Thursday, January 31, 2013

MERCU TANDA KIAMAT



Dalam satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, dimana didalam hadis yang penting (kerana menerangkan asas aqidah Islam) ini juga Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. …….Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: 
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. [Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Untuk menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower). Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era ” Megatall”.

Dalam hadis di atas Jibrail menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing…Ada pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran bond (sukuk). Mengikut sumber penganalisa ekonomi dana pembangunan Mekah di perolehi melalui pasaran kewangan Asia Barat yang di biayai oleh 30 buah bank kapitalis melibatkan pinjaman $9.6bn. Sebagaimana diketahui Putera AlWaleed bin Talal salah seorang kerabat di raja pemerintah Saudi merupakan pemilik Citibank iaitu bank riba-kapitalis terbesar didunia. http://www.thenational.ae/business/property/mecca-project-needs-fresh-investment

Menurut lapuran CTBUH sebanyak 27 dari 88 bangunan tertinggi didunia dibina di Timur Tengah, menunjukkan dengan jelas perlumbaan untuk bermegah-megah dengan binaan tinggi oleh kaum badwi padang pasir ini tidak dapat ditandingi oleh kaum lain.

Lapuran CTBH itu menyatakan,” Dalam dekad ini kita dapat menyaksikan bukan sahaja bangunan pertama didunia melepasi aras 1km tinggi, tapi siapnya beberapa buah bangunan yang melepasi 600m (2000 ka) – iaitu dua kali ganda ketinggian Eiffel tower”.

Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah oleh Kingdom Holding Company (KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.

Menurut lapuran CTBH pembinaan bangunan Megatall ini lebih merupakan iconic bagi menunjukkan kekuatan ekonominya berbanding kawasan lain didunia ini. Lapuran CTBH itu juga menjawab persoalan kenapakah bangunan Supertall tidak dibina di Barat seperti kebiasaan sebelumnya?

” Kebanyakan bandar di dunia barat telah membina bangunan pencakar langit sejak lebih 100 tahun lalu dan telah meletakkan mereka diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, bandar-bandar di Barat tidak mengalami kepesatan seperti sedang berlaku di Asia, oleh itu kewajarannya adalah kurang bagi pembinaan bangunan Supertall di dunia barat…”

Menjelang 2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower Jeddah!

Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa hadis yang lain antaranya;
Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan – (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.)
 
As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi – (H.R. Bukhari)

Wednesday, January 30, 2013

15 SOAL JAWAB ORANG KAFIR YANG PERSOALKAN KEBENARAN ISLAM



Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.


1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)


4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
 
Firman Allah swt :  
“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -(Surah Al-Imran, ayat-59).

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?


10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.


11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.


12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!


14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Tuesday, January 29, 2013

KENAPA KUCING ITU MENCURI DAGING ?



Ada suatu ketika seorang cendekiawan terkenal yang bernama Malik Bin Dinar sedang menyediakan makanan di rumahnya..

Entah bagaimana,seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging di atas meja..

Malik mengekorinya dengan senyap-senyap..

"Ke mana dia hendak membawa daging itu.?" bisik Hati Malik..

Kucing itu terus berlari membawa daging itu dengan mulutnya..

Malik tetap mengekorinya..

Dia melihat kucing itu pergi ke sesuatu tempat . 

Di situ terdapat lubang kecil di celah batu-batu itu.

Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya itu..

Tiba - tiba Malik melihat seekor ular keluar daripada lubang itu lalu mengambil daging itu lalu memakannya..

Malik mengamati ular itu dan didapati ular itu buta .

Rupa-rupanya kucing itu membawa daging untuk ular buta yang sedang kelaparan didalam lubang...

MashaAllah.....Hebat kan Allah tetapkan rezeki untuk setiap makhluk-Nya ?

Mahasuci-Mu Allah ... Engkau Maha Hebat ya Allah .....

Subhanallah .. jadi janganlah kita kedekut bersedekah kepada makhluk-makhluk-Nya Allah yang lain ...

Subhanallah .. Alhamdulillah .. Allahuakbar ...

LINANGAN AIR MATA BERDARAH



Wahai Muslim yang mengangkat para pemimpin dunia Islam,
Adakah ini masih belum cukup utk gambaran derita kami?
Wahai pemimpim dunia Islam yang Allah kurnia penglihatan,
Tidakkah kamu nampak air mata DARAH yang kami tangisi ini?



