Thursday, August 18, 2011

4 Tips Menelaah al-Qur’an


[1] Penulis menggunakan perkataan “sekadar mampu” berdasarkan hadis berikut yang bermaksud: “Orang yang membaca al-Qur’an dan dia mahir dengan bacaannya itu, maka dia beserta para malaikat yang mulia lagi taat. Sedangkan orang yang membaca al-Qur’an dengan tersekat-sekat dan terasa sukar baginya maka dia mendapat dua pahala.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, rujuk Riyadhus-Shalihin oleh al-Nawawi (diteliti dan disemak hadisnya oleh Syu ‘aib al-Arna’uth, Dar al-Ma’mun, Riyadh 1996) – hadis no: 994.]

Hadis ini adalah penting untuk membetulkan salah faham masyarakat yang amat takut membaca al-Qur’an dengan alasan tajwid mereka tidak sempurna dan bacaan tidak lancar. Yang benar, asalkan seseorang itu berusaha dan berlatih membaca al-Qur’an maka Allah akan memberinya dua pahala, satu kerana membaca dan kedua kerana berusaha untuk memperbetulkan bacaannya. Selagi seseorang itu tidak berusaha dan berlatih maka selagi itulah dia tidak akan dapat membaca al-Qur’an dengan betul dan lancar.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 817 (Kitab solat orang musafir dan mengqasarkannya, Bab keutamaan orang yang bertindak berdasarkan al-Qur’an dan mengajarnya)]

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh Mahmud Muhammad Mahmud dalam semakannya ke atas kitab Sunan Ibn Majah – hadis no: 215 (Muqaddimah, Bab keutamaan belajar al-Qur’an dan mengajarkannya).

[4] Perlu dibezakan antara orang munafik dan ciri-ciri munafik. Orang munafik ialah mereka yang berpura-pura menampakkan keislaman secara zahir mereka padahal hati mereka kafir terhadap Islam. Di sebalik Islam yang mereka zahirkan, terserlah perbuatan munafik. Ciri-ciri munafik ialah orang yang memiliki sebahagian daripada perbuatan munafik pada zahirnya tetapi hati mereka beriman kepada Islam. Perbuatan munafik tersebut wujud mungkin kerana kejahilannya, salah fahamnya atau sesuatu yang tidak disengajainya. Walaubagaimanapun perbuatan munafik tersebut wajib dihindarinya secepat mungkin kerana dibimbangi ia akan mempengaruhi hatinya satu hari nanti.

Orang munafik secara pasti memiliki ciri-ciri munafik tetapi orang yang memiliki ciri-ciri munafik tidak secara pasti merupakan orang munafik.