Monday, February 28, 2011

Hassan al-Basri vs Harun ar-Rashid

 

 

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah .a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

============ ========= ========= ========= ========= ========= ====

Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.

Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.

Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.

Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.

Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.
Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.

Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.

Sekian.

Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid

Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.

Salam,

Harun,

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.

Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?

Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!

Sekian.

Hassan Al Basri

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat
murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri. Aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini. Aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.

[tweetmeme only_single="false"]

Keajaiban Sistem Pertahanan Tubuh

 

image

Jika anda sakit, apa yang anda lakukan? Tentunya anda berusaha untuk sembuh daripada sakit itu, bukan? Biasanya anda akan berjumpa doktor atau ahli farmasi, dan mereka akan mencadangkan ubat-ubatan serta kaedah rawatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit itu.

Tahukah anda hakikat sebenar bahawa tubuh badan kitalah yang bertindak menyembuhkan penyakit yang datang menyerang itu? Ubat-ubatan yang kita ambil itu hanyalah sebagai alat bantu untuk menolong tubuh melawan kuman atau benda asing yang memasuki tubuh, ataupun mengembalikan semula mana-mana sistem dalam tubuh yang gagal berfungsi dengan sempurna.
Mari kita lihat bagaimana sistem pertahanan tubuh bekerja untuk memelihara kesihatan tubuh kita pada setiap saat dan ketika.

Sistem pertahanan dalam tubuh yang disebut sebagai sistem imunisasi atau sistem kekebalan tubuh boleh ditamsilkan seperti sistem pertahanan dalam sesebuah negara. Untuk mengekalkan kedaulatan sesebuah negara, para perajurit mestilah sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang ancaman dari luar mahupun dari dalam negara itu sendiri. Sekiranya para perajurit lemah, maka pastilah negara akan hancur dan akhirnya ditakluki oleh musuh.

Sistem yang Tak Pernah Tidur
Tanpa kita sedari, sebenarnya berjuta-juta tindak balas berlaku dalam tubuh kita pada setiap detik, termasuklah ketika tidur. Satu daripada tindak balas tersebut ialah sistem pertahanan badan atau sistem kekebalan yang menjalankan misi utama dalam kemandirian kehidupan kita di muka bumi ini. Kita mungkin tidak menyedarinya, tetapi ia melindungi diri kita seumpama sebuah pasukan perajurit yang lengkap bersenjata.

Sistem kekebalan didefinisikan sebagai ‘perajurit yang sangat berdisiplin, teratur dan bekerja keras melindungi tubuh manusia dari serangan musuh luar’. Perajurit ini telah pun ‘dilatih’ di ‘pusat latihan’ khusus yang dikenali sebagai sumsum tulang, limpa, kelenjar timus dan kelenjar limfa. Perajurit ini disebut makrofag dan limfosit.

Makrofag akan memusnahkan musuh dengan cara menelannya. Ia kemudian mengajak sel-sel pertahanan lain untuk turut sama di medan pertempuran. Peperangan yang hebat ini menyebabkan suhu badan manusia meningkat (demam). Pada peringkat ini, manusia perlu berehat untuk memberi lebih banyak tenaga kepada sel-sel pertahanan untuk terus memerangi musuh.

Sekiranya musuh yang berjaya memasuki sistem tubuh begitu kuat dan banyak jumlahnya, maka limfosit akan campur tangan. Limfosit akan mengeluarkan pelbagai jenis senjata yang diperlukan untuk memerangi musuh sehingga selesai.

Pada waktu ini, sel-sel pertahanan dalam tubuh kita memerlukan tenaga yang cukup banyak untuk membolehkan operasi berjalan lancar. Selain berehat, kita perlu meminum air yang banyak dan mengambil makanan berkhasiat untuk memberi tenaga tambahan kepada sel-sel tersebut.

Pada saat ini, misi pasukan pertahanan belum berakhir. Terdapat sel-sel perajurit yang bertugas menyimpan maklumat tentang musuh itu dalam memori mereka untuk bertahun-tahun lamanya. Hal ini diperlukan untuk membolehkan sistem kekebalan segera menyusun pertahanan melawan musuh yang sama jika ia datang menyerang lagi.


Sistem Pertahanan Organ
Setiap organ mempunyai sistem pertahanannya yang tersendiri. Apabila kulit mengalami luka, sel-sel pertahanan dengan segera bergerak ke kawasan tersebut untuk memerangi sel-sel asing dan membuang sisa-sisa jaringan yang rosak. Seterusnya, sejumlah sel-sel pertahanan yang lain meningkatkan pengeluaran fibrin, iaitu sejenis protein yang dengan cepat menutup kembali luka itu dengan jaringan berserat.

Peluh yang keluar dari kulit bukan saja berperanan untuk menurunkan suhu tubuh, tetapi juga menyediakan zat makanan bagi kulat tertentu yang hidup di permukaan kulit dan seterusnya menghasilkan bahan bersifat asid seperti asid laktat yang membantu menurunkan tahap pH kulit. Medium bersifat asid ini menyediakan persekitaran yang tidak disukai oleh bakteria.

Jalan lain mikro organisma memasuki tubuh ialah melalui saluran pernafasan. Ketika udara disedut masuk ke dalam paru-paru, berjuta-juta mikro organisma turut masuk. Tetapi dengan adanya rembesan mukosa pada hidung, ia mampu menapis antara 80-90 peratus mikro organisma yang memasuki sistem pernafasan. Mikro organisma yang terlepas dan sampai ke paru-paru pula akan ditelan oleh fagosit dan seterusnya dihapuskan dari tubuh.

Sebahagian mikro organisma yang agak kebal berjaya memasuki sistem pencernaan. Pada ketika ini ia akan dihapuskan oleh asid perut, manakala selebihnya dimusnahkan oleh enzim pencernaan ketika melalui usus kecil.

