Friday, February 11, 2011

BILAKAH BERAKHIRNYA WAKTU SOLAT ISYAK?

 

image

Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak selagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya. Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang pertama.

Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa pukul 1.00 pagim hingga pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat Isyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9.00 pagi. Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah. Hukumnya adalah berdosa. Sebagaimana firman-Nya:

"Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)

* buat sahabat semua jangan ingat waktu solat isyak itu panjang ia ada sempadan waktunya  yang telah ditetapkan .. Apa-apa halpun solatlah di awal waktu kerana ia adalah PERINTAH ALLAH..

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...