Wednesday, April 20, 2011

Tidak ada sesuatu yang dijadikan sia-sia

 

Selaras dengan itu,Allah telah menerangkan dalam kitabNya tentang sisi lain hikmah undang-undang delektika ini,iaitu kewujudan keseimbangan dan kestabilan yang diistilahkan sebagai"jalan lurus"
Ia bermaksud jalan tengah adil seimbang antara dua lawan,yakni yang tidak kurang dan tidak lebih.

Sebagai contoh,marilah kita renungi ayat 67 didalam surah al-Furqan yang mafhumnya.
"Dan orang-orang yang membelanjakan(hartanya)tanpa berlebih-lebihan dan tiada pula kikir,melainkan pertengahan antara keduanya."

Juga dalam surah al-Baqarah:143,pertengahan,supaya kamu menjadi saksi di atas (perbuatan)manusia."

Pertengahan adil yang dimaksudkan didalam Islam bukanlah hanya pertengahan antara kedua kadar seperti yang terdapat dalam ilmu matematik,akan tetapi ia merupakan pertengahan kontroversi yang dipilih.Umpamanya,sikap dermawan.Ia bukanlah pertengahan yang dihitung antara kikir dan boros.

Sebaliknya,ia merupakan pertengahan selektif yang berhasil dari gandingan mantap antara yang terbaik dalam sifat keborosan,yang kemudiannya dihiasi dengan nilai-nilai yang lain seperti berakal,jujur dan pandai memilih.Begitulah sunatullah,sebagaimana firmanNya dalam surah Fathir:43,
"Maka tiada kamu dapati sunnah Allah itu bertukar ganti,dan tiada kamu temukan sunnah Allah itu berubah-ubah."

Sunnatullah yang bakal fana(binasa)apabila tiba masanya nanti.Ini yang difirmankanNya didalam surah al-Qashash:88.

"Janganlah engkau sembah Tuhan yang lain,bersama Allah,tidak ada Tuhan melainkan Dia.Tiap-tiap sesuatu akan binasa,kecuali zatNya.Baginya hukum(keputusan)dan kepadaNya kamu dikembalikan."

Ringkasnya,dunia merupakan tempat persinggahan manusia yang boleh diumpamakan sebagai"dewan peperiksaan".Oleh itu,tidak hairanlah mengapa setiap sesuatu yang baik itu pasti ada saingan dan cabarannya.Sesungguhnya tiadalah sesuatu itu dijadikan sia-sia melainkan pasti ada hikmat dan rahmat disebalik kejadiannya.

Undang-Undang Delektika
Ia merupakan kanun alam yang pada adatnya,didunia ini perlu ada yang kuat dan yang lemah.kebiasaannya pihak yang kuat yang tidak disaingi oleh mana-mana kekuatan yang setanding dengannya yang menyebabkan penindasan ke atas puak yang lemah.

Wallahualam.

Rujukan:Sekelumit rahsia al-Quran.

[tweetmeme only_single="false"]