Suasana Kebuluran di Afrika Timur
                          
 Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu  yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan. Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian  tersebut.                            
                                      
 Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar  
 setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Bersyukurlah kita yang berada di Malaysia negara yang makmur dan aman  damai. Kita bebas untuk makan apa sahaja dan bebas untuk kemana-mana. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Jom kita tengok gambar-gambar keadaan mereka di sana. Sumber daripada theatlantic.com.                        
             
 
                            
 Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg        
 
                              
            Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air.      
       
                               
  Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian  merenung jauh.
                    
    Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan  populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana   ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.          
                
 
             
 Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowd Turkana, Kenya.                              
                
 
              
    Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.    
                
 
 
    Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di    
                        jadikan sebagai kayu api.                          
                
 
            
    Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan    
                        makanan di Lolkuta, Wajir.                        
                
 
              
 Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang 
                mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.                
                
 
              
            Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya.            
                
 
              
        Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.        
                
 
             
 Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley. 
                
 
              
                Tin makanan yang telah di gunakan dari USA                
                
 
              
                Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia                
                
 
               
                      Keadaan haiwan ternakan di sana.                      
                
 
               
  Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan  
                  mengikut amalan tradisi orang Somalia                    
                
 
             
  Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang  
            di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011            
                
 
            
  Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan  
      tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.      
                
 
              
      Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas.      
                
            
 Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July    2011                                    
               
              
    Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans  Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.          
                
             
  Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan   keluarga beliau di kem pelarian.                      
                
             
      Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.      
               
             
      Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia.      
                
              
  Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization  of Islamic Co-Operation (OIC)                        
                
       
  Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo  24 Julai 2011.                              
                
              
  Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem  Dagahaley 22 Julai 2011.                          
               
            
      Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.        
               
              
 Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011.  Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk   memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan  setiap hari.                                
               
              
      Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.      
                
             
 Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di  Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011.         
                 
 Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana          
 kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak  
 membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa  
 ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana.  
 Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara      
 mereka beragama Islam. Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk  
 merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin 
 membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang    
 tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada      
 bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka  
 tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan      
 kongsikan dengan rakan-rakan anda.                                        












 
