Wednesday, June 30, 2010

Surat dari GAZA

 

Ummu Taqi, seorang ummahat dari Gaza, Palestina diwawancarai oleh Islam Channel beberapa waktu lalu. Setelah wawancara, Ummu Taqi menulis sebuah surat dalam bahasa Arab yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris, surat ini ditujukan kepada kaum Muslimin di seluruh dunia. Berikut isi suratnya:
Assalamualaikum,
Saudara dan saudari yang saya sayangi, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengirimkan pesan dari para muslimah di Gaza. Silakan dengarkan situasi kami dan beritahu semua orang.
Situasi yang kami hadapi sangat mengerikan namun iman kami alhamdulillah kuat, walaupun kami tidak memiliki air, dan jika pun ada air itu tercemar dan kami tidak memiliki uang untuk membeli air mineral. Ketika kami punya uang, para penjual air berkata bahwa terlalu berbahaya bagi mereka sendiri untuk berjalan keluar dan mendapatkan pasokan air yang baru. Kami tidak memiliki gas, dan bahkan sama sekali tidak ada selama empat bulan terakhir. Kami memasak makanan kecil yang kami miliki dalam api yang kami bikin sendiri.
Orang-orang kami telah kehilangan semua pekerjaan mereka. Mereka menghabiskan hari-hari mereka di rumah sekarang. Suami saya seharian hanya pergi dari satu tempat ke tempat lain hanya untuk mencari air. Dia biasanya kembali dengan tangan kosong. Tidak ada sekolah, tidak ada bank, hampir tidak ada rumah sakit yang terbuka. Kami selalu sadar bahwa hidup kami sangat riskan walaupun ada di ruangan apalagi di luar. Mereka (Israel) memberi kami jam malam antara pukul 01.00 sampai dengan- 04:00 dini hari. Pada jam itulah kami boleh keluar, dan Israel berkata "silakan cari pasokan untuk kalian," tapi itu adalah dusta.
Kami makan nasi dan roti hanya satu kali dalam satu hari. Daging dan susu adalah sebuah kemewahan. Mereka menggunakan bahan kimia di daerah-daerah yang berada di perbatasan.
Kami diberitahu bahwa orang-orang berdemonstrasi di seluruh dunia. Masya Allah. Kenyataan bahwa kalian pergi ke kedutaan besar dan meninggalkan rumah kalian, membuat kami merasa bahwa kami tidak sendirian dalam perjuangan ini.
Tapi kemudian kalian bisa pulang ke rumah dan mengunci pintu kalian. Kami tidak bisa melakukan itu. Saya harus meninggalkan rumah saya di lantai dua setiap malam dan tinggal dengan kakak saya di lantai dasar. Jika ada serangan, dari lantai dasar, kami bisa pergi lebih lebih cepat.
Ya, kami lelah. Ketika kami mendengar roket dan bom dan melihat pesawat yang terbang terlalu dekat dengan gedung kami, saya berteriak dengan anak saya yang masih kecil dan suami saya merasa tak berdaya.
Dalam semua ini tidak ada satu pun selain Allah (swt) yang dapat menyelamatkan kami. Tetapi ummah juga bertanya-tanya dimana tentara, dimana kemenangan itu? Jangan lupakan kami karena kalian semualah yang kami miliki sekarang. Sumbangan kalian sama sekali tidak sampai kepada kami, dan ketika Israel membuka perbatasan, sumbangan itu hanya untuk beberapa gelintir saja. Teruslah beramal karena Allah dan berdoa bahwa kemenangan akan segera datang, insya Allah.
Wassalam,
Ummu Taqi.

Credits: Gempak.Org

[tweetmeme only_single="false"]

Sepuluh Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk Dan Tidak Reput Di Hari Qiamat Kelak

 

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-


1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka


itu dari kalangan orang yang beriman.
Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ....
Berpesan-pesan untuk kebaikan...
DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN'

Credits: Gempak.Org

[tweetmeme only_single="false"]

Dosa-dosa & Facebook

 

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun dikesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.


Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan diruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar


Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran


Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.


Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.


Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.


b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.


c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Credits: Zaharuddin.Net

[tweetmeme only_single="false"]

Bulan Rejab

 

Alhamdulillah...
Kini kita sudah berada di bulan Rejab. Marilah kita sama2 meningkatkan dan melipat gandakan ketaqwaan dan keimanan kita ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk beroleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat kelak. Marilah kita sama2 memperbanyakan amalan kita di dalam bulan ini, Insya' Allah kita akan berjaya, Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.
Kelebihan Bulan Rejab
Bulan Rejab: Puasa Sunat Rejab & Fadhilatnya

[tweetmeme only_single="false"]

Hikmah Di Sebalik Wuduk

 

SOLAT adalah tiang agama dan menjadi 'penangkis segala maksiat'. Solat wajib dilaksanakan sebagai usaha membentuk kebahagiaan jasmani dan rohani. Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu berwuduk sebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihan dan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam.
Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: "Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh, antaranya yang disebabkan jimak." Justeru, wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentu yang dikenali sebagai 'Kawasan Aktif Biologi'.
Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.
Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui ia menyihatkan kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah! Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.
Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk membina jiwa yang suci.
Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun, apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan berwuduk mesti membasahi muka.
Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: "Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka berubatlah." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya sembuh.
Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid menjadi sangat hairan apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu, "Mengapakah tiba-tiba sahaja matamu menjadi baik? Jawab Junaid: "Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan mataku.' Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata: "Itu adalah ubat dari Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya." Dengan berkat berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit. Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada manusia." "Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Source: http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm

[tweetmeme only_single="false"]

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis

 

Salam, Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!
Wassalam


Source: http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=48110

[tweetmeme only_single="false"]

Surah Al-Falaq Dan An-Nas Elak Sihir

 

Soalan:


Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam adalah seorang yang maksum. Walaupun begitu, saya pernah mendengar bahawa baginda juga ditimpa sakit dan pernah diracun. Tetapi adakah baginda turut pernah menjadi mangsa sihir. Mohon juga ustaz jelaskan konteks maksumnya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.