Damsyik, 03-12-2012 : Jet tempur Assad menggugurkan bom TNT pada banggunan kediaman. Rakaman ini menunjukkan seorang bayi yang merupakan salah seorang mangsa yang tercedera dalam siri-siri serangan ganas & kejam mereka terhadap orang awam.

Hanya di Syria...bayi sudah hilang tawa dan teriakkan, yang tinggal hanya linangan air mata berdarah.

Monday, January 28, 2013

JASAD MASIH ELOK WALAUPUN SUDAH MENINGGAL 16 TAHUN YANG LALU - ASY SYAHID KHALIL AL-SHARIF KHALIL RAHMAN

Asy-Syahid Khalil al-Sharif Khalil Rahman
Subhanallah,

Asy-Syahid di dalam gambar ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman. Beliau syahid 16 tahun yang lalu. Kuburnya dibuka untuk menanam Syahid yang baru di sebelahnya, namun yang mengejutkan ialah selepas ia dibuka, jasadnya masih kekal seakan baru ditanam.

Sumber gambar : Suwar Min Ghazza & page Fb Aman Palestin mesir

APA YANG HEBATNYA LELAKI DALAM GAMBAR INI?



dia memegang senjata? aiwah, kalamuka sahih
 
dia sedang mempertahankan negaranya? aiwah, sahih

setepatnya, dia adalah pelajar medic yang sedang melanjutkan pelajaran di german. setibanya berita tragedi yang melanda negaranya ke pengetahuannya, yakni Syria, dia yang merupakan penduduk asal Syria itu segera pulang ke negaranya tanpa berlengah walaupun sedang melanjutkan pengajian. dan kepulangan dia bukanlah utk rehat-rehat, tapi untuk menghadapi detik-detik sukar bersama-sama dengan penduduk asal syria yang lain. kalau dia mahu, boleh saja dia pekakkan telinga dan butakan mata, dan teruskan menyambung pelajaran jika mahu kesenangan.

benar, tidak mudah untuk kita tinggalkan kesenangan. namun ingatlah petikan kata-kata syeikh ahmad yasin, Barangsiapa yang bernazar dalam dirinya, untuk hidup bersama agamanya, maka dia akan hidup dalam kelelahan. Namun sesungguhnya dia (walaupun lelah) akan hidup dalam keagungan dan menjemput kematian dengan keagungan! kini dia telah diterima Allah dan dimuliakan dengan mati syahid! Allahu Akbar!

tangan yang sepatutnya memegang ubat dan badan yang sepatutnya merebahkan diri di atas kerusi empuk sambil menikmati dinginnya penghawa dingin dalam pejabat berakhir dengan tangan yang menggalas kelelahan kerana mengacukan senjata ke arah musuh Allah dan badannya rebah ke bumi bersama penyaksian kalimah syahadah yang tak dapat dipisahkan oleh mereka yang inginkan cahaya Islam terpadam!

ini.. ini.. ini.. ini sangat osem! dan inilah model acuan ayat-ayat suci Allah yang benar-benar terjadi dalam kehidupan, bentuk sebenar manusia yang mengakui beriman kepada Allah, walaupun jatuh ke tanah yang rendah, tubuh mereka takkan sesekali menyentuh kerendahan!

bidang kita mungkin boleh berubah, tapi hati dan iman kita tetap pada Yang Esa!

Sumber : Page FB Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)

YANG TINGGAL HANYALAH ROTI JEMUR...



Tiada lagi daging, Sayur dan buah-buahan segar ...
Kini yang tinggal hanyalah roti yang terpaksa dijemur untuk dimakan...hanya di Syria.


Sumber : Page FB Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Friday, January 25, 2013

DARAH BABI DALAM PUNTUNG ROKOK



KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.



Masihkah mahu merokok wahai muslim???

kredit : kosmo.com.my & Berita Harian

Wednesday, January 23, 2013

ISRAEL AKAN MERAMPAS SYRIA, BILA BASHAR AL-ASSAD JATUH



Israel sangat takut apabila Presiden Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin. Israel akan benar-benar terkepung. Seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, apabila Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin.

Israel seperti dikatakan oleh Menteri Pertahanan
Amerika Leon Panetta, bahawa pasca revolusi di dunia Arab, nasib Israel benar-benar sangat buruk, dan terkepung dengan rejim-rejim baru, yang sangat tidak bersahabat dengan Israel. Israel harus melakukan pilihan berdamai dengan dunia Arab dan Palestin.

