Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University .
- 1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!
- 2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!
- 3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.
- 4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.
- 5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.
- 6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.
- 7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.
- 8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.
- 9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.
- 10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.
- 11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.
- 12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.
- 13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.
- 14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.
- 15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.
Sama-sama kita doakan agar pemimpin dunia Islam bersatu menyelesaikan Isu Palestine, Syria, Rohingya dengan lebih konkrit dan bertindak seperti yang diperkatakan. Ingatlah, umat Islam itu laksana 1 badan. Andai kaki berasa sakit, 1 badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza menderita kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit menyatakan sokongan. Berdoalah.. Berdoalah.. Berdoalah..
Terjemahan ucapan Erdogan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil