Monday, December 27, 2010

orang Munafiq Gagal Melakukan Sujud Di Akhirat

 

> Orang-orang mukmin akan merasai nikmat yang paling agung apabila mereka dapat
> melihat wajah Allahswt di akhirat kelak. Nikmat yang tiada bandingannya
> walaupun di dalam syurga terdpat pelbagai nikmat yang tidak pernah dirasai di
> dunia, umpamanya nikmat mendampingi bidadari, nikmat menghirup udara segar di
> dalam taman-taman syurga, nikmat menghuni mahligai yang diperbuat dari emas
> dan bertatahkan aneka permata. Namun semua nikmat itu tidak akan dapat
> menandingi nikmat menatap wajah Allah swt.
>
> Bagi orang-orang kafir telah ditentukan oleh Allah swt bahawa mereka diarah
> supaya mengikut apa yang mereka sembah di dunia dulu. Apabila kesemua yang
> disembah itu akan menjadi bahan bakar api neraka, orang-orang kafir itu akan
> bersama sembahan mereka terjun ke dalam neraka.
>
> Orang-orang munafiq walaupun pada hakikatnya mereka adalah kafir, tetapi oleh
> kerana mereka bergaul bersama orang-orang mukmin, merka enggan berada dalam
> kumpulan orang-orang kafir. Kerana mereka turut mendirikan solat di bealakang
> Nabi saw. Malah terdapat dikalangan orang munafiq yang turut sama di medan
> perang bersama Nabi dan sahabat-sahabat yang lain.
>
> Di Mahsyar, orang-orang munafiq mendakwa dirinya adalah mukmin dan juga orang
> yang soleh adlah sahabat mereka. Malah mereka mendakwa mereka juga beramal
> soleh sebagaimana orang-orang mukmin beramal, serta mengenali Tuhan
> sebagaimana orang-orang mukmin mengenaliNya. Justeru itu mereka ingin
> bersama-sama orang mukmin untuk menemui Allah dan melihat wajahNya.
>
> Untuk golongan munafiq itu Allah swt datangkan imtihan (ujian) supaya mereka
> membuktikan dakwaannya, dengan ujian itu dapat dibuktikan samada merka
> beriman dengan Allah taala atau beriman dengan lainNya. Ketika itu Allah swt
> datangkan suatu yang menyerupai benda-benda tertentu, kemudian benda itu
> mendakwa bahawa dia adalah Tuhan. Orang-orang mukmin segera menolak dakwaan
> itu kerana mereka di dunia dahulu beriman dengan Allah taala yang Maha Suci
> dari sebarang penyerupaan benda. Adalah mustahil Allah taala serupa dengan
> sesuatu benda yang mempunyai ukuran dan jisim yang memerlukan ruang tempat.
>
> Orang-orang mukmin menolak ketuhanan yang bercanggah dengan apa yang telah
> diajarkan kepada mereka oleh para utusan Allah dan juga bercanggah dengan apa
> yang diperjelaskan oleh para ulama� berdasarkan nas-nas yang nyata. Apa yang
> telah dipertontonkan di hadapan mereka adalah benda baru, sedangkan Allah swt
> adalah bersifat qadim.
>
> Sesungguhnya orang-orang yang beriman di dunia ini ibarat pelatih yang sedang
> membiasakan diri untuk mengenali Allah yang Maha Esa. Mereka mendirikan solat
> dan melaksanakan ibadat yang fardhu dan juga sunat adalah untuk mengukuhkan
> keimanan dan keyakinan mereka terhadap Allah taala.
>
> Ketika mereka hampir menemui ajal pun, sunat diajar supaya mereka menyebut
> kalimah Lailaha Illallah. Apabila mereka menyebut kalimah tersebut ketika
> hampir ajalnya, bukanlah disebabkan menurut apa yang diajar. Sebaliknya
> disebabkan hati mereka beriman dengan kalimah tersebut telah terbiasa dan
> sebati dalam hati mereka yang mengingati Allah. Di saat hampir menemui ajal,
> lidahnya tetap menuturkannya dengan mudah.
>
> Sementara golongan munafiq ketika diuji dengan tuhan yang tidak sebenar yang
> dijelmakan oleh Allah taala, mereka tidak menyatakan pendiriannya terhadap
> ujian tersebut. Dengan demikian dapatlah dibuktikan bahawa golongan munafiq
> itu sebenarnya tidak dapat membezakan antara Allah taala sebagai Tuhan yang
> sebenar, dengan tuhan-tuhan jadian yang telah dijadikan sebagai ujian kepada
> mereka. Ujian kedua kepada golongan munafiq ialah ketika orang-orang mukmin
> diperintah oleh Allah taala supaya sujud di mahsyar, hanya orang-orang mukmin
> yang ikhlas sahaja berjaya sujud kepada Allah taala. Mereka boleh sujud
> kerana sejak di dunia lagi mereka adalah golongan orang-orang yang sentiasa
> sujud kepada Allah, justeru sampai ke akhirat merka tetap boleh melakukan
> sujud. Adapun orang-orang munafiq tidak upaya melakukannya kerana ketika di
> dunia dahulu mereka mendirikan solat bukan sebenarnya men
>
> Firman Allah :�Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk sujud;
> maka mereka tidak kuasa.: (Surah al-Qalam : Ayat 42)
>
> Kitab rujukan : Persiapan Menghadapi Maut Siri 7 -terbitan Dewan Muslimat Sdn. Bhd.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...