Kejatuhan Bashar al-Assad, sangat dikhuatirkan Syria akan jatuh ke tangan Ikhwan. Bererti Israel di kelilingi kuasa yang dikendalikan oleh Ikhwan. Mesir, negeri yang paling strategik kedudukan geopolitiknya, dan berpenduduk 87 juta, sekarang kuasa beralih ke tangan Ikhwan. Bersamaan dengan kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan, yang mencapai 40 peratus sokongan suara dari rakyat.

Situasi politik di Mesir masih ditambah dengan kemenangan Parti Nur, yang ditubuhkan oleh Salafi, mendapatkan sokongan yang sangat signifikan suaranya, yang mencapai hampir 30 peratus. Sehingga, gabungan Parti Kebebasan dan Keadilan dengan Parti Nur, sudah mencapai 70 peratus, dan dengan sendirinya, boleh mengubah perlembagaan Mesir, yang akan mempunyai implikasi serius bagi masa depan.

Palestin sudah lama, kekuatan Ikhwan mengadakan kukunya di tanah Palestin, sejak zamannya Hasan al-Banna menghantar beribu-ribu tentera sukarelawan ke Palestin, dan kemudian dilanjutkan oleh Izzudin al-Qassam, yang merupakan seorang pemimpin Ikhwan. Seperti, Ahmad Yasin dan Haniya, merupakan tokoh yang bergabung secara ideologi dan politik kepada Ikhwan.

Sheikh Yasin merupakan generasi kedua selepas Izzudin Al-Qassam, yang berjuang membebaskan Palestin. Sekarang Sheikh Yasin digantikan oleh Ismail Haniya. Mereka merupakan generasi penerus Ikhwan.

Di Lubnan, kekuatan Ikhwan tidak boleh dipandang lemah, yang merupakan rangkaian gerakan, yang dikenali sebagai "Murobithun", yang merupakan gerakan sayap tentera dalam gerakan Ikhwan di Lubnan.

Tokoh-tokoh Ikhwan Lubnan, seperti Fathi Yakan, dan Said Hawa, merupakan tokoh-tokoh yang terus menggelorakan penentangan terhadap Israel. Walaupun, landskap politik di Lubnan sekarang dikuasai oleh Hizbullah. Tetapi, kumpulan Ikhwan tetap mempunyai "share" politik di Lubnan.

Demikian juga, di Jordan, kekuatan Islamic Action Front, yang menjadi sayap politik Ikhwan, terus melakukan tekanan terhadap Raja Abdullah, yang menjadi pewaris takhta Kerajaan Jordan, menginginkan agar hubungan dua hala dengan Israel dibatalkan. Islamic Action Front, mempunyai sokongan yang luas, dan mempunyai kekuatan dan sokongan dari rakyat Palestin.

Tokoh-tokoh Ikhwan di Syria sudah habis dibantai oleh Hafez al-Assad, ayah kepada Bashar al-Assad, pada tahun l982, tetapi bandar Hamma (Home), tetap menjadi pusat gerakan terhadap rejim Alawiyyin (Syiah).

Ikhwan sejak zamannya Ramadhan al-Buthi, dan beberapa tokoh lain, terus melakukan penentangan terhadap rejim minoriti Alawiyyin, yang menggunakan pasukan tentera mereka membasmi gerakan Ikhwan.

Tetapi, sejak tahun l982, di mana Ikhwan dibunuh oleh Hafez al-Assad, sekarang mereka menggunakan taktik baru, yang diinspirasi oleh Hamas, melalui cara "Intifadhah" penentangan dalam bentuk pembangkangan awam dan demonstrasi.

Ini membuatkan rejim Bashar al-Assad, menghadapi kesulitan. Selain itu, kumpulan Ikhwan di Syria sekarang mendapat sokongan dari Turki, dan beberapa NGO antarabangsa di bidang hak-hak asasi manusia.

Israel meyakini Bashar al-Assad pasti akan kalah dan hancur. Ketua Staf Angkatan Bersenjata Israel, Jeneral Benny Gantz berkata, kepada ahli Jawatankuasa Knesset, bila Bashar al-Assad jatuh, maka tentera Israel akan masuk ke Syria.