Menghancurkan Musuh dengan Musuh Lain
Selain mikro organisma berbahaya yang mendatangkan penyakit kepada manusia, sebenarnya terdapat berjuta-juta lagi mikro organisma yang menumpang hidup di tubuh manusia yang tidak membahayakan dan tidak merugikan. Kelompok mikro organisma ini berkumpul di bahagian-bahagian tubuh tertentu, disebut flora tubuh.
Apabila mikro organisma yang tidak diingini oleh tubuh datang menyerang, secara tidak langsung ia turut mengancam kehidupan flora tubuh ini. Apabila hal ini berlaku, flora tubuh tidak akan berdiam diri, sebaliknya menyerang mikro organisma asing ini yang menjadi ancaman kepada mereka. Hal ini memberi manfaat kepada manusia apabila mendapat bantuan ‘tentera tambahan’ secara percuma.

Antibodi
Antibodi merupakan ‘senjata’ yang terdiri daripada protein dan dibentuk untuk melawan sel-sel asing yang masuk ke tubuh manusia. Senjata ini dihasilkan oleh sekelompok sel-sel perajurit dalam sistem kekebalan. Antibodi akan menghancurkan musuh dengan cara mengikatkan dirinya kepada sel-sel musuh atau merosakkan struktur biologi musuh lalu menghancurkannya.

image

Tubuh manusia mampu menghasilkan antibodi yang sesuai dengan setiap musuh. Ini bererti antibodi yang berbeza dihasilkan untuk memusnahkan musuh yang berbeza. Contoh antibodi dalam tubuh kita ialah IgG (Imuno globulin pergi). Ia terhasil dalam masa beberapa hari selepas serangan dan mampu bertahan antara beberapa minggu hingga beberapa tahun lamanya. IgG beredar dalam tubuh dan banyak terdapat pada darah, sistem limfa, dan usus. IgG mampu melindungi tubuh daripada serangan bakteria dan virus, serta meneutralkan asid yang terdapat dalam racun. Selain itu, IgG mampu menyelinap di antara sel-sel dan menyingkirkan bakteria serta musuh mikro organisma yang masuk ke dalam sel-sel dan kulit. IgG juga dapat masuk ke dalam plasenta ibu hamil dan melindungi janin dari kemungkinan jangkitan mikro organisma.

Kehancuran Sistem Pertahanan
Kini terdapat sejenis virus yang mampu melumpuhkan sistem pertahanan tubuh sehingga tubuh hilang kekebalan daripada apa jua mikro organisma. Virus yang disebut sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) ini menular kepada seseorang melalui tiga cecair tubuh iaitu darah, sperma dan cecair vagina.

Apabila virus HIV ini masuk ke dalam aliran darah, ia akan menyerang dan membunuh sel-sel limfosit yang disebut T4. Virus ini terus menggandakan dirinya dan membunuh sel-sel T4 lainnya sehingga jumlahnya menjadi begitu banyak di dalam darah dan akhirnya melumpuhkan sistem pertahanan tubuh.

Pada ketika sistem kekebalan tubuh menjadi sangat rendah, seseorang itu sangat terdedah kepada apa juga penyakit. Malah penyakit-penyakit yang tidak berbahaya kepada orang sihat sebaliknya menjadi berbahaya kepada penghidap HIV.

image

Perubatan Moden dan Antibiotik
Pakar-pakar perubatan moden mencipta kejayaan dalam bidang ini dengan penemuan pelbagai jenis ubat-ubatan serta antibiotik bagi melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh. Namun di sebalik kejayaan itu, terdapat begitu banyak kelemahan dan kepincangan yang akhirnya membahayakan nyawa manusia itu sendiri. Misalnya, ubat-ubatan moden diketahui menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang boleh merosakkan organ dalaman terutama hati dan buah pinggang.

Antibiotik pula telah menyebabkan kuman-kuman penyebab penyakit menjadi resistan sehingga antibiotik yang cukup kuat diperlukan untuk memusnahkan kuman-kuman tersebut. Akhirnya antibiotik yang diambil tidak lagi mampu membunuh kuman penyebab penyakit, sebaliknya kuman-kuman ‘baik’ yang diperlukan oleh tubuh yang menjadi korban.   

Negara-negara maju pada hari ini tidak lagi menggunakan antibiotik dengan sewenang-wenangnya sebagaimana yang berlaku di negara-negara mundur dan membangun. Apa yang dilakukan ialah mengamalkan gaya hidup sihat, terutamanya mengambil makanan yang berkhasiat bagi membantu tubuh melawan kuman yang datang menyerang.

[tweetmeme only_single="false"]

Apabila Pegangan Di Tegakkan

 

image

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

", pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku. Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis.

Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train"Ah, di mana aku sekarang ini?" gerutu hati Datuk Dr.Johar. " budak. Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum.

Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. "Oh, oh .... Maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, Kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula -Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah. Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Dimana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." "Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?" Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Dia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas....Lega...Dahaga dan lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum.Tapi di mana?

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : ", kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al-Abrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!" Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka.

Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?" "Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orang yang sedang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang.

ye! Jijiknya. Ah. Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, "ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. "Anta tak cuba tampung dengan amal makruf yang lain ?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ....Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana" Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan....Berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....." "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya boleh dapatkan hiburan?" tanyanya. "Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya?

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA.Seram sejuk tubuhnya. "Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi," protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: 'RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. "Apa nak jadi ni?Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu."Eh ...Ni suara orang mengaji." "Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema.... Cintaku berlabuh di persada rahmatMumendamba kasih yang tidak berhujungMengutip sayang di hamparan cinta suci Inilah getaran hatiku memburu cinta.......Stanza hati merindu Ilahi!Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata, "saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini tidak boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah. Aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" kata pembantunya.Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah. Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar."Maaf Datuk. Begitulah keutusannya" jawab pembntu itu.Datuk Dr. Johar seakan tidak percaya. Digosok-gosok lagi matanya.

[tweetmeme only_single="false"]

QADHI yang KAYA RAYA

 

image

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.
Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja."
Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.
Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."

Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

[tweetmeme only_single="false"]

tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

 

image

Bahagia dan sengsara ada petandanya. Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

Tanda-tanda Sengsara
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)

 

[tweetmeme only_single="false"]

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

 

image

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sangat nak buka puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dalam keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, buka puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum
solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yang lain langsung tak mahu ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar…kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yang tidur semula selepas bangun tahajjud, dan sebagainya…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca seorang-seorang cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat
pahala, rupa-rupanya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran seorang-seorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yang sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama-lama…sempat lah orang nak bangun bersiap2 untuk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah
disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca..Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jangan peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan
syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yang sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yang menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yang selalu mesti
diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yang kita anggap remeh begini menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke
rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita
selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yang limited space tapi ramai orang,
contohnya di surau &, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus saja bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat..tak payah nak berwirid lah, doa panjang2 lah, sembahyang sunat ba'diah lah, apa lah..sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2
sunat..lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat & ramai orang begini..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita
kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu untuk membantu saudara kita..itu yang dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yang lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba-tiba ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yang tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai
menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yang lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yang bakal ditinggalkan, tak
dihebohkan untuk menyiapkan sesuatu yang bakal dibawa….. Renung-renungkanlah ...

السلام عليكم وارهمتو الله هيوابركتاوه
-Berpesan-pesan sesama insan-

[tweetmeme only_single="false"]

Hakikat al-Isti`azah

 

 "أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ        Perlu disebut di sini bahawa ungkapan al-Isti`azah (A'uzubillahi mina al-syaitani al-rajiim) bukanlah ayat al-Quran, bahkan ia hanyalah lafaz yang diajar oleh Jibrail kepada Nabi s.a.w. untuk dibaca sebelum membaca al-Quran. Oleh itu ia adalah lafaz yang mulia yang suci dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT seperti yang diakui dalam firman-Nya :-

(فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ-النحل/98
Terjemahannya:-   
“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.”.

Lafaz al-Isti`azah tersebut adalah lafaz yang diakui oleh Jumhur Ulama kerana ia bertepatan dengan lafaz yang disuruh oleh Allah SWT dalam ayat di atas. Abdullah bin Mas`ud meriwayatkan bahawa beliau pernah membaca al-Isti`azah di hadapan Baginda s.a.w. dengan lafaz :-

"أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ"
Terjemahannya:-   
“Aku berlindung dengan Allah yang maha mendengar lagi mengetahui daripada syaitan yang direjam”.

Namun beliau telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w. dengan bersabda :-

" يَا ابْنَ أُمِّ عَبْدٍ : أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ،
هَكَذَا أَقْرَأَنِي جِبْرِيلُ عَنِ اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ عَنِ الْقَلَمِ
"
Terjemahannya:-   
“Wahai anak ibu seorang hamba (Allah): Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Beginilah Jibrail membacanya kepada ku daru Luh Mahfuz seperti yang tertulis”.

Namun adalah tidak salah untuk membaca seperti yang dilakukan oleh Abdullah bin Mas`ud tadi, kerana Abu Sa`id al-Khudri meriwayatkan bahawa baginda pernah membaca sedemikian dalam solat malamnya.

Selain itu, perlu disebut juga bahawa al-Isti`azah hendaklah di baca di awal atau permulaan membaca al-Quran, iaitu sebelum lafaz AL-BASMALAH. Oleh kerana kepentingannya sesetengah mufassirin mengatakan ia adalah fardhu. Sesiapa yang lupa membaca al-Isti`azah dan kemudian mengingatinya, dia perlu berhenti daripada meneruskan bacaan al-Quran dan perlu memulakan bacaan dari awal sekali lagi. Pendapat ini mengikut sanad ahli Hijaz dan Iraq. Tetapi mengikut sanad ahli Syam dan Mesir adalah memadai berhenti seketika untuk membaca al-Isti`azah dan selepas itu menyambung kembali bacaan tadi (tanpa perlu mengulang).

[tweetmeme only_single="false"]

KEJADIAN JIBRAIL A.S

 

"Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada saya?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah saya dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling saya cintai, namanya 'Muhammad’. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu saya lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."

Kemudian Jibrail a.s berkata:"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud,

"Ya Jibrail, akan saya berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah S.W.T maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku! Apakah sudah saya menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud,

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun saya memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Hayatilah betapa besarnya kasih sayang yang Allah S.W.T berikan pada hamba-Nya yang sentiasa lalai dan leka. Betapa beruntungnya hamba-Nya yang diberikan hidayah untuk memahami dan menghayati betapa segala amalan kita yang berlandaskan kepatuhan kepada suruhan yang Esa telah dikurniakan berbagai-bagai nikmat dan balasan pahala yang besar.

Walaupun kita lalai semasa menghadapnya, kita berimaginasi terhadap yang lain, namun, betapa besar rahmat Allah S.W.T yang tetap membalas segala amalan kita dengan berjuta-juta nikmat yang tidak pernah kita bayangkan. Cuba bayangkan andai kita dapat melakukan solat 2 rakaat kerana patuh pada suruhan-Nya, di anugerahi syurga yang amat indah seperti syurga Ma'waa, bagaimana jika kita dapat melakukannya setiap hari seumur hidup kita.

Agaknya apa yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita? Sedangkan solat malaikat Jibrail a.s yang nyata lebih khusyuk dan memakan masa beribu tahun lamanya hanya mendapat pujian dari Allah S.W.T? Sungguh butalah hati hamba-Nya yang tidak mampu melihat betapa besarnya dan agung-Nya kasih sayang Allah S.W.T kepada kita umat Rasullullah S.A.W. Betapa besarnya nikmat dan rahmat Allah S.W.T kerana membenarkan kita hidup dan dipilih sebagai umat Rasulullah yang dimuliakan.

Marilah kita panjatkan sepenuhnya kesyukuran kepada Allah yang Maha Pemurah kerana membenarkan dan memilih kita untuk disinari nur dan hidayah 'Iman dan Taqwa' yang tidak semua umat Rasullullah S.A.W bertuah memilikinya. Bersamalah kita menghayati hidup yang penuh dengan ranjau duka demi mendamba kasih Illahi. Wallahua'lam!

[tweetmeme only_single="false"]

Gambaran Syurga Menurut Al-Quran

 

imagesekadar gambar hiasan

Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali.

Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.

Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:

Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:

Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13)

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).

Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Sungai-Sungai di Syurga

Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam Al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:

Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!).

Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir.

Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:

= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.

Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.

Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:

Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu.

Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.

Tentang Al-Kausar, Anas lah.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. (Al-Kausar: 1-2-3).

Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim).

Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."

Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.

Syurga itu Bertingkat-Tingkat

Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).

Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.

Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya.

Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan dunia ini.

Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud:

Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?"?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."

Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut :

= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).

