Friday, September 3, 2010

Tidak Mengenal Saudara Ketika Sakaratul Maut

 

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah r.a dan Abu Musas al-Asy'ri r.a, beliau bkata maksudnya:
"aku bertanya kpd Rasulullah SAW bila terjadinya seseorang(yg akan meninggal dunia) itu tidak mengenali lagi orang2(di sekitarnya)?
Nabi SAW menjawab "Ketika sudah ada kenyataan."

menurut pendapat ulama' bahawa yg dimaksudkan kenyataan itu adalah nampaknya Malaikat Maut @ malaikat. Dan juga pengertian dalam hadith marfu' yang diriwayatkan oleh Tirmidzi bahawa Allah menerima taubat seseorang sebelum waktu "ghargharah" yakni ketika roh smpai di kerongkongan(halqum).
Pada waktu itulah nampak keadaan seseorang apa yang terjadi pada dirinya, iaitu dal;am keadaan rahmat atau azab. Bila demikian maka sudah tidak berarti lagi taubat dan pernyataan "Iman" sebagaimana yang termaktub dalam beberapa kitab fiqih.

Jadi jelasnya bahawa taubat yang diterima itu adalah taubat hamba sampai pada datangnya Malaikat Maut, yg juga disebut ghargharah. Maka wajib ke atas seseorang untuk bertaubat dari segala dosa2nya sebelum datangnya masa ghargharah dan nampaknya Malaikat Maut. Bersegeralah untuk bertaubat!!

Dalam sebuah hadith marfu'(hadith yg sampai terus dpd Nabi) disebutkan, syaitan berkata: "Demi Kemuliaan-Mu dan Kebesaran-Mu Ya Tuhan" aku tidak akan berpisah dari manusia anak Adam, selama roh masih berada di jasadnya. Maka Allah menjawab: "hai iblis, tak akan KU tutup pintu taubat untuk anak2 Adam, kecuali telah terasa olehnya masa ghargharah .

Oleh sebab itu wahai saudara2ku, selama kita masih ada kesempatan dan kemungkinan, hendaklah kita selalu bertaubat. Dan taubat yg dimaksudkan bukan hanya kerana adanya suatu kesalahan dan dosa sahaja, kerana taubat sama dengan "mohon keampunan"(istighfar) maka mohon ampun itu tidak tergantung kepada adanya tindakan atau sikap yg tidak benar(bukan ketika bbuat salah sahaja.sesungguhnya manusia itu tidak lari drpd kesalahan dan dosa)

Imam Hassan Al-Bashri r.h berkata: "Istighfar kita memerlukan lagi kepada Istighfar"

Imam Qurthubi r.h berkata: "kalau pada zamannya(zaman Hassan Bashri) masih ada orang yang belum memahami ttg taubat, apatah lagi kita ini yg sedemikian banyaknya manusia yang bergelumang dosa dan maksiat, melakukan kezaliman tanpa ada pengertian apa2 tentang taubat. Lebih dari itu ramai yg berprasangka bahawa mereka telah diampuni dengan istighfar mereka, padahal hatinya lalai. tidak peduli kepada ibarat dan iktibar yang ada."

Dalam hubungan ini, Saiyidina Ali bin Abi Thalib r.a apabila melihat seseorang yg sedang terburu2 dengan biji tasbihnya membaca istighfar, beliau telah berkata: "inilah taubat orang2 yang pembohong. Taubatmu yang demikian itu masih memerlukan taubat lagi.."

Para ulama' berkata "tidak mungkin mendapat taubat nasuha, kecuali dengan menyendiri dan terasing dari pergaulan manusia untuk lebih memantapkanlagi taubat itu..

Imam Malik r.h ditanya: "adakah pengampunan terhadap seorang pembunuh?" beliau menjawab "pintu taubat selalu terbuka dan tidak pernah tertutup."

Maka marilah kita terus memperbaharui taubat kita... .
Moga2 diampuni segala dosa2 kita... amin...
Wallahua'lam...

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...