WANITA adalah insan istimewa yang diciptakan Allah untuk kaum Adam. Islam memberikan darjat tersendiri kepada kaum wanita dalam banyak perkara.
Keistimewaan itu menunjukkan bahawa Islam meletakkan kaum Hawa pada darjatnya yang tiada pada kaum Adam.
Banyak hadis yang menyebut mengenai keistimewaan itu, di antaranya BR>
l Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal itu, baginda menjawab : Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
l Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah (memohon ampun) malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
l Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
l Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
l Apabila seorang wanita melahirkan anak, lalu disusui dari puting buah dadanya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
l Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
l Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
l Sesiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
l Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dulu daripada suaminya (10,000 tahun).
l Wanita yang bersembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.
l Wanita baik itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang salih.
l Aisyah berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, Suaminya. Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah, Ibunya.
l Apabila memanggil akan engkau ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.
l Wanita yang taat suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga diri, sembahyang dan puasanya.
l Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Daripada Aisyah : Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.