Tuesday, May 31, 2011

hargailah ibu dan bapa kita

 

 

Hargai dan sayangilah ibu bapa. Jangan hanya mengunjungi mereka semasa susah dan melupakan mereka tatkala senang. Apalah faedahnya merayakan Hari Ibu & Hari Bapa jika mereka diingati cuma setahun sekali.

Suatu masa, terdapat sebatang pokok mangga yang cukup besar di hujung sebuah desa. Setiap hari seorang kanak-kanak lelaki datang bermain-main di situ. Sesekali dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan buahnya yang ranum.

Ada kalanya dia berehat lalu terlelap di pangkal pokok tersebut. Kanak-kanak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya.

Masa berlalu .... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok mangga tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok mangga dengan wajah sedih.

"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok mangga itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak. Aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," sambung remaja itu dengan nada sedih.

Lalu pokok mangga itu pun berkata. "Kalau begitu, petiklah mangga-mangga yang ada padaku. Jualkan untuk mendapat wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembira memetik semua mangga di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok mangga cukup merasa sedih.

Masa berlalu .......

Suatu hari remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok mangga tetap merasa gembira. "Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok mangga itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan keluargaku."

"Bolehkah kau menolong aku?" tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok mangga itu memberi cadangan.

Lalu, budak yang telah pun dewasa itu memotong kesemua dahan pokok mangga itu. Pokok mangga tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana sahabatnya itu tidak pernah menemuinya.

Pada suatu hari yang panas terik, seorang lelaki datang berteduh di bawah pokok mangga yang sudah kembali rendang itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengannya dulu.

Dia telah matang dan dewasa kerana itulah pokok mangga lambat mengenalinya.

"Marilah bermain-main di sekitarku seperti dahulu," ajak pokok mangga sebaik mengetahui siapa lelaki itu.

"Maaf ........ aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku punya tanggungjawab sendiri. rasa-rasa aku ingin berlayar, tapi malangnya. Aku tidak mempunyai bot. Boleh kau tolong aku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak punya apa-apa untuk diberikan. Tetapi kau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat berlayar dengan gembira," cadang pokok mangga.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang pokok mangga itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak pernah kembali lagi.

Berpuluh tahun kemudian, pokok mangga yang dahulu gagah perkasa kini hanyalah sebuah punggur, ternampak seorang lelaki tua berjalan menuju ke arahnya.

Setelah diamati dan direnum tajam, barulah dia mengenali siapa lelaki tua itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain-main bersamanya dahulu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat perahu. Aku hanya ada tunggul dengan akar-akar yang hampir mati ........." kata pokok mangga dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu manggamu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Aku juga tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk berlayar lagi. Aku mersa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu sandarkanlah tubuhmu pada punggurku'" kata pokok mangga.

Lalu lelaki itu menyandarkan badannya. Terasa begitu enak berada dalam 'pelukan' punggur pokok mangga itu. Kedua-duanya menangis kegembiraan.

# Paparan cerita ini wajar kita renung dan fikirkan bersama tentang pengajaran di sebaliknya. Pokok mangga yang dimaksudkan adalah ibu bapa kita.

Semasa kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Apabila meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kemudia kita tinggalkan mereka dan hanya kembali apabila memerlukan pertolongan, terutama ketika dilanda kesusahan.

Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan aoa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira.

Anda mugkin terfikir bahawa budak lelaki itu kejam terhadap pokok mangga itu, tetapi itulah hakikatnya cara kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa.

[tweetmeme only_single="false"]

TANGGUNGJAWAB SEBELUM BERUMAHTANGGA

 

image

Untuk menolong kita didalam usaha-usaha membina rumah tangga yang Islami,Islam telah memberikan petunjuk kepada kita. Diantaranya adalah:

SATU: Pernikahan kita haruslah karena Allah.

Yaitu bertujuan untuk:
-membina sebuah rumah tangga yang Islami-melahirkan keturunan yang soleh-membina keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus berlanjutan.

DUA: Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kitasehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah. Rasulullah SAW telahbersabda:

"Allah berhak menolong tiga golongan: orang yang berjihad di jalan Allah,hamba mukatab yang ingin membayar harga tebusannya, dan orang yang menikah dengan tujuan untuk dapat memelihara kehormatan dirinya." (hari Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).

Sabda Rasulullah SAW yang lain:

"Barang siapa yang menikah bererti dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah yang merupakan sebahagian lainnya lagi." (hari al-Baihaqi)

TIGA: Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yang akan menjadi teman hidup kita yang diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini memerlukan usaha yang sungguh-sungguh. Rasulullah SAW telah bersabda:

"Pilihlah (yang terbaik) untuk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu
generasi akan menuju kepada krisis." (hari Ibnu Majah dan Abu Mansur)

EMPAT: Kita hendaklah memilih pasangan hidup yang memiliki akhlak yang baik & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah ukuran utama.

Sabda Rasulullah SAW:

"Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi
kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yang tuli namun beragama adalah lebih baik." (hari Ibnu Majah)

LIMA: Kita harus menjauhkan diri dari melanggar perintah Allah & menjauhi kemurkaan Allah serta azabnya. Seperti yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w:

"Siapa yang menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tidak akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yang menikahi wanita dengan tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya." (hari Abu Nuaim)
wallahualam...

[tweetmeme only_single="false"]

3 PERKARA BERAT TENTANG SOLAT

 

image

Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.'
Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?

Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka banyakkan sembahyang sunat.

BERAT ADA 3 PERINGKAT:
A. Berat sebelum melakukan sembahyang
B. Berat semasa sembahyang
C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang
A. Berat sebelum melakukan sembahyang

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya. Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.

Contoh - contoh berat sebelum sembahyang:
1.Bila rasa sayang meninggalkan kerja.Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.

2.Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.

3.Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada’ maka tidak khusyuklah solat.

4.Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan.

5.Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.

6.Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.

7. Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.

Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.

B. Berat semasa sembahyang

Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya.

Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang

C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang

Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat.

Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.

Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan.

Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain. Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu.

[tweetmeme only_single="false"]

Ciri2 manusia Unggul

 

Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.

1. Keimanan Yang Utuh

Keimanan kepada Allah swt adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat. Allah swt berfirman dalam surah al-Asr:
“ Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”.
( Surah al-Asr : 1-3 )
Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal salih.

Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manuisa daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada ýTuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Iman merangkumi tiga unsur utama, pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Pelaksanaan Amal Ibadat

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya. Firman Allah swt :
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat”.
( Surah az-Zariat : 56 )

Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Ibadat yang dimaksudkan di sini termasuklah ibadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.

Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat. Allah swt berfirman:
“ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, orang yang menjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna, orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga kehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela”.
( Surah al-Mukminun : 1-6 )

3. Akhlak Mulia

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.

Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah saw adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda saw bersabda,
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
( Riwayat Ahmad )

Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:

a) Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah swt:
“ Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya”.
( Surah al-Baqarah : 283 )

b) Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt:
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya “.
( Surah al-Bayyinah : 5 )
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“ Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim”.
( Riwayat Imam al-Baihaqi )

c) Tekun
Islam menggalakkkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah saw,
“ Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun”.
( Riwayat Abu daud )
Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.

d) Berdisiplin
Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai denga lebih cepat lagi.
Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

e) Bersyukur
Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah swt supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah swt berfirman:
“ Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.
( Surah Ibrahim : 7 )

f) sabar
Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah swt. Firman Allah swt :
“ Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekiuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”.
(Surah Ali Imran : 200)

pergi) Adil
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri”.
(Riwayat Abu Syeikh)

[tweetmeme only_single="false"]

Mampukah AKU..

 

Cerita ini dititip dari hamba ALLAH.

 

Suatu hari, dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri
tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru pen.kanan. beliau tiba di rumah sahabatn ya ini sekitar tengah hari tapi belum zohor. kedua-dua suami
isteri ini masih disekolah. W/bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yang kesemuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. waktu zohor masuk. Abang yang tua mengajak semua adik2nya yang baru pulang untuk
solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam,sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang.

Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. dia ikuti ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud, dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. subhanallah... adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk...
ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan
kedua org tua mereka atau mana-mana org dewasa dan tanpa disuruh2. Cerita tak berakhir di situ. ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun Kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh entah berapa tahun sibuk menagmbil
wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. mereka solat jemaah
sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Sekali lagi cerita tak berakhir di situ. ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"anak-anak... hari ni ayah nak beri kuliah
mengenai solat dan puasa...".dan 8 org anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.subhanallah... bila ditanya kepada
si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anak nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar
anak-anak lelakinya yang 8 org itu dapat membacakan sekurang2nya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. lagipun anak-anak mereka
semuanya lelaki... pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman...

cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga... berapa ramai
anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk... berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka... dan berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka
yang lebih dewasa...subhanallah...alhamdulillah... moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yang rata2nya masih belum berumahtangga....

[tweetmeme only_single="false"]

Di Pintu Rumah Rasullullah

 

Pada suatu hari Abu Bakar Assidiq .a dan Ali bin Abi Thalib .a pergi berkunjung ke rumah Rasulullah SAW.Setiba keduanya di depan pintu rumah nabi,satu sama lain saling mendorong rakannya untuk masuk terlebih dahulu.

Abu Bakar:Majulah kau,ya Ali!

Ali:Bagaimana aku akan mendahuluimu ,ya Abu Bakar sedang Rasulullah sendiri pernah bersabda tentang engkau:"Belum pernah matahari terbit atau terbenam atas seseorang sesudah para nabi,lebih utama dari Abu Bakar."

Abu Bakar:Mana mungkin aku akan mendahuluimu,ya Ali,sedang Rasulullah juga pernah bersabda:"Aku telah menikahkan wanita terbaik untuk lelaki terbaik,aku nikahkan puteriku Fatimah dengan Ali bin Abi Thalib."

Ali:Mana mungkin aku mendahuluimu,ya Abu Bakar,sedang Nabi SAW pernah bersabda:"Kalau iman umat ini ditimbang dengan iman Abu Bakar,tentu akan lebih berat iman Abu Bakar."

Abu Bakar:Mana mungkin aku mendahulukanmu,ya Ali,sedang Nabi SAW ernah bersabda tentang engkau:"Dikumpul Ali bin Abi Thalib di Mahsyar di hari kiamat kelak berkenderaan dengan Fatimah,Al-Hasan dan Al-Husin,lalu orang-orang bertanya,"Nabi siapa gerangan itu?"Lalu ada yang menjawab,"Ia bukan Nabi,tetapi Ali bin Abi Thalib dan keluarganya.