Jawapan:
Sakit adalah sifat manusia, baginda juga mengalami luka yang banyak dalam peperangan Badar dan banyak lagi yang baginda lalui ummat ini, lebih-lebih lagi di awal perkembangan nur Islam.
Maksum berasal dari bahasa arab, juga telah dimelayukan. Dalam bahasa arab ia membawa makna terpelihara dari melakukan dosa kecil mahupun dosa besar serta kesalahan-kesalahan yang boleh mencemar keperibadian seseorang.
Maksumnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bererti: baginda terpelihara dari melakukan sesuatu perbuatan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta apa-apa kesalahan yang boleh mencemar keperibadian baginda.
Mengikut kamus Dewan maksum bermaksud: “terpelihara atau bebas dari dosa, tidak tercela, tidak berdosa”. (Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP, hlm: 985).
Mengikut takrifan al-Jurjani al-‘ismah maksud bermaksud: “Kemampuan menjauhi perbuatan maksiat sedang dia mampu melakukannya”. (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, hlm: 195)
Di dalam kebanyakan kitab-kitab akidah ahlu sunnah wal jamaah para ulama berpendapat bahawa baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam terpelihara daripada dosa besar dan dosa kecil serta apa-apa kelakuan yang boleh mencacatkan keperibadian baginda.
Menurut Sheikh Ja’far Subhani bahawa Nabi yang maksum mampu melakukan kemaksiatan dan dosa, sesuai dengan kemampuan dan kemerdekaan yang ada pada baginda tetapi kerana baginda telah mencapai peringkat takwa yang tinggi, ilmu yang qatie terhadap akibat dosa dan kemaksiatan serta kerana pengaruh timbulnya perasaan mengagungkan Khaliqnya.
Dengan demikian ia terpelihara dari perbuatan itu, dan ia tidak melakukan perbuatan walaupun dengan kemampuan dan kekuasaannya sendiri.
Adapun persoalan mengenai Baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam terkena sihir tidak mencacatkan keterpeliharaan Baginda, juga tidak mencacatkan ‘ismah Baginda sebagai seorang rasul.
Perkara ini banyak dibincangkan oleh ulama. Ada diantara mereka yang tidak menyetujui baginda terkena sihir. Antaranya ialah Abu Bakr al-Asham, pengarang al-Ta’wilat.
Pak Hamka juga tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan baginda terkena sihir kerana beberapa sebab berikut, pertamanya; seolah-olah merendahkan martabat nubuwwah (kenabian). Keduanya; menimbulkan keraguan dalam syariat yang ketiganya; sihir itu pada hakikatnya tidak ada.
Ada juga yang berhujah bagi menolak baginda disihir kerana martabat hadis ini Ahad. Antaranya ialah Al-Qasimi di dalam Mahasinul ta’wil, Sayyid Qutub di dalam Fi Zilal al-Quran.
Tujuan mereka menolak adalah kerana tidak mahu baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dilihat ada tempoh baginda terganggu daripada segi akal.
Ini kerana ketika baginda terkena sihir baginda teragak-agak melakukan sesuatu dan sering bertanya kepada 'Aisyah r.a mengenai perkara yang baginda kerjakan.
Adapun sebahagian jumhur ulama berpendapat, baginda pernah terkena sihir. Ini kerana mereka tidak berganjak daripada berpegang kepada hadis yang sahih biarpun martabatnya Ahad. Surah al-Falaq adalah bukti baginda pernah terkena sihir.
Dalam riwayat yang dimuatkan oleh Imam Ibn Kathir, daripada 'Aisyah r.a, pada suatu hari baginda berkata kepada 'Aisyah: “Hai 'Aisyah! Aku diberi perasaan bahawa Allah memberi fatwa kepadaku pada perkara yang aku meminta fatwa dari-Nya; maka datanglah dua malaikat yang seorang duduk di sisi kepalaku dan yang seorang lagi duduk di sisi kakiku: “Lelaki ini (Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam) telah disihir! Kawannya bertanya: “Siapa yang menyihirnya?” Malaikat yang duduk di kepala menjawab: “Labid bin ‘Asam”. Kawannya bertanya lagi dengan apa? Malaikat yang di kepala menjawab: “Pada himpunan rambut dan sikat yang patah dan penutup kepala lelaki (kain serban), dihimpit dengan batu di dalam perigi Dzu Auran. Dalam sesetengah riwayat baginda sendiri masuk ke dalam perigi itu dan mengeluarkannya."
Dalam riwayat yang lain baginda meminta beberapa orang sahabat agar mengeluarkannya. Dalam riwayat Ibn Abbas, bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menyuruh Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam serta Ammar bin Yasir memeriksa sumur tersebut.
Setelah dibuang airnya dan menyelam ke dalam mereka dapati menang benar terdapat bungkusan kain yang terkandung di dalamnya gumpalan rambut dan sikat baginda berserta sepotong kayu yang terikat tali padanya dengan sebelas ikatan dan pada setiap ikatan ada tusukan jarum. Kemudian turunlah surah ini yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung kepada (Allah) dari cuaca subuh. Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. “Daripada bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. “Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk. “Dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. (al-Falaq: 1-5 ).
Sebanyak 11 simpulan itu terungkai setelah malaikat mengajar baginda membaca dua surah al-Falaq mengandungi lima ayat dan surah an-Nas mengandungi enam ayat.
Selesai membaca kedua-dua surah ini baginda terasa lega dan lapang kembali. Sehingga hari ini dalam ilmu perubatan Islam kedua surah ini menjadi senjata bagi menyembuhkan gangguan sihir.


Source: http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=48100

[tweetmeme only_single="false"]

Aku Tahu, Tapi Aku Mahu...

