Thursday, June 17, 2010

TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak Berlaku Gempa Bumi

Salah satu daripada tanda-tanda yang nyata akan berlakunya hari kiamat ialah banyak berlaku gempa bumi yang sangat menakutkan kepada semua manusia. Kejadian gempa bumi tersebut berlaku pada setiap tempat di muka bumi dan secara terus menerus. Perkara tersebut telah dinyatakan di dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga berlaku banyak gempa bumi."

(HR Bukhari)

Apabila kita perhatikan berita-berita melalui beberapa media massa dan elektronik, kejadian gempa bumi sering berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Gempa bumi tersebut adalah bencana alam yang sangat besar dan mengerikan. Bentuk-bentuk gempa bumi tersebut terjadi mengikut keadaan kedudukan sesebuah tempat. Jika keadaan tempat itu dipenuhi dengan dataran tinggi seperti gunung-ganang, maka gempa yang berlaku ialah letupan gunung, sepertimana yang sering berlaku di Indonesia. Jika lokasi tempat itu banyak bangunan yang besar dan tinggi, maka gempa yang berlaku ialah tanah runtuh dan hakisan.
Di dalam dunia, Jepun merupakan sebuah negara yang paling berjaya di dalam kemajuan dan pembangunan. Mereka mampu membuat apa sahaja jenis kemudahan yang canggih yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara di dunia. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah membuktikan bahawa kepintaran manusia dan kemajuan negaranya tidak mampu mengatasi kekuasaanNya di mana pada tahun 1995-1996, Jepun dilanda dengan beberapa gempa bumi yang sangat dahsyat sekali. Kejayaannya yang disegani oleh dunia tidak mampu mengatasi gempa yang besar mengorbankan ribuan nyawa rakyatnya. Beberapa usaha untuk mengatasinya seperti menubuhkan keselamatan, peralatan canggih dan sebagainya tetapi gagal menghalang setiap kali gempa terjadi.
Sesungguhnya perkara tersebut telah pun dinyatakan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam di sebuah haditsnya:
"Sebelum berlakunya hari kiamat akan terdapatnya beberapa kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlaku tahun-tahun gempa bumi."

(HR Ahmad)

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...