Bahasa : Membersihkan sesuatu dari sebarang kotoran
Istilah : Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada sebarang hadas, najis dan kotoran.
HUKUM : WAJIB dan menjadi syarat sah sesuatu ibadah.
BAHAN-BAHAN BERSUCI
1. AIR MUTLAK - iaitu air yang suci dan menyucikan. Ianya terdiri drp ;
a) Air Laut
 b) Air Sungai
 c) Air Perigi
 d) Air Matair
 e) Air Hujan
 f) Air Paip
 g) Air Embun
 h) Air Salji  
 2. TANAH @ DEBU YG SUCI utk bertayammum.
 3. BENDA KESAT spt batu, kayu dan kertas utk beristinjak.
 4. BENDA BERSIFAT TAJAM  spt peluntur, tawas @ bahan kimia utk menyamak kulit binatang.  
Rumusan…. 
# Bersuci drp hadas kecil ialah dgn berwudhuk.
 # Bersuci drp hadas besar ialah dgn mandi wajib.  
BERSUCI DARIPADA NAJIS
Bahasa : Benda kotor dan jijik
Istilah : Kotoran yg menyebabkan tidak sah solat dan ibadah-ibadah lain.
PEMBAHAGIAN NAJIS
1. NAJIS MUKHAFFAFAH (مُخَفَّفََة) @ NAJIS RINGAN
Air kencing bayi lelaki yg berumur bawah 2 tahun yg hanya minum susu ibunya sahaja.
Cara membersihkannya : Lap tempat yang terkena air kencing dan renjis dgn air mutlak.  
2. NAJIS MUTAWASSITHAH (مُتَوَسِّطَةُ) @ NAJIS PERTENGAHAN
Semua jenis najis selain drp NAJIS  MUKHAFFAFAH  dan NAJIS MUGHALLADZAH spt darah, tahi, bangkai dsb.
Cara membersihkannya :  Buangkan najis. Basuh tempat yg terkena najis dgn air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.  
3. NAJIS MUGHALLADZAH (مُغَلَّظَةٌ) @ NAJIS BERAT
Semua najis drp anjing, babi dan keturunan kedua-duanya @ salah satu daripadanya.
Cara membersihkannya : Buangkan najis. Basuh tempat yang terkena najis dgn air mutlak sebanyak 7 kali. Satu basuhan ialah air yang 
 bercampur tanah (sertu).
 
