Thursday, July 14, 2011

Info: Al-quran

 

image

ALHAMDULILLAH, kita satu-satunya umat yang paling bertuah sekali kerana kita dapat memiliki WAHYU ALLAH yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam bentuk yang asli, bebas dari kekotoran campurtangan manusia.

ALLAH menurunkan kitabNya (AL-QURAN) kepada kita hingga apabila kita membacanya kita dapat mengenalNya dan tahu cara untuk menjadi hamba yang patuh.

APAKAH kita pernah untuk mengetahui apa yang tertulis di dalam kitab itu ?

ALLAH telah menunjukkan jalan untuk memperolehi kehormatan dan kemuliaan di dunia dan akhirat, APAKAH kita sudah menuruti jalan tersebut ? ALLAH telah memberitahu kita perbuatan-perbuatan yang boleh merendahkan kedudukan manusia di dunia dan akhirat nanti, APAKAH perbuatan tersebut telah kita hindari ?

AL-QURAN diturunkan agar mereka dapat membacanya, memahami isi kandungannya dan mencorakkan etika kehidupan menurut petunjuknya. Dengan KITAB ini (AL-QURAN) mereka dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini bagi menegakkan hukum ALLAH.

AL-QURAN datang untuk memberikan mereka kebesaran dan kekuasaan.

AL-QURAN datang untuk menjadikan mereka WAKIL ALLAH YANG SEJATI di muka bumi ini.

Sejarah telah membuktikan apabila umat ISLAM akur menurut pertunjuk yang yang terkandung dalam kitab ini, maka kitab ini (AL-QURAN) akan memperlihatkan KEMAMPUAN YANG MENAKJUBKAN untuk menjadikan mereka IMAM dan PEMIMPIN DUNIA……...

Biodata Ringkas Al-Quran

Tarikh Diturunkan    : 17 Ramadhan (Lailatul Qadar)
Tempoh Penurunan : 23 tahun
                                 12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah
                                   9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah

Ayat Terawal       : Surah Al-'Alaq ayat 1-5 di Gua Hira'
Ayat Terakhir       : Khilaf dikalangan ulama' ada yang mengatakan ayat 3 surah al-Maidah dan ada pula yang mendakwa ayat 281 surah Al-Baqarah..

Walau bagaimanapun, para ulama' tafsir telah menyatakan bahawa ayat  281 surah adalah yang terakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataan Abdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa 'Akramah Bin Abbas telah berkata : "Ayat yang terakhir ialah ayat 281  Surah Al-Baqarah     yang diturunkan pada malam ke 9 sebelum wafatnya Rasulullah".

Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3  Surah Al-Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 hari sebelum kewafatan baginda.

Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telah sempurna dengan segala hukum-hakam dan kewajipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidak menafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah spt ayat 281 surah  Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas menunjukkan bahawa ayat surah adalah ayat yang terakhir diturunkan.

Bahasa Pengantar : Bahasa Arab
Jumlah Ayat          : 6236 ayat,   (bukannya 6666 spt yang didakwa oleh majoriti umat)
Bilangan Juzuk      : 30
Jumlah Surah        : 114
Ayat Makkiah        : 86
Ayat Madaniah      : 28

Hukum-Hakam Al-Quran

    a) Hukum yang berkaitan dengan Aqidah spt beriman kepada Allah, Rasul dan Hari Qiamat

    b) Hukum yang berkaitan dengan keperibadian dan kemuliaan manusia iaitu persoalan Akhlak dan Tasauf

    c) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf iaitu :                           

Pertama : Hukum yang berkaitan dengan hubungan makhluk dengan pencipta iaitu Ibadah spt solat dan puasa

Kedua : Hukum yang berkaitan dengan hubungan di antara seorang dengan individu lain atau seorang dengan masyarakat atau masayarakat dengan mesyarakat lain (negara lain). Ia dikenali sebagai Muamalat dan terbahagi kepada ;

a) Hukum yang berkaitan dengan hubungan seseorang kerana harta spt jualbeli, gadai dsb yang dikenali sebagai Kanun Madani (lebih kurang 70 ayat)

b) Hukum yang berkaitan dengan kesaksian, pengakuan dan penghakiman yang dikenali sebagai Kanun Al-Murafaat (lebih kurang 13 ayat)

c) Hukum yang berkaitan dengan jenayah dan kesalahan yang dikenali sebagai Kanun Al-Jinaie al-Islami (lebih kurang 30 ayat)

d) Hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan yang menerangkan tentang hak-hak dan kewajipan individu dalam Islam, persoalan nikahcerai dsb yang dikenali sebagai Fiqh Akhwal Syahsiyyah atau Fiqh Usrah (lebih kurang 70 ayat)

e) Hukum yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan spt hubungan dan kewajipan pemerintah dan rakyat yang dikenali sebagai Kanun Al-Dusturi
(lebih kurang 10 ayat)

f) Hukum yang berkaitan dengan Ekonomi yang dikenali sebagai Kanun Al-Iqtishadiyah (lebih kurang 10 ayat)

Ciri-Ciri Ayat Makkiah

1. Setiap surah yang ada ayat Sajadah

2. Setiap surah yang ada perkataan Kalla. Terdapat 33 tempat dalam 15 surah.

3. Setiap surah yang terdapat perkataan "Wahai sekelian manusia" kecuali surah Al-Hajj

4.Setiap surah yang menceritakan kisah para nabi dan umat terdahulu kecuali Surah al-Baqarah

5. Setiap surah yang menceritakan kisah Adam dan Iblis kecuali Surah Al-Baqarah

6. Setiap surah yang dimulakan dengan  huruf hijaiah spt Alif Lam Ra, Ha Mim dsbnya kecuali Surah al-Baqarah dan Ali imran

7. Setiap surah yang mendakwahkan manusia kepada tauhid dan mengabdikan diri kepada Allah serta menceritakan tentang alam semester

8. Setiap surah yang membicarakan tentang perkara asas  hukum syara' dan akhlak serta jenayah

Ciri-Ciri Ayat Madaniah

1. Setiap surah yang terdapat perkara fardhu dan hudud

2. Setiap surah yang terdapat kisah orang munafiq kecuali Al-Ankabut

3. Setiap surah yang menceritakan tentang ahli kitab

4. Setiap surah yang menerangkan tentang ibadah, muamalat, hudud, kekeluargaan, mawarith, hubungan kemasyarakatan, jihad, sistem perundangan dan hubungan antarabangsa serta persoalan perang dan perdamaian.

5. Setiap surah yang menceritakan kisah orang Yahudi dan Nasrani yang mengingkari para Rasul dan mendustakan Rasulullah SAW dan kisah mereka ketika didakwahkan kepada Islam

6. Setiap surah yang mendedahkan perangai orang munafiq, tipu daya dan bahaya mereka kepada umat Islam

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...