Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita 
tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan 
saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, 
diantaranya adalah seperti berikut:-  
1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala 
dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.  
2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak 
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 
BERATKAN !  
3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan 
sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama 
anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat 
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak 
baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !  
4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun 
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri 
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi 
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak di 
bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung dengan semut. 
Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada 
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang 
ditanggong.  
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini 
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah 
kira-kiranya. Wanita 
****** 
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi 
tidak sebaliknya. 
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki. 
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
6 - wanita wajib taat kpd suaminya. 
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri. 
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada 
pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan 
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah 
pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah 
bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki 
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu 
adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi 
harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada 
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk 
menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan 
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, 
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana 
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.  
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg 
disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan 
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya 
tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika 
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut 
menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu 
mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?
 
