Firman Allah dalam surah An-Naml ayat 82:- 
"Apabila telah kami putuskan suatu siksaan atau mereka itu, kami 
turunkan Daabatul-Ardi binatang merangkak dari bumi dan berbicara 
mengatakan bahawa manusia itu tidak yakin tanda-tanda kebesaran kami.  
" Demikianlah Tuhan menerangkan tentang Daabat Ardi, 
dikatakan juga bahawa panjang tubuh 
binatang itu ialah 60 hasta, ertinya tubuh binatang itu tinggi besar 
siapa melihat pasti ketakutan. Di antara keajaibann ialah ia dapat 
berkata seperti manusia. Kerana di masa itu manusia masih lagi tidak 
mahu beriman dengan Allah s.w.t., sedangkan dunia akan kiamat. 
Tegasnya keluarnya Daabatul-Ardi adalah sebagai tanda kiamat. Makhluk 
ini luar biasa besarnya dan amat menakjudkan, di mana dia mempunyai dua 
sayap, empat kaki bentuk badannya seperti himar, bentuk kepalanya 
seperti kepala sapi dengan dua tanduk dikepala, matanya seperti mata 
babi, telinga seperti telinga unta bulunya halus seperti bulu harimau, 
belangnya seperti jalur harimau, sayapnya seperti sayap kelawar 
manakala ekornya seperti ekor kibas.  
Umumnya Daabatul-Ardi adalah suatu binatang ajaib yang belum pernah 
Tuhan jadikan pada masa dahulu. Ia juga dapat berjalan dan berdiri 
seperti manusia. la memegang sebatang tongkat dan sebentuk cincin, 
setengah ulama berpendapat bahawa tongkat itu ialah tongkat Nabi Musa 
a.s. dancincin itu pula adalah cincin Nabi Sulaiman a.s. Menjelang 
kiamat nanti makhluk ini akan keluar pada malam jumaat. Malam itu dia 
mula berkeliaran. Pada mulanya orang tidak percaya masakan ada makhluk 
seperti itu wujud. Setelah siang hari barulah jelas yang makhluk itu 
kelihatan besar bukan kepalang dapat berlari dan dapat terbang 
mengejar mangsanya. Orang-orang dikala itu tidak berani keluar rumah 
takut dibinasakan. Setiap manusia yang dia nampak ditangkapnya dan 
dipegang seperti memegang anak patung, tapi bukan untuk memakan 
manusia tersebut tetapi ia berbicara dengan manusia "Mengapakah kamu 
insan tidak mahu beriman dan yakin kepada Allah, padahal tanda-tanda 
kekuasaan Allah telah nyata dan terbukti dihadapan mata. Aku datang 
bukan untuk memakan daging manusia. Atas nama Tuhan memberikan padaku 
kekuasaan untuk membezakan siapa mu'min pada hari ini dan siapa kafir. 
Kamu semua tidak perlu takut padaku, kata Daabatul-Ardi.  
Diceritakan juga bila seseorang itu ditangkap digosok mukanya dengan 
cincin Nabi Sulaiman itu. Jika ia Muslim yang soleh maka dengan kudrat 
Allah akan memancarlah cahaya yang bersinar-sinar dari mukanya. Akan 
tetapi bagi orang kafir serta orang yang engkar kepada Allah atau 
munafik, lalu ditangkapnya jika dilihatnya tidak ada tanda iman 
padanya, lalu diketuknya kepala orang itu leburlah dia seketika itu 
juga warna muka orang itu akan berubah menjadi hitam legam dan buruk 
kelihatannya.  
Makhluk Daabatul-Ardi ini mengembara di muka bumi di dalam 
menjalankan tugasnya selama lebih kurang sebulan sepuluh hari. 
Begitulah serba ringkas kisah Daabatul-Ardi iaitu sejenis makhluk yang 
akan keluar apabila menjelang tanda kiamat besar nanti. Setelah 
datangnya Daabatul-Ardi manusia menjadi'panik. Di mana-mana saja orang 
membicarakan tentang Daabatul-Ardi.  
Tiba-tiba seluruh penduduk dunia menjadi terperanjat, hati mercka 
menjadi kecut disana sini bumi mula bergegar dan bergoncang 
perlahan-lahan diiringi dengan suara gemuruh bergegar-gegar, dari 
kecil-kecilan schingga makin-lama makin terasa bumi ini bergegar 
akibat letusan gunung sehinggakan bumi ini bergoyang. Firman Allah:- 
"Apabila matahari digulung cahayanya, bintang-bintang jatuh bertaburan 
ke bumi, gunung-gunung bergerak-gerak, unta-unta bunting ditinggalkan. 