Taman-Taman Di Syurga

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.

Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah daripada perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah daripada emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).

Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.

At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang
rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula.

Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.

Pintu-Pintu Syurga

Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:

Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.

Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu kalau seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi, maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut.

Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan lah-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.

Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).

Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama :

= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat

Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:

Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah.

Jelaskan pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga.

Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga

Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang diperbuat daripada permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."

Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"

Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir). Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:

Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya.

Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud: Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka.

Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.

Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman:

Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana.

Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenaan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim).

Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga

Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.

Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan,tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.

Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih daripada itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya. (Al-Waqiah: 27-33).

Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (lah-Rahman: 4.

Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (lah-Rahman: 6

Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14).

Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.

Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas lah.a.:

"Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih."

--------------------------------------------------------------------------------

Berkata Abu Darda lah.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda:
Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya Aku dengan jin dan manusia dalam suatu berita besar (Hari Kiamat). Aku yang mencipta, tetapi mengapa orang lain yang disembah. Aku yang memberi rezeki, mengapa pula orang lain yang disyukuri." (Riwayat Baihaqi)

[tweetmeme only_single="false"]

Mazmumah Menghapus Bahagia Hati

 

image

"Antara puncanya adalah sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (siapa nak dekat kalau asyik nak marah saja.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punya..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh ini..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki ini..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. macam pantun zaman sekolah, dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-banayng

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. contohnya time kerja banyak.. tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yang ini no komen).. pasal semua org ada egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dengan apa yang kita ada(harta, ilmu amal dll)

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .

[tweetmeme only_single="false"]

Siri Pemikiran Al-Qaradawi

 

image

"Al-Qaradawi telah mengarang hampir seratus buah buku dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.Buku-buku beliau sangat diminati oleh umat Islam seluruh dunia. Bahkan buku-buku tersebut telah diulang cetak berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Di samping itu, buku-buku tersebut dapat menjelaskan wawasan perjuangan dan pemikiran al-Qaradawi secara lebih terperinci.

1. Fikah dan Usul Fiqh

Sebagai seorang ahli fikah, beliau telah menulis beberapa buah buku yang terkenal seperti berikut :
1. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, (Halal dan Haram dalam Islam), al-Maktab al-Islami, Beirut, 1980.
2. Fatawa Mu’asarah, 2 jilid ( Fatwa-Fatwa Semasa), Dar al-Wafa’, Kaherah., 1993
3. Al-Ijtihad fi al-Shari’at al-Islamiah, (Ijtihad dalam syariat Islam), Dar al-Qalam, Kuwait,1996
4. Madkhal li Dirasat al-Shari’at al-Islamiah, (Pengenalan Pengajian syariat Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1997
5. Min Fiqh al-Dawlah al-Islamiah, (Fiqh Kenegaraan), Dar al-Shuruq, Kaherah,1997
6. Nahw Fiqh Taysir, ( Ke arah fiqh yang Mudah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999
7. Al-Fatwa bayn al-Indibat wa al-Tasayyub, (Fatwa-fatwa antara Kejituan dan Pencerobohan), Dar al-Sahwah,Kaherah,1992
8. Al-Fiqh al-Islami bayn al-Asalah wa al-Tajdid, (Fikah Islam antara ketulenan dan Pembaharuan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
9. Awamil al-Sa’ah wa al-Murunah fi al-Syari’ah al-Islamiah (Faktor-Faktor kelenturan dalam syariah Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
10. Al-Ijtihad al-Mu’asir bayn al-Indibat wa al-Infirat, (Ijtihad Semasa antara kejituan dan kecuaian), Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah,1994
11. Fiqh al-Siyam, ( Hukum Tentang Puasa), Dar al-Wafa’, Kaherah,1991
12. Fiqh al-Taharah, (Hukunm Tentang Kebersihan), Maktabah Wahbah, Kaherah,2002
13. Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqa (Hukum Tentang Nyayian dan Muzik ), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
14. Fi Fiqh al-Aqaliyyat al-Muslimah, ( Fiqh minoriti Muslim) Dar l-Shuruq, Kaherah, 2001

2. Ekonomi Islam

15. Fiqh al-Zakat 2 Juzuk (Fikah Tentang Zakat), Muasassah al-Risalah, Beirut,
16. Mushkilat al-Faqr wa kayfa Alajaha al-Islam, (Masalah kefakiran dan bagaimana Islam mengatasinya),Maktabah Wahbah, Kaherah, 1980
17. Bay’u al-Murabahah li al-Amri bi al-Shira; ( Sistem jual beli al-Murabah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1987
18. Fawa’id al-Bunuk Hiya al-Riba al-Haram, ( Faedah bank itulah yang diharamkan), Dar al-Wafa’, Kaherah,1990
19. Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, ( Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1998
20. Dur al-Zakat fi alaj al-Musykilat al-Iqtisadiyyah, (Peranan zakat dalam Mengatasi Masalah ekonomi), Dar al-Shuruq, kaherah,2001

3. Pengetahuan tentang al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Qaradawi juga melalukan kajian mengenai al-Quran dan al-Sunnah terutama dalam memahami metodologi, car berimteraksi dan membetulkan kefahaman mengenai al-Quran dan al-Sunnah. Dalam bidang ini beliau telah menulis :

21. Al-Aql wa al-Ilm fi al-Quran, ( Akal dan Ilmu dalam al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
22. Al-Sabru fi al-Quran, (Sabar dalam al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1989
23. Tafsir Surah al-ra’di, (Tafsir surah ra’di), Dar al-Bashir, Kaherah,1996,
24. Kayfa Nata’amal ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, (Bagaimana berinteraksi dengan sunnah), Dar al-Shuruq, Kaherah, 2000
25. Madkhal li Dirasat al-Sunnah, (Pengantar mempelajari sunnah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1992
26. Kayfa Nata’amal ma’a al-Quran, ( Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran), Dar al-Shuruq, Kaherah,1999
27. Al-Muntaqa min al-Taghib wa al-Tarhib ( hadith-hadith terpilih mengeni berit gembira dan peringatan), Dar al-Wafa, Kaherah, 1993
28. Al-Sunnah Masdaran li al-Ma’rifah wa al-Hadarah, (Sunnah sebagai sumber pengetahuan dan tamadun), Dar al-Shuruq, Kaherah,1997

