Friday, July 22, 2011

Tidur yang tidak membatalkan Wudhuk

 

image

Menurut ulamak Mazhab Hanafi dan Syafie, tidur yang membatalkan wudhuk ialah
     a) tidur yang tidak rapat papan punggung ke tempat duduk atau lantai, atau
     b) tidur mengiring, atau
     c) tidur bersandar, atau
     d) tidur meniarap,

kerana tidur meniarap dan seumpamanya di atas, boleh menyebabkan longlai kesemua sendinya. Oleh yang demikian, jika tidur dalam keadaan rapat papan punggungnya ke tempat duduk spt tanah atau lantai atau belakang haiwan, maka wuduknya tidak terbatal.

  Sementara  Tidur yang tidak membatalkan wudhuk ialah ;

1. Tidur dlm keadaan duduk yang tetap papan punggungnya.
2. Tidur dalam keadaan sujud.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْتَظِرُونَ الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ حَتَّى تَخْفِقَ رُءُوسُهُمْ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا يَتَوَضَّئُون

Dari Anas RA beliau berkata bahawa para sahabat Rasulullah SAW sedang menunggu solat Isya yang telah dilewatkan sehingga tersengguk-senguk kepala mereka (tertidur), kemudian mereka solat Isyak tanpa berwudhuk semula. Hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَامَ وَهُوَ سَاجِدٌ حَتَّى غَطَّ أَوْ نَفَخَ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نِمْتَ قَالَ إِنَّ الْوُضُوءَ لَا يَجِبُ إِلَّا عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًافَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُهُ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa beliau melihat Rasulullah SAW tidur dalam keadaan sujud sehingga  berdengkur  atau berkeruh, kemudian beliau lalu bangun dan solat. Lalu saya berkata : Ya Rasulullah SAW, engkau telah tidur.  Jawab baginda, Sessungguhnya wudhuk itu tidak wajib (diperbaharui) kecuali orang yang tidur mengiring sahaja, kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis riwayat at-Turmizi

لا يجب الوضوء على من نام جالسا أو قائما أو ساجدا حتى يضع جنبه فانه إذا وضع جنبه استرخت مفاصله.

Tidak wajib (diperbaharui) wudhuk ke atas org yang tidur dlm keadaan duduk atau sujud sehinggalah dia mengiring, kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis riwayat al-Baihaqi (Sunan Al-Kubra)

[tweetmeme only_single="false"]