Tuesday, December 21, 2010

kelebihan surah al-Ikhlas

 

Subject: Keberkatan surah al-ikhlas


Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...
bismillahirrahmannirrahim"


Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang
direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja
kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang
berada didalam tubuh kita dan juga
di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam
yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan
sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib)
yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi
salam, seorang
yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang
kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat
itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit
sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para
malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada
umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam
jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil
untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina
Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab
Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan>
membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke
langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi
itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang
sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada
setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya
lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul
Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail
a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat
il a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu
tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham
akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda
Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang
akan dibawanya bersama :


1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada
orang lain.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...