 

Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.)


aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya


aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat


aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan


aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng


aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya


aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga


aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang


aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih x pandai menjaga diri


aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah


aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah x endahkannya


aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi


aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa


aku tahu aku ini hamba-Nya
tapi masih hanyut dengan dunia


aku tahu azab-Nya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya


aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi x berusaha untuk medapatkannya
... ... ... ... ... ... ...
Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.


1 tamsilan untuk sama2 kita renungi dalam diri kita: 'kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik'... Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: 'Kalau pointer, pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama, kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga??'... Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istiqamah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi... Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT, X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu... TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia. Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there's a will, there's a way...
Alangkah hebatnya sahabat2 nabi dahulu dan Rasulullah sendiri. Pernah Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah: Rehatkanlah kami dengan solat. Di sini, saya ingin berkongsi 1 artikel yang pernah terbaca dalam mastika keluaran lama, seorang wartawan membuat liputan tentang kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan. Pada hari itu, beliau menghadiri majlis tahnik bayi. kerna bilangan bayi yang ramai, TG terasa letih berdiri lantaran usianya yang sudah lanjut. Jadi, beliau memohon ruang untuk berehat sekejap. apa yang dimaksudkan rehat itu? TG mengambil wudhu' dan mengerjakan solat sunat. Itulah rehat yang dimaksudkan oleh TG. Masya Allah, hebatnya keperibadian seorang ulama'. Kalau kita sendiri, mesti rehat yang kita maksudkan ialah dengan cara relax dan baring di atas katil, bawah kipas, tapi tidak bagi seseorang yang benar- benar meletakkan cintanya pada ALLAH.. Allahummaghfirli...
banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat pada-Mu. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..
Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.


Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi?


Source: http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=48076

[tweetmeme only_single="false"]

Terlanjur : Padah Melayan Cinta Monyet

 

“Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu?” Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.


“Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini” Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.
Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?
Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?
Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.
Allahu Rabbi…!
Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku dikalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.
Inilah yang penulis persoalkan.
Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.” al-Israa’ (17:72)
Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.
Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.
Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.
Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.
Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.


TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS
Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.
Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.
“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat”
Biasa dengarkan ayat di atas?
Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.
Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Ta'ala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Ta'ala, sayang Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.
“Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu” antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.
Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.
Pastinya kenyatan ini dijawab kembali: “Ala itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu” Penulis terkedu mendengar ayat berapi ini.
SAY : “NO COUPLE”
Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.
Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” al-Furqan (25:74)
Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.
Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.
Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Ta'ala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.
Mengapa perlu mencari marah Allah Ta'ala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.
Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.
“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah.” Amiin...


Source: http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=47914

[tweetmeme only_single="false"]

Berpuasa Dengan Penuh Keimanan Dan Keikhlasan

 

Daripada Sahl bin Sa'ad r.a., Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Di dalam Syurga terdapat lapan pintu, diantaranya pintu yang dinamai dengan Al-Rayan, tidak ada yang masuk daripadanya melainkan orang-orang yang berpuasa." (H.R. al-Bukhari)
Balasan dan ganjaran masuk Syurga ini hanyalah untuk orang-orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan, mengharap pahala Allah SWT, dan membenarkan perjanjianNya, adapun orang-orang lain yang hanya sekadar berpuasa seperti orang lain atau kerana dilihat orang atau mengharapkan pujian daripada orang lain maka bagi mereka tidak mendapatkan pahala apapun daripada Allah atau dengan kata lain pahala puasa mereka berkurang di sisi Allah, sepertimana yang telah dijelaskan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampuni semua dosa-dosanya yang terdahulu." (Muttafaq 'alaih)
Hadits ini juga dibenarkan oleh firman Allah SWT: "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."

[tweetmeme only_single="false"]

[E-Book] Konspirasi Dunia – Kehadiran Dajal Semakin Jelas Dirasai

 

KONSPIRASI DUNIA –
Kehadiran Dajal Semakin Jelas Dirasai

5MB|102 pages

Membongkar konspirasi yang dilakukan oleh Dajjal melaui ejen2nya diseluruh dunia meliputi:

1. Codex Alimentarius Population Reduction (Kod Makanan)

- Codex Alimentarius bermaksud Kod Makanan. Ia ditubuhkan bertujuan untuk menetapkan standard, nasihat dan segala yang yang berkaitan dengan makanan, pengeluaran makanan dan keselamatan makanan. Projek mega mereka ini adalah untuk mengurangkan populasi penduduk dunia sebanyak 93%!

2. Rahsia Vatican

- Dajal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah. Dan contoh yang paling mudah dan nyata adalah agama Kristian yang telah dijadikan sebagai agama pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal Nabi Isa telah dirosakkan dan diselewengkan oleh ‘tangan ghaib’.

3. Obelisk

- Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.

4. Tower Of Babel

- Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible dan dipercayai oleh penganut Kabbalah. Cukuplah kata kunci yang penting di sini ialah menara ini benar-benar wujud dan ia dibina untuk menentang kuasa Tuhan oleh penentangnya.

Adakah Tower Of Babel zaman moden telah dibina zaman sekarang? Jika dahulu Tower Of Babel adalah binaan yang tinggi kononnya mencapai pintu-pintu langit bak kata Firaun. Jadi pastilah Tower Of Babel zaman sekarang adalah binaan tertinggi!

Dan lain-lain lagi artikel menarik utk renungan bersama:

5. Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?

6. Artis-artis Dajal

7. Mind Control (Yakov And The Seven Thieves) - buku cerita kanak2 oleh Madonna.

8. Harry Potter

9. Hollywood

10. The Gate

 

Credits: iwan666@jiwang.org

Wallahua'lamu Bishshawab...