Ali:Mana mungkin aku akan mendahuluimu,ya Abu Bakar,sedang Rasulullah SAW pernah bersabda tentang engkau:"Kalau aku harus mempunyai kekasih selain Robbku,tentu aku akan memilih Abu Bakar sebagai kekasihku."

Abu Bakar:Mana mungkin aku akan mendahuluimu,ya Ali,sedang Rasulullah SAW pernah bersabda:"Pada hari kiamat aku bersama Ali,lalu Allah berfirman kepadaku:"Wahai kekasihku,aku telah pilihkan untukmu,Ibrahim Al Khalil sebagai ayah terbaikmu,dan aku telah pilihkan untukmu Ali sebagai saudara dan sahabat terbaikmu."

Ali:Mana mungkin aku akan mendahuluinya,ya Abu Bakar,sedang Allah taala telah berfirman tentang engkau:"Dan orang yang datang membawa kebenaran dan orang yang membenarkannya,mereka itu adalah orang-orang yang bertaqwa."(Azzamar 33)

Abu Bakar:Mana mungkin aku akan mendahulukan engkau,ya Ali,sedang Allah SWT telah mengisyaratkan engkau di dalam firman-Nya:"Dan di antara manusia yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah:dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya."(Al Baqarah 207)

Pada waktu keduanya sedang asyik memperbincangkan keutamaan rakannya,malaikat Jibril Alaihissalam datang berkunjung kepada Rasulullah SAW seraya berkata,"Ya Rasulullah,Di luar sana ada Abu Bakar dan Ali hendak menemuimu.Pergilah menjemput keduanya..."

Maka Rasulullah SAW pergi bangkit dari duduknya,menyambut mesra dan mempersilakan masuk kedua sahabatnya yang mulia itu.Beliau SAW menempatkan Abu Bakar di sebelah kanannya dan Ali di sebelah kirinya,seraya berkata kepada mereka."Demikianlah kami kelak dibagkitkan di hari kiamat."

[tweetmeme only_single="false"]

4 Perkara Sebelum Tidur

 

Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil perhatian sebelum seseorang itu lena diulit mimpi yang indah-indah. Maka wajarlah kiranya sunnah Rasulullah s.a.w itu sendiri dijadikan sebagai amalan seseorang pada setiap malam. Ia adalah lebih afdhal.

( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah......

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Sekian untuk ingatan kita bersama.

[tweetmeme only_single="false"]

Cinta Agung

 

image

Roh semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan diantara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.

Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.

Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang berrnacam-macam.

Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun is tidak salah. Cinta itu tidak abadi.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.

Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.

Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebalikriya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaatiNya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.

Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya.

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:

1. Tiada kecewa

Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2. Tiada saingan

Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.

3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan

Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut.

Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah ramai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan

Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah

Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.

Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang

Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.
Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan

Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat.

Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang

Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hail makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita cinta.

 

[tweetmeme only_single="false"]

Monday, May 30, 2011

Hidung...!!??

 

 

saja nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macamana bentuknya kenalah kita ambil tahu sedikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air....dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye budak....bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata...malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul
didalamnya.Tidak diketahui dengan tepat Kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari
tidur.Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita....macam-macam dia bikin.... oleh itu bersihkanlah.

Cara nak bersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil.... bersihkanlah perlahan-lahan.Jangan gunakan
jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal....boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal daa...)

Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan lah banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu.... boleh lemas tu...kan susah,setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga.(ini bergantung kepada amalan masing-masing)

Akhir kata. "Walaupun dirimu tidak kukenal! Tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku...." "

[tweetmeme only_single="false"]

 

image

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."

Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat At Tirmizi.

[tweetmeme only_single="false"]

Makanan dan Hikmahnya dlm Islam

 

Pemakanan yang betul dan berkhasiat akan menjana kehidupan yang sihat dan akal yang cerdas. Bak kata orang.."makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan". Jadi menjadi tanggungjawab setiap individu untuk merangka pemakanannya dengan bijak.

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (saya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat,
kurang mengandungi asid (utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan
masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika
perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya>
bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging bab.. haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

[tweetmeme only_single="false"]

Jagalah Lidah & Belajarlah Menangis

 

image

Oleh : Ustaz Baie - Majalah Remaja 15 Februari 2000

Selalunya manusia akan berlumba-lumba ke arah yang baru. Apa yang dirasakan kurang sempurna lalu mahu dipertingkatkan. Tetapi hajat di hati itu tidak semuanya berjaya.

Ia bergantung kepada kesungguhannya untuk mendapatkan perkara itu. Manusia boleh berusaha malah itulah yang sepatutnya, tetapi jaya atau tidaknya Allah yang mengizinkannya.

Sebenarnya, sikap baik seseorang terhadap umat Islam yang lain dan sikap taqwa umat Islam terhadap Allah menjadi sebab nilaian Allah. Dan Allahlah yang memberi kejayaan kepadanya dan usahanya akan dipercepatkan.

Remaja yang masih dalam alam persekolahan sentiasa berfikiran kreatif lalu cuba
memperbaiki kekurangan diri dan cuba melakukan yang terbaik untuk dirinya.
Setidak-tidaknya dia akan belajar dan mengkaji pelajaran dengan lebih gigih demi masa depannya tanpa mengganggu orang lain.

Begitu juga dengan remaja yang sudah memasuki alam kerjaya, mereka pastinya melakukan kerja yang diamanahkan dengan sempurna. Kerja yang dilakukan dipastikan yang terbaik
boleh dibuat.

