Tuesday, July 26, 2011

WUDHUK

 

image

Perbuatan membasuh @ menyapu anggota badan tertentu dimulai dgn niat kerana Allah.

HUKUM : WAJIB  apabila hdk mengerjakan solat, tawaf, meyentuh al-Quran, sujud syukur @ sujud tilawah.

Firman Allah SWT ;

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu hendak mendirikan solat, basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu hingga ke siku, dan sapulah sebahagian drp kepala kamu, dan basuhlah kedua kaki kamu hingga ke buku lali”. Al-Maidah : 6

ANGGOTA WUDHUK

1. Muka
2. Kedua belah tangan hingga ke siku
3. Sebahagian kepala
4. Kedua belah kaki hingga ke buku lali

RUKUN WUDHUK

1. Niat – niat berwudhuk ketika air sampai ke muka.

 نَوَيْتُ رَفْعَ الحَدَثِ الأَصْغَرِ لِلّهِ تعالى

“Sahaja Aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”

2. Membasuh muka – bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu dan dari anak telinga kanan hinggga ke anak telinga kiri.
3. Membasuh tangan dari hujung jari hingga ke siku.
4. Menyapu sebahagian kepala.
5. Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib – melakukan semua rukun wudhuk mengikut susunannya.

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK

1. Keluar sesuatu drp qubul @ dubur spt air mani, kentut, air besar @ air kecil.
2. Bersentuh kulit di antara L dan P yang bukan mahram tanpa berlapik.
3. Hilang akal kerana mabuk @ pitam @ pengsan.
4. Menyentuh kemaluan manusia dgn tapak tangan tanpa berlapik.
5. Tidur yang tidak tetap punggungnya.

    Menurut ulamak Mazhab Hanafi dan Syafie, tidur yang membatalkan wudhuk ialah
     a) tidur yang tidak rapat papan punggung ke tempat duduk atau lantai, atau
     b) tidur mengiring, atau
     c) tidur bersandar, atau
     d) tidur meniarap,

kerana tidur meniarap dan seumpamanya di atas, boleh menyebabkan longlai kesemua sendinya. Oleh yang demikian, jika tidur dalam keadaan rapat papan punggungnya ke tempat duduk spt tanah atau lantai atau belakang haiwan, maka wuduknya tidak terbatal.

Sementara Tidur yang tidak membatalkan wudhuk ialah ;

1. Tidur dlm keadaan duduk yang tetap papan punggungnya.
2. Tidur dalam keadaan sujud.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْتَظِرُونَ الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ حَتَّى تَخْفِقَ رُءُوسُهُمْ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا يَتَوَضَّئُون

Dari Anas RA beliau berkata bahawa para sahabat Rasulullah SAW sedang menunggu solat Isya yang telah dilewatkan sehingga tersengguk-senguk kepala mereka (tertidur), kemudian mereka solat Isyak tanpa berwudhuk semula. Hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَامَ وَهُوَ سَاجِدٌ حَتَّى غَطَّ أَوْ نَفَخَ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نِمْتَ قَالَ إِنَّ الْوُضُوءَ لَا يَجِبُ إِلَّا عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًا فَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُهُ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa beliau melihat Rasulullah SAW tidur dalam keadaan sujud sehingga  berdengkur  atau berkeruh, kemudian beliau lalu bangun dan solat. Lalu saya berkata : Ya Rasulullah SAW, engkau telah tidur.  Jawab baginda, Sessungguhnya wudhuk itu tidak wajib (diperbaharui) kecuali orang yang tidur mengiring sahaja, kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis riwayat at-Turmizi

لا يجب الوضوء على من نام جالسا أو قائما أو ساجدا حتى يضع جنبه فانه إذا وضع جنبه استرخت مفاصله.

Tidak wajib (diperbaharui) wudhuk ke atas org yang tidur dlm keadaan duduk atau sujud sehinggalah dia mengiring, kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis riwayat al-Baihaqi (Sunan Al-Kubra)

PERKARA SUNAT KETIKA BERWUDHUK

1. Mulakan dgn membaca Basmalah.
2. Mengadap kiblat.
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan.
4. Berkumur-kumur.
5. Memasukkan air ke dlm hidung dan mengeluarkannya semula.
6. Menyapu keseluruhan kepala.
7. Membasuh kedua-dua belah telinga.
8. Mengosok celah jari tangan dan jari kaki.
9. Berturut-turut antara satu dgn lain.
10. Mengulang 3 kali setiap perbuatan.
11. Mendahulukan anggota sebelah kanan dari anggota sebelah kiri.
12. Berdoa selepas berwudhuk.

PERKARA MAKRUH KETIKA BERWUDHUK

1. Membasuh anggota wudhuk lebih dari 3 kali.

Menggunakan air dengan kadar yang melebihi keperluan syarak atau melebihi kadar yang mencukupi. Contohnya dia telah membasuh muka melebihi 3 kali. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegur Saad ketika beliau sdang berwudhuk.

 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ  أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِسَعْدٍ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ فَقَالَ مَا هَذَا السَّرَفُ يَا سَعْدُ قَالَ أَفِي الْوُضُوءِ سَرَفٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهْرٍ جَارٍ

Dari Abdullah bin Amru bin Al-As bahawa Rasulullah SAW lalu berdekatan Saad yang sedang berwudhuk. Lalu Rasulullah SAW berkata ; Pembaziran jenis apa ini, wahai Saad ? Maka Saad berkata : Dalam wudukpun ada pembaziran ? Rasulullah SAW menjawab : Ya, walaupun kamu berwuduk dalam sungai yang sedang mengalir.
Hadis Riwayat Ibnu Majah  dan Ahmad.

2. Mendahulukan anggota sebelah kiri dari anggota sebelah kanan.
3. Berkumur-kumur @ memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan bagi yang berpuasa.
4. Bercakap ketika berwudhuk.

[tweetmeme only_single="false"]