Suasana Kebuluran di Afrika Timur
Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan. Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.
Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar
setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Bersyukurlah kita yang berada di Malaysia negara yang makmur dan aman damai. Kita bebas untuk makan apa sahaja dan bebas untuk kemana-mana. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Jom kita tengok gambar-gambar keadaan mereka di sana. Sumber daripada theatlantic.com.
Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg
Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air.
Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh.
Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.
Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowd Turkana, Kenya.
Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.
Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di
jadikan sebagai kayu api.
Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan
makanan di Lolkuta, Wajir.
Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang
mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.
Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya.
Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.
Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley.
Tin makanan yang telah di gunakan dari USA
Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia
Keadaan haiwan ternakan di sana.
Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan
mengikut amalan tradisi orang Somalia
Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang
di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011
Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan
tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.
Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas.
Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011
Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.
Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.
Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.
Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia.
Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)
Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011.
Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011.
Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.
Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.
Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.
Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011.
Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana
kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak
membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa
ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana.
Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara
mereka beragama Islam. Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk
merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin
membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang
tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada
bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka
tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan
kongsikan dengan rakan-rakan anda.