Tapi malanglah mereka yang tidak mahu kejayaan dan keselamatan lalu membiarkan dirinya sebagaimana sebelumnya. Hidupnya hanya mengikut arus, tanpa wawasan masa hadapan.
Apa yang penting pada mereka, dia masih hidup.

Kata Iman Al Ghazali : " Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah
dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang yang hari
ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia".

Remaja hari ini patut menjadi golongan orang yang pertama, bukan orang yang kedua, apa
lagi orang yang ketiga. Setiap hari yang dilalui mesti bertambah baik dari hari yang
sebelumnya. Tapi di sini juga ada masalah, terlalu sedikit di kalangan umat Islam yang kehidupannya lebih baik kerjanya dari sebelumnya.

Sesungguhnya aktiviti umat Islam baik berhubungan dengan manusia mahupun berhubungan dengan Allah mestilah baik daripada hari ini daripada yang sebelumnya. Dan supaya aktiviti itu dinilai oleh Allah sebagai terbaik 2 perkara mesti diberi perhatian; jaga lidah dan menangis kerana insaf.

Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW:"Apakah amal unutk selamat?Jawab baginda:"Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu".

Lihatlah para sahabat mereka sentiasa mencari peluang untuk berjaya dan selamat di dunia dan di akhirat. Wal hal mereka yang berada di sisi Nabi, lebih terjamin selamatnya berbanding dengan kita di hari ini.

Bukan mereka tidak beramal, bukan mereka tidak buat aktivitihidup tetapi mereka masih mahu mencari apa lagi amal yang menyebabkan mereka selamat di dunia dan di akhirat. Di sini Rasulullah memberi panduan yang mudah agar mereka selamat, iaitu melakukan 2 amalan; Jaga lidah dan menangis kerana dosa.

Panduan ini amat mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan jika umat Islam tidak bersedia ke arah keselamatan dan kebahagian. Lidahnya sepatutnya boleh berzikir mengingati Allah, bercakap-cakap memberi nasihat yang baik tapi sayang, dibiarkan menyakiti orang lain.

Kerana lidah tidak bertulang seseorang manusia boleh bermusuhan dan kesannya terhadap kerja harian yang dilakukannya tidak mendapat sokongan dan perhatian ramai. Malah ramai akan membencinya lalu memulaukannya. Kalau ini terjadi, maka gagallah segala perancangannya. Dan Allah akan hilangkan keberkatan untuknya.

Jadi, untuk selamatkan diri dan sedala-galanya maka lidah mesti dijaga, inilah amalan yang terpuji. Mereka yang baik penjagaan lidahnya bukan sahaja disukai Allah malah orang ramai akan senang dengannya.

Di sini kalau disingkapkan pada pengalaman sesetengah orang Melayu, mereka gagal dalam membangunkan diri dan lain-lainnya, mungkin disebabkan lidah mereka tidak dikawal dengan baik. Mengumpat dan menfitnah orang lain sudah menjadi amalan biasa. Mencaci maki musuhnya menjadi bualan hariannya. Maka bagaimanakah mereka ini boleh berjaya dalam keadaan begini? Allah tentu tidak merestui mereka.

Selain menjaga lidah, menangis kerana menginsafi segala dosa yang dilakukan baik kerana dengan tangisan ini boleh menimbulkan rasa hendak menebus dosa lalu, dan segera ingin bertaubat. Dalam masa yang sa,a mereka melakukan kerja-kerja kebajikan sebanyak mungkin.

Jika sikap ini diambil oleh umat Islam bukan sahaja Allah akan meredhainya bahkan orang ramai akan menyanjunginya. Ini akan menjadikan segala yang dilakukan mereka menghasilkan kejayaan demi kejayaan.

Tapi di hari ini, ramai yang menangis kerana tidak dapat melakukan dosa, dan ada yang menangis kerana dimarah pihak berkuasa atas perbuatan jahatnya. Namun jiwa mereka tetap mahu melakukan dosa. Ertinya mereka tetap mahu menyimpan dosa. Di sinilah di antara faktor kegagalan umat Islam dalam segala usahanya, Allah tidak mahu membela mereka.

Inilah yang patut diinsafi oleh para remaja kini, untuk mencapai apa juga kejayaan sekalipun 2 faktor ini mesti diberi perhatian, mesti diamalkan. Ini adalah kerana kejayaan usaha kita ada kaitan dengan pertolongan Allah. Maka orang yang berdosa dengan manusia apa lagi berdosa dengan Allah tidak akan dibantu Allah.

Kerana itu latihlah lidah dari bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Elakkan dari bercakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Dan pastikan apa yang diucapkan memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain. Nanti kelak mereka akan disenangi selalu.

Dan latihlah lidah supaya mudah bertaubat, dan kalaupun tidak boleh menangis, bangkitkanlah rasa bersalah dan berdosa supaya lahir penyesalan dan keinsafan. Sesungguhnya manusia sebaik manapun dia, dosa tetap dilakukannya. Tapi sebaik-baik manusia apabila dia tersalah lalu dia akan bertaubat segera.

Amalan ini tidak akan datang sendiri tanpa diusahakan dengan latihan yang berterusan. Sebab itu, orang yang sudah terbiasa dengan sifat dan sikap yang kurang baik sekian lama sudah diubah lagi sewaktu dewasanya. Meskipun dinasihati berkali-kali namun dia tetap pada tahap yang asalnya.

