Sabda Rasulullah "Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah"
Mithali bermaksud "baik, boleh dicontohi, solehah.." (mithali berasal dari perkataan misal iaitu contoh)
Wanita Mithali
1. Mithali bermaksud "baik, boleh dicontohi, solehah.." (mithali berasal dari perkataan misal iaitu contoh)
2. Rasullullah s.a.w. bersabda "Dunia ini baik tetapi yang paling baik ialah isteri solehah"
3. Isteri yang menyediakan minuman dan memberi suami minum dapat pahala seperti solat malam.
4. Di dalam Al-Quran ada banyak gambaran tentang isteri solehah dan kita di zaman moden ni kena apply according to perubahan masa. Yang penting ialah intipati isteri solehah. Antara gambarn-gambarn itu ialah :
(a) Khadijah isteri Rasul Allah : membantu Rasul Allah dalam kewangan
(b) Aisyah : kelebihannya ialah beliau kreatif, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan pandai menghibur Rasul Allah. Pernah pada suatu masa Rasul Allah jatuh sakit, Saidatina Aisyah mengubat baginda. Baginda Rasul Allah bertanya : Ya Aisyah, bagaimana tuan hamba tahu mengubati saya?" jawab Saidatina "Aisyah " Ya Rasul Allah, saya belajar tentang ubat-ubat herba ini dari orang-orang yang datang berjumpa kamu".
5. Rasul Allah bersabda ; "Wanita amat mudah memasuki syurga.
Sekiranya kamu
(a) mengerjakan sembahyang 5 waktu
(b) berpuasa di bulan Ramadhan
(c)mentaati suami
(d) menjaga kehormatan diri Allah menjamin kamu masuk syurga dari pintu mana yang kamu suka."
6. Selain daripada 4 perkara di atas, isteri mithali juga mesti
memastikan bahawa tanggung jawab diri sendiri sudah dilaksanakan seperti jaga kebersihan diri, jaga sembahyang, pastikan kiraan haid betul supaya tahu bila nak bersuci, begitu juga dengan kiraan nifas dan tatarias diri. Selepas mandi hadas besar setelah bersuci dari haid & nifas, wanita perlu ambil minyak wangi dengan kapas dan menyapu minyak wangi tersebut di tempat keluar haid dan nifas. Ini ajaran Rasul Allah s.a.w.
7. Wanita juga perlu ada inisiatif untuk mencari ilmu, tidak perlu tunggu suami. Rasul Allah bersabda : Wanita yang paling baik ialah wanita Ansar yang tahu menunggang unta dan dalam masa yang sama tidak malu untuk mencari ilmu".
Bagi wanita di zaman sekarang , unta itu ibarat kereta (kenderaan). Wanita boleh cari pendapatan sendiri supaya boleh membantu suami seperti Saidatina Khadijah dan dapat bersedekah dengan wang pendapatannya.
8. Wanita mesti tahu menjaga kehormatan diri. Selain dari menjaga kehormatan , wanita juga perlu tahu kemampuan diri. Contohnya, katalah suami inginkan ramai anak, sebagai isteri wanita sanggup melahirkannya. Tapi selalunya wanita yang telah melahirkan anak yang ramai akan kelihatan cepat tua. Si suami pula, bila dah macam tu suka cari yang lain. Kasihan wanita. Justeru itu, wanita juga berhak membuat keputusan, bukan suami sahaja. Dia mesti tahu kemampuan kesihatannya.
Bagi pasangan zaman sekarang, ramai yang pergi bekerja & berjumpa dengan orang lain di tempat kerja. Pada masa inilah iman perlu kuat. Suami perlu tahu kehendak isteri dan isteri perlu tahu kehendak suami supaya masing-masing tidak mencari yang lain. Contohnya, bila tiba harijadi isteri, suami tak beri apa-apa pun, ucapan pun tidak tapi Boss di tempat kerja beri hadiah dan kawan-kawan belanja makan. Si isteri gembira dapat perhatian dari orang lain. Jadi, si isteri ,mungkin lebih sayangkan Boss daripada suami.
Kita perlu yakin dan percaya bahawa setiap sesuatu ada kebaikan. Jangan bandingkan suami kita dengan orang lain, i.e. suami si polan tu rajin tolong bini dia masak tapi abang tak...dan macam-macam lagi. Mana tahu suami si polan tu suka membebel pula dan suami kita tidak ...janganlah sampai suami kita membandingkan kita dengan isteri orang atau wanita lain...buruk akibatnya...
Dalam peristiwa Isra' & Mi'raj ini, golongan lelaki & perempuan yang tak pandai jaga kehormatan diri di panggil " orang-orang yang memakan daging haram". Contohnya : suami yang ada affair dengan isteri orang dan sebaliknya.
9. Dalam surah Al-Imraan, Allah dah menerangkan bahawa lumrah lelaki ialah mereka memang sukakan wanita. Justeru itu isteri mesti pandai menjaga hati suami.
10. Jangan dibuai rasa sunyi. Sekiranya suami pergi outstation lama-lama, si isteri mesti pandai mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti2 berkumpulan seperti berpersatuan dan sebagainya. Jangan disebabkan rasa sunyi kita akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.
