Wednesday, June 8, 2011

Hiburan yang Sebenar

 

image

Solat sunat merupakan budaya dan kegemaran umat Islam zaman dulu. Ia merupakan hiburan kepada umat Islam yang bertaqwa. Hiburan ini merupakan hiburan yang sebenarnya kerana ia mendatangkan ketenangan yang hakiki, bukan sekadar 'escapism" sementara, sepertimana yang diberikan oleh pelbagai jenis hiburan moden masakini yang hanya berbentuk pura-pura serta merugikan pula.

Hiburan yang pura-pura ini hanya menghiburkan nafsu tetapi hati atau roh tetap kehausan dan ketandusan pengisian yang sebenarnya.
Solat fardhu sahaja tidak sahaja cukup untuk mengisi hati dan roh manusia, apalagi solat kita umat akhir zaman yang begitu banyak cacat celanya. Ibarat memakan nasi tanpa lauk, begitulah seorang yang hanya bersembahyang fardu, tetapi tidak mengerjakan solat sunat. Rohnya tidak sihat dan mudah 'patah'.

Kalau manusia sanggup habiskan wang serta masa yang banyak untuk menyediakan lauk berbanding nasi, maka begitulah juga sepatutnya kita dalam soal beribadah. Walaupun sunat, peranan ibadat sunat ini sangat besar dan penting. Sememang amat sukar untuk melakukannya.... tahajud, witir, awwabin, istikharah, hajat, rawatib dan sebagainya... walaupun boleh dilakukan hanya 2 rakaat tapi amat sukar untuk kita istiqamah melakukannya.
Tapi yakinlah Allah itu maha penyayang.. Allah melihat apa yang kita lakukan... nilai syurga itu amat mahal... Tapi yakinlah rahmat Allah itu amat besar......

Carilah cinta Allah...

[tweetmeme only_single="false"]