Saya sudah lama tinggal Baghdad. Suatu hari ada sebuah rumah yang roboh dan perlu dibaikkan secepatnya. Saya pun menuju pergi ke suatu tempat dimana biasanya terdapat para pekerja yang menunggu pekerjaan. Saya tiba disana dan mencari cari pekerja yang rajin dan bagus. Maka saya tertarik kepada seorang anak berumur kira kira dua belas tahun. Ia kelihatan tampan namun agak kurus sedikit tubuhnya.
Sebahagian orang salih bercerita :
Saya sudah lama tinggal Baghdad . Suatu hari ada sebuah rumah yang roboh dan perlu dibaikkan secepatnya. Saya pun menuju pergi kesuatu tempat dimana biasanya terdapat para pekerja yang menunggu
pekerjaan. Saya tiba disana dan mencari cari pekerja yang rajin dan
bagus. Maka saya tertarik kepada seorang anak berumur kira kira dua
belas tahun. Ia kelihatan tampan namun agak kurus sedikit tubuhnya. Bila saya megamati amatinya dan ia pun bertanya :
Adakah tuan memerlukan tenaga untuk bekerja ? dia bertanya kepada
ku. Benar, saya memerlukan tenaga untuk membantu ku. Mahukah
engkau bekerja dengan ku pada hari ini ? saya menjawab pertanyanya.
Saya bersedia untuk bekerja, tetepi dengan beberapa syarat,
jawabnya. Syarat apakah itu ?
Gaji ku dalam sehari satu dirham, dan bila datang waktu shalat,
izinkanlah saya shalat berjemaah. Nah itulah syaratnya ! jawab anak
muda itu. Itu sajakah ? Saya , itu saja, jawab nya lagi.
Baiklah, saya terima syarat itu, tegas ku kepadanya. Anak muda itu
lalu bekerja dengan memuaskan, hasilnya cukup mengembirakan. Dia
tidak tahu mencuri tulang, atau mengeliat dengan mencuri masa. Di
waktu pagi, bila saya berikannya makanan untuk sarapan, ia menolak
dengan alasan bahwa dia sedang berpuasa.
Pada shalat Zohor, saya benarkan ia pergi berjemaah, kemudian ia
kembali semula untuk meneruskan pekerjaannya sehingga menjelang waktu
Asar, maka ia pun pergi lagi untuk shalat Asar berjemaah pula,
kemudian ia kembali lagi dan bekerja lagi sampai menjelang waktu
Maghrib. Saya lihat anak muda ini bukan saja tekun dalam kerjanya,
namun dia tidak berhenti bekerja, melainkan sesudah masuk waktu
Maghrib, di mana dia akan membuka puasanya.
Mana orang boleh tahan seperti itu. Sudahlah terus menerus bekerja,
dia berpuasa pula. Saya merasa kasihan kepadanya, lalu saya
mendatanginya dan melarangnya bekerja, terlampau sangat. Jangan
bekarja terlalu banyak dan sampai Maghrib, kata ku menyuruhnya
berhenti bekerja. Dia tersenyum, lalu menjawab : Memang saya biasa
jika bekerja sampai menjelang waktu Maghrib, jawabnya bersahaja saja.
Bukan saya tak suka kau bekerja kuat, tapi kasihatlah sedikit pada
diri mu itu, saya menasihatinya. Terima kasih, tuan , jawabnya lagi.
Setelah selesai kerjanya dia terus mengerjakan shatlat Maghrib.
Kemudian saya datang kepadanya dan menyerahkan gajinya, iaitu
sebanyak dua dirham, meski pun janji kita dulu hanya satu dirham.
Menagapa dua dirham ? dia bertanya ku . Sebab engkau telah bekerja
sampai malam, dan perkerjaan mu cukup memuaskan dan bagus sekali,
saya suka , kerana itu saya bayar tambahan satu dirham lagi, kata ku
kepadanya. Tak boleh, kita harus menepati syarat yang telah kita
setujui. Saya hairan mengapa dia tidak mahu menerima upahan yang
lebih, kalau orang lain mesti diangapnya bodoh.Tak boleh, kau mesti
ambil yang lebih ini !perintah ku dengan suara yang keras sedikit.
