Friday, October 19, 2012

BILA MANUSIA BERSIKAP SEPERTI KERA DAN BABI



قال الرسول e  : لَيَشْرَ بَنَّ نَاسٌ مِّنْ أُمَّتِي الخَمْرَ يُسَمُّوْنَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُؤُوْسِهِمْ بِالمَِعَازِفِ وَالمُغْنِيَّاتِ يَخْسِفُ اللهُ ِبهِمُ الأَرْضَ و َيَجْعَلُ مِنْهُمُ القِرَدَ ةَ  وَ الخَنَازِيْرَ
Maksudnya : Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama lain. (Mereka meminum arak) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah akan merubah mereka menjadi kera dan babi   – HR Ibnu Majah



Keterangan

Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara’.

Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.

Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi.

Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.

Kera diibaratkan sejenis binatang yang biasa dipelihara dengan diberi makan minum yang mencukupi tetapi sentiasa berpaling punggung pada tuannya. Manusia pun ramai yang bersifat seperti kera apabila banyak nikmat dianugerahkan oleh Allah tidak disyukuri malah melawan sistem Allah dan derhaka kepadaNya tanpa rasa malu dan takut. Begitu juga bukan sahaja tidak merasa malu malah merasa bangga bila dapat melompat seperti kera atas pentas hiburan dan sebagainya

Babi pula sejenis binatang yang tidak mempunyai perasaan cemburu. Begitulah bila seorang lelaki yang hilang rasa cemburu tidak merasa apa-apa bila melihat isterinya bersama lelaki lain, dan seorang bapa tanpa rasa bertanggungjawab untuk melarang apabila melihat anak perempuannya bersama lelaki asing. Babi juga mempunyai tabiat makan yang begitu buruk dan kotor sehingga sanggup memuntahkan makanan dalam perut demi mengisi makanan yang baru disamping sanggup makan muntahnya sendiri. Begitulah manusia hari ini yang hidupnya tanpa arah tuju dan matlamat hidup hanya memikirkan makan dan hiburan melampau sahaja. Makan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram ditambah dengan sanggup merampas, mencuri hak orang lain demi memenuhi perut sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...