Ini sudah tidak mungkin lagi ditoleransi, di mana rejim-rejim yang dahulunya menjadi sekutu Israel, sekarang jatuh ke tangan kumpulan "pengganas". Ikhwan di mata Israel tetap merupakan kumpulan radikal, yang sama dengan pengganas. Hamas yang merupakan anak asuhan Ikhwan itu, tak lain adalah kekuatan pengganas, yang akan mengancam masa depan Israel.

Seperti garis yang melingkar dari mulai Mesir, Tunisia, Maghribi, Algeria, Yaman, sampai ke Syria, kekuatan Ikhwan, nampaknya akan menjadi penentu garis politik di Timur Tengah di masa depan. Ikhwan akan menjadi pemain utama, pasca revolusi di dunia Arab dan Afrika Utara.

Kemenangan dalam pilihan raya yang sekarang ini berlangsung, nampaknya memberi ruang lebih luas bagi Gerakan Jamaah Ikhwan meletakkan dalam episentrum politik secara serantau di dunia Arab dan Afrika Utara.

Di Mesir, pilihan raya parlimen dimenangi oleh Parti Kebebasan dan Keadilan, di Tunisia dimenangi Parti An-Nahdhah, di Maghribi dimenangi oleh Parti Keadilan dan Pembangunan, di Yaman kemungkinan yang akan menjadi penentu ialah Parti Ishlah.

Semuanya kekuatan politik baru ini, merupakan produk Ikhwan. Dan para pemimpin Ikhwan memainkan peranan politik dengan sangat cerdik, yang kadang-kadang menimbulkan prasangka di kalangan Islam sendiri, yang menilai Ikhwan bermain dalam tingkatan politik, bergaya "murji'ah".

Penentu polisi di Jerusalem dan Washington sedang celaru melihat perubahan politik, yang sangat dramatik di dunia Arab dan Afrika Utara, di mana kalangan sekular dan liberal digulung oleh kalangan Islamis.

Walaupun begitu, White House (Rumah Putih) sudah mengeluarkan beratus-ratus juta dolar untuk menggagalkan kaum Islamis daripada mencapai kemenangan.

Tetapi, segalanya telah berubah, dan tidak mungkin lagi arah jam, akan ditarik ke belakang, dan segalanya telah memberikan harapan bagi Gerakan Islam.

Tentu, yang paling menarik ialah perkembangan di Turki, di mana Parti AKP yang dipimpin oleh Perdana Menteri Erdogan, benar-benar berjaya mengubah kedudukan tentera. Tentera Turki diletakkan di bawah kekuasaan tertinggi awam. Tentera tidak lagi dapat mencampuri urusan kerajaan, dan membubarkan kerajaan parti politik.

Sekarang kedudukan Turki semakin jauh. Akibat peristiwa Kapal Mavi Marmara itu, hubungan Turki-Israel, boleh dikira tamat. Semua hubungan dua hala dengan Israel dibekukan. Padahal, antara Turki dan Israel, kedua-duanya menjadi ahli Nato. Tetapi, Turki tetap memilih jalan menolak hubungan dengan Israel, sampai meminta maaf.

Kerjasama antara Ikhwan dengan Parti AKP sangat jelas, di mana ketika lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan, bertemu dengan Mursyid 'Aam Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie, dan melakukan perbincangan bagi masa depan dunia Arab dan kaum Muslimin.

Perdana Menteri Hamas Haniya, juga melakukan lawatan ke Turki, dan bertemu dengan Erdogan. Ismail Haniyah bukan hanya bertemu dengan Erdogan di pejabatnya di Ankara, tetapi Haniyah di jamu di rumah Erdogan di rumah peribadinya. Sokongan Turki terhadap Palestin secara total. Tidak menunjukkan adanya keraguan.

Israel benar-benar terkepung buat masa sekarang. Seperti dikatakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta, bahawa Israel sekarang sudah terkepung, dan Benyamin harus berdamai dengan Palestin

Sumber : Page FB Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)

Tuesday, January 22, 2013

CERITA SERAM SEMASA SERANGAN ROKET PEJUANG PALESTIN



Pekerja-pekerja Palestin di Tebing Barat telah menceritakan bagaimana mereka melihat suasana ketakutan dan gementar serta kerosakan yang besar berlaku ke atas bandar-bandar Israel(tanah jajahan). Pada waktu itu, mereka berada di tanah jajahan dan menyaksikan tentangan sengit dari roket-roket pejuang Palestin.

