Monday, September 6, 2010

Salam Kepada Sekalian Roh Yang Masih Berjasad....

 

Dari Hamba Allah…

Assalamualaikum kepada sekalian Roh Yg Masih BerJasad,

Tinggalkan dunia sementara ye. Mate bagi yang tidak buta semestinya dapat membaca taipan aku ini dan semestinya dapat melihat objek yg ada disekelilingnya. Cuba alihkan pandangan anda seketika pada sesuatu objek, apakah yg anda pandang itu ? Apakah bentuknya ? Apa ? Bulat ? Bulat macam Bola ? Ok.. Cuba anda lukis apa yg anda pandang sebentar tadi, atas sebuah kertas. Masih lagi anda katakan apa yg anda pandang pada lukisan anda sendiri tadi adalah bola kan ? Kalau anda lukis bolalah, kalau anda lukis mende lain, ikut pandai andalah.. Hahaha... Tgk bola, lukis ikan, peliklah tu... Aik ? Tersenyum depan skrin komputer ? Rilekss... ..

Jadi, aku tekankan di sini, setiap objek ada lukisannya. Ok.. Serius. Rendahkan kening anda, jgn muncung pulak. Tapi tak bolehkan ? Kalau rendahkan kening, mesti muncung nak keluar. Hahaha... !! Selingan... . Aku pulak tak serius. Ok serius.

Jadi, siapakah pencipta lukisan bentuk tubuh badan kite ? Jawapannya yg PASTI adalah ALLAH tetapi mana LUKISANnya ? Pernahkah anda melihat bentuk asal lukisan tubuh badan kite ?

Sepanjang perjalanan aku, aku pernah terbaca, terdengar dan mendengar bahawa sebelum jasad Nabi Adam dicipta, cahaya Nabi Mhmd sudah pun tercipta. (aku skiplah kisah ni ye... panjang kisahnya).

Huruf Jawi. Mesti anda semua tahu, tapi apakah rahsia yg ada disebalik bentuk huruf² jawi tersebut ? Kenapa ianya berbentuk sedemikian rupa ? Misalnya, huruf LAM berbentuk seperti mata kail pancing. Tak tahu ? Pergi beli sekarang dan tgk... isk isk.. Ok selingan tu..

Pernah juga aku bertanya pada seseorang yang arif ilmu agama tentang bentuk huruf-huruf ini tetapi jawapannya agak membantutkan keinginanku utk mengetahui. Tetapi tidak mengapalah, lain orang, lain ilmunya. Seperti kata pujangga IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI. Aku pasti, mesti ada seseorang yg mengetahui tentang hakikat bentuk huruf-huruf ini. Kerana apa ? Allah mematikan ulama-ulama atau org yg dikehendakiNya kerana Ilmu yg ada pd seseorang itu (kite citer topik lain ye bab ini). Bayangkanlah, nak mati pun masih ada org kat tepi kita duk ajar mengucap 2 kalimah syahadah. Itulah ilmu utk akhirat. Tak pernah dengar pulak, org nak mati, kita duduk kat tepi dia pastu cakap, kau pergilah dulu, makanlah dulu sebelum pergi sana, kirim salam aku kat arwah ayoh, tok ngan nenek sekali ye.. tak ada, tak ada... yg pernah aku dengar, diajar mengucap 2 kalimah syahadah.

Berbalik kita pada bentuk huruf tadi. Kenapa huruf ini tidak digunapakai sekarang ni ? Maksud aku, seluruh dunialah, inilah satu-satunya huruf yg turun dari langit. Sebaliknya kita menggunakan huruf yg diciptakan oleh Yahudi. Jawapan ada pada sejarahnya.

Nabi 'MHMD'. Ejaan dalam huruf rumi 'MuHaMmaD' ttp dlm huruf jawi, MIM, HAA, MIM, DAA.. Itu hanya sebutan dan baris-barisnya bagaimane pule bentuk huruf MIM, huruf HAA, huruf DAA ? Saudara/saudari semua mesti dapat gambarkannya kan ? Sy percaya saudari/saudara semua ada ilmu pengetahuan masing².

Lama sudah aku berfikir mengenai lukisan asal bentuk tubuh manusia ini. Aku mencari kebenaran tersebut dan akhirnya aku temui jawapannya. Waaahh.. Saat itu gembiranya hati ini kerana Allah menunjukkan pada aku apa yang ingin aku ketahui walaupun sedikit tapi ianya adalah pintu utk mengetahuinya lebih lanjut. Hampir sepanjang perjalananan hidup aku, memerhatikan tulisan 'mim,haa,mim,daa' ini di mana-mana tetapi bentuk tulisan yg aku lihat tidak dapat menunjukkan pada aku apa yg aku sedang cari. Akhirnya suatu hari, aku cuba menulis sendiri tulisan ini dgn tgnku yg masih berfungsi dan berulang kali aku menulisnya sambil di hati berkata 'mesti ada ketersiratannya disebalik tulisan ini' .

