Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh
digelar anak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan
anak erempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis
kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh
Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu
darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu
ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang
yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan
kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat
rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya itu turut diperolehinya..
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak
berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya
dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah
untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu.
" Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahualam bissawab.