Monday, July 18, 2011

Tuntutlah Ilmu sejak dari Buaian

 

Salah satu hadith Rasulullah SAW yang amat popular ialah galakan dalam menuntut ilmu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat"

Mengikut terjemahan yang sering kita dengar, hadith tersebut mengalakkan kita menunut ilmu sejak buain lagi. Maknanya proses pembelajaran itu bermula sejak seseorang itu dilahirkan di dunia. Jadi perkataan buaian diterjemahkan sebagai buaian bayi. Lojiknya semua bayi akan menikmati buaian tidak kira miskin atau kaya.....Benarkah ? Jadi, proses menuntut ilmupun bermula sehingga seseorang itu mati. Lewatnya......

Jelasnya, pendapat ini tidak tepat. Perkataan al-mahdi (buaian) hendaklah diterjemahkan sebagai rahim ibu. Bayi yang berada di dalam rahim ibunya akan merasa seperti berada dalam buaian bergantung kepada pergerakan ibunya. Mungkin anda masih teringat tentang surah-surah pilihan yang sunat diamalkan oleh ibu-ibu yang hamil, menjaga bercakapan dan perangai dan selalu membelai anak di dalam rahimnya. Semua ini bertujuan untuk mendidik bayi tersebut supaya menjadi anak yang baik dan soleh apabila dilahirkan ke dunia kelak. Jadi, pendidikan itu bermula sejak dari alam rahim lagi.

Tambahan pula, kalau kita baca dan lihat tentang rencana di majalah, tv atau internet, ramai bakal ibu memberi pendidikan bayinya sejak dalam buaian lagi. Misalnya meletakkan alat hiburan (earphone) ke perutnya dengan harapan bayinya dapat bertindakbalas dan mnegenali muzik. Ini juga merupakan satu pendidikan......  

Jelaslah bahawa pendidikan itu bermula sejak bayi masih berada di dalam alam rahim lagi.

Oleh itu para bakal ibu hendaklah menjaga tuturbicara dan tingkahlaku mereka kerana semua itu akan diikuti oleh bayi mereka apabila mereka lahir kelak. Banyakkan membaca atau mendengar al-Quran, berzikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Di antara surah-surah yang sunat diamalkan ialah surah Ar-Rahman, surah Maryam, surah Yusof, surah Yaasin,surah at-Taubah, surah Luqman, surah an-Nahl dan surah al-A'raf.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...