan makan sesuatu yahg tidak dapat dikunyah oleh gigi kerana perut tidak dapat mencernakannya.

Sebaik-baik simpanan adalah darah dalam tubuh, maka jangan dibuang kecuali hanya diperlukan.

Rehatlah dengan tidur kerana ada beberapa penyakit yang dapat keluar dari tubuh melalui tidur.

Amanat Imam Syafie

Imam Syafie telah berpesan…

1. 4 perkara yang dapat menguatkan tubuh iaitu makan daging, mencium wangian/haruman, sering mandi dan memakai pakaian dari kapas (cotton).

2. 4 perkara yang melemahkan tubuh ialah terlalu banyak bersetubuh, terlalu banyak bersedih, terlalu banyak menelan air liur dan sering makan benda yang masam.

3. 4 perkara yang dapat mempertajamkan mata (penglihatan) iaitu duduk melihat Kaabah, menggunakan celak mata setiap malam, memandang benda yang hijau dan membersihkan tempat duduk.

4. 4 perkara yang menyebabkan kaburnya penglihatan ialah melihat benda yang kotor, melihat org disalib, selalu melihat kemaluan dan duduk membelakangi Kaabah.

5. 4 perkara yang dapat menambah kekuatan akal ialah meninggalkan perkara yg sia-sia, bersugi, sering menghadiri majlis org salih dan majlis para ulama’

[tweetmeme only_single="false"]