Paaap !!! Aku menepuk lantai kayu rumah bondaku sambil menjerit kegembiraan, "Ya Allah, Engkau telah menampakkan aku !!!". Dibawah ini, aku tunjukkan bentuk lukisan tgn aku sendiri. Tentu saudara/saudari sekarang sudah nampak apa yg aku fikirkan sebelum ini.

image

'MIM,HAA,MIM,DAA' - MUHAMMAD.

Aku bermain-main dgn tulisan aku ni. Aku pusing tulisan ini kekiri (jawi bacaannya dari kanan ke kiri) dgn sudut pusingan 90 darjah. Setelah pusingan itu aku lakukan, aku dapati tulisan yg aku tulis tadi berbentuk manusia !!!. Lihat gambar dibawah.

Sejak dari itu, aku terus mencari hubungan tulisan ini dgn kehidupan seharian-harian. Aku fikir mengapa hampir semua dirumah org Islam ada digantung tulisan ini. Mengapa  Apakah ianya hanya sebagai hiasan atau suruhan ? Atau ada sebab lain yg tersirat. Wollohuallam... .

Setelah didirikan tulisan itu, aku dapati, MIM pertama adalah mewakili kepala@akal kita, HAA mewakili tangan kita, MIM kedua adalah perut tempat dimana kita menerima makanan dariNya (secara hakikat,halal@haram) dan DAA mewakili kaki. Tersenyum puas aku tika itu. Tapi apakah yg aku perolehi ini ada benarnya ?

image

Aku cari, aku cari, aku jumpa org tua, aku tanya tanpa segan silu kerana nafsuku terhadap ilmu membuak-buak ibarat air tanakan nasi yg sedang mendidih di dalam periuk di mana airnya berbuih-buih seperti ingin keluar dari periuk. Akhirnya, lama perjalananku, aku ketemu jawapannya disebuah pondok usang 'org tua' di atas sebuah bukit (tempatnya terpaksa kurahsiakan). Kata orang tua tersebut, dalam sembahyang kita sering menyebutnye di dalam tahiyat iaitu mengucap 2 kalimah syahadah.

Aku b'tanya lagi ' Adakah 'asyhadu anna muhammadarrosullulloh ?' Org tua berkata ' Iye hamba Allah, ianya seakan membawa maksud aku muhammad tetapi bukan kita ini muhammad !!! Jgn saloh faham katenye lagi. Roh kita ini mengingatkan kita bahawa kita ini adalah dari cahaya (nur) muhammad.Haaa mcm tu..' sambil dia tersenyum padaku.

Terangnya lagi, dalam diri kita ada cahaya (nur) nabi muhammad, jadi apa yg kita lafazkan itu adalah peringatan dari roh kita sendiri terhadap jasad kita bahawa roh kita berasal dari cahaya nabi muhammad. Ya Allah, begitu tersirat penerangannya sehingga meremang bulu romaku. Tapi bagaimana serapan lafaz itu kita nak sampaikan ke dalam lubuk hati kita ? Dapatkah kita merasai akan rasa lazat itu dengan setiap kali mendirikan solat ? Setiap orang rasanya tidak sama, cuma bentuk kelakuannya sahaja yg sama. Saudara/saudari bercakaplah dengan roh (hati) saudara/saudari.

Kini, apa yg aku perhatikan dengan bebola mataku yg dikurniakan olehNya utk melihat adalah apabila aku terpandang manusia, aku ternampak tulisan jawi Nabi Muhammad, bila org mengatakan 'Al-Quran Bergerak', aku ternampak lagi tulisan Nabi Muhammad. Kemana sahaja aku pergi, inilah yg aku nampak. Aku pandang org berpangkat, org kaya, org miskin, apa-apa org lagi, inilah yg aku nampak iaitu tulisan 'MIM,HAA,MIM,DAA' bergerak-gerak di atas alam ini. Tersenyum sendiri aku bila nampak kekasih Allah ada pada bentuk tubuh manusia.

Maka Benarlah, Nabi Muhammad adalah rahmat utk seluruh alam. Walaupun baginda sudah wafat, namun tulisan baginda masih 'hidup'. Berselawatlah kalian semua...

Kisah ini hanya menyentuh bentuk lukisan manusia sahaja. Bagaimana pula tulisan ini 'hidup'  .. Ada masa yg diizinkan dan aku masih hidup, akan kuceritakan lagi... .Semoga aku dan kalian yang membaca mendapat petunjuk dan hidayah dariNya..

Akhir kata maaf dariku, penaip tulisan yg tidak bertauliah ini jikalau ada kekurangan dan kesilapan tatabahasa yg anda tidak fahami.

Sekian untuk kali ini... Musafir Maya... .

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...