Friday, December 31, 2010

BERUS DARI BULU BABI

 

IPOH: Jawatankuasa Syariah Perak memutuskan berus bulu binatang yang dihasilkan di China dan Taiwan haram digunakan premis perniagaan makanan halal termasuk roti dan kek di negeri ini.

Keputusan itu dibuat berikutan rampasan berus bulu babi yang kebanyakannya diimport dari kedua-dua negara berkenaan digunakan di kedai kek dan roti yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).

Selain penggunaan berus bulu babi, juga didapati kebanyakan berus bulu binatang dari negara berkenaan adalah daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak serta tidak diketahui jenisnya.

Pengarah Jaip, Zainal Abidin Omar, berkata keputusan Jawatankuasa Syariah Perak itu dimaklumkan kepada pihaknya menerusi surat yang ditandatangani Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, baru-baru
ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Syariah hanya membenarkan bulu jenis fibre dan plastik digunakan premis perniagaan makanan halal di negeri ini terutama yang mendapat Sijil Pengesahan Halal.

"Keputusan Jawatankuasa Syariah Perak itu berdasarkan pemeriksaan Jaip sebelum ini yang mendapati masih ada premis perniagaan makanan memiliki Sijil Pengesahan Halal ,tetapi menggunakan berus bulu binatang daripada bulu babi dalam proses penyediaan roti dan kek yang dibeli pengguna Islam.

"Tahun lalu 18 premis makanan halal dikenal pasti menggunakan berus bulu babi dan bulu binatang yang tidak disembelih dalam pembuatan roti, kek dan pastri.

"Ini tidak termasuk tiga kes penggunaan arak dan lapan kes penggunaan ramuan dan perasa mengandungi alkohol tinggi dalam pembuatan roti, kek dan pastri di premis terbabit," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, apa yang lebih menyedihkan ialah premis milik orang Islam juga menggunakan berus berkenaan dalam proses penyapuan ramuan pada roti dan kek yang dijual.

"Berus itu digunakan untuk menyapu telur atau mentega pada makanan. Selain itu penjual apam balik (Melayu) di pasar malam ada juga menggunakan berus itu tanpa menyedari asal usul peralatan yang
digunakan," katanya.

Zainal Abidin berkata, pemeriksaan itu dijalankan di premis yang sudah mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang dibuat setiap tiga bulan bagi memastikan premis berkenaan menyediakan makanan mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, pihaknya hanya mampu menarik balik Sijil Pengesahan Halal kerana tindakan undang-undang tertakluk di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

"Kita tarik balik lesen dan ambil logo halal, apabila dapati mereka tidak mengikut peraturan dan beri semula apabila membuat permohonan. Kita pantau premis ini dan nasihatkan mereka dari semasa ke semasa," katanya.

Katanya, segelintir pembuat roti dan kek degil kerana terus menggunakan berus bulu babi dengan alasan bulu itu sesuai dan lebih lembut untuk teknik penyapuan pada makanan yang lembut.

[tweetmeme only_single="false"]

Jika Syaitan Datang Kepadamu

 

Ada sepuluh pesanan Rasulullah saw yang mengajarkan kita cara mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita .

Mari kita perhatikan pesanan kenabian tersebut dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan ;

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya makhluk hidup diciptakan untuk mati, dan zuriat dariku (putraku) akan masuk syurga. Dan hal itu membuatku gembira".

2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka katakan kepadanya: "keburukanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".

6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

Syaitan tidak datang dalam bentuk yg asal tapi dalam bisikan hati yang halus�.WASPADAlah dengan bisikan begini�..sekadar berpesan pada diri sendiri dan sahabat semua�

[tweetmeme only_single="false"]

Mengenali berus bulu babi

 

BRISTLE (Berus daripada bulu babi)
Bulu babi atau babi hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Berus bulu kambing atau biri-biri
Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut rupa bentuk bulu binatang yang digunakan untuk membuat berus sila ke laman ini http://www.trueart.info/types_of_hair.htm

[tweetmeme only_single="false"]

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri

 

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.....

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

[tweetmeme only_single="false"]

aku tak berzina

 

Kami tidak berzina !

�Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. �..Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?


Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan��Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu�..Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus�. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.
Ingat pesanan Rasulullah : �Janganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan� (Tabrani) .

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.�..Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
�Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman� (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak�. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan�..

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja�.. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...?
Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni� betul ke bincang pelajaran? �.Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah :
�Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah� (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? �
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah:
�Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim� (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti�..Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia��Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta
Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang
sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman:
�Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami telah berjanji sehidup semati .Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
�Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar� (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:


1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!

[tweetmeme only_single="false"]

Balasan baik hindari marah

 

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

[tweetmeme only_single="false"]

Kaedah Menyuburkan Jiwa

 

i. Muraqabah selalu kepada Allah

Apabila seseorang muslim yang hendak melakukan sesuatu pekerjaan mengetahui bahawa Allah selalu melihat dan selalu bersamanya dan juga mengawasi gerak-gerinya insyaallah dia akan sentiasa bertindak mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah didalam Al-quran dan As-Sunnah.

ii. Selalu ingat kepada kematian dan kehidupan selepasnya.

Seseorang itu harus menanamkan didalam hatinya akan kepastian ajal yang akan menjemputnya dalam waktu yang singkat mahupun lama. Dia harus juga membayangkan jannah (syurga) yang cantik dan indah. Dengan cara ini hati akan sentiasa peka dan akan menimbulkan rasa takut kepada Allah yang akhirnya akan menghasilkan amal saleh untuk menghadapi kematiannya.

iii. Membayangkan hari akhirat dan kejadian di dalamnya.

Hendaklah membayangkan peristiwa besar yang akan terjadi di akhirat nanti seperti kenikmatan ahli syurga dan kesengsaraan ahli neraka. Ini akan melahirkan rasa tunduk, tawadhu� dan khusyuk. Ini juga akan merangsang seseorang untuk bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah.

iv. Memperbanyakkan tilawatil Al-Quran dengan tadabbur.

Tilawah yang diiringi kehadiran hati akan melahirkan kekhusyukan, dapat mempertajamkan pandangan hati dan menyembuhkan penyakit pada hati.

v. Hidup akrab bersama Rasul dengan mengikuti sirahnya.

Rasulullah merupakan uswatun hasanah dan figure atau idola yang sempurna bagi ummah. Sebagai manusia kita harus menyambung lidah para nabi (da�wah-menegakkan islam) dan mencontohi perilaku Baginda semampu yang boleh. Antara beberapa contoh kehidupan nabi yang harus diteladani iaitu:

a)Ibadahnya
b)Kezuhudannya (cara Beliau berinteraksi dengan dunia)
c)Ketaqwaannya (takutnya kepada Allah)
d)Kesabaran dan kelembutannya
e)Keteguhannya dalam memegang prinsip
f)Kekuatan fizikalnya
g)Keberaniannya

vi. Selalu bersahabat dengan orang-orang pilihan yang berhati bersih dan berilmu pengetahuan dien (agama).

Untuk menjadi muslim yang baik tidak cukup dengan hanya tekad dan usaha sendiri tetapi memerlukan bantuan daripada orang lain. Oleh itu kita perlu mencari seorang teman kerana teman mempunyai pengaruh yang cukup besar kepada jiwa seseorang individu. Ciri-ciri teman yang baik ialah:

a)Komitmen dengan syariat islam dengan niat yang tulus ikhlas, jujur dalam ketaatan dan istiqamah (berterusan) dalam beramal.
b)Dalam diri mereka tidak nampak sama sekali kemaksiatan, bidah ataupun hal-hal yang menyalahi syara�.
c)Mereka menyibukkan diri dengan kelemahan dan aib diri sendiri.
d)Mereka beramar ma�ruf nahi mungkar dengan landasan kekuatan iman dan keberanian.
e)Diwajah mereka tampak ada cahaya keimanan.
f)Mereka memerhatikan permasalahan umat islam dan bersemangat menghadapi pelbagai masalah yang dihadapi umat.
g)Bergerak secara jujur demi tanggungjawab da�wah dan memiliki semangat yang ikhlas dalam jihad dan islahul ummah (memperbaiki ummah).

vii. Zikir di setiap waktu dan keadaan.