Bukan saya tak mahu, tapi saya tak boleh menerimanya, kerana ini
adalah menyalahi syarat dan janji, jawab anak muda itu lagi. Anak
muda itu kemudian pergi dari situ dan meninggalkan aku. Saya sudah
tidak pedulikanya lagi kerana dia menolak juga tambahan yang saya
berikan kepadanya itu. Biarkan lah dia sudah, kata hati ku. Suka
dialah.
Bila menjelang pagi, saya lihat dia tidak datang lagi ketempat ku
untuk bekerja. Dimana dia anak muda itu ? mengapa dia tidak
datang. Barang kali dia marah, bila saya hendak memaksanya menerima
upah yang lebih itu ? Saya pun pergi mencari ditempat nya yang
semula, namun saya tidak menemukannya disitu. Saya bertanya teman
temannya, maka saya diberitahu bahwa anak muda itu hanya datang
ketempatnya pada hari Sabtu saja.
Ajaib ! dimana dia pergi hari hari yang lain ? Pada hari Sabtu yang
berikutnya, saya kembali mencarinya lagi. Memang benar, anak muda
itu ada ditempatnya. Saya mengajaknya untuk bekerja kembali dengan
syarat yang sama seperti dahulu. Dia datang dan bekerja dengan
sungguh sungguh dan giat, seperti sebelumnya, sekali pun ia tetap
dalam keadaan berpuasa.
Bila saya bertanya kepadanya tentang hari hari lainnya, dimana dia .
Dia enggan memberitahu, dan saya tidak mahu memaksanya, mana tahu dia
tidak suka. Pada hari sabtu ketiga, saya datang mencarinya, ditempat
itu, tetapi dia tidak ada ditempatnya yang biasa. Temannya
memberitahu bahwa ia sedang sakit di sebuah gubuk yang ditumpangkan
oleh orang. Saya merasa kasihan kepadanya, bila mendangar dia sedang
sakit. Orang dagang rupanya dia, tidak punya rumah tetap.
Saya pun pergi untuk menziarahinya, dan saya dapatinya sedang dia
telentang diatas tanah tampa tikar dan bantal. Semakin sedih hati
melihat keadaannya yang cukup miskin itu. Namun dia tetap begitu
juga, tidak terkesan oleh keadaannya yang sungguh menyayat hati
itu. Malah kelihatan wajahnya lebih bercahaya dari biasanya.
Anak ku! Kata ku. Apa khabar mu ?
Syukur Alhamdullilah, Cuma saya sakit sedikit, jawabnya. Ada sesuatu
yang perlu saya tolong ? saya mempelawanya untuk membantu apa pun,
jika dia mahu. Ya, kebetulan sekali, memang ada, jawabnya lagi. Apa
dia? Tanya ku ingin tahu.
Besok pagi waktu dhuha datang lah kemari, jika tuan dapati saya sudah
mati disini, tolonglah mandikan saya, bungkuslah saya dengan baju ku
ini, lalu shalatilah saya dan kuburkanlah saya ditempat ini, semua
itu hendaklah tuan mengerjakan nya sendirian saja ! Setelah itu
robeklah saku baju saya ini, ambil isinya lalu pergilah keistana
Khalifah Harun Al Rasyid, dan tunjukkan barang itu kepada beliau.
Itulah saja pesanan saya kepada tuan. Dan jangan lupa menyampaikan
salam saya kepada beliau, dan semoga Allah membalas segala kebaikkan
tuan.
Mendengar keterangan anak muda itu, saya hairan sekali. Siapa dia
sebenarnya kepada Khalifah Harun Al Rasyid. Apa ada kait mengaitnya
dia dengan khalifah itu, sehingga kematiannya mesti dilapurkan kepada
beliau ?
Siapa sebenarnya anak ini ? Tanya ku ingin keterangan . Saya hamba
Allah ! jawabnya.
Saya terus memerhatikan wajahnya dengan penuh tanda tanya. Ingat,
jangan lupa apa yang saya pesan tadi, tegasnya lagi. Biklah jawab ku
pendek.
