Monday, August 22, 2011
PEMBUKA PINTU SYURGA
Tidak seperti kebiasaannya, hari itu Ali bin Abi Talib pulang lebih awal menjelang Asar.Fatimah binti Rasulullah menyambut kepulangansuaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan harapan Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah lebih besar.Sesudah melepaskan lelah,Ali berkata kepada Fatimah,”Maaf sayangku,kali ini aku tidak membawa sedikit wang pun.”
Fatimah menjawab sambil tersenyum,”Bukankah yang mengatur rezeki itu tidaklah orang yang di pasar, bukan?Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Taala.’ ”Terima kasih’,jawab Ali dengan perasaan terharu kerana tawakkal dan redha yang dimiliki oleh isterinya meskipun semua barang dapur sudah kehabisan.Ali lalu berangkat menuju ke masjid untuk menunaikan solat jemaah.
Sepulangnya dari sembahyang,di tengah jalan dia ditahan oleh seorang tua.”Maaf anak muda,betulkah engkau Ali anak Abu Talib?Ali menjawab , “Ya..kenapa tuan?’
Orang tua itu menyeluk sakunya seraya menjawab , “Dahulu ayahmu pernah menyamak kulit.Aku belum sempat membayar wang upahnya,namun ayahmu sudah meninggal.Jadi terimalah wang ini memandangkan engkau adalah ahli warisnya.”
Dengan perasaan gembira, Ali mengambil haknya dari orang tua itu sebanyak 30 dinar.Fatimah sangat gembira memperolehi rezeki yang tidak disangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu.Fatimah menyuruh Ali membelanjakan wang tersebut untuk keperluan mereka pada hari berkenaan.
Ali pun bergegas menuju ke pasar.Sebelum masuk ke dalam pasar, dia melihat seorang faqir menadahkan tangan sambil berkata ,”Siapakah yang mahu menginfaqkan hartanya kepada Allah,bersedekahlah kepada saya,seorang musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan.”
Tanpa berfikir panjang ,Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.Sekembalinya ke rumah, Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa.Ali menerangkan peristiwa yang baru sahaja dialaminya.
Fatimah masih dengan senyumnya sambil berkata,”Keputusan kanda adalah apa yang saya akan lakukan juga seandainya saya mengalaminya.Lebih baik kita menginfaqkan harta ke jalan Allah daripada bersifat bakhil yang dimurkaiNya dan menutup pintu syurga buat kita.
(75 Kisah Benar Dalam Hidup Nabi,Sahabat & Tokoh Islam/Mohd Najib & Nasir Ahmad)