*Foto: Seorang perajurit wanita Israel meraung-raung selepas roket Palestin jatuh ke penempatan di tanah jajahan. Sumber lain menyebut, perajurit ini adalah dari kalangan tentera simpanan yang dikerahkan ke kawasan-kawasan bergolak.

Rejim zionis sengaja menyembunyikan kerugian dan kerosakan yang sebenar dialami mereka semasa serangan sengit meskipun roket-roket Palestin dapat tiba ke jarak 80 kilometer.

Dalam hal ini, realiti sebenar telah disembunyikan oleh Badan Pemantau Tentera zionis serta media-media massa Israel turut dikenakan cengkaman yang ketat, namun sebahagian fakta sebenar tetap tersebar melalui jaringan sosial, youtube, dan sebahagian siaran televisyen satelit.

Seorang peniaga Palestin, Abu Rabie' yang biasa memborong barangan dari seorang pemborong dari tanah jajahan di bandar Tel-Aviv (تل الربيع) menceritakan semasa tentangan sengit, beliau menghubungi pemborong berkenaan untuk menempah barang-barang perniagaan. Bagaimana pun, dibalas, "aku sekarang dalam tempat perlindunganlah."

Tanya Abu Rabie' dengan nada terkejut, "awat hang buat apa kat situ(apa yang kamu buat di tempat perlindungan), teruk sangat ka wei(sampai begitu terukkan keadaan kamu semua)?"

Lalu dijawab, "perkara ini bukan main-mainlah, roket-roket telah merobek tingkat-tingkat bangunan," kata pembekal barangan dari kalangan warga zionis.

Sumber:
24/11/2012, web berita Safa
FB pages Mini-Pavilion-From-Palestine-With-LoveMAP

Monday, January 21, 2013

SIAPAKAH SEBENARNYA PENGANAS ATAU TERORIS?



Siapakan sebenarnya pengganas atau teroris ?

Adakah mereka yang mempertahankan wilayah mereka daripada terus dijajah atau mereka yang menjajah negara orang lain itu sebenarnya pengganas ?

Gaza terus diasak dengan muntahan peluru dan bom yang sampai bertalu-talu daripada serangan udara dan darat oleh regim penjajah Zionis Israel.

Sasarannya turut menemui anak-anak kecil, para wanita dan orang-orang awam yang telah dikepung di wilayah sempit ini sejak tahun 2007 yang lalu.

Adakah waras untuk rakyat dan para pejuang Palestin untuk terus mengalah dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak penjajah? Tentunya tidak !

Kalau dulu roket al Qassam hanya boleh menemui sasarannya sekitar 40-50 km daripada pusat pelancarannya di Gaza. Namun kini roket al Qassam telah pun berkeupayaan untuk sampai ke targetnya di Tel Aviv (71 km daripada Gaza). Bahkan lebih daripada itu. Ini telah dibuktikan apabila serangan balas roket al Qassam telah pun mengenai sasarannya di kalangan anggota tentera Israel di tel Aviv.

Briged al Qassam telah menjanjikan sesuatu yang lebih hebat sekiranya Gaza terus diasak dan dizalimi oleh regim Zionis.

SYIAH MAJOS MENGHINA MASJID BANI UMMAYYAH



Untuk pertama kalinya dalam sejarah, dengan bantuan kawan mereka, 'Bashar Assad'

Syiah Majos yang laknat memasuki Masjid Bani Umayyah (musuh Syiah), 'Masjid Umawi di Damsyik, dan melakukan perbuatan kufur dan khurafat mereka.

Bashar Assad membenarkan mereka untuk memasukinya buat kali pertama dalam sejarah untuk memalukan Sunni di Syria dan serata dunia.

Maafkan kami Muawiah bin AbiSufian,
Maafkan kami Alwalid Bin Abdul Malik.

BAYI NAZAK DI BUNUH SYIAH



Pernahkah anda melihat seorang bayi yang nazak?

Bukan disebabkan kematiaan semulajadi, tapi dibunuh oleh Syiah.

Subhiah Hasan al Deek, si kecil ini merindui ayahnya Syahid Hassan al Deek dan mengikut allahyarham ke syurga, 2 jam selepas video ini dirakam.

Ya ALLAH, tempatkanlah mereka berdua di syurga-MU dan tunjukkanlah kemungkaran-MU kepada yang membunuh mereka. Amin.