4. Akidah Islam

Mengenai persoalan tauhid, al-Qaradawi telah menulis beberapa buah buku :

29. Wujud Allah, (Adanya Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1990
30. Haqiqat al-Tawhid, (Hakikat Tauhid), Maktabah Wahbah, Kaherah,19
31. Mawqif al-Islam min al-Ilham wa al-kisah wa al-Ru’a wa Min al-Kananah w al-Tarna’im wa al-Ruqa. ( Posisi Islam mengenai Ilham, kasyaf, mimpi, ramalan, pencegah kemalangan dan jampi), Maktabah Wahbah, Kaherah,1994
32. Iman bi Qadr, (Keimanan kepada Qadar), Maktabah Wahbah, Kaherah,

5. Dakwah dan Pendidikan

Al-Qaradawi juga merupakan seorang juru dakwah yang penuh semangat. Dalam bidang ini beliau telah menulis buku-buku terkenal :

33. Thaqafat al-dah’iyyah, (Wawssan Seorang juru dakwah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1991
34. Al-Tarbiah al-Islamiah wa Madrasah Hassan al-Banna,, ( Pendidikan Islam dan ajaran Hassan al-Banna), Maktabah Wahbah, Kaherah,1992
35. Al-Rasul wa al-Ilmi, ( Rasul dan Ilmu), Muasassah al-Risalah, Beirut, 1991
36. Al-Waqt fi Hayat al-Muslim (Waktu dalam kehidupan seorang Muslim), Dar al-Sahwah, Kaherah, 1991
37. Risalat al-Azhar bayn al-Ams al-Yawmi wa al-Ghad, ( Risalah al-Azhar antara semalm, hari ini dan besok), Maktabah Wahbah, Kaherah,1984
38. Al-Ikhwan al-Muslimun sab’in Amman fi al-dah’wah wa al-Tarbiyyah, (Ikhwan al-Muslimun selama 70 tahun dalam dakwah dan Pendidikan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999

6. Kepastian mengatasi Masalah dengan cara Islam

Menurut pandangan al-Qaradawi, Islam adalah suatu kepastian yang wajib diikuti untuk mengatasi semua masalah yang kita hadapi. Tidak ada suatu sistem yang dapat mengatasi persoalan umat keculi Islam. Malah apa-apa sistem selain Islam hanya akan menambahkan luka parah yang sudah di alami umat. Mengenai masalah ini beliau telah menulis :

39. Al-Hulul al-Mustwaradah wa Kayfa janat ‘ala Ummaatina, (Penyelesaian Import : bagaimana ia Menghentam Umat kita), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
40. Al-Hall al-Islami faridatan wa daruratan (Mengatasi masalah dengan cara Islam adalah suatu kewajipan dan kepastian), Maktabah Wahbah, Kaherah,1987
41. .Bayinat al-hall al-Islami wa Syubuhat al-Ilmaniyyin wa al-Mustaqhribin, (Penjelasan mengatasi masalah dengan cara Islam dan tuduhan orang Barat dan pengnut sekular), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1988
42. ‘Ada’ al-hall al-Islami, (Musuh-musuh dalam penyelesaian cara Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000

7. Tokoh Islam

Al-Qaradawi jug menulis beberapa buah buku tentang sejarah hidup para tokoh :

43. Al-Imam al-Ghazali bayn Madihi wa Naqidihi, ( Imam al-Ghazali antara para pemuja dan pengkritiknya). Dar al-Wafa’, Kaherah,1988
44. Al-Shaykh al-Ghazali Kama Araftuhu Khilala Nisf al-Qarn (Syeikh al-Ghazali seperti yang saya kenal selama setengah abad), Dar al-Wafa’, Kaherah,1995
45. Nisa Mu’minat, (Para Wanita Beriman), Maktabah Wahbah, Kaherah,1979
46. Abu Hasan al-Nadwi Kama ‘Araftuh, , (Abu Hassan al-Nadwi seperti yang saya kenal) Dar al-Fikr, Beirut, 2001
47. Fi Wada’ al-‘A’lam (Memperingati Pemergian Tokoh-Tokoh), Dar al-fikr, Beirut, 2003

8. Dalam bidang Akhlak berdasarkan al-quran dan al-sunnah

48. Al-Hayat al-Rabbaniah wa al-‘Ilm, (Kehidupan Rabbani dan Ilmu), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995.
49. Al-Niyat wa al-Ikhlas (Niat dan Keikhlasan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1995
50. Al-Tawakkal (Bertawakal kepada Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
51. Al-Tawbah ila Allah ( Taubat kepada Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000

9. Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam yang sedang rancak dan merebak ke seluruh duni kebelangkangn ini jug menjadi perhatian al-Qaradawi. Beliau adalah seorang tokoh aktivis yang sering memberikan gagasn-gagasn yang meluruskan hala-tuju gerakan kebangkitan Islam pada jalan tengah dan mencakupi hampir semua permasalahan umat. Tulisan beliau dalam persoalan ini menyeluruh, mendlm dan bersesuaian dengan realiti semasa. Al-Qaradawi dalam masalah ini telah menulis beberapa buah buku yang terkenal :

