Tuesday, December 28, 2010

Orang Meminum Khamar Dan Dan Menamakannya Bukan Khamar

 

Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya ada sebahagian daru umat ku yang akan meminum khamar (arak) dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt akan merubah mereka dengan menjadi kera atau babi.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Keterangan :

Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar (arak) dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukan khamar (arak). Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar (arak) tetapi sebenarnya ia adalah khamar (arak) yang telah diharamkan oleh syara’.

Kemudian menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan. Rasulullah saw menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi.

Sangat besar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt dan jikalau golongan ini belum sampai ke peringkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...