Tuesday, June 15, 2010

Bulan Rejab

Alhamdulillah...
Kini kita sudah berada di bulan Rejab. Marilah kita sama2 meningkatkan dan melipat gandakan ketaqwaan dan keimanan kita ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk beroleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat kelak. Marilah kita sama2 memperbanyakan amalan kita di dalam bulan ini, Insya' Allah kita akan berjaya, Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titian Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titian Sirotalmustaqim.)
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
P E R H A T I A N
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

BULAN REJAB: PUASA SUNAT REJAB DAN FADHILATNYA


BULAN REJAB
PUASA SUNAT REJAB DAN FADHILATNYA
Amal ibadat sunat yang paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah berpuasa sunat – paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Menurut maksud hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam , sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah Subhabahu wa Ta’ala menyeru kepadanya “Telah wajib hakmu atas-Ku, mintalah olehmu kepada-Ku. Demi ketinggian dan kebesaran-Ku, tidak akan Aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiran-Ku di bawah ‘Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua makhluk-Ku. Engkau mulia disisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan engkau.” Fadhilat selanjutnya (menurut beberapa Hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam) adalah berikut:
· Berpuasa sunat Rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
· Berpuasa sunat Rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai di syurga.
· Berpuasa sunat Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga.
· Berpuasa sunat Rejab 15 hari, diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Sayyidina ‘Ali).
· Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayyidina ‘Ali).
· Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Sayyidina ‘Ali).
· Berpuasa sunat Rejab 10 hari, akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian Shirathal-Mustaqim pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 9 hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke Syurga.
· Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada Hari Qiamat dengan muka yang bercahaya.
· Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan diamankan daripada azab kubur.
· Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 3 hari, akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada Hari Qiamat.
· Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya.
· Berpuasa sunat Rejab sehari, diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.
· Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mi’raj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun.
· Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada Hari Qiamat.
*Marilah kita sama-sama memperbanyakkan melakukan 'amal-'ibadah di bulan Rejab yang mulia ini.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...