52. Al-Sahwah al-Islamiah Bayn al-Juhud wa al-Tatarruf ( Kebangkitan Islam antara penolakn dan sikap ekstrim), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1992
53. Al-Sahwah al-Islamiah bayn al-Ikhtilaf al-Mashru’ wa al-Tafaruq al-Madzmum, ( Kebangkitan Islam antara perbezaan pendapat yang dibolehkan dan perpecahn yang tercela), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1991
54. Al-Sahwah al-Islamiah wa Humum al-Watan al-Arabi ( Kebangkitan Islam dan keresahan negara-negara Arab), Dar al-Sahwah, Kaherah,1993
55. Min Ajli Sahwah rashidah Tujaddid al-Din wa Tanhad bi Dunya (Untuk mencapai kebangkitan yang sedar, yang membaharui agama dan membaiki dunia),Dar al-Wafa’, Kaherah, 1995
56. Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-Qadimah (Keutamaan gerakan Islam pada masa depan), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
57. Fi Fiqh al-Awlawiyyat ( Fikah Memahami keutamaan-keutamaan), Maktabnah Wahbah, Kaherah,2000
58. Al-Islam wa al-Ilmaniyyah wajhan li wajhin ( Islam dan sekularisme secara berdepan), Maktabah Wahbah, kaherah,1997
59. Ayna al-Khalal? (Di manakah kesalahannya?), Dar al-Sahwah, Kaherah, 1985
60. Al-Syariat al-Islamiah Solihah li tatbiq fi Kulli Zaman wa makan ( Syariat Islam sesuai dilaksana setiap masa dan tempat), Dar al-Sahwah, Kaherah,1993
61. Al-Ummah al-Islamiyyah haqiqatun lah wahm ( Umat Islam adalah suatu hakikat dan bukan khyalan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
62. Al-Thaqafah al-Islamiyyah bayn al-Asalah wa al-Mu’asarah ( Pengetahuan Islam antara ketulenan dan pembaharuan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1994
63. Ghair al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islam (Orang Bukan Islam dalam masyrakat Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1992
64. Al-Muslimun wa al-Aulamah, ( Kaum Muslim dan globalisasi), Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah, 2000
65. Al-Islam wa Hadarah al-ghad (Islam Tamadun Masa Depan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1995
66. Al-Tataruf al-Ilmani fi Muwajahat al-Islam, ( Ektremis Sekular dalam Menghadapi Islam), Andalusiah li Nashr,Kaherah, 2000
67. Al-Sahwah al-Islamiah min al-Murahaqah ila al-Rusyd, (Kebangkitan Islam dari transisi kepada panduan), Dar al-Shuruq, Kaherah,2002

10. Penyatuan fikrah bagi Petugas Islam

Al-Qaradawi jug menulis buku mengenai asas –asas yang diperlukan bagi petugas Islam dengn mengambil kira sas pendidka yang telah ditetapkn oleh Hassan al-banna. Antaranya ialah :

68. Syumul al-Islam (Kesempurnaan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1991
69. Al-Marji’yyat al-Ulya fi al-Islam al-Quran wa al-Sunnah ( Sumber rujukan tertinggi dalam Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah),Muasassah al-Risalah, Beirut,1993
70. al-Siyasah al-Syar’iyyah fi daw’ nusus al-Shari’at wa Maqasiduha (siyasah syar’iyyah menurut syariat dan matlamatnya), Maktabah Wahbah, Kaherah,
71. Kayfa Nata’amal Ma’a al-Turath (Bagaimana Berinteraksi dengan Buku-buku klasik), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
72. Nahw Fiqh Muyassar mu’asirah, Maktabah Wahbah, Kaherah,1999

11. Kefahaman Islam

Al-Qaradawi juga menulis tentang kefahaman Islam dengan pendekatn yang mudah dan jells. Antaranya ialah :

73. Al-Iman wa al-Hayat (Iman dan Kehidupan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1990
74. Al-Ibadat fi al-Islam (Ibadat dalam Islam), Maktabah Wahbah,Kaherah,1985
75. Al-Khasas’is al-Ammah li al-Islam (Keistimewaan Agama Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1989
76. Madkhal li Ma’rifah al-Islam, (Pengantar Mengenali agama Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
77. Al-Nass wa al-Haq ( Manusia dan Kebenaran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
78. Jil al-Nasr al-Mansyud ( Generasi Kemenangan yang dinantikan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1998
79. Durus al-Nakbah al-Thaniah (Pengajaran mengenai musibah kedua), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
80. Khatab al-Shaykh al-Qaradawi 5 jilid (Khutbah Syeikh al-Qaradawi),Maktabah Wahbah, Kaherah, 1997
81. Liqaat wa Muhwarat hawla Qadaya al-Islam wa al-‘Asr (Perbincangan tentang permasalahan Islam dan semasa), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
82. Qadaya Mua’sarah ala basat al-Bahth (Kajian mengenai permasalan semasa)
83. Ri’ayah al-bye’ah fi Syari’at al-Islam ( Memelihara alam Sekitar Menurut Syariat Islam), Dar al-Shuruq, Kaherah,2001

12. Bidang Kesussateran dan syair

84. Nafahat wa Lafahat (Syair), Dar al-Wafa’, Kaherah.
85. al-Muslimun Qadimun ( Orang Muslim Maju) (Syair), Dar al-Wafa’, Kaherah,
86. Yusuf al-Sadiq, (Nabi Allah Yusuf) (Drama), Maktabah Wahbah, Kaherah,
87. Alim wa Taghiyyat , (Golongan Ulamak dan Golongan Pelampau)( Drama),Maktabah Wahbah, 1998

13. Risalah Kecil Mengenai Kebangkitan Islam

88. Al-Din fi ‘Asr al-‘Ilm ( Agama dalam dunia Ilmu Pengetahuan). Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
89. Al-Islam wa al-Fann (Islam dan Kesenian), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
90. Al-Niqab al-Mar’ah ( Pemakaian tudung bagi wanita), Maktabah Wahbah Kaherah, 1996
91. Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiah ( Kedudukan wanita dalam kehidupan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
92. Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah (Fatwa-fatwa tentang wanita Muslimah, Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
93. Jarimah al-riddah (Jenayah Murtad), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
94. Al-Aqaliiyyat al-Diniyyat wa hulli al-Islami ( Minoriti agama dan Penyelesaian Islam, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
95. Al-Mubasyirat bintisar al-Islamiah ( Berita Kemenangan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
96. Mustaqbal Usuliyyah al-Islamiah ( Masa Depan golongan fanatik Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1997
97. Al-Quds Qadiyah likulli al-Muslim ( Quddus tanggungjawab setiap muslim), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1998
98. Hajat al-Basyariah ila al-Risalah al-Hadariah li Ummatina ( Kepeluan Manusia kepada risalah ketamdunan kita), Maktabah Wahbah, Kaherah, Kaherah, 2000
99. Fatawa min ajli Palastin, (Fatwa-fatwa tentang Palestin), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2003
100. Zahirah al-Ghulu fi Takfir ( Fanatik dalam Mengkafir), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1990