[tweetmeme only_single="false"]

Antara Kesalahan Lelaki (Suami)

 

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami.
Antara Kesalahan Lelaki (Suami)


1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah
2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua
3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri
4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri
5. Meremehkan kedudukan isteri
6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri
7. Memakan Harta isteri secara batil
8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya
9. Bersikap pelit terhadap isteri
10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi
11. Banyak mencela dan mengkritik isteri
12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri
13. Banyak bersengketa dengan isteri
14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas
15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga
16. Interaksi yang buruk dengan isteri
17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri
18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri
19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan
20. Menyebarkan rahsia ranjang
21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan
22. Menggauli isteri ketika haid
23. Menggauli isteri pada duburnya
24. Memukul isteri tanpa alasan
25. Kesalahan tujuan poligami
26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri
27. Terburu-buru dalam urusan Talak
28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian
29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya
30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri
31. Kurang setia terhadap isteri
32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain

Credits: Zaharuddin.net

[tweetmeme only_single="false"]

TINGKATAN-TINGKATAN NERAKA

 

DALAM hadis dinyatakan bahawa neraka itu terdiri dari tujuh pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Kerana tiap-tiap tingkat dari neraka itu mempunyai satu pintu. Adapun nama-nama tingkat neraka itu menurut penjelasan dari Al-Qur'an dan hadis ialah:


1. Neraka Jahannam.
2. Neraka Luza.
3. Neraka Huthamah.
4. Neraka Sa'ir.
5. Neraka Saqar.
6. Neraka Jahim.
7. Neraka Hawiyah.
A. NERAKA JAHANNAM


Neraka Jahannam adalah tingkatan neraka yang paling di atas sekali letaknya. Nama Jahannam juga dipakai untuk seluruh nama api neraka, mulai dari tingkatan yang paling atas, sampai kepada tingkatan yang paling bawah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang kafir itu: Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam, dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburuk-buruknya." (Al-Imran: 12)
"Bahawasanya orang-orang yang kafir dan orang aniaya itu, mereka itu tidak akan diampuni Allah, dan tidak pula ditunjuki jalan, melainkan jalan ke neraka Jahannam. Mereka kekal dalam neraka itu selama-lamanya. yang demikian itu sangat mudah bagi Allah." (An-Nisa': 169)


Di dalam Al-Qur'an dijelaskan juga, bahawa di antara calon penghuni neraka Jahannam itu ialah:


1. Orang-orang yang derhaka, iaitu orang-orang yang senang melakukan kejahatan.


2. Orang-orang kafir, iaitu orang yang tidak beriman kepada semua rukun iman.


3. Para pengikut syaitan atau pengabdi hawa nafsu.


4. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak mahu membayar zakat.


5. Orang-orang yang menimbun dosa.


6. Orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah.


7. Orang-orang yang menentang ajaran para Rasul.


8. Orang-orang munafik.


B. NERAKA LUZA


Inilah neraka tingkat kedua yang disediakan oleh Allah untuk orang-orang yang mendustakan agama dan berpaling dari ajaran Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebagaimana firman Allah yang maksudnya: "Sebab itu Kami memperingatkan kepada kamu dengan neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang-orang yang celaka. Iaitu orang-orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadanya." (Al-Lail: 14-16)
Adapun calon penghuni neraka Luza selain yang dijelaskan di atas adalah orang-orang yang mengumpulkan harta benda lalu menyimpannya dan tidak mahu membelanjakannya di jalan Allah.
C. NERAKA HUTHAMAH
Inilah neraka tingkat ketiga. Dalam neraka inilah tempat orang-orang yang lalai mengerjakan perintah Allah kerana terpengaruh oleh harta dunia. Harta yang membuat orang derhaka. Firman Allah yang bermaksud: "Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Huthamah. Tahukah engkau apakah Huthamah itu? Iaitu api neraka yang menyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikat pada tiang yang panjang." (Al-Humazah: 4-9)
Di samping itu pula di dalam Al-Qur'an dijelaskan secara tegas, bahawa orang-orang yang bakal dimasukkan ke dalam neraka Huthamah itu ialah:


1. Orang-orang yang pekerjaannya suka mengumpat dan mencaci orang lain.
2. Orang-orang yang mengumpulkan, menumpuk-numpuk harta benda dan bersifat bakhil.


D. NERAKA SA'IR
Inilah neraka tingkat keempat. Dalam neraka ini ditempatkan orang-orang yang memakan harta anak yatim. Dalam neraka ini mereka buta, pekak dan kulit mereka tebal seperti Bukit Uhud.
Firman Allah yang bermaksud: "Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, sesungguhnya meraka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sa'ir." (An-Nisa': 10)
"Barangsiapa yang ditunjuki Allah nescaya dia dapat petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkannya maka tidak engkau perolehi pimpinan untuk mereka selain daripadaNya. Kami himpunkan mereka itu pada hari kiamat, dihela mukanya sedangkan mereka itu dalam keadaan buta, bisu, pekak. Tempat mereka dalam neraka Jahannam. Tiap-tiap kurang nyala apinya lalu Kami tambah sampai bernyala-nyala (Sa'ir)." (Al-Israk: 97)
Di samping yang dijelaskan di atas, bahawa calon penghuni neraka Sa'ir itu menurut keterangan Al-Qur'an dan hadis di antaranya ialah:


1. Orang yang mengingkari segala apa yang diturunkan Allah.


2. Orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia dan godaan syaitan.


3. Orang yang tidak mematuhi perintah Allah.


4. Orang yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya.


E. NERAKA SAQAR
Neraka ini menempati tingkatan ke lima. Di sinilah ditempatkan orang-orang yang tidak mahu mengerjakan solat, orang-orang yang enggan memberi makan terhadap orang-orang miskin, orang yang percaya kepada yang bukan-bukan, dan orang-orang yang tidak percaya kepada hari kiamat. Firman Allah yang bermaksud: "Di dalam syurga mereka saling bertanya tentang perkara orang-orang yang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab: Kerana kami dahulunya tidak mengerjakan solat, tidak mahu memberi makan terhadap orang-orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari kiamat." (Al-Mudatsir: 40-46)
Di samping itu pula calon penghuni neraka Saqar itu ialah:


1. Orang-orang yang ingkar dalam urusannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


2. Orang-orang yang ahli dalam membicarakan perkara-perkara yang batil.


F. NERAKA JAHIM
Tingkat keenam ialah neraka Jahim. Sebagaimana firman Allah yang maksudnya: 'Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka Jahim." (Al-Maidah: 86)
"Ambillah orang-orang yang berdosa itu, dan lemparkanlah mereka ke dalam neraka Jahim. Sudah itu tumpahkanlah ke kepalanya air panas buat menyeksanya. Rasailah seksaan itu, sesungguhnya kamu dahulu orang-orang yang gagah lagi mulia. Inilah seksa yang kamu ragukan di masa dahulu itu." (Ad-Dukhan: 4-5)
Di dalam Al-Qur'an dan hadis dijelaskan juga, bahawa orang-orang yang bakal menempati neraka Jahim itu di antaranya:


1. Orang-orang Islam yang berdosa.


2. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah.