Kemudian saya pun pergi dari situ meninggalkannya. Pada pagi
besoknya saya pergi ke gubuk itu, ternyata memang benarlah anak muda
itu telah mati, wajahnya semakin bercahaya dan bibirnya pula
tersenyum gembira. Saya pun segera memandikannya dan membungkus
mayatnya dengan bajunya, dimana saya terlebih dahulu merobek sakunya,
dan saya dapati didalamnya ada sebuah permata besar, yang tentu
sekali, sangat mahal harganya.
Sesudah itu saya menshalatinya dan menguburkannya berdekatan dengan
gubuk itu. Kemudian saya tafakur sebentar menggingatkan pertemuan
anak muda itu dengan ku, dan bagaimana jujurnya dia dalam tindak
tanduknya. Tentulah dia seorang wali yang besar, yang ramai orang
tidak tahu. Kemudian saya pun meninggalkan tempat itu kembali
kerumah ku.
Untuk beberapa hari saya memikirkan, bagaimana saya dapat sampaikan
barang amanat yang berharga itu kepada tuannya. Saya fakir fakir
caranya , sehingga saya teringat bahwa Khalifah Harun Al Rasyid kerap
melewati suatu tempat untuk melihat lihat sekitaran pasar. Maka saya
pun menungu disitu beberapa hari, sehingga pada suatu hari benarlah
Khalifah Harun Al Rasyid sedang melalui disitu diatas tunggannya.
Tuan ku !! jerit ku. Semua pengawalnya terkejut dan cuba menghadang
ku dari sampai kepada Khalifah Al Rasyid . Mujur Khalifah menunjuk
supaya saya dibenarkan datang menghampirinya.
Tuan ku ! Saya ada suatu amanat untuk Tuan ku, kata ku dengan penuh
hormat. Apa dia Tanya Khalifah. Saya pun tunjukkan kepadanya
permata itu. Melihat permata tersebut, dengan tidak disangka sangka
lagi, Khalifah Al Rasyid menjerit sekuat suara, lalu pingsan. Para
pengawal ribut satu dengan yang lain, bila melihat Khalifahnya
pingsan. Saya lalu ditangkap, untung Khalifah segera sedar, saya pun
dilepaskannya.
Saya diperitah oleh khalifah untuk mengikutnya keistana. Rupanya dia
tidak jadi hendak meneruskan pesiarannya. Tentulah pekara permata
ini sangat penting sekali kepada Kalifah itu.
Apabila di istana, saya ditanya oleh Khalifah : Dimana kau dapat
permata ini ? Tanya Khalifah. Hamba diberikan oleh seorang anak muda
yang pernah bekerja dengan saya, Tuan ku, jawab ku dengan penuh
hormat. Baiklah, dimana dia sekarang ? Tanya Khalifah lagi. Dia
sudah meninggal dunia? Ya, Tuan ku.
Innaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raji'uun, ucap Khalifah. Benar ?
benar , Tuan ku . Saya yang menyelenggarakan mayatnya, terang ku
dengan takut dan bimbang , kerana saya lihat Khalifah berubah mukanya
kerana sedih. Aduh ! keluh Khalifah, kemudian dia menangis. Saya
tunduk takut dan bimbang sekali. Apa rahsia permata ini ? Janganlah
kerananya saya dihukum Khalifah pula. Nampaknya dia terlalu sedih.
Saya berdiri disitu tegak menunggu soalan berikutnya daripada
Khalifah, sedang pengawal pengawalnya mengelilingi ku menjaga jangan
sampai saya cuba melarikan diri, agaknya.
Setelah Khalifah Harun Al Rasyid tenang semula, dia lalu menyatakan
kepada ku dengan suara yang rendah penuh sedih. Cuba kau ceritakan
kepada ku, bagaimana kau menemui pemilik permata in ? sambil
menunjukkan kepada permata yang ditangannya itu. Saya pun
menceritakan segala galanya tentang anak muda itu kepada Khalifah Al
Rasyid , dan beliau mendengarnya dengan tenang, dan kadang kadang
meleleh air matanya. Setelah selesai cerita ku kepada nya, saya
dengar katanya :
Berbahagilah anak ku ! Ketahuilah, wahai anak ku. Aku sungguh
menyesal atas apa yang berlaku keatas diri mu ! Kemudian Khalifah
memanggil sesaorang dari dalam istana itu. Tidak lama kemudian
datang seorang wanita yang agak setengah umur. Melihat saya ada
disitu, dia kemudian mengundurkan dirinya semula, tetapi Khalifah
Harun Ar Rasyid mengisyaratkan supaya dia maju dan duduk
disampingnya. Kemudian Khalifah menunjukkan permata itu.