Kumpulan Ceramah-Ceramah Yusuf al-Qaradawi

101. al-Sunnah wa al-Bid’ah, (Sunnah dan Bidah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999
102. Zawaj al-Maysar, haqiqat wa Hukm, (Perkahwinan Maysar hakikat dan hokum), Maktabah Wahbah, 1999
100.Dawabit al-Shar’iyyah libina’ al-Masajid, (prinsip syariat dalam Membina masjid), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
101.Mawqif al-Islam al-Aqdi min kufr al-Yahudi wa al-Nasara, (Pendirian islam terhadp perjanjian dengan Yahudi dan Nasr), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
102.Al-Juwaini Imam al-Haramain, ( Juwaini Imam Haramain), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000
103.Al-Istishaq wa al-Tubna fi Shari’at al-Islamiah, ( Penamaan dalam Syari’at Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,
104.Umar ibn Abdul Aziz, (Umar bin Abdul Aziz), Maktabah Wahbah, 2001
105.Likay Tanjaha Muasassah al-Zakat, (Semoga Institusi zakat Berjaya),Muasassah al-Risalah, Beirut,1994,

Di samping itu, al-Qaradawi jug menulis artikel di jurnal. Dalam majalah al-Muslim al-Mua’sir beliau menulis sebanyak 8 artikel sejak diterbitkan pada tahun 1974.Antaranya ialah :

1. Fiqh al-Islami bayna al-Asalah wa al-Tajdid (Fiqh Islam antara keaslian dan pembaharuan) dua siri.
2. Al-Fatwa bayna al-Madiyy wa al-Hadir ( Fatwa antara dahulu dan sekarang), dua siri
3. Zhahirah al-Ghulu fi Takfir (kefanatikan dalam mengkafir)
4. Nahwa Mawsu’ah li hadith al-Nabawi ( Ke arah ensikplopedia hadith nabi)
5. Ray’u fi Ijtihad l-Mu’asir (Pandangan dalam Ijtihad semasa)
6. Al-Harakah al-Islamiah fi Majal al-Fikr wa al-‘Ilm (Gerakan Islam dalam bidang Pemikiran dan Keilmuan)

Al-Qaradawi jug menulis dalam Jurnal Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar yang mula diterbitkn pada tahun 1980. Antaranya ialah:

1. Mubadi’ wa qayyim li ta’lim fi daw’i al-Sunnah al-Atarah (Asas dan Nilai dalam pembelajaran menurut sunnah)
2. Awalim al-Sa’hati wa al-Murunah fi Shari’at al-Islamiah, ( prinsip keluasan dan fleksibel dalam syariat Islam)
3. Fi fiqh al-Rada’ Numuzaj li fiqh al-Muqaran fi daw’i al-quran wa al-sunnah (Fiqh penyusuan, contoh bagi fiqh perbandingan menurut al-Quran dan al-sunnah)
4. Al-Hullu al-Islami bayn al-Juhud wa Tatawwur ( Penyelesaian Islam antara kebekuan dan perkembangan)
5. Imam al-Ghazali bayn Madhiyyah wa Naqadiyyah ( Imam al-Ghazali antara pujian dan kritikan)
6. Al-Ilham wa al-Kashsaf wa al-ru’ya hal ta’udu masadir li ahkam al-shari’ah (Ilham, kashaf dan mimpi, adakah ia dikira sebagai sumber bagi hukum-hukum syariat)
7. Hal ru’ya min wasa’il al-‘Ilmi bi ahkam ( Adakah mimpi merupakan salah satu cara ilmu dalam hukum)
8. Al-Qayyim al-Insaniah fi al-Islam (Nilai-nili kemanusiaan dalam Islam)
9. Al-Tarbiyyah inda Imam al-Syatibi ( Pendidikan menurut Imam al-Syatibi)
10. Hiwar hawla alaqah bayn al-Nass wa al-Ijtihad ( Dialog mengenai hubungan nas dengan ijtihad)
11. Nazarat fi fiqh al-Awwlawiyyat – al-awwlawiyyt fi majal al-‘Ilmi wa al-Fikr wa dah’wah (kajian fiqh keutamaan –keutamaan dalam bidang ilmu, pemikiran dan dakwah)

Sebahagian daripada artikel-artikel tersebut telah diterbitkan sebagai buku tu risalah-risalah kecil.Antaranya ;

1. Nahwa Fiqh Maysar mu’asir (Menuju fiqh kemudahan semasa)
2. Nazariat fi Turath Shaykh al-Ghazali, (Kajian mengenai Turath Syeikh al-Ghazali
3. Kayfa Nata’amal ma’a al-Quran (Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran)

Al-Qaradawi juga menulis kertas kerja dalam pelbagai persidangan antarabangsa . antaranya ialah Muktamar zakat Pertama yang diadakan di Kuwait pada 30 April 1984 yang bertajuk “Kesan Zakat kepada individu dan masyarakat”.

Pada awal tahun 1950n, al-Qaradawi menulis isu-isu kezaliman yang dilakukan oleh pemerinth Mesir di bawah Raja Faruk. Beliu menulis risalah-rsalah kecil seperti alim wa taghiyyat yang mengunakan uslub drama. Al-Qaradawi menjelaskan mengenai kebenaran said bin Jubair berdepan dengan Hujaj bin Yusuf dalam menyatakan kebenarn. Al-qaradawi menyeru orang ramai supaya berpendirian seperti Said bin Jubair. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa beliau melihat kisah Said Jubir dengan Hujaj mempunyai banyak kesesuaian kerana drama tersebut mempunyai satu matlamat khususnya dalam memerangi golongan yang zalim seperti kezaliman Hujaj, maka perlu kita mengambil pendirian seperti pendirian Said Jubair. Oleh sebab itu, al-Qaradawi menulis drama ini, satu pertiga ditulis di penjara tu dan bakinya selepas keluar penjara. Dari sini jelaslah bahawa isu utama yang dibawa oleh al-Qaradawi dalam buku ini iaitu menentang kezaliman oleh penguasa Mesir ketika itu.

Pada tahun 1968, al-Qaradawi menulis buku mengeni Palestin selepas Yahudi mengusai masjid al-Aqsa pda tahun 1967. Beliau menulis dalam buku Durus al-Nakbah al-Thaniyyah (Pengajaran dari musibah Kedua) yang menerangkan sebab-sebab musibah yang menimpa umat Islam dan bagaimana factor bagi mencapai kemenangan. Al-Qaradawi menekankan bahawa perlunya umat Islam kembali kepada penghayatan Islam secara menyeluruh yang merupakan syarat utama untuk kemenangan umat Islam. Di samping itu, al-Qaradawi menulis buku Jil al-Nasr al-Mansyud yang khusus ditujukan kepada pemuda-pemuda palestin.

