Monday, July 18, 2011

MATAHARI MENGELILINGI BUMI ?

 

image

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui"     Yaasin : 38

Kenyataan  tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari statik di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke 20. Benarkah bumi mengelilingi matahari. Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat sains kerana sains membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli sains diseluruh dunia.

Kalau kita meneliti ayat 38 Surah Yaasin  jelas menunjukkan bahawa matahari itu berputar dan berjalan. Tetapi untuk menolak teori bumi mengelilingi matahari adalah terlalu sukar. Sukar kerana kita tidak ada teknologi untuk membuktikan teori mereka salah. Itu adalah masalah  yang sebenar. Mereka dakwa mereka merakam pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kita nak bantah dengan apa ??? Siapa nak percaya ??? Tanpa bukti ?? Walaupun gambar atau rakaman tadi boleh direka-reka spt dalam filem, semua boleh buat !!!

Manakah yang benar ?

Sejak 2500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari. Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi  berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menurut ajaran Islam, matahari mengelilingi bumi. Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad tanpa sebarang bantahan. Sekitar abad ke 14 Masehi, muncul COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR  tadi. Namun pendapat ini hanya mendapat sokongan sekitar abad ke 16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER.

Ironiknya, setelah pendapat  matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk  bumi mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda faham !! Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke 14 itulah kuasa-kuasa Kristian - Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian. Tentu anda masih ingat tentang motto Portugis misalanya (3G - Glory, Gospel, Gold). Jadi, ini adalah usaha mereka untuk membuktikan al-Quran itu salah dan Kristian itu benar.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...