Wednesday, December 29, 2010

Kajian Israel, 73 Kanak Kanak Palestin Bercita Cita Syahid

 

Al-Quds, Quds Press, 9/10/2002 � Hasil kajian yang sungguh memeranjatkan menurut anggapan Presiden Israel Moshi Qasab. Satu pungutan suara yang dilakukan oleh penyelaras operasi tentera Israel di bumi Palestin menunjukkan 73% daripada kanak-kanak Palestin bercita-cita menjadi golongan syahid dan 90% berkeinginan secara aktif menyertai Intifadha Al-Aqsa menentang Penjajahan Israel.

Hasil kajian itu, yang telah diserahkan kepada pemimpin di dalam Pihak Keselamatan Israel dan juga kepada sumber politik peringkat tertinggi menyebabkan mereka kesemuanya terperanjat, menunjukkan 45% kanak-kanak Palestin yang berumur di antara 9 � 17 tahun menyertai perarakan demonstrasi dan separuh daripada mereka mengalami kecederaan yang pelbagai semasa menyertainya.

Mengikut pungutan suara itu yang disertai oleh seramai 996 kanak-kanak Palestin, 59% daripada mereka telah menyertai aktiviti Intifadha yang berbagai-bagai kesan daripada perarakan membawa jenazah dan program televisyen yang disiarkan oleh stesyen televisyen Palestin yang menyiarkan perbuatan jenayah dan ganas Israel.

Kajian Israel itu juga menunjukkan syahidnya seorang kanak-kanak Muhammad Durrah yang ditembak oleh Penjajah Israel di Genting Gaza memberikan kesan paling besar kepada keinginan kanak-kanak Palestin untuk menjadi syahid. Kajian itu juga menjelaskan 62% yang menjawab pungutan suara itu berkata mereka ingin menjadi syahid untuk mengikuti jejak langkah syahidnya kawan-kawan mereka yang sama-sama bersekolah, jiran atau orang-orang yang mereka kenali.

Menurut kajian itu yang disiarkan oleh Akhbar Israel Yadiut Ahronot, Kerajaan Palestin tidak mengambil sebarang langkah untuk menghalang fenomena ini, tetapi melakukan sebaliknya. Buku-buku sekolah di dalam kerajaan Palestin mendidik dengan begitu tersusun ke arah membenci Israel. Kajian itu menunjukkan selepas mengkaji 32 buah buku sekolah yang merangkumi Manhaj Pendidikan Palestin menyatakan bahawa sebahagian besar buku-buku itu menafikan kewujudan Negara Yahudi dan menyeru secara jelas ke arah penentangan. Buku-buku ini juga menegaskan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk awaldi Palestin dan kepulangan rakyat Palestin ke Palestin adalah satu-satunya penyelesaian krisis.

Isu ini mendapat reaksi dari Presiden Negara Yahudi Moshi Qasab pada khamis lalu semasa pertemuannya dengan anggota pertubuhan berhaluan kanan "Jeshar", beliau menyebutkan isu ini dengan katanya "Dia telah meneliti laporan penyelidikan yang sungguh mengejutkan berkenaan pembentukan generasi Palestin ke arah membenci Israel dan Yahudi. Dia berkata "Generasi Palestin yang akan datang akan membayar harga yang tinggi disebabkan cara pendidikan ini"

Pada pihak yang lain dua pertubuhan bukan kerajaan yang mempertahankan hak rakyat Palestin mengumumkan bahawa 340 kanak-kanak Palestin telah syahid semenjak 29 September 2000 di bumi Palestin semasa pencerobohan tentera Israel dan kebanyakan mereka syahid di luar lingkungan tindakan penentangan dan demonstrasi.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...