Tuesday, January 11, 2011

Islam Ibarat Satu Tubuh Manusia

 

Perhatikan diri kita,kita ada mata untuk melihat,telingan untuk mendengar, mulut untuk berkata, hidung untuk mencium, kaki untuk berjalan , tangan untuk berbagai tujuan dan berbagau anggota lagi yang semua dikawal dan diarahkan oleh anggota paling utama iaitu Otak. Setiap anggota ini saling memerlukan anggota yang lain. Ia tidak boleh dipisahkan atau diceraikan. Contohnya tangan tidak boleh diasingkan dari tubuh kalau diasingkan ia tidak berguna. Jadi anggota kita itu saling bergantung antar satu sama lain untuk membentuk diri manusia. Semua anggota manusia juga terlibat atau dibawa bersama dalam apa pekerjaan pun meskipun anggota itu tidak diperlukan dalam tugas tersebut. Misalnya perut tidak diperlu dibawa kemasjid tetapi ia tidak boleh ditinggalkan.

Kita perhatikan pula kepada Islam. Islam itu juga mempunyai peraturan-peraturan Allah sebagai anggota.setiap peraturan itu mempunyi kepentingannya sendiri. Tidak ada satu pun peraturan Islam yang boleh dipisahkan atau diceraikan kerana kalau diceraikan akan menyebabkan ia tidak lengkap seperti juga tubuh manusia. Ia juga perlu dibawa semuanya kemana jua kita pergi. Maksudnya Islam itu kita kena terima semuanya atau seluruhnya. Kalau kita nak pilih sebahagian sahaja yang mahu diterima maka Islam kita itu akan cacat atau kita tidak Islam seluruhnya. Contohnya kita nak jadi orang Islam tetapi kita tidak sembahyang lima waktu atau mendedahkan aurat, maka Islam kita telah menjadi cacat seperti mana kita telah membuang satu anggota tubuh kita. Satu hal lagi peraturan Islam itu kita kena bawa kemana saja kita pergi baik ke masjid, ketempat kerja, kerumah kawan, kepekan bahkan hingga ketandas. Maksudnya semua perbuatan kita mestilah mengikut peraturan Islam. Ini kerana Islam itu lengkap peraturan hidupnya (cuma kita tidak mahu mempelajarinya) sepatutnya kita menjadi Islam dimana sahaja kita berada bukannya hanya bila kita dimasjid sahaja.
Kesimpulannya, Bila kita terima Islam sebagai agama kita, maka seluruh peraturan Islam itu hendaklah kita patuhi. Tidak boleh misalnya kita ambil Islam itu sebahagian sahaja dan kita ambil peraturan Kristian sebahagian atau Buddha sebahagian. Tidak sembahyang, mendedahkan aurat, bergaul bebas lelaki dan perempuan dan sebagainya adalah peraturan Ugama Kristian dan Buddha.
Perhatikan bentuk tubuh kita,sendi-sendi yang ada pada bentuk tubuh badan kita membolehkan kita berdiri, membongkok, bersujud dan duduk. Kita kita boleh membengkok kebelakang atau kekiri atau ke kanan. Sendi-sendi yang ada tidak membolehkan kita melipatnya ke arah belakang atau kiri kanan. Tangan kita pula tidak panjang hanya sekadar sesuaiumtuk memegang kepala lutut. Sendi kaki pula hanya sekadar sesuai untuk kita duduk diatas tapak kaki, tidak panjang sebelah misalnya. Tangan pula sekadar sesuai untuk diletakkan di atas paha bila kita duduk.

KENAPA KITA DIJADIKAN SEDEMIKIAN??
Kalau direnung dalam-dalam maka didapati anggota dan sendi-sendi yang terjadi pada tubuh manusia itu bersesuaian untuk tujuan sembahyang iaitu berdiri, roko�, sujud dan duduk. Sesuailah hal ini dengan tujuan Allah menjadikan manusia iaitu untuk beribadat kepadaNya.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...