Tuesday, January 11, 2011

MENCARI KEBAHAGIAAN.

 

Bismillah..

dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Penyayang...

Menurut Imam al-Ghazali, puncak kebahagiaan pada manusia adalah jika dia berhasil mencapai

makrifatullah iaitu mengenal Allah.

Manusia yang kenal Allah adalah manusia yang beriman,bukan kafir atau musyrik.Malah manusia Munafik juga dikategorikan bukan manusia yang mengenal Allah.

Ramai manusia mendefinisikan kebahagiaan sebagai harta yang banyak,rumah tangga yang bahagia namun hakikatnya harta yang banyak dan rumah tangga bahagia tanpa iman bukanlah kebahagiaan sebenar.

Ramai pula manusia mengaku hidupnya bahagia sedangkan hakikatnya tidak.Ramai pula mengaku hidupnya menderita namun hakikatnya mereka bahagia.Begitulah manusia.

Ramai lelaki mencari wanita cantik kerna ianya dikatakan kebahagiaan sedangkan Baginda saw memberi panduan :

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.”

(Diriwayatkan oleh Imam Ibnu  Majah).

Abdurrahman As-sa’dy  berkata “Sesungguh ketenangan dan ketenteraman hati dan hilang kegundahgulanaan dari itulah yg dicari oleh tiap orang. Karena dgn dasar itulah akan didapati kehidupan yg baik dan kebahagiaan yg hakiki”

Kita lihat ramai manusia tinggal dalam banglo harga berjuta-juta dan menaiki kereta mewah namun mereka hidup dalam ketakutan.Takutkan perompak dan penculik.Bahagiakah mereka?

Begitu juga ramai manusia yang menunaikan solat dan tidak pernah  merasai khusyuk,bahagiakah mereka?

Kita lihat juga ramai mendapat harta haram dan gembira dengan harta tersebut dan kehidupan mereka dilihat bahagia,benarkah mereka bahagia?

Hakikatnya iman yang membawa seseorang kepada kebahagiaan.Lihatlah Khalifah Omar al-Khattab tidur di bawah pokok nan rendang walaupun bergelar raja.Beliau tidak pernah takutkan perompak atau penyamun.Beliau tidak takutkan musuh-musuh Islam.

Manusia yang bahagia sebenarnya adalah manusia beriman.Imanlah yang melahirkan kebahagiaan.

Jika seseorang mempunyai iman,ia akan mencari harta yang halal walaupun rezekinya sedikit.Harta halal itu dimakan dan dibelanjakan dengan baik.Itulah kebahagiaan.

Iman juga mendidik suami isteri hidup dalam keimanan dengan sentiasa bersolat,nasihat,belajar ilmu di masjid,sering mmebangunkan pasangan pada waktu malam untuk bertahajjud,mmebaca Quran dan sebagainya.Itulah rumah tangga bahagia sebenarnya.

Iman juga membawa seseorang berakhlak baik dan mengawal lidahnya.Iman juga menjauhkan seseorang dari perbuatan jahat,maksiat dan menyusahkan orang lain.

Kita lihat pemimpin Melayu Tun Dr Mahathir Mohamad.Sejak bergelar Perdana Menteri beliau tidur pada waktu 12 tengah malam dan bangun jam 6 pagi setiap hari.Beliau berusaha membangunkan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat kerana itulah kebahagiaan menjadi seorang pemimpin.Bangsa Melayu yang dulunya miskin 70 % menjadi hanya 10 % sahaja.

Sebenarnya bukan mudah memimpin sebuah negara.Bercakap adalah mudah.Namun untuk menguruskan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama bukan sesuatu perkara mudah.Namun beliau berjaya menyatupadukan kaum dan berjaya hidup aman damai.Tanpa keimanan sudah tentu beliau gagal menjadi pemimpin yang baik.Ketika menjadi PM dan bersara,beliau dikagumi semua warganegara Malaysia.Hanya manusia tidak bersyukur membenci beliau.

Begitu juga dengan pemimpin Sukarno.Ketika dalam penjajahn Belanda rakyat Indonesia hidup dalam kemiskinan dan beliau berusaha memajukan negaranya.Kini negara Indonesia mendapat limpahan rezeki yang lebih baik berbanding zaman penjajahan.Setiap pemimpin ada jasa dan kebaikannya,janganlah dilihat keburukan sahaja.

Tiada sesuatu pun yang boleh memberikan kebahagiaan dalam hidup kita kecuali iman.Iman yang menjadi asas kebahagiaan,bukannya harta atau rupa.

Manusia perlu bertanya diri sendiri,sejauh manakah iman dalam jiwaku?

Hanya diri sendiri  yang boleh menilainya kerana saya hanya tahu apa yang dilakukan oleh diri sendiri,bukan orang lain.

Untuk menilai iman diri sendiri bukanlah payah.Jika masih belum fasih membaca Quran dengan tajwid yang betul,sahihlah jiwa tiada iman.Jika mempunyai iman sudah tentu seseorang akan berusaha pergi belajar tajwid hingga pandai dan mampu membaca Quran dengan betul.

Jika masih sukakan wanita cantik tanpa mengira agama seseorang itu,jelaslah lelaki tersebut tiada iman.Iman menyuruh lelaki memilih wanita beragama,bukan sekadar rupanya cantik.

Jika masih tidak peduli rezeki datang dari halal atau haram,jelaslah tiada iman dalam jiwa.Iman mengajar seseorang mencari rezeki halal kerna yang halal itu berkat.

Jika tahu rasuah itu haram namun masih mengamalkan rasuah ,jelaslah tidak memiliki iman.

Jika tahu menutup aurat itu wajib dan masih suka membuka aurat,jelaslah tiada iman...

Jika masih suka mengumpat dan menghina orang lain,jelaslah jiwa tiada iman.

Jika masih kurang ilmu agama dan tidak ke masjid dan surau belajar ilmu agama,jelaslah jiwa tiada iman...

Jika masih sombong dan angkuh,jelaslah tiada iman..

Jika lidah masih suka berdusta dan berbohong,jelaslah tiada iman...

Kita senaraikan apa yang kita buat dan katakan,adakah ia menggambarkan ciri-ciri manusia beriman atau tidak....

Quran mengajar kita untuk menilai diri kita :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang

sia-sia;

4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan

zakat harta itu);

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya;

6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya

mereka tidak tercela;

7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka

merekalah orang-orang yang melampaui batas;

8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;

11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

surah al-Mukminun.

        Kebahagiaan itu mudah diucapkan lidah namun adakah kita benar-benar bahagia?

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...