3. Orang-orang yang bermegah-megah dengan apa yang diperolehnya dan tidak mahu membelanjakan hartanya di jalan Allah.


4. Orang-orang yang derhaka kepada Allah.


5. Orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat Allah.


6. Orang-orang yang berusaha menentang ayat-ayat Allah, dengan menentang para Nabi.


G. NERAKA HAWIYAH
Inilah neraka tingkatan ke tujuh, letaknya di bawah sekali atau yang sering disebut orang dengan kerak-kerak neraka. Di sinilah tempatnya orang-orang yang paling besar dosanya, termasuk juga di dalamnya orang-orang munafik. Hal ini adalah kerana orang-orang munafik itu sangat tebal kekafirannya. Berkenaan dengan neraka Hawiyah ini Allah berfirman yang maksudnya: "Dan barangsiapa yang ringan timbangan (amal baiknya), maka dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas." (Al-Qari'ah: 8-11)
Demikianlah pembahagian tingkat neraka menurut para ahli tafsir dan ahli-ahli agama, termasuk di dalamnya Syeikh Qurtubi dan Imam Ghazali. Pembahagian ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesugguhnya neraka Jahannam itu tempat seksaan mereka semuanya. Neraka itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu itu ada bahagian yang ditentukan untuk orang-orang yang berdosa." (Al-Hijr: 43-44)
Untuk dimaklumi, masing-masing tingkatan neraka itu dipenuhi dengan berbagai macam seksaan yang mengerikan, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang keji. Meskipun di antara satu neraka dengan neraka yang lain berbeza jenis penyeksaannya, maka sudah tentu yang lebih bawah adalah yang lebih berat dan dahsyat daripada tingkatan yang di atasnya.

[tweetmeme only_single="false"]

Doa Memohon Keampunan Dan Rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala

 

Maksudnya: Mereka berdua merayu: 'Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami orang daripada orang yang rugi.'

(Surah al-A'raf: 23)

Keterangan dan Petua Beramal
Menganiaya diri yang dimaksudkan dalam doa ini ialah dua orang nabi yang mulia (Nabi Musa dan Harun), bukanlah mereka telah melakukan dosa kerana para nabi Allah adalah maksum. Maksud menzalimi diri dalam konteks ini ialah meninggalkan sesuatu yang lebih utama (tarkul aula).

(Tafsir al-Baidhawi, tafsir ayat 23 surah al-A'raf)

Jika Nabi pun merasa kekurangan dalam memenuhi tanggungjawabnya kepada ALlah, betapa lagi kita yang kerdil ini.
Banyakkanlah beristighfar kepada Allah. Antara versi istighfar yang patut kita lakukan adalah seperti doa ini. Mudah-mudahan kita mendapat keampunan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

[tweetmeme only_single="false"]

Doa Abu Darda r.a. Untuk Menyelamatkan Diri Dan Harta Dari Malapetaka

 

Image <br />Hosted by ImageShack.us

Talha r.a. meriwayatkan: "Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar." Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a. memberi jawapan yang sama.
Pada kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam."
Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."
* Doa ini juga baik dibaca pada waktu kita keluar rumah.

[tweetmeme only_single="false"]

Enam Ayat Syifaa' (Penyembuh)

 

Imam Abul Qasim Qushairi r.a. Telah dilaporkan berkata: "Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga ia hampir maut. Di waktu itu daku mimpi bertemu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan daku pun beritahu hal anakku itu. Baginda Shallallahu 'Alahi Wasallam berkata: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifaa'? Mengapakah tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah) agar disembuhkan?" Setelah juga daku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Qur'an) maka daku temui ayat-ayat itu pada ENAM TEMPAT. Ianya adalah seperti berikut:



(at-Taubah 9:14)



(Yunus 10:57)



(an-Nahl 16:69)



(al-Isra' 17:82)



(asy-Syu'ara' 26:80)



(Fushshilat 41:44)
Daku menulis ayat-ayat ini dan melarutkan tulisan-tulisan itu dalam (bersih) dan beri anakku meminumnya. Alhamdulillah, anakku serta merta sembuh seperti asal.
(Dipetik dari kitab Uswai-Rasool-e-Akram dari Madarijun Nubuwah)

[tweetmeme only_single="false"]

Kelebihan Surah Al-Mulk

 

Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat dan penegah kepada pembacanya dari seksa kubur.
2. Penyelamat seksa neraka.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat akan dirupakan dengan rupa Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa lagi pintar.
Kelebihan Surah Al-Mulk (Ayat 14)


1. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
2. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
3. Dipandang hebat dan berwibawa.
4. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
Kelebihan Surah Al-Mulk (Ayat 23)



Di antara kelebihan ayat ini ialah dibacakan pada gigi yang sakit.

[tweetmeme only_single="false"]

Doa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam

 


Maksudnya: "Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, adalah sihir. Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakan-Nya kepadaku). Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa."