Pada tahun 1970an al-Qaradawi menulis buku-buku yang berkaitan Islam sebagai alternatif terbaik untuk manusia. Perkara ini disebabkan kegagalan kapitalis dan sosialis dalam meyelesaikan permasalahan manusia. Pada tahun 1971, beliau menulis buku Penyelesian import dan bagaimana ia mengentam umat Kita. Pada tahun 1977, beliau menulis buku Shari’at al-Islamiah (Syariat Islam sesuai untuk pelaksanaan setiap masa dan tempat) Buku ini asalnya merupakan kertas kerja yang dibentangkan di Nadwah Perundangn di Libya pada Mei 1972. pada tahun 1974, al-Qaradawi menulis buku Penyelesian Islam Tuntutan dan Darurat ymerupakan siri kedua dalam siri penyelesaian Islam. Pada tahun 1977, al-Qaradawi menerbitkan buku Khasa’is al-Islamiah (Keistimewaan agama Islam). Apabila isu kafir mengkafir semakin memuncak di kalangan umat Islam, beliau menulis buku tentang fenomena fanatik dalam kafir mengkafir.

Al-Qaradawi jug menulis buku yang berkaitan dengan ekonomi Islam. Beliau menulis mengeni permasalahan miskin dan pandangan Islam mengeninya pada tahun 1966. buku tersebut mencertakan sikap Islam terhadap kemiskinan dan bahaya kepada akidah umat islam. Menurut al-wqaradawi, beliau sentiasa mengambil perhatian dalam isu-isu syariat Islam dan sentisa menyeru dilaksanakan dalam segala aspek kehidupan. Prihatin beliau semakin bertambah apabila beliau mengkaji mengeni zakat dalam memenuhi keperluan ph.di pada tahun 1973.

Pada tahun 1983, beliau menerbitkn buku sistem jual beli al-murabhah bagi menjelaskan isu tersebut akibat perselisihan pendapat mengeni sistem tersebut yang dijalaankn oleh bank-bank.pada tahun 1990, al-Qaradawi menulis buku tentang riba yang diharamkn bagi menjelskan fatawa yang dikeluarkan oleh Muhammad Sayyid al-Tantawi yang menjadi mufti Mesir ketika itu.

Pada tahun 1994, beliau mengarang buku tentang nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam. Dalam buku ini, Al-Qaradawi menekankan 4 ciri utama ekonomi Islam iaitu rabbaniah, kemanusiaan, kesederhanaan dan akhlak. Pada tahun yang sama , al-qardawi jug menerbitkan risalah kecil mengenai cara –cara untuk menjayakan institusi zakat. Di sini jelas menunujukkan ketokohn al-Qaradawi dalam menangani isu-isu ekonomi semasa dan menjadikan ekonomi islam seabagai astu alterntif kepada ekonomi sosialais dan kapitalis. Walaupun beliau bukan gradun darim kuliah ekonomi tetapi keprihatinan beliau dalam menngani isu-isu baru yang timbul dalam system ekonomi wajar diberi pengiktirfan. Semas beliau datang ke Malaysia, beliau memberi ceramah mengeni ekonomi kepada pegawai –pegawai bank sambil bertukar-tukar pandangan. Beliau telah menegaskan bahawa kegiatan pembangunan ekonomi umat Islam mestilah bersesuaian dengan sistem syariat.

Al-Qaradawi jug menulis mengenai gerakan Islam dan kebangkitan islam sejagat. Beliau menulis tentang buku Al-Sahwah al-Islamiah bayn al-Juhud wa tatarruf (kebangkitan Islam antara penolakan dan sikap ekstrim) pada tahun 1982, buku al-sahwah al-islamiah bayn al-iktilaf al-Masru’ wa iktilaf al-Mazmum (kebangkitan Islam antara perbezaan pendapat yang dibolehkan dan perbezaan yang tercela) pada tahun 1989, buku al-awlawwiyyat al-harakah (keutamaan gerakan) pada tahun 1990. Buku tersebut menyatakan peranan dan keutaman gerakan Islam kini.

Dalam bidang ketokohan juga, al-Qaradawi menulis sejarah hidup wanita-wanita solehah seperti Khadijah bin Khuwailid, Fatimah al-Zahra’, Asma’, Ummu Sulaim dan Ummu Imarah dalam buku Nisa’ al-Mu’minat (wanita Muslimah) yang diterbitkan pada tahun 1979. kemudian beliau, menulis mengenai Imam al-Ghazali pada tahun 1987, sejarah hidup dan hubungannya akrabnya dengan Muhammad al-Ghazali pada tahun 1994 dan sejarah hidup Abu Hassan al-Nadwi pada tahun 2001.Al-Qaradawi juga menulis syarah kepada usul ashirin (20 perkara-perkara asas) yang dikarang oleh Hassan al-Banna. Al-Qaradawi menulis buku-buku tersebut atas nama ke arah Penyatuan pemikiran untuk petugas Islam. Sehingga kini ada lima buah buku yang diterbitkan dalam siri ini. Al-Qaradawi juga menulis buku-buku yang bercorak tasauf dan kerohanian atas tajuk fiqh akhlak dalam al-Quran dan al-Sunnah. Sebanyak 4 buah buku telah diterbitkan dalam siri ini.

Al-Qaradawi merupakan seorang ulamak yang gigih dalam mempertahan dan menjelaskan Islam melalui buku-bukunya. Buku-buku karangannya melebihi 100 buah buku amat baik dibaca, diteliti dan dikaji oleh anak-anak muda dalam membentuk pemikiran Islam. Hasil mutiara pemikirannya perlu digarap sepenuhnya oleh generasi kini dan akan datang. Ketokohannya dalam penulisan dan menjadi perisai dalam mempertahankan Islam harus diberi penghargaan. Dalam abad ini antara ulamak yang banyak menulis buku ialah Muhamad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi dan Wahbah al-Zuhaili.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...