Allah berfirman,
"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (SURAH al-Hajj: 46)
Bismillah,dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Syukur kepada Mu ya Allah kerna masih memberikanku nafas untuk hidup di bumi ciptaan-Mu ...aku manfaatkan hidup ini untuk bekerja kerana-Mu ya Allah..aku manfaatkan hidup untuk menulis buat diriku dan manusia sebagai wahana dakwah.Ilmu yang diberikan adalah amanah dan aku tunaikan amanah demi Mu Rabb...........
Allah menjadikan manusia mempunyai nikmat mata,iaitu mampu melihat pelbagai ciptaan Allah dan segala yang wujud di dunia ini.Dengan mata juga kita mampu melayan Facebook ciptaan manusia.Tanpa mata,kita akan mengalami kesulitan dan kesusahan yang pelbagai...
Namun ramai manusia mempunyai mata yang cerah..tetapi mata hatinya buta.Allah ciptakan mata untuk kita melihat dan memikirkan dengan akal,akal yang berfikir akan melahirkan apa yang dilihat kepada mata hati.
Contoh yang mudah adalah seseorang yang melihat pokok dan memikirkan keajaiban poko.Dari benih yang kecil,ditanam dalam tanah dan tumbuh hingga menjadi pokok yang besar ,berdaun,berbuah dan berjuta-juta pokok ada di dunia ini,malah mungkin berbilion atau trilion...Akal yang memikirkan akan melahirkan ketakwaan dan keimanan dalam hati,lantas berzikir kepada Allah menandakan kagum dan membesarkan Allah.Itulah manusia yang cerah mata hati,bukan buta mata hati.
Antara punca manusia buta mata hati adalah :
1.Melihat sesuatu dan tidak pernah memikirkan apa yang dilihat.
2.Membaca Quran namun tidak memahami isi kandungan Quran.
3.Tidak mahu muhasabah diri.
4.Suka mencari kesalahan orang lain.
5.Solat tidak khusyuk.
6.Menggunakan lidah untuk kejahatan dan maksiat.
7.Suka membuang masa.
8.Beribadat tanpa ilmu.
9.Membaca Quran dengan tajwid yang salah.
10.Tidak mengingati mati.
11.Makan sumber haram.
12.Tidak menghadiri majlis ilmu.
13.Suka hiburan yang melalaikan.
14.Kurang berzikir.
15.Tidak berteman manusia salih.
16.Mengamalkan sifat mazmumah.
17.Menjauhi sifat Mahmudah.
18.Tidak bersyukur dengan rezeki.
19.Hanya bergaul dengan manusia setaraf.
20.Memandang hina manusia yang mempunyai kekurangan.
Buta mata hati adalah amat bahaya kepada orang Islam.Mereka memmbaca kes rogol dan tidak bersedia dengan persediaan mencegah kes rogol seperti menyimpan penyembur mata.Mereka membaca kes buang bayi namun tidak mendidik anak-anak dgn iman dan takwa agar anak menjauhi zina.membaca kes kisah kemalangan jalan raya namun membawa kenderaan mengiku nafsu seeprti melanggar lampu isyarat merah,memotong garisan berkembar dan sebagainya.
Manusia yang buta mata hati mampu melihat tetapi mereka tidak fikirkan,maka jiwa mereka buta selamanya.
Pelbagai kes jenayah dan maksiat adalah berpunca daripada buta mata hati.Manusia meragut kerna mereka tidak fikirkan perasaan orang diragut.Mereka merogol kerna tidak fikirkan bahawa wanita itu amat mulia dan setaraf ibunya.Mereka berniaga dan berhutang dan tidak membayar pinjaman perniagaan kerna mereka tidak fikirkan mati.Mereka mencari rezeki haram kerana tidak memikirkan azab kubur dan akhirat.Segala maksiat dan jenayah adalah berpunca dari jiwa yang kosong dan hati yang mati.
Lihatlah manusia sekeliling kita.Apa yag mereka lakukan?Mereka mengumpat teman dan jiran kerana hati mereka mati.Mereka tidak membayar zakat kerna hati yang mati.Mereka meninggalakan solat kerna hati yang mati...
Apalah guna mempunyai mata yang cerah namun hatinya mati....
Hayati ayat-ayat ar-Rahman untuk menjadi manusia beriman kerana manusia beriman itu tidak buta hatinya.
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Pengasih.
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang
sia-sia;
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan
zakat harta itu);
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya;
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya
mereka tidak tercela;
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka
merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;
11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
surah al-Mu'minun
Segala kesempurnaan adalah milik Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana,manakala kelemahan dan kesalahan adalah diri sendiri yang naif dan lemah...