(Surah Yunus: 81-82)

[tweetmeme only_single="false"]

Kelebihan Surah Al-Kautsar

 
Kelebihan Surah Al-Kautsar


Di antara kelebihan surah ini ialah:
1. Dibaca 100 kali ketika hujan turun kemudian berdoa untuk hajat dunia dan akhirat.
2. Dibaca 7 kali pada mata air akan sentiasa bersih sumbernya.
3. Dibaca 300 kali akan menang terhadap musuh.
4. Dibaca 1,000 kali akan diluaskan rezeki, dinaikkan pangkat dan dimudahkan segala urusan.
5. Dibaca 1,000 kali ketika hendak tidur selepas Isya' mudah berjumpa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam mimpi.
6. Dibaca 7 kali sebelum tidur menjadi husun pertahanan badan.
7. Dibaca 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan.
8. Ditulis di timah untuk menangkap ikan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mudah mendapat ikan.
9. Jika kita hendak berdebat dengan seseorang maka ditulis surah ini dan dibawa berdebat akan menang.
10. Jika dibaca pada mata akan menjadi penawar atau dibaca pada air dengan bunga mawar lalu disapu pada mata.
11. Jika dibaca berterusan dijadikan wirid harian:
a. Hati akan menjadi lembut.
b. Hati menjadi khusyuk.
c. Tetap hati dalam ta'at pada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

[tweetmeme only_single="false"]

Hikmah Yang Terkandung Dalam Surah Yaasin 7 Mubin

 

Dalam surah Yaasin, ada 7 tempat perkataan 'Mubin'. Di antara hikmat membaca Surah Yaasin 7 Mubin ini adalah sebagaimana berikut:
1) Untuk menyelamatkan kita dari dizalimi oleh sesama manusia.
2) Untuk menjauhi gangguan syaitan.
3) Untuk menenangkan rakan-rakan kita yang dalam keadaan sakit tenat. (Bagi orang yang sakit tenat, sediakan air untuk diberi minum kepada si pesakit setelah membaca Yaasin.)


Cara untuk membaca Yaasin 7 Mubin adalah seperti berikut:


1. Bacaan kali pertama hendaklah dibaca mulai Ayat 1-12.
2. Kemudian baca lagi bagi kali kedua surah Yaasin dari Ayat 1-17.
3. Kemudian baca lagi bagi kali ketiga surah Yaasin dari Ayat 1-24.
4. Kemudian baca lagi bagi kali keempat surah Yaasin dari Ayat 1-47.
5. Kemudian baca lagi bagi kali kelima surah Yaasin dari Ayat 1-60.
6. Kemudian baca lagi bagi kali keenam surah Yaasin dari Ayat 1-69.
7. Kemudian baca lagi surah Yaasin bagi kali terakhir dari Ayat 1-83 (awal hingga akhir).
Setelah anda membaca kesemua 7 Mubin, anda dikehendaki membaca Doa Yaasin.
Insya' Allah, apabila anda lakukan seperti yang diterangkan di atas, Allah akan memelihara diri anda dari gangguan manusia, jin dan syaitan. Bagi mereka yang di dalam keadaan tenat, Allah akan mententeramkannya.

[tweetmeme only_single="false"]

Supaya Anak Yang Baru Lahir Tidak Menangis Di Waktu Malam

 

Supaya anak yang baru lahir tidak menangis di waktu malam, sila lakukan sebagaimana berikut:
Sebaik sahaja anak lahir ke dunia, jika anak lelaki, hendaklah diazankan ke telinganya. Jika anak perempuan, hendaklah diqamatkan pada telinganya. Setelah itu, hendaklah membaca Surah Al-Qadr sebanyak tiga kali dan ditiupkan pada kedua belah telinga anak itu supaya tidak menangis di malam hari.


[tweetmeme only_single="false"]

Doa Memohon Dicukupkan Keperluan

 


Maksudnya: "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

(Surah at-Taubah: 129)

[tweetmeme only_single="false"]

Adakah Anda Tahu?

 

PERTANYAAN TANAH KUBUR PADA MAYAT


Abu Bakar 'Abdul Aziz bin Jafar, seorang ahli fiqih Hambali menceritakan dalam buku fiqihnya, Al-Syafi, dari Ismail bin Ibrahim Syairoji dari Muhammad bin Hammad bahawa diceritakan kepada Abdur Razzaq dari al-Tsauri dari A'masy dari Manhal bin Amr dari Zadan dari Barra bin Azib: "Kami pergi bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, menghantar satu jenazah, lalu baginda melihat kuburan yang digali dan baginda duduk. Kami pun ikut duduk bersama mengelilinginya. Baginda bersabda, "Jika seorang mayat dimasukkan ke dalam kubur, lalu diratakan tanahnya, maka akan ditanya oleh tanah: "Apakah kamu tidak tahu bahawa aku adalah tempat yang sangat sepi, terasing dan tempat ulat-ulat? Apa yang telah kau siapkan untukku?"


PESAN UMAR BIN KHATAB R.A. KETIKA MENGHADAPI MAUT


Ketika Umar Al-Khattab tertikam, Ibnu Abbas r.a. datang seraya berkata, "Wahai Amirul Mukminin, engkau masuk Islam ketika orang-orang kafir! Engkau berjihad bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam ketika orang-orang menelantarkannya! Engkau terbunuh sebagai syahid dan tidak ada dua orang pun berselisih atasmu! Ketika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam wafat baginda rela kepadamu," kemudian Umar berkata kepadanya, "Ulangilah perkataanmu tentangku," Maka Ibnu Abbas mengulangi perkataan kepadanya. Umar pun berkata, "Orang yang tertipu adalah orang yang kalian tipu. Demi Allah, kalaulah engkau memiliki sesuatu yang matahari terbit atau tenggelam padanya (dunia dan seisinya), pastilah aku menebus dengannya dari ketakutan yang kelak akan kuhadapi (akhirat)."