Begitu ia melihat permata itu, wanita itu pun menjerit dan jatuh
pingsan. Setelahia sedar semula, ia bertanya : Wahai paduka !
Bagaimana paduka dapat permata ini ? Khalifah lalu menoleh kepada
ku seraya berkata : Ceritakanlah apa yang kau ceritakan kepada ku
tadi ! saya pun memceritakan sekali lagi apa yang berlaku diantara
aku dengan anak muda itu, satu persatu, sehingga selesai. Sambil
mendengar cerita ku itu, sambil menangis wanita itu. Kemudian dia
lalu menjerit :
Oh anak ku ! Oh buah hati ku! Betapa rindu ibu kepada mu selama
ini. Oh alangkah bahagianya aku, jika engkau berada di samping ku.
Aku dapat memberi mu makanan dan minuman, dan aku dapat menjaga mu, dan merawat mu..
Khalifah Harun Al Rasid kemudian berkata kepada ku :
Terima kasih banyak kerana kau telah kembalikan amanat ini kepada
ku. Bukan itu saja, bahkan kau telah membawa berita kepada ku
tentang anak ku yang menghilangkan diri itu. Dia adalah anak ku
yang sangat ku sayangi, demikian pula ibunya. Dia selalu
mengunjungi para alim ulama, para guru para cerdik pandai serta para
salihin. Saat beta dinobatkan menjadi Khalifah, ia tidak begitu
suka, ia terus menjauhi ku, kemudian melarikan dirinya daripada ku.
Tetapi kerap pula ia datang kepada ibunya untuk memberitakan hal dan
keadaannya. Saya pernah memberikan permata ini kepada ibunya untuk
diserahkan kepadanya , supaya dijual bila bila dia memerlukan wang
untuk hidupnya. Tetapi rupanya dia simpan permata ini, dan kini dia
kembalikan kepada kami. Bagaimana cara kehidupannya kami tidak
tahu . Kami juga tidak tahu tempat tinggalnya, dikota, di rimba,
dikampung mana, hanya Tuhan saja yang mengetahui. Bertahun tahun
kami menunggunya kembali, tetapi hampa belaka. Kami ingin dia
datang menjengguk kami, walau sebentar saja, supaya kami dapat
melihat wajah nya, tetapi sekarang hanya beritanya saja yang sampai
kepada kami, dan berita itu pula berita yang menyedikkan. Rupanya
dia telah meninggalkan kami buat selama lama nya ! khalifah lalu
menangis sedih, dan saya pun turut menangis sama.
Tuan ku ! Anak mu itu adalah seorang wali, saya ingin menggembirakan
Khalifah. Ya, memang kesitulah ia menuju, jawab khalifah. Ia
tafakkur sebentar, kemudian bertanya :
Tunjukkanlah kepada beta dimana kubur anak ku itu ? Beta ingin
menzairahinya. Baiklah, Tuan ku. Hamba bersedia menghantarkan Tuan
ku ke sana , jawab ku. Pada hari yang ditetapkan, saya pun
menghantarkan Khalifah bersama rombongannya kekubur anak nya itu.
Khalifah Harun Al ARasyid berdiri diatas pusara anaknya dengan sedih
dan meleleh air mata. Kemudian saya pun meninggalkan mereka di situ
dan kembali kerumah ku. Sungguh kejadian itu meninggalkan kesan yang
mendalam yang susah hendak dilupakan didalam hati ku.
Saya lalu berdoa:
Ya Allah ! Berilah kami taufiq dan
hidayah serta pertolongan Mu dalam menelusuri kehidupan di alam fana
ini, dan rahmatilah kami semuanya, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Mengasihani ! Aminn !
Pesanan :
Al Quran surah Ali Imran ayat 191 bermaksud.
(Orang orang yang berakal iaitu) orang orang yang mengingati Allah
sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya
Tuhan kami, tidak engkau menciptakan ini dengan sia sia, Maha Suci
engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.