Saturday, January 19, 2013

UMAT ISLAM DILARANG BORAK DAN LEPAK TEPI JALAN



Gejala lepak dalam kalangan remaja dan golongan warga tua semakin membarah dalam masyarakat Islam. Semakin ramai remaja menjadikan kompleks beli-belah dan stesen bas sebagai tempat melepak.

Tidak kurang juga, warga tua yang ‘ketagih’ mengunjungi warung kopi pada siang dan malam hari hingga membiarkan anak remaja mereka berkeliaran tanpa arah tujuan. Demikianlah senario menyedihkan yang kini menjadi isu sosial.


Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati sebuah jalan, Baginda SAW terserempak dengan beberapa sahabat asyik duduk berborak dan melepak di tepi jalan. Melihatkan itu, Rasulullah SAW berkata: 
“Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan! Tetapi sahabat menjawab: Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap dan berborak sesama sendiri. Kemudian, Baginda SAW memberikan mereka pilihan atau jalan keluar dengan berkata: Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda; 
"Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Berdasarkan maksud hadis, amalan berborak dan melepak sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan sahabat hingga mereka mengakui amat sukar untuk membuang tabiat itu.

Agenda perutusan Rasulullah SAW ialah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (yang terpuji), maka sudah Baginda bertindak untuk mengubah kebiasaan negatif supaya tidak membarah dalam masyarakat Islam.

Pada masa sama, Rasulullah SAW tidak ketinggalan menawarkan beberapa langkah alternatif kepada sahabat supaya mereka dapat membebaskan diri daripada kebiasaan melepak dan berborak yang hanya membuang masa.

Perkara pertama dianjurkan Rasulullah SAW apabila seseorang berbicara dan berborak di tepi jalan atau di mana juga ialah menundukkan pandangan daripada perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, sekali gus boleh mendatangkan dosa.
Dengan kata lain, pandangan mata adalah dilarang sama sekali untuk melihat perkara dilarang Allah seperti melihat aurat perempuan, mengintai dan memandang lama-lama ke arah wanita ajnabi.

Hak jalan yang kedua ialah seseorang yang berborak di tepi jalan itu tidak boleh mengganggu orang lain dari segi perasaannya, fizikalnya dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah menegaskan ciri Muslim sejati: 
“Seorang Muslim sejati ialah orang Islam di sekelilingnya yang merasa selamat daripada lidahnya dan tangannya; seorang Mukmin sejati ialah orang mukmin di sekelilingnya berasa aman terhadap diri mereka dan harta benda mereka sendiri; dan seorang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah seorang meninggalkan perkara yang keji, lalu menjauhinya.” (Riwayat Ahmad)
Umat Islam dilarang sama sekali melepak dan berborak di tepi jalan hingga menyebabkan gangguan kepada orang lain terutama apabila ia menyekat laluan orang ramai, berlaku aksi menggoda atau mengurat golongan wanita yang melintas di kawasan itu.

Pendek kata, segala jenis gangguan sama ada zahir mahupun batin yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam adalah ditegah sama sekali.

Hak jalan seterusnya yang diiktiraf Islam sebagai pengikat kasih sayang antara sesama manusia ialah menjawab salam. Menurut Islam, hukum mengucapkan salam adalah sunat, manakala menjawab salam pula hukumnya adalah wajib.

Justeru, apabila seseorang yang sedang berbicara di tepi jalan, tiba-tiba ada mendengar ucapan salam, maka dia wajib menjawab salam itu.

Perintah ini selaras firman Allah SWT:
 “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86)

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengucapkan dan menjawab salam antara satu sama lain. Sebenarnya ucapan salam itu sendiri mengungkapkan makna kedamaian dan keamanan sejagat untuk umat manusia. Hubungan akrab terjalin apabila saling bertanya khabar.

Hak jalan keempat ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru, jika berlaku sebarang amalan negatif yang bercanggah dengan Islam, umat Islam dituntut untuk mencegah supaya akibatnya tidak melarat kepada orang lain yang tidak berdosa.