Didalam Al-Quran dan Al-Hadith banyak sekali kita temukan perintah untuk berzikir. Hal ini kerana zikir merupakan suatu perkara yang penting. Zikir merupakan wasilah diri kepada Allah. Dengan zikir insyaallah hati akan menjadi tenang dan jernih. Kita sekurang-kurangnya perlu mengamalkan serta menghafal zikir Al-Ma�thurat (disusun oleh Asy-Syahid Hassan Al-Banna) di waktu pagi, petang dan malam.

viii. Menangis disaat berkhalwat kerana takut kepada Allah.

Tangisan seorang mukmin sejati lahir daripada rasa takut kepada:

a)Kematian sebelum bertaubat.
b)Istidraj (pemberian tanpa redha) dengan berbagai nikmat yang menyebabkan suul khatimah (mati tidak dalam iman yang benar kepada Allah).
c)Sakaratul maut dan tercabutnya roh.
d)Pertanyaan dua malaikat dan siksa kubur.
e)Hari hisab dan saat menyeberangi titian sirat.
f)Neraka dan pelbagai siksanya.
g)Diharamkan baginya syurga dan pelbagai kenikmatan.

Dengan perasaan sedih, hati akan menjadi kuat dan selalu berusaha keras untuk melaksanakan segala perintah Allah

ix. Bersungguh-sungguh membekali diri dengan ibadah-ibadah nafilah (mandub- baca sunnah).
Semakin dekat seseorang hamba kepada Rabbnya dengan melakukan amalan sunat [seperti qiamullail (berjaga malam untuk beribadah) & solat sunat], semakin kuat pulalah jiwanya.

[tweetmeme only_single="false"]

Kelebihan wanita daripada Lelaki

 

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:
Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

B. Anak Perempuan lebih istimewa

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

 

C. Kelebihan Ibu

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

D. Kelebihan Taat Kepada Suami

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Ibunya.”

E. Ibadah Wanita;

13. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


F. Keistimewaan wanita Dalam melahirkan dan menjaga Anak.

15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

[tweetmeme only_single="false"]

kembali pada Nya

 

Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar
Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada
Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab,
"InsyaAllah doa kita akan dikabulkan!".
Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah."
Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah SWT.


MORAL & IKTIBAR :
Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan. Kehendak Allah mengatasi segala. Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah. Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya. Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya. Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah SWT...


sumber : fwded email...

[tweetmeme only_single="false"]

Thursday, December 30, 2010

Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah

 

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:� Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul�.(an Nisa' 165)
Dan firman maksudnya: �dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu�.(al Baqarah 143).


Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.


Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.


Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".


Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.


1. Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.


Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka; kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.


Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.
Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


�apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia�.(hadis riwayat Ahmad)


Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.


Kiriman Dr. Fathi Yakan

[tweetmeme only_single="false"]

Berhati Hati Ketika Berbicara

 

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.


Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.


Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.


Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.


Berhati-hati
Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.


Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia - sia dan tidak baik.


Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud.
"Manusia itu ada tiga macam (jenis).


Pertama: Yang mendapat pahala.
Kedua: Yang selamat daripada dosa.
Ketiga: Yang binasa.


Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."


Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."
Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.


Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Taqwa kepada allah dan akhlaq yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."


Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.


Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.
Bertentangan


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."
Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.


Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."


Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.


Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.


Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga mendapat di menfaatkan bersama dan juga utk rakan-rakan yg lain.


Wallahu a'lam

[tweetmeme only_single="false"]

Solat Berjamaah Dari Pandangan Non Muslim Dan Sains

 

Cerita ini saya dengar dari satu kuliah agama yang diceritakan oleh seorang ustaz (maaf, terlupa nama ustaz tu). Marilah kita bersama-sama renungkan pengajaran daripada cerita ini dan menyingkap sedikit ke dalam diri kita tentang sejauh mana kita cuba menuruti perintah agama dalam mencari kelebihan dalam setiap amalan kita, terutamanya solat (berjamaah).


Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam.


Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.


Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.


Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita.
Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.


Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.


Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.
Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.
Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).


Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini.


Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakan di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya� (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.


Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya Pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah.


***3:190***
190. �Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, �
***3:191***


191. �(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. �


..terima kasih kepada penulis, moga diberi ganjaran oleh Allah..

[tweetmeme only_single="false"]

Strategi Mengelakkan Ketagihan Internet

 

Oleh
Khairul Azhar Idris
Fellow, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
14 Jun 2002


sumber:-
http://www.ikim.gov.my


Adakah
kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?
Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.
Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?
Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang �melayan sahabat� mereka ini.
Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction.com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:


1. Ketagihan seks siber � cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain

2. Ketagihan hubungan siber � keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya

3. Ketagihan maklumat � mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data

4. Ketagihan komputer � terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain

5. Ketagihan permainan komputer � mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti
Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:


1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya

2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa

3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet

4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa

5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat

6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu

7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.
Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:


1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka

2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu

3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa

4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan

5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan


Kesimpulan


Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia
.

[tweetmeme only_single="false"]

Malaikat Bersama Majlis Zikir

 

Sabda Rasulullah s.a.w, "Allah S.W.T. telah menugaskan para malaikatNya untuk mencari majlis zikir di bumi. Bila menjumpainya mereka akan duduk bersama dengan mereka yang berzikir serta memanggil pula malaikat-malaikat yang lain dengan menghamparkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara langit dan bumi. serta majlis itu selesai para malaikat pun naik ke langit lalu ditanya oleh Allah, "Dari manakah kamu semua?" Jawab malaikat, "Kami baru balik dari memeriksa hambaMu di bumi, mereka telah bertasbih, bertahlil dan bertahmid kepadaMu.
Mereka juga memohon memperolehi tempat di syurgaMu kelak, "Firman Allah, "Pernahkah mereka ini melihat akan syurgaKu! Mereka memohon syurga padahal mereka tidak pernah melihatnya dan apatah lagi jika mereka melihatnya." Tambah malaikat, "HambaMu juga memohon agar dibebaskan dari nereka jahanam. "Firman Allah, "Pernahkah mereka melihat akan NerakaKu! Mereka memohon agar dijauhi dari neraka jahanam padahal mereka belum melihatnya, bagaimana perasaan mereka jika telah melihatnya." Berkata malaikat lagi, "Hambamu di bumi juga telah memohon keampunan dariMu."
Allah lalu berfirman, "Dengarlah wahai para malaikatKu! Aku akan mengampuni mereka dan memperkenankan terhadap apa yg mereka minta dan membebaskan mereka dari api neraka yang amat mereka takuti itu." Tambah malaikat, "Ya Allah! Di dalam majlis itu terdapat seorang hambaMu yang penuh dengan amalan dosa, ia hanya melalui majlis itu lalu singgah dan duduk bersama mereka yang berzikir." Jawab Allah, "Orang itu pun turut Aku ampuni, begitulah kepada setiap orang yg terlibat dalam majlis zikir tidak ada yang sia-sia."

[tweetmeme only_single="false"]

Adab Adab Makmum

 

1. Makmum hendaklah ke masjid atau surau seberapa segera dan sebaik-baiknya sebelum azan dikumandangkan. Maka dia akan banyak memperolehi pahala dalam menunggu, iktikaf dan solat sunat. Itulah yang dikatakan menunggu solat mendapatkan pahala seperti solat.

2. Segera berdiri apabila bilal mengucapkan iqamah dan memberikan makluman agar membentuk shaf. Hendaklah berusaha agar mendapatkan shaf pertama dan tempat utama kalau masih memungkinkan. Apabila shaf utama sudah penuh, hendaklah memenuhkan pula shaf berikutnya dengan memulakan dari bahagian tengah. Begitulah seterusnya sehingga tidak terbentuk suatu shaf baru, melainkan shaf dihadapannya sudah penuh dan rapat.

3. Hendaklah bertenang, memusatkan fikiran kepada Allah sementara menunggu imam mengangkat Takbiratul Ihram. Dalam keadaan seperti itu, sesetengah orang mengucapkan Ushalli�dan sebagainya untuk membantunya memusatkan fikiran sebelum memulakan solat tersebut.

