Monday, August 9, 2010

65 tahun = 2 tahun

 

65 tahun hidup hanya 2 tahun amal ibadat yang kita bawa?

 

Mari kita buat kiraan ringkas tentang ibadat solat kita.

Isyak, Subuh, Zohor, Asar dan Maghrib
Solat 1 waktu = lebih kurang 10 minit (anggaran kasar)

Sehari 5 waktu x 10 minit = 50 minit (anggaran kasar 1 jam ibadat solat sehari)

Maka setahun bersamaan 360 jam jangka masa kita solat.
Katakanlah purata usia seseorang 65 tahun.

65 tahun x 360 jam = 23400 jam ibadat solat dalam tempoh 65 tahun.

Mari kita teruskan mengira.

23400 jam bersamaan 2.7 tahun (2 tahun setengah).

Kiraan ini termasuk waktu sebelum baligh iaitu dari umur 1 tahun hingga 15 tahun.

Kalau tolak 15 tahun sebelum baligh tinggal 50 tahun bukan.?

50 tahun = 18000 jam ibadat solat yang kita lakukan 5 waktu sehari.

Jadi selama 50 tahun hidup, keseluruhan ibadat solat yang kita lakukan ialah 2 tahun.

(itupun kalau jaga solat).

Mari kita renungkan.

Selama 65 tahun hidup, akhirnya kita kembali menghadap Allah s.w.t dengan membawa amalan selama 2 tahun?

Cukupkah?

Rasanya berpuas hatikah kita nak bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan sekarang?

Sedangkan masa hidup kita banyak tersia dengan mengejar dunia semata.

Perkiraan di atas sekadar renungan buat kita semua agar jangan berasa cukup dengan amalan yang kita ada. Kita risau amalan baik yang kita lakukan masih belum cukup untuk mengatasi kejahatan yang sering kita lakukan samada dalam sedar atau tidak.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah.

Jagalah solat kita kerana amalan solatlah yang pertama akan dihisab kelak
Jangan kerana kita masih melakukan maksiat dan kemungkaran kita tidak solat. Solat itu ada keberkatannya. Mudah-mudahan dengan solat yang ikhlas kerana Allah s.w.t kita dijauhkan dari melakukan maksiat dan kemungkaran yang sudah pasti setiap muslim ingin menghindarinya.

Dari saat ini dan ketika ini semarakkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Perkara-perkara maksiat cuba dijauhkan. Perkara-perkara haram tinggalkan dan jangan toleh ke belakang lagi. InsyaAllah terdetik niat di dalam hati kita untuk berubah kearah kebaikan, Allah pasti tidak biarkan kita dalam kesesatan. Janganlah lakukan lagi perkara-perkara mungkar yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t. terhadap kita umat akhir zaman ini.

Mahukah Allah murka sehinggakan biar kita dalam kesesatan? Kesesatan dengan keseronokan dunia. Masing-masing sibuk mencari hiburan dan keseronokan dunia semata. Kesesatan dengan pangkat dan darjat. Bangga, meninggi diri dan membeza-bezakan darjat dan pangkat sesama insan. Kesesatan dengan kemewahan dunia. Lupa akan kesusahan orang lain dan leka mengejar kemewahan dan keseronokan dunia semata.

Apa maknanya kita kecapi segalanya di dunia ini tanpa keredhaan Allah s.w.t.?
Bersyukurlah pada-Nya kerana kita di antara insan yang terpilih untuk memahami Islam.

Kita insan-insan terpilih untuk terus mencari ilmu Islam. Dengan ilmu yang ada, bersama kita beramal di samping membimbing orang sekeliling kita bersama mencari keredhaan Allah s.w.t.

Mari bersama tingkatkan amalan kita dari masa ke semasa. Buatlah yang terbaik selagi mana Allah s.w.t beri peluang hidup di dunia ini. Janganlah kita leka dan lalai lagi. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang sesat dan dalam kerugian.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...