Begitu juga amalan kebaikan hendaklah disampaikan kepada golongan yang berborak dan melepak seperti nasihat-menasihat ke arah kebaikan, bersama-sama solat jemaah di masjid, membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, memanfaatkan masa terluang dengan ibadat dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka dia telah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun juga. Sebaliknya, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia telah menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan dosanya sedikitpun.” (Hadis riwayat Muslim)

Friday, January 18, 2013

KENAPA YAHUDI TIDAK SEGANAS SERANGAN TAHUN 2008



Kalau kita bandingkan antara serangan Yahudi terhadap Gaza tahun 2008 dan sekarang amat berbeza. Kalau serangan tahun 2008 mengambil masa yang agak lama. Serangan 2008 amat ganas. Yaudi menggunakan segala kekuatan tentera yang ada. Kuasa dunia berpusing-pusing mencari dan menyeru Yahudi agar hentikan serangan dan adakan gencatan senjata, tetapi sebelum menerima gencatan senjata Yahudi mengganas seganas-ganasnya. 

Gaza dibiarkan terkapai keseorangan. Rafah ditutup oleh kerajaan Mubarak. Rakyat Gaza yang cedera tidak dibenarkan memasuki Mesir untuk mendapatkan rawatan. Bahkan ada yang menyeberangi secara haram ditembak oleh askar Mesir. Bantuan dari seluruh dunia banyak yang tersadai di Rafah angkara Mubarak yang menutup pintu Rafah. Berlaku kekurangan ubat-ubatan dan makanan yang amat ketara waktu itu. Negara-negara Islam hanya berani berkemundang di udara sahaja menyeru kuasa-kuasa besar dunia selesaikan persengkitaan di Gaza.

Alhamdulillah dunia telah berubah. Kepimpinan Mursi telah dapat merubah senario kuasa di Timur Tengah. Gandingan Rasyid Tayyeb Erdogen dan Mursi telah menyedarkan Yahudi. Keangkuhan Yahudi tersekat. Masa Mubarak dulu syabab Mesir pernah memohon untuk bersama saudara mereka di Gaza menentang Yahudi tetapi Mubarak tidak izinkan. 

Yahudi bimbang kalau masih berdegil untuk menyerang Gaza , apa akan terjadi jika Mursi benarkan syabab-syabab dari Mesir cucu-cucu Al Banna bergabung dengan saudara mereka cucu-cucu Ahmad Yassin di Gaza isytihar jihad fi sabilillah. Anak-anak cucu Al Banna dan Ahmad Yassin bergabung tenaga dan di dokong oleh anak-anak cucu Al Fateh dari Turki bukan sahaja Yahudi akan lumpuh bahkan dunia kuffar akan lumpuh segala-segalanya.

 Anak cucu Al Banna pernah mengalahkan Yahudi di Sinai pada tahun 1973 dengan hancurnya benteng Barlive. Mereka pernah memohon untuk terus ke Tel Aviv tetapi Perdana Menteri Mesir waktu itu Nuqrasyi tidak benarkan dengan berkata Aku hanya PM untuk Mesir sahaja.Kepulangan mereka dari bumi Sinai telah disambutkan dengan trak-trak polis membawa mereka ke penjara. Anak-anak cucu Ahmad Yassin pernah kalahkan Yahudi dengan intifadhah sehingga Gaza dibebaskan tahun 2005-06. Anak-anak cucu Al Fateh jatuhkan Kontantinople.

Ismail Haniyah pernah menyatakan bahawa Al Qassam semakin kuat. Banyak senjata senjata canggih yang diperolehi. Peluru Al Qassam telah sampai ke tengah tengah Tel Aviv. Sebelum ini jatuh jauh di pinggir Tel Aviv. Ini amat menakutkan Yahudi.

Diedit dari Sharpudin AB Kadir 22/11/12.

PERJANJIAN GENJATAN SENJATA ISRAEL GAZA



Israel akhirmya mengumumkan gencatan senjata setelah hanya mampu berperang dengan pejuang Palesti selama 8 hari sahaja.

Pengumuman gencatan senjata itu disambut dengan suasana gembira oleh penduduk Palestin tetapi disambut dengan dukacita penduduk Israel.

Media Israel telah memberikan pernyataan bahawa :" keputusan gencatan senjata sebagai kekalahan bagi Israel dan kemenangan kepada pihak Hamas ".

Di antara isi kandungan genjatan senjata antara Israel dan Hamas:

1. Israel perlu menghentikan segala bentuk serangan ke atas Gaza samada dari darat, laut dan udara . Ini termasuk pencerobohan sempadan dan mensasarkan serangan ke atas individu tertentu.