Dalam hal ini tidak siapa yang boleh merubah diri kita kecuali kemahuan diri sendiri. Firman Allah:"Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada pada diri seseorang, sehinggalah mereka merubah apa yang ada pada diri mereka".

Ya, kalau remaja sudah bertekad dan bersungguh-sungguh mahu menjaga lidah dan mahu bertaubat sudah tentu Allah akan menbentangkan jalan-jalannnya. Allah tentu sudi untuk membantu apa yang dihajati oleh mereka.

Ertinya semuanya bertitik tolak dari manusia itu sendiri. Hendak seribu daya dan kalau tidak hendak seribu dalih pula yang datang. Ingatlah, Allah tidak mengkehendaki orang yang suka berdalih mencari helah melepaskan diri.

Dan Allah mahu umat Islam berjaya dan terus berjaya di dunia ini manakala di akhirat mereka berjaya menghuni syurga yang indah permai.

[tweetmeme only_single="false"]

Friday, May 27, 2011

Gerakan Yahudi di Malaysia

 

image

Gerakan Yahudi di Malaysia

Gerakan Yahudi telah meluas di seluruh dunia melalui berbagai-bagai pertubuhan sulit seperti yang telah diterangkan. Di Malaysia juga terdapat pertubuhan sulit ini yang berselindung di sebalik tabir pertubuhan atau badan kebajikan dan kemanusiaan. Free Missionery, Kelab Rotary dan Kelab Lion serta Bahai telahpun bertapak di Malaysia. Inilah sebabnya gerakan Islam tidak boleh bergerak dengan lancar. Gejala-gejala keruntuhan akhlak berleluasa dan fahaman sekularisme semakin hari semakin kuat.

Pertubuhan-pertubuhan ini terdapat di ibukota dan di daerah-daerah di seluruh Malausia. Pada suatu masa terdapat di sebuah hotel di ibukota satu perhimpunan Kelab Rotary. Ini bererti kelab ini bergerak dengan cergas. Pada malam Jumaat 4 Oktober 1974 Kelab Rotary telah mengadakan jamuan makan malam sempena persefahaman dunia yang bertempat di Ipoh, Perak dan dihadiri orang-orang kenamaan di tempat itu. Ajaran Bahai juga terdapat di negeri Kedah dan Kelab Lion pula bergerak dan meluas di seluruh Malaysia. Ini bererti gerakan Yahudi bermaharajalela dalam negara kita yang dicintai.

Rancangan Menghancurkan Islam dan Umat

Seorang peguam yang berbangsa Amerika yang beragama Yahudi iaitu Andre Clain telah membentangkan kepada masyarakat Amerika di New York bahawa protokol-protokol pendita Sahyun sebenarnya satu gerakan sedunia yang dijalankan oleh majlis San Handren. Beliau juga telah menulis di dalam akhbar suara wanita Chicago pada tahun 1945. PBB yang terletak di New York bukanlah satu hasil kajian dan keputusan kongres yang berlangsung pada 1945 di San Fransisco tetapi adalah keputusan Khahila sebelum kongres tersebut.

Amerika sekarang dalam genggaman Khahila. Sir Henry Ford 1 (pengasas dan ketua syarikat motor Ford) telah menerbitkan petikan protokol Yahudi itu pada awal lagi. Menurut catitannya, pergerakan Yahudi sebagaimana yang diperjelaskan oleh Prof. Serges Alnilus dalam sebuah risalah yang bernama 'Protokol Zionis' yang dicetak pada tahun 1905 bahawa para cerdik pandai Yahudi telah membuat satu rancangan yang berupa teori untuk menjajah secara aman di seluruh dunia. Prof. Sergei Alnilus adalah rakyat Rusia yang merupakan seorang paderi gereja Ortodof. Daripada Prof. Sergei Alniluslah dunia mengetahui segala rahsia zionis itu dan buku-buku catitan rahsia Yahudi itu dipamerkan di muzium British pada tahun 1905.

Hasil muktamar paderi-paderi seluruh dunia ada Faui Sazelic sejak tahun 1897 - 1905 adalah seperti berikut : -

1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam.

2) Menghapuskan Al-Quran atau mengaburi gambaran yang sebenar sehingga menjadi kabur.

3) Hancurkan akhlak Islam, fikiran mereka, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka menurut hawa nafsu.

4) Melenyapkan persatuan muslim.

5) Meragu-ragukan muslim terhadap agamanya.

6) Melemahkan bangsa Arab.

7) Mendirikan negara-negara diktator di negara-negara Islam.

8) Pisahkan muslim dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan bangsa-bangsa barat.

9) Menyekat tokoh-tokoh Islam dan tamatkan gerakannya serta menghinakan para ulama-ulama Islam.

10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

11) Menubuhkan seberapa banyak sekolah di merata-rata negara Islam dengan dipimpin oleh beberapa tenaga pengajar Kristian dan Yahudi.

12) Menghantar sebanyak mungkin pengembang-pengembang agama Kristian ke seluruh dunia Islam.

13) Membuka pintu seluas-luasnya kepada belia-belia Islam yang menyambung pelajaran ke negara-negara Kristian supaya dapat menguasai kebudayaan Kristian dan mereka kosong dengan prinsip-prinsip secara Islam.

14) Mengeluarkan dan menyebarkan buku-buku yang boleh merosakkan belia-belia Islam dan melalaikan mereka daripada penumpuan kepada ilmu pengetahuan yang tulen.