Binatang-binatang berkumpul, laut menganas. Bila roh disatukan, 
anak-anak perempuan yang di kubur hidup-hidup di soal. Apakah dosa 
mereka hingga mereka di bunuh (di zaman jahiliah). Apabila buku-buku 
kebajikan diedarkan, langit dicabul (Bintang-bintang dan planet tidak 
di tempatnya). Neraka mula di nyalakan, Syurga mula dibukakan. Setiap 
orang akan mengetahui apakah amalan yang telah mereka kerjakan. Aku 
(Allah) 
bersumpah menarik perhatianmu kepada bintang-bintang yang kelihatan 
kembali, dan beredar serta berlindung. Demi malam bila telah hampir 
tamat dan subuh mulai kelihatan. Sesungguhnya semua itu adalah 
berkataan Rasul yang mulia. Yang mempunyai kekuatan disisi Arasy yang 
tinggi darjatnya. Yang dihormat dan dipercayai.  
(surah AI-Takwir.- Ayat 1-21)
Surah ini menerangkan betapa hebatnya peristiwa kiamat. Cubalah kita 
bayangkan apabila matahari tidak bersinar, bintang-bintang bergururan 
jatuh ke bumi. Gunung-gunung yang pejal dari batu-batan hancur bagaikan 
debu. Oleh kerana goncangan bumi begitu kuat, manusia tidak dapat 
duduk diam, isi perut bagai dikocak, rumah-rumah, bangunan-bangunan 
tinggi runtuh timpa menimpa mencium bumi. Ramai manusia yang terkorban 
sawah-ladang dipenuhi lahar dan lumpur panas yang dipenuhi lahar dan 
lumpur panas yang dimuntahi oleh gunung berapi. Suara letusan gunung 
memekakkan telinga, binatang-binatang serta manusia mati 
bergelimpangan. Hutan-hutan musnah terbakar. Pada masa itu, orang akan 
melupakan anak yang sedang disusuinya. Manakala orang yang hamil akan 
gugurlah kandungannya pada masa itu juga, keadaan manusia pada masa 
itu seperti orang mabuk kerana goncangan bumi yang begitu kuat. Air 
laut menyimbah ke darat mengaramkan kota-kota itu hancur berkecai. 
Dunia seolah-olah sedang mengamuk kepada manusia kerana dosa-dosa 
mereka. Sana-sini kedengaran suara jeritan minta pertolongan dan suara 
merintih. Laki-laki dan wanita berlari-lari seperti orang gila kerana 
ketakutan. Berhari-hari penduduk dunia berada dalam suasana azab 
bencana akan kiamat. Siang dan malam bumi bergoyang terus-menerus, 
sehingga tiada satupun bangunan berdiri tegak melainkan semuanya 
hancur. Gunung-gunung terus memuntahkan batu-batu api yang 
menyala-nyala. Di masa itu tidak ada lagi perasaan gembira. Di kala 
itu manusia menjadi lebih hairan kerana matahari yang bersinar 
terang-benderang dan panas tiba-tiba menjadi gelap-gelita. Ketika 
manusia dalam kebingunggan, kehairanan dan ketakutan yang tak 
habishabis, tiba-tiba bintang-bintang yang beribu-ribu jumlahnya 
diangkasa jatuh ke bumi menimpa apa saja yang berada di bumi. Sana-sini 
terdengar ledakan-ledakan hebat yang mengegarkan. Pada masa itu panas 
permukaan bumi sungguh luar biasa, hinggakan air laut menjadi kering. 
Dalam pada itu datang pula angin kencang bertiup entah dari mana, 
angin itu menerbangkan apa saja yang terdapat di bumi. Kemudian pada 
saat genting itu malaikat Israfil meniup sangkakalanya. Apabila dunia 
telah hancur sama sekali oleh tiupan sangkakala maka wajah dunia 
bertukar rupa, di mana seluruh muka bumi menjadi rata dan lapang. 
Firman Allah; "Di hari itu diganti bumi dengan bumi lain dan langit 
diganti dengan langit lain. Mereka umat manusia akan dipanggil menghadap 
ke hadrat Tuhan. " (Surah Ibrahim ayat.. 48)  
Setelah bumi berganti rupa maka seluruh muka burni tidak ada lagi 
kerajaan manusia, di mana kesemuanya telah musnah menjadi tanah. Muka 
bumi menjadi sunyi sepi seperti mati. Sesudah dunia berganti rupa 
menjadi datar, luas dan rata maka itulah dia "padang masyhar". Muka 
bumi putih keabu-abuan kemudian turunlah hujan membasahi bumi, airnya 
kental seperti air mani. Kemudian air itu meresap ke dalam bumi di 
mana air itu akan menumbuhkan tubuh-tubuh manusia yang telah hancur 
menjadi tanah dan akan menjadikan tubuh-tubuh yang baru.  