11. Taat pada suami. Rasul Allah berkata; "Inilah yang paling susah" Sebagai contoh, sekiranya suami marahkan anak, si isteri janganlah menyebelahi anak dan memalukan suami di hadapan anak. Pernah suatu masa dahulu, Saidatina Aisyah sudah menjahit langsir dan digantung di jendela. Bila Rasulallah pulang, Baginda berkata pada Aisyah " Wahai Aisyah, bukankah kain itu lebih baik dibuat bantal?" Tanpa berlengah, Saidatina Aisyah terus turunkan langsir itu dan memotong kain langsir tersebut untuk dijadikan bantal.
12. Suami dan isteri tidak perlu berkira tentang soal peranan. takut nanti masing-masing akan menyalahkan satu sama lain. Suami isteri haruslah bertaqwa. Rasul Allah bersabda : "Saling memaafkanlah di antara kamu kerana itu lebih hampir kepada ketaqwaan".
13. Isteri perlu dapat sokongan dari suami untuk menjadi isteri solehah. jangan nakkan isteri baik tapi suami tidak berperangai sepatutnya. Walaupun begitu, ada di dalam Al Quran tentang isteri beriman tetapi suaminya tidak. Contohnya Asiah isteri Firaun. Di situasi begini, si isteri perlu membimbing suami, sentiasa bersabar dan yakin pertolongan Allah akan tiba. Sentiasalah berdoa dan percayalah bahawa setiap orang ada kelebihannya masing-masing.
Allah telah berjanji " Manusia ini lemah, bagaimana sombongnya dia, ada satu titik kelemahan padanya". Yakinlah bahawa Allah akan mengubah suami yang tinggi egonya, sombong. Lelaki perlu ada ego tapi tidak boleh keterlaluan. Ego itu perlu seperti. cemburu melihat isteri bergaul bebas dengan bukan muhrim. kalau tiada perasaan ini, suami itu tiada sifat kelelakian. Janganlah jadi dayus.
1. Rasul Allah bersabda, lebih kurang maksudnya :
" Sekali kita berbuat baik, tidak diingati tetapi sekali kita berbuat jahat, akan diingat selamanya".
"Seorang bertanya : Ya Rasul Allah, apakah itu agama? Agama itu ialah jangan marah ."
" Kepada lelaki yang nak berkahwin, kahwinlah dengan wanita yang boleh beranak kerana dia pandai berkasih sayang. Sekiranya dia tidak boleh beranak, carilah yang pandai menyayangi".
2. Wanita perlu pandai menjaga diri hingga ke usia tua.
3. Ayat Al-Quran yang menerangkan kedudukan wanita ketika usia menopause ialah An-Nur : 60. Di dalam ayat ini diterangkan bahawa wanita hendaklah menjaga kelakuan mereka supaya mereka sopan. jalinkan kemesraan bersama suami dan lakukan aktiviti-aktiviti bersama-sama.
4. Hadith Rasul Allah s.a.w. : "Mana-mana isteri yang melayan kehendak kelamin suami akan mendapat pahala seperti sembahyang malam."
5. Isteri mestilah mendapat redha suami, sokongan dan persetujuannya. Mesti pandai tunjukkan kasih sayang, pabila disuruh ia taat dan pastikan rezeki di rumah itu adalah dari sumber yang halal. Rabi'atul 'Adawiyah pernah berkata kepada ayahnya :" Aku sanggup berlapar dari makan makanan yang haram."
Perkara yang paling penting ialah mendapat keberkatan dari rezeki yang sedikit tetapi mencukupi, bukan yang banyak tetapi tidak mencukupi.
Perkara-perkara yang menghalang dari menjadi mithali :
1. Terlalu cemburukan suami
2. Mengabai hak suami
3. Mengelak hubungan kelamin tanpa sebab.
4. Tidak mahu menemankan suami tidur.
5. Bergaduh tentang perkara yang kecil, remeh temeh.
6. Isteri yang baik ialah isteri yang mahu kebaikan untuk suami. Suami sepatutnya menjadi Imam dan isteri pendokong kepada suami. Sebenarnya, di setiap kejayaan sebuah rumahtangga, di belakangnya ialah seorang isteri.
Perlu berjihad di dalam rumahtangga, berkorban untuk kebahagiaan rumah tangga.
Suami & Isteri perlulah sentiasa berpesan di antara satu sama lain untuk mengingati Allah dan bertaqwalah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah kerana doa itu penting.
Ianya adalah senjata orang mukmin. Berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain, berkasih sayang, redha dan bersyukur selalu kepada Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"He encompasses all things in knowledge."
(At-Talaq : 12)
-Disebalik senyuman dan wajah tenang seorang wanita.hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala gundah di hatinya,segala derita yang ditanggungnya.Rela disimpan sendiri kerana apa yang ingin dipersembahkan hanyalah wajah yang penuh ketenangan,walau hati ditimpa seribu duka.hanya Allah jualah tempatnya mengadu.