Thursday, July 21, 2011

WAJIB

 

WAJIB ( Iijab)

ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (QAT'IE). Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu.

PEMBAHAGIAN HUKUM WAJIB

1. WAJIB BERDASARKAN WAKTU PELAKSANAANNYA

a) WAJIB MUTLAK

Apa yang diWAJIBkan syarak melakukannya TANPA ditentukan waktu pelaksanaan dgn waktu yang tertentu. Dibolehkan (HARUS) dilakukan pada bila-bila masa yang disukai, TIDAK BERDOSA jika melewatkannya spt HAJI.

b) WAJIB MUQAIYAD

Apa yang diWAJIBkan syarak melakukannya dan ditentukan had waktunya. TIDAK BOLEH dilakukan sebelum atau selepas waktunya . BERDOSA jika dilewatkan sehingga luput waktunya tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak spt solat fardhu dan puasa ramadhan.

2. WAJIB BERDASARKAN KADAR YANG DITENTUKAN

a) WAJIB MAHDUD

Apa yang telah ditentukan syarak kadar yang tertentu spt zakat dan diat.

b) WAJIB GHAIR MAHDUD

Apa yang tidak ditentukan syarak kadar yang tertentu spt sedekah, membalanjakan harta ke jalan Allah.

3. WAJIB BERDASARKAN PENENTUAN APA YANG DITUNTUT

a) WAJIB MUAIYIN

Apa yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf tanpa ada pilihan lain spt solat 5 waktu dan puasa. 

b) WAJIB GHAIR MUAIYIN

Apa yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf  dengan diberi pilihan, terpulanglah kepada seseorang untuk memilih mana-mana yang dia suka spt denda kerana mungkir janji, diberi 3 pilihan iaitu memberi makan 10 org miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba.

4. WAJIB BERDASARKAN ORG YANG DITUNTUT

a) WAJIB 'AINI

Apa yang telah dituntut syarak dengan tuntutan yang pasti (qat'ie) kepada setiap mukallaf secara individu spt solat fardhu.

b) WAJIB KIFAIE

Apa yang telah dituntut syarak dengan tuntutan yang pasti (qat'ie) kepada sebahagian drp masyarakat, bukan setiap seorang mukallaf. Jika dilakukan oleh sebahagian drp mereka, maka sudah memadai. Tetapi, jika tiada seorangpun dikalangan mereka melakukannya, maka seluruh mereka BERDOSA spt solat jenazah.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...