2. Pihak Hamas perlu menghentikan serangan roket ke atas Israel dan juga serangan di sempadan.

3. Selepas 24 jam tempoh genjatan senjata berjalan, pihak Israel harus membuka semua pintu sempadan dan membenarkan pergerakan penduduk Gaza dan barang keperluan keluar dan masuk Gaza.

Menteri Hamas , Khaled Mesy'al mengulas mengenai genjatan senjata ini dengan berkata, israel telah gagal dalam mencapai segala tujuan dan sasaran mereka dan mereka terpaksa tunduk kepada tuntutan genjatan senjata ini.

*Genjatan senjata ini dijamin oleh Presiden Mesir, Dr Mursi

Sumber:
Al-Jazeera. & IKRAM Mesir 2012

Allahuakbar..!!!

Thursday, January 17, 2013

AL-QURAN MENDAHULUI KECANGGIHAN SAINS



REMAJA hari ini cerdik, pintar dan berpelajaran berdasarkan akademik serta fakta sains. Ini mungkin kerana sistem pendidikan yang menekankan dan memberi penumpuan dalam bidang sains.
 
Tidak hairanlah remaja hari ini mengenali nama saintis dan kagum dengan penemuan mereka. Penciptaan teknologi canggih membantu penemuan baru rahsia alam.

Seperkara yang remaja patut tahu, penemuan baru ini selari dengan penyataan al-Quran malah ia sudah lama disebut dalam kitab suci itu.

Jika kita boleh berbangga dengan penemuan sains semestinya kita patut lebih takjub dengan kecanggihan al-Quran berabad dahulu mendahului zaman, malah manusia memerlukan masa yang panjang ribuan tahun memahami sentuhan ayat al-Quran mengenai alam dan sains.

Antara ayat mengenai sains ialah yang berkaitan dengan pengembangan alam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan, langit Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami. Sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” Ayat ini menceritakan mengenai pengembangan alam.

Ini bermaksud langit diluaskan oleh Allah. Allah sudah menyatakan ribuan tahun dahulu, jika ada orang yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan sains, sepatutnya tunduk dengan fakta ini.

Pada tahun 1929 Edwin Hubble dengan menggunakan alat canggih meneropong ke langit mendapati alam ini sebenarnya mengembang dan membesar malah saintis sekarang ini berupaya mengukur kelajuan pengembangan alam.

Kedua, ayat berhubung teori Big Bang. Hal ini sudah lama disentuh ribuan tahun dulu dalam surah al-Anbia': 30, bermaksud: 
“Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”

Maknanya langit dan bumi asalnya melekat bercantum, Allah pisahkan antara keduanya dengan udara.

Teori Big Bang diasaskan oleh formula umum ‘Theory Of Relativity’ oleh Einstein 1915, kemudian disahkan pakar fizik Rusia pada 1922. Pada 1929 teori ini disahkan Edwin Hubble. Cuba bayangkan hakikat yang ditemui pada abad 20 ini telah dijelaskan oleh al-Quran sejak 1400 tahun dulu.

Segala penemuan ini selari penyataan ayat al-Quran yang menunjukkan al-Quran “Kalamullah” kerana ilmu sains belum berkembang pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w), tambahan pula tiada sebarang kemudahan yang tidak memungkinkan manusia mengetahui asal-asul alam ini. Benarlah al-Quran bukan ciptaan Muhammad.

Jadi tidak hairan sekiranya orang Islam mendahului bangsa lain dari sudut ketamadunan. Ini kerana al-Quran berada di hati mereka, sebagaimana disebut dalam pertemuan lalu al-Quran bukan hanya dibaca tapi juga untuk memakmurkan alam ini.

Percikan daripada kehebatan al-Quran inilah terbinanya tamadun di Iraq, Sepanyol, Turki, India , Afrika dan Barat mempelajari daripada Islam seterusnya mengembangkan lagi menurut acuan mereka.

Yang tidak seronoknya mereka menimbus serta memadamkan sumbangan Islam dalam dunia sains malah memutar belit fakta sejarah dengan menuduh Islam tidak menyumbang apa-apa.

Justeru, dalam menimba ilmu, remaja jangan lupa melihat sejarah tamadun Islam. Belajar di Barat untuk mencari ilmu bukan satu kesalahan, yang kita bimbang sebelum dapat ilmu sudah jadi Barat, pergaulannya, pakaiannya dan budayanya.

Marilah kita maju dengan acuan dan budaya kita sendiri, berpaksikan al-Quran, sunnah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...