Kemudian Allah menyeru kepada Malaikat Izrail supaya mencabut nyawa 
iblis yang durjana. Di masa itu Tuhan telah memberikan kekuatan yang 
amat luar biasa kepada Malaikat lzrail untuk menghadapi iblis supaya 
dia merasai bertapa peritnya sakratul maut yang dialami oleh manusia 
serta jin. Allah juga menyeru kepada Malaikat Malik penjaga Neraka 
membawa rantai dari neraka untuk mengikat iblis. Lalu Malaikat lzrail 
dan Malik membawa rantai tersebut mencari iblis. Setelah bertemu iblis 
dipukul dengan sekuat-kuatnya, iblis meraung-raung menahan kesakitan. 
Oleh kerana pukulan kedua-dua Malaikat itu terlalu kuat, maka iblis 
terus pengsan. Setelah pulih dari pengsannya, Malaikat Izrail pun 
berkata kepada Iblis "Hai laknat, hari ini kamu tidak dapat melarikan 
diri dari aku. Aku diperintahkan untuk mencabut nyawamu, kini tibalah 
saat kematianmu. Aku akan kenakan padamu sejumlah sekarat daripada 
manusia dan jin yang telah engkau perdayakan. Telah berjuta tahun 
umur mu di dunia. Tidak sedikit umat manusia serta jin engkau 
jerumuskan ke lembah dosa. Engkau pujuk dan rayu mereka, supaya 
mereka menderhaka terhadap Allah. Kini terimalah azab sekarat yang 
pedih sesuai dengan perbuatanmu. Mendengarkan kata-kata Malaikat 
lzrail itu, serta dilihatnya Malaikat Malik berada di sisinya sambil 
memegang rantai besi, dengan pantas iblis melompat dan lari dengan 
sekuat-kuatnya. Pada pendapatnya (iblis) tentu kedua-dua Malaikat 
tersebut tidak akan berjaya menjejakinya. Iblis terlari dengan lajunya 
menuju kearah Timur, tiba-tiba muncul Malaikat lzrail dihadapannya. 
Kemudian lari pula ia kearah Barat, tiba-tiba muncul lagi Malaikat 
lzrail. Begitu juga iblis tetap tidak mahu menyerah kalah. Sehingga ia 
berlari ke Utara dan ke Selatan hujung dunia akan tetapi Malaikat lzrail 
dan Malik telah terpacak berdiri dihadapannya. Maka berkatalah Malaikat 
lzrail kepada iblis: "Hai iblis durjana, sekarang larilah lagi dengan 
sekuat-kuat tenagamu. Habiskan kekuatanmu semuanya. Larilah kemana yang 
kamu suka. Namun itu semua adalah perbuatan kamu yang sia-sia. Kamu 
tidak akan dapat lari dari aku. Walaupun kamu lari ke langit yang ke 
tujuh sekalipun. Kini hanya tinggal beberapa saat saja lagi untuk kamu 
hidup." Lalu iblis pun merayu kepada Malaikat lzrail "Ya lzrail 
berilah aku peluang untuk pergi ke kubur Adam. Diriwayatkan setelah 
iblis bertemu dengan kubur Nabi Adam, lalu merataplah iblis dikubur 
itu. Kata iblis, "Hai Adam, kerana kamulah aku jadi derhaka kepada 
Tuhan dan sebab kamulah aku jadi terkutuk." Sejurus kemudian iblis 
berkata: "Ya lzrail dengan cara apakah engkau akan mencabut nyawa 
aku". Kata lzrail: "Telah aku katakan, engkau akan merasakan sekarang 
maut yang luar biasa." Mendengarkan akan kata-kata Malaikat lzrail itu. 
Maka menyerahlah iblis, kerana kini ia telah sedar yang ia tidak akan 
dapat lari kemana-mana lagi. Malaikat Malik pun mengikat iblis dengan 
rantai yang di bawanya dari Neraka. Ikatan yang begitu kuat, tangan dan 
kakinya dibelenggu dengan rantai-rantai yang teguh. Malaikat lzrail 
berkata: "Tahanlah oleh mu akan Sakratul ini ya iblis." Lalu Malaikat 
Izrail pun mencabut nyawa iblis dengan kerasnya, sehingga kelihatan 
rantai pengikat badan iblis itu bagaikan nak putus.Terdengarlah pekikan 
yang ngeri ketika nyawa iblis dicabut, itulah sakratul maut yang 
paling dasyat di dalam sejarah kehidupan makhluk di muka bumi ini. 
Seketika kemudian tamatlah riwayat iblis yang selama ini bermaharajalela 
menghasut umat manusia supaya melakukan perbuatan mungkar.  
(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang 
Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)
 