15) Menguasai pengajaran di negara-negara Islam dengan sistem sekular yang bebas dari agama dan akidah.

16) Tindakan yang bersungguh-sungguh ke arah merosakkan belia-belia Islam dengan hidangan minuman keras, perempuan-perempuan pelacur, gambar-gambar bogel, kisah-kisah lucah, penyanyi-penyanyi dan kesenian muzik.

17) Memonopoli semua kegiatan ekonomi, mengawal pusat-pusat membeli-belah dan mungkin kekayaan di negara-negara Islam.

18) Menghidupkan semula tamadun lapuk seperti tamadun jahiliah yang dijadikan satu adat kebiasaan supaya menutup mata para belia Islam dan generasi baru Islam daripada melihat tamadun Islam di zaman yang silam.

19) Mengubah fakta sejarah Islam dan mengaburi peristiwa-peristiwa serta membesarkan beberapa sudut kelemahan yang remeh-temeh sehingga belia-belia Islam benci kepada peristiwa-peristiwa yang tertentu yang akhirnya akan benci kepada Islam.

20) Menciptakan fahaman-fahaman dan aliran serta dasar-dasar hidup duniawi, memesongkan parti-parti politik yang kosong dari roh agama dan menceraikan agama dengan kedaulatan.

21) Memperalatkan Yahudi sebagai batu loncatan, diasaskan permusuhan ke atas Islam di Palestin kerana di situ asalnya pusat negara Islam.

Sebanyak 21 protokol Yahudi yang diringkaskan daripada 24 protokol iaitu keputusan dan cadangan pendita-pendita Yahudi mengenai cara-cara untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka telah berjaya menjalankan segala rancangan mereka dan mereka telah berhasil meracuni dunia Islam. Umat Islam masih tidur dan masih lupa terhadap kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Kejatuhan negara-negara Islam dan ditakluki oleh orang bukan Islam serta dipecah-pecahkan mereka seperti kejatuhan Turki, penaklukan negara Mesir dan perpecahan Baghdad di samping Baitul Maqdis tanah suci umat Islam ke-3 diambil secara haram oleh rejim Israel adalah sebab umat Islam tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dan leka dengan kemewahan dan kemegahan dunia serta lalai dengan nikmat-nikmat yang ada pada mereka. Maka akhir sekali mereka ditakluk dan ditindas.

Protokol ini dibuat pada tahun 1905. Sekarang kita berada di alaf baru. Sudah berapa tahun protokol ini dilaksanakan dan bagaimana dengan natijahnya terhadap umat Islam. Kita boleh lihat sendiri hasil-hasilnya. Apakah tindakan kita yang mengetahui peranan sebagai seorang muslim dan daie umat Islam pada masa akan datang ?

Sumber : Majalah Islam Al-Fununiah

[tweetmeme only_single="false"]

Kedatangan Dajjal

 

 

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

[tweetmeme only_single="false"]

Kedatangan Imam Mahdi

 

image

Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.

Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan ada-dengan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.

Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.

Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.

Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.

Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.

Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.

Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.

Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.

Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.

Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.

[tweetmeme only_single="false"]

Untaian Kata Penawar bagi Hati

 

image

Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

Don’t try to have thing that you love... but, try to love thing that you have.

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.

If you love someone, let them go... if they return to you, it was meant to be, but if they don’t, their love was never yours to begin with.
Remember me sometimes if not always.

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari
percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan
berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

Jadilah juara yang mengajak orang lain menjadi juara.

Kehidupan adalah suatu giliran... antara senyum dan tangis. Air mata pula adalah masin kerana ia adalah garam penghidupan.

Tenaga yang paling kuat di atas muka bumi adalah kasih sayang.

Tanpa usaha angan-angan tak bermakna.

Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang
digapai, ku melilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki.

Greatly loved, sadly missed, and forever remember in our hearts.

Sejauh mana kita pergi, sekuat mana pun kita lari, kita tidak dapat menghindar reality, dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri.

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh
sahabat... dan yang paling rugi ialah orang yang
ditinggalkan oleh sahabat.

Bergaul lah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.

Suatu bangsa dikenal kerana akhlaknya . Jika budi pekertinya telah runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu.

Walaupun dunia berada dalam genggaman, namun akhirat tetap di hati, walau setinggi mana darjat kita di dunia ini, hati tetap menghambakan diri pada Allah yang maha kuasa, semulia mana diri kita, ke tanah jua kita akhirnya...

Gantungkan cita-citamu setinggi langit. Sekiranya ia jatuh, ia jatuh di puncak gunung bukannya di lembah jurang.

Tak semestinya apa yang kita lihat itu benar belaka, kadangkala pandangan mata sering menipu. Selidikilah apa yang kita lihat dan pastikanlah kebenarannya. Semoga yang setitis menjadi selautan dan kebenaran akan terserlah.

Ilmu adalah petunjuk amal, faham adalah peti ilmu, akal adalah pemimpin bagi kebaikan, nafsu adalah kapal dosa, harta adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong, dan dunia adalah pekan akhirat.

Jadilah seperti bunga cempaka, rupanya tiada tapi
wangi baunya, jangan jadi seperti bunga raya, rupanya cantik tapi tidak berbau... ..

Dalam menuntut ilmu pula... jadilah seperti lembah, jangan sepertt gunung. Kalau kita merendah diri mudah mendapat ilmu, tapi kalau sombong... siapapun tak larat untuk mendaki...

Gersang bumi tanpa hujan, gersang hati tanpa iman.

Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ke syurga.

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
Sebesar-besar ibadat ialah berfikir tentang Allah.

Tanpa amal lunturlah iman, tanpa iman sepilah ibadat, tanpa ibadat hilanglah nur di hati, tanpa nur pudarlah akhlakmu...

You can remember the second and third and the fourth, but there’s no time like the first, it’s always there.

One word frees us of all the weight and pain and the word is love...

Tiada yang dapat mengubah nasibmu kecuali dengan usaha dan tawakalmu. Percaya di dalam semua pekerjaan ada kejayaan dan kegagalan. Istiqamah dalam semua pekerjaan lebih baik dari kamu hanya
bersungguh-sungguh daripada tidak mendapat apa-apa.
Make the mistake of yesterday is your lesson for
today...

Sahabat mewakili suatu kekuatan.

Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

Hidupnya jiwa kerana ilmu, maka rebutlah ilmu. Matinya jiwa kerana kejahilan, maka jauhilah kejahilan.

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan.

Tanamkan usaha, siramkan doa dan tuailah kejayaan.

Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.

Setiap kegagalan pasti ada hikmahnya, jangan sedih walaupun ia pahit. Jikalau kita yakin kejayaan itu milik kita, kita mstilah berusaha untuk mencapainya.

Hidup manusia akan lebih bermakna sekiranya iman penuh di dada.

The path to success is a long and winding way.
Hardwork is the best transport to reach it. So...
get your transport and ‘zoom’. You’ll reach your goals in life.

Kejayaan tanpa usaha satu kebetulan, tetapi kejayaan dengan usaha satu kepuasan.

Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk
selama-lamanya, sebaliknya jadikan ia pedoman dalam meniti arus kehidupan ini...

Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri yang tahu menilai setiap apa yang kita lakukan.

If you fail to plan... .. You plan to fail.

A smile should follow you everywhere to the end, so keep that smile forever like forever you keep a friend.

Kekalahan dan kelemahan akan wujud jika kita yang
membenarkannya.

Kebahagiaan itu akan dapat dicapai dengan jalan
iktikad yang benar, yakin iman dan agama.

Buah akal adalah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman, buah fikiran adalah kemajuan. Alangkah indahnya jika ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupannya.

Insan yang berjiwa hamba adalah menggunakan akal dan roh dalam hidupnya, insan yang berjiwa binatang adalah menggunakan roh dan jasad dalam hidupnya, insan yang berjiwa akal, roh dan jasad dalam hidupnya adalah di sisi Allah.

Usaha canggih kejayaan anggun.

Dunia ini bagai satu titian yang harus ditempuhi oleh setiap yang hidup. Oleh itu menitilah dengan
berpegangkan kayu keimanan yang kukuh.

Kehidupan ini adalah suatu perjalanan yang nun
jauh... hanya kita yang menentukan sama ada kapal
itu sampai di tepian atau karam di lautan.

Darihal seseorang tak usah kau tanya, tapi tanyailah siapa temannya, sebab tiap-tiap teman itu adalah meniru temannya.

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlau manis untuk dikenang.

Berusahalah sementara ada kesempatan, jangan menunggu hingga kesempitan.

Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi
kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya.

Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu,
relakan pemergiannya. Andai kata dia kembali padamu, sesungguhnya takdir telah menentukan dia untuk kau. Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah, ketentuan takdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi.

Tak kenal maka tak benci... semoga dibuai mimpi
ngeri...

Hadiah yang berharga dalam ertikata sahabat yang
sebenarnya adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri...

Setiap manusia memerlukan perubahan, dan perubahan itu memerlukan pengorbanan. Bila disatukan keduanya... ia memerlukan bimbingan.

Kemewahan tidak menjanjikan keberkatan, tetapi
keberkatan menjanjikan kemewahan.

Suatu kesilapan itu adalah merupakan pengajaran yang paling bermakna.

Perjuangan itu pahit namun ia menjanjikan syurga yang manis.

Lawan tetap lawan... walaupun kita tewas... namun
musuh luka jua.

Jangan takut pada kesilapan kerana ia mengajar kita erti kehidupan.

Ada baiknya kita belajar suatu kejujuran walaupun ia datangnya dari satu kesilapan.

Sesekali berterima kasihlah pada pengalaman kerana ia mengajar kita erti kedewasaan.

Keindahan bunga pada mekar kuntumnya, keindahan kata pada puitisnya, keindahan langit pada pelanginya, keindahan manusia pada akalnya.

Apabila terjadi perpisahan, tak kiralah pihak mana yang membuat keputusan, kaum wanitalah yang lebih menderita...

Takut mati adalah mati sebelum mati.

Kesilapan utama kita adalah menurut kata hati, sekali terlanjur, akan terulang terlanjur, jarang sekali manusia mudah kembali...

Cinta tanpa cemburu bukanlah sesuatu yang sejati.

Kadangkala kita lupa padaNya... sebab itu kita tidak siuman...

Wang itu ibarat aiskrim, gunakanlah ia sebelum cair.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bereti
cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta... tapi, cinta itu adalah cinta...

Orang yang menjenguk orang sakit seperti dia berada di dalam kebun syurga sehinggalah dia kembali.

Bukanlah kemiskinan itu dari tiadanya harta, tetapi kemiskinan itu adalah miskin hati dan jiwa dari keimanan. Bukanlah kekayaan itu dari banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati dan jiwa dengan keimanan.

Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Orang bodoh pun berguna kalau dimanfaatkan sesuai
dengan kebodohannya.

Ilmu datang bagaikan hujan, cuma manusia dedaun
keladi, tidak ditatang bagaikan intan, berlalu tersia tidak kembali.

Orang yang tenang adalah orang yang bersedia
menghadapi perkara yang tidak disangkakan,
mengharapkan yang terbaik tetapi menerima apa jua yang mendatang.

Bukannya pada berani jatuh sesorang, tetapi berani bangun setelah jatuh yang merupakan kunci
keberhasilannya... ..

Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu itu.

Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

Bagaimanapun pintar seseorang, fikirannya tidak akan mencakupi semua persoalan. Bertambah tinggi kedudukan seseorang bertambah jelaslah kelemahannya.

Hanya lidah yang mampu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, ayunan kedua belah tanagn, langkah kedua-dua kaki dan sikap tubuh atau seluruh anggota badan akan membohongkan apa yang diucapkan oleh lidah.

Timbang rasa adalah laksana rantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan akal dan tubuh dengan jiwa.

Pantang orang budiman melawan suara keyakinannya sebab lidah orang yang berakal dibelakangnya hati dan hati orang yang bebal di belakang lidahnya.

Jangan dipertikaikan suatu nilai persahabatan hanya kerana satu kesilapan.

Adat hidup manusia di muka bumi adalah untuk belajar mengenali orang lain.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, tapi nak senang kena susah dulu, walaupun dah senang, senang saja nak susah, tak susah nak susah, tapi susah nak cepat senang, senangkan diri yang susah, agar yang susah jadi senang. Senang hati, senang diri, senang semuanya...

The first step to achieveing what you want in the life is to become a dreamer. The next step is to believe in those dreams with so much conviction that nothing can deter you. And remember, with every dream you are also given the power to make it come true!

Satu gunung tanggungjawab yang sedang dan bakal
dipikul adalah merupakan amanah dari Allah. Anggap ia satu ujian sebelum menikmati nikmat syurga yang tak terperi seronoknya... Anggaplah selalu dunia ini sebagai suatu ladang ibadah
yang sangat luas... kiranya akan membuatkan keimanan kita semakin kuat dan kukuh...

Diam tak semestinya berfikir, merenung tak semetinya mengkaji, bercakap tak semestinya berilmu, dan bertanya tak semestinya ingin tahu...

Wang selalu mendatangkan masalah, tapi... bukan
semua masalah dapat diselesaikan denagn wang.

Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan, ibu dari segala adab adalah sedikit bercakap, ibu dari segala ibadat adalah takut buat dosa, ibu dari segala cita-cita adalah sabar.

Barangsiapa melakukan ketaatan dalam keadaan menangis, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga dalam keadaan ketawa.

Manusia boleh jadi alpa oleh kekayaan tetapi manusia tidak boleh lari dari kenyataan.

Janji kita pada manusio boleh ditolak tepi tetapi janji kita pada Allah tidak boleh dimungkiri.

Ilmu itu bagai haiwan liar, jadi tambatlah ia dengan tali kesungguhan.

They say that we hurt the people, we love the
most...

Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang...
Barangsiapa tidak beradab, tiadalah ilmunya,
Barangsiapa tidak sabar, tiadalah agamanya,
Barangsiapa tidak warak, tiadalah darjatnya di sisi Allah.

Senyum itu indah...

Bila dah nekad terhadap sesuatu keputusan, jangan
sesekali titiskan air mata...

Trying our best to be the best cause... .. you are the best!

Vision with action can change a world.

Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan tindakan pula tidak akan menghasilkan suatu apapun kecuali kekecewaan...

Realiti tak seindah fantasi andai kau hanya menanti dan terus menanti tanpa berusaha...

Andainya tiada jodoh... untuk ke singgahsana... ku pasrahkan segalanya... kerana takdir yang akan
menentukan IMPIAN KASIH...

Jadilah hamba kepada pahala, jangan jadi raja kepada dosa, supaya kita mampu untuk mengejar nikmat syurga dan tidak pula dikejar azab neraka.
Kasih abadi... kasih Ilahi, kasih hakiki... kasih
nabi, kasih sejati... Kasih ibu, kasih suci... kasih sesama sendiri.

Jika kita berkata ikhlas dari hati, ia akan menyelinap ke hati. Namun, jika kita bercakap dengan lidah, ia hanya akan sampai ke kulit telinga.

Jangan kecil hati... sebaliknya besar-besarkan hati tapi kecil-kecilkan badan.

Lending a helping hand to the needy.

Makan biar selebar talam, ilmu biar selebar alam.

Untaian kata spesies joking...
hidup single = boring, hidup skandal = berdosa, hidup berumahtangga = bila lagi???
berkawan biar 4, berkasih biar 3, bercinta biar 2,
berkahwin biar 1... ..

senyum pada semua orang adalah wajar, tapi...
bercinta dengan semua orang adalah kurang ajar... biar tak handsome, asal jangan pekak...

gahnya bukan pada rupa... .. jadi turbokan kereta
kita...

be smart, be happy, bye bye!
Jelingan tak sama ertinya...
Jelingan pemimpin memasti, jelingan anak takut
dimarahi, jelingan bapa mengawasi, jelingan kawan
minta simpati, jelingan musuh sakit hati, tapi...
jelingan perempuan, jatuh hati...

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perut dalam pusatnya...

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...