PENGHALANG AMAL SALIH


Ada beberapa yang menghalangi perbuatan atau amal salih, iaitu: (a) harta dan kesenangan dunia, (b) rasa malas dan berat, (c) nasap, (d) putus asa dari rahmat Allah, (e) megikuti adat istiadat, (f) sombong, (g) panjang angan-angan dan menunda-nunda pekerjaan, (h) perniagaan atau pekerjaan, (i) isteri dan anak, (j) orang tua, (k) tipu daya syaitan dan (l) teman yang buruk.

[tweetmeme only_single="false"]

Rawatan Jika Terlekat Tulang

 

Ramuannya:


1. Madu Lebah Asli


Celupkanlah ke dalam Madu Lebah Asli. Dengan berselawat sebanyak tiga kali, masukkanlah jari ke dalam mulut dan hisapkan jari itu perlahan-lahan. Insya-Allah, tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.


2. Bacaan Al-Fatihah Tujuh Kali


Bacalah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali dan hembuskanlah ke dalam sebiji gelas yang berisi air lalu diminum oleh orang yang tersekat tulang di kerongkongnya. Insya-Allah tulang itu akan mudah keluar.

[tweetmeme only_single="false"]

Rawatan Untuk Mengubati Penyakit Batu Karang

 

Ramuannya:


1. Madu Lebah Asli
2. Jintan Hitam (Habbatus Sauda)


Tumbuk jintan sehingga lumat. Kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya, gaul sama rata hingga sebati. Campurkan ramuan ini ke dalam air hangat lalu diminum.

[tweetmeme only_single="false"]

Cara Memagar Rumah Dengan Ayat Kursi

Bagi memagar rumah dengan menggunakan ayat Kursi, sila lakukan seperti berikut:
1. Lakukan sembahyang hajat 2 rakaat.
2. Setelah selesai mengerjakan sembahyang hajat 2 rakaat, anda dikehendaki membaca ayat Kursi sekali. Semasa anda membaca ayat Kursi, ulangkan sebanyak 70 kali apabila sampai pada ayat berikut:


 


3. Setelah selesai mengulangi ayat yang disebutkan di atas sebanyak 70 kali, anda mestilah tiupkan di sekeliling rumah. Mulakan dari arah kanan, kemudian baru ke kiri. Apabila anda lakukan seperti berikut, Insya Allah, Tuhan akan selamatkan anda dari sebarang gangguan.

[tweetmeme only_single="false"]

Perempuan Keluar Rumah Dengan Memakai Wangian Dan Berjalan Di Tengah Lelaki

 

Masalah ini adalah sesuatu yang telah umum berlaku pada zaman sekarang, walaupun ada peringatan keras dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam sabdanya:
"Barangsiapa di antara wanita yang memakai wangian, kemudian berjalan di tengah kaum lelaki, agar mereka mencium bau (wangi)nya, maka ia adalah sama dengan berzina." (H.R. Ahmad)
Pada sebahagian wanita terdapat sikap lalai dan tidak peduli yang menjadikannya menganggap mudah masalah ini, baik ketika bersama pemandu, penjual atau penjaga sekolah.
Bukan hanya peringatan di atas, bahkan syari'ah Islam memaksa wanita yang memakai wangian dengan perintah mandi seperti mandi junub, apabila hendak keluar rumah meskipun ke masjid, sebagaimana dalam sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Barangsiapa di antara perempuan yang memakai wangian, kemudian keluar menuju masjid, supaya dicium bau (wangi)nya, tidak akan diterima solatnya hingga ia mandi seperti mandi junub (besar)." (H.R. Ahmad)
Maka kepada Allah tempat berlindung dari (tingkah laku wanita) yang memakai wangi-wangian dalam majlis-majlis perkahwinan dan lainnya, dan memakai wangian (perfume) yang kuat baunya dan berada di pasar-pasar, alat-alat pengangkutan, tempat-tempat awam dan bahkan di masjid-masjid pada malam-malam bulan Ramadhan. Syari'ah Islam telah mengatur bahawa perfume wanita adalah yang berwarna dan tidak berbau.
Kita memohon kepada Allah semoga Dia tidak mengutuk kita, dan semoga orang-orang soleh lelaki dan perempuan tidak dibebani dosa disebabkan kelakuan orang-orang jahil lelaki dan perempuan, dan semoga Allah membimbing kita semua menuju jalanNya yang lurus, amiin...

[tweetmeme only_single="false"]

BULAN SYA'BAN

 

KESIBUKAN umat Islam mengerjakan amal ibadah dalam sepanjang bulan Rejab, seharusnya diteruskan dengan amal ibadah dalam bulan Sya'ban. Ini disebabkan bulan Sya'ban juga penuh dengan keberkatan dan kebaikan, termasuk berbagai fadhilat dan kelebihannya.
Ini menepati maksud sebuah Hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., sabda baginda bermaksud: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku."
Ketiga-tiga bulan itu (Rejab, Sya'ban dan Ramadhan) hendaklah dihayati dan dimanfaatkan sebaik-baiknya, sebagai usaha pelaburan yang amat menguntungkan pada akhirat kelak.


FADHILAT DAN KELEBIHAN SYA’BAN


Terdapat banyak Hadis Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban bagi mereka yang berusaha memanfaatkannya dengan mengerjakan berbagai amalan ibadah. Perhatikan sebahagian daripada Hadis-hadis baginda:
Sayidatina ‘Aisyah r.a. menyatakan, tidak pernah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Sya’ban (selain bulan Ramadhan); sesungguhnya baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah berpuasa sebulan penuh.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Usman bin Zaid menceritakan: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan (Sya’ban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan di angkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

Oleh kerana setiap orang Islam mengharapkan agar amal ibadah masing-masing yang diangkatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala pada bulan Sya’ban itu diterima, maka sewajarnyalah kita sekalian memperbanyak lagi amal ibadah dengan penuh tawadhu’, ikhlas dan taqwa kepada-Nya. Jika Allah Subhanahu wa Ta’ala dapat menerima amal salih kita, maka sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menaikkan darjat kita dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Sayidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:
(Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb).

(Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’ban mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Dinamakan Sya’ban kerana dalam bulan tersebut terdapat amat banyak kebajikan; dan puasa yang lebih afdhal ialah puasa dalam bulan Sya’ban.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Kelebihan Rejab atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Al-Qur’an atas qalam. Kelebihan Sya’ban atas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekalian nabi-nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhluk-Nya.”
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud, apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya.”
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memerhatikan hamba hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyengutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sama saudaranya (sesama orang Islam).
Diriwayatkan daripada Ka’abul-Akhbar bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengutus malaikat Jibril pada malam Nisfu (pertengahan) Sya’ban ke syurga. Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan supaya syurga dihiasi dengan seindah-indahnya. Malaikat Jibril berkata pada syurga, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerdekakan ahli neraka pada malam ini sebanyak bilangan bintang-bintang di langit, sebanyak jumlah hari dunia dan malamnya, sebanyak daun-daun pokok, seberat gunung-gunung dan sebanyak-banyak pasir.
Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah: “Hendaklah kamu perhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Aidil-Fitri dan malam Aidil-Adha.


FADHILAT DAN KELEBIHAN PUASA SYA’BAN


Fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat dalam bulan Sya’ban adalah terlalu besar. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah berpuasa penuh sepanjang bulan tersebut.
Sayidatina ‘Aisyah r.a. meriwayatkan: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berpuasa sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berbuka; dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa; dan saya tidak melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan dalam bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat baginda berpuasa di dalam sesuatu bulan melebihi dari puasa baginda di dalam bulan Sya’ban.”

(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Yusof)

Sebuah lagi Hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud bahawa baginda suka berpuasa penuh sebulan Sya’ban kerana bulan tersebut malaikat maut menghapuskan nama orang-orang yang akan dicabut rohnya (mati) di sepanjang tahun itu. Baginda amat suka jika malaikat maut itu tidak mengambil roh baginda melainkan di dalam bulan Sya’ban (di mana baginda sedang berpuasa).
Puasa Hari Isnin
Sebuah lagi Hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a., bermaksud sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Sya’ban akan diampunkan dosanya.
Puasa Hari Khamis
Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Sya’ban dan Khamis terakhir bulan Sya’ban, akan dimasukkan ke dalam Syurga.
Puasa Sehari
Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya’ban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga.
Puasa Tiga Hari
Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Sya’ban dan berselawat ke atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.
Puasa Sebulan Sya’ban
Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Sya’ban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul-maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari Kiamat dan diwajibkan baginya Syurga.

[tweetmeme only_single="false"]

Kebaikan Sedekah Di Dunia & Di Akhirat

 

Kebaikan Sedekah Di Dunia

  • Bersih diri daripada dosa.
  • Bersih harta.
  • Jauh dari bala.
  • Fakir miskin gembira.
  • Rezeki bertambah berkat.

Kebaikan Sedekah Di Akhirat
  • Menjadi penaung diri.
  • Mudah perhitungan amalan.
  • Berat timbangan amal kebajikan.
  • Mudah menyeberangi titian Mustaqim.
  • Ditingkatkan darjat di Syurga.
[tweetmeme only_single="false"]

Hari Makruh Berpuasa Sunat

 

1. Puasa pada hari Jumaat sahaja. Ini kerana hari Jumaat ini macam hari raya mingguan bagi umat Islam. Kecuali kalau ada sebab yang menyunatkan, maka ketika itu hilanglah kemakruhan tersebut. Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Dan janganlah khususkan hari Jumaat dengan puasa di antara hari-hari yang lain..."

(Riwayat Muslim)

2. Begitu juga kalau puasa hari Sabtu sahaja. Biasanya hari ini adalah hari keluarga. Mereka akan keluar makan, berkelah, balik kampung dan sebagainya. Ada hadis yang melarang puasa pada hari Sabtu iaitu:
Maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan jika ia difardhukan ke atas kamu."

(Riwayat Ahmad)

[tweetmeme only_single="false"]

Tidur Sekejap Pada Siang Hari

 

Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan: "Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya." Tujuan qailullah ini agar pada malam harinya mereka boleh bangun untuk mendirikan solat Tahajjud.
Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai mid-afternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Antara tokoh yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr. William A. Anthony, (PhD) dan Camilie W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping At Work.

[tweetmeme only_single="false"]

Keutamaan Dua Ayat Akhir Daripada Surah Al-Baqarah

 


Keterangan dan Petua Beramal
1. Perlindungan Daripada Segala Kejahatan
Abu Mas'ud al-Badri r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, maka cukuplah baginya (daripada hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat, sama dengan bersembahyang."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Dikabulkan Permintaan
Ibn Abbas r.a. bercerita bahawa pada suatu ketika Jibril berada di sisi Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, tiba-tiba terdengar suara daripada atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:
"Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepada-Mu dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi yang sebelum kamu, iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah al-Baqarah. Tiada engkau membaca satu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi."

(Riwayat Muslim)

[tweetmeme only_single="false"]

Ayat 128-129 Surah At-Taubah

 


Terjemahannya:


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah
1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

[tweetmeme only_single="false"]

Bulan Sabit Menjadi Besar

 

Di antara tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat ialah rupa bentuk bulan sabit akan membesar. Saiz besarnya bulan sabit tersebut ialah dua kali ganda dari saiz biasa. Jika anak bulan itu terbit pada hari yang pertama, saiz besarnya anak bulan itu seperti anak bulan pada hari yang kedua. Maka, kadangkala ia tidak dapat dipastikan dengan tepat oleh orang yang memerhatikannya.
Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Di antara tanda-tanda hari telah hampir kiamat ialah membesarnya bulan sabit dan jika dilihat tanggal satu dikatakan tanggal dua."

(HR Thabrani)

Di dalam sebuah lagi hadits yang berupa marfu', Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda tentang telah hampirnya hari kiamat ialah ketika bulan sabit kelihatan pada malam pertama akan dikatakan sudah malam kedua."

(HR Thabrani)

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...