4. Apabila imam telah selesai mengangkat Takbiratul Ihram, makmum hendaklah segera mengangkat Takbirratul Ihram juga agar mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama. Oleh itu bagi yang biasa membaca Ushalli� sebelum bertadbir, sebaiknya dibaca sebelum imam bertadbir atau bersama-sama imam. Hanya jangan mengangkat Takbiratul Ihram terlebih dahulu sebelum imam betul-betul telah selesai Takbirtaul Ihram. Jika telah selesai imam bertakbiratul Ihram, makmum baru membaca audzu�bismillah�dan ushalli�, maka sudah terlepas dari mendapat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama.

5. Hendaklah makmum merendahkan suaranya sekadar yang hanya didengari oleh dirinya sendiri agar tidak mengganggu jemaah yang lain. Sama ada ketika membaca Ushalli, doa, iftitah, fatihah, takbir intiqal dan lain-lain.

6. Hendaklah makmum mendengar bacaan imam seperti Fatihah dan surah. Dikehendaki pula agar makmum ikut membaca fatihah imam di dalam hatinya, untuk menambah kekusyu'an.

7. Makmum hendaklah mengerjakan ruku', iktidal, sujud, bangun dari sujud, duduk di antara dua sujud dan sebagainya setelah imam mengerjakannya. Contohnya jika imam hendak sujud, biarlah sujudnya sempurna iaitu dahi telah mencecah lantai, barulah makmum boleh bergerak. Demikian juga makmum hendaknya mengucapkan takbiratul ihram setelah imam mengucapkannya. Rasulullah s.a.w.memberikan amaran kepada makmum yang mendahului imam ketika mengangkat kepalanya dari sujud. Beliau bersabda ertinya: "Apakah tidak takut orang-orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, bahawa akan dipusing oleh Allah kepalanya menjadi kepala keldai?." (Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

8. Jika imam membuat kesalahan, hendaknya makmum menegurnya dengan bacaan tasbih "Subhanallah", jika makmum lelaki. Jika makmum perempuan dengan menepuk tangan seperti yang dibenarkan oleh syara'.

Yang baik itu daripada Allah, yang jahat itu dari diri saya sendiri..

[tweetmeme only_single="false"]

Biarkan Aku Buta Asalkan

 

Seorang sufi akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita cantik.
Tiba-tiba ditakdirkan Allah, di saat hampir waktu pernikahan, pengantin wanita itu ditimpa penyakit cacar. Pihak keluarganya sangat sedih dan khuatir anak gadisnya akan dianggap hodoh oleh bakal menantu mereka.
Mengetahui hal ini, calon suami lalu memperlihatkan pula bahawa dia telah mengidap sakit mata sehingga mengakibatkan dirinya buta. Perkahwinan pun terus dilangsungkan dalam keadaan kedua pengantin yang seimbang ini, sehingga kedua belah pihak tidak lagi bersedih dan kecil hati. Kedua pasangan tersebut terus hidup rukun damai selama 20 tahun sehingga Allah takdirkan wanita itu jatuh sakit lalu meninggal dunia.
Setelah kematian isterinya, maka si sufi itu membuka matanya yang nyata tidak buta. Lalu orang pun bertanya mengapa ia bertindak berpura-pura buta sekian lamanya. Lantas dijawabnya:"Aku sengaja berpura demikian agar keluarga isteriku tidak bersedih hati." Orang yang mendengar terus berkata: "Kamu telah mengagumi rakan-rakanmu dengan akhlakmu ini."

[tweetmeme only_single="false"]

Jijik Pada Hajarulaswad

 

Diceritakan oleh ustaz Abdul Latif Palemban dari Harom fast travel kepada MASTIKA.

Kira-kira lima tahun lalu semasa saya sedang menunggu para jemaah di lobi hotel untuk ke Masjidil haram, salah seorang jemaah yang berada tidak jauh dari saya, tiba-tiba menjerit memanggil-manggil saya.

�Ustaz!!!ustaz!! Macam mana ni?!!! Apa kita nak buat!!!� Kata Rahman termengah-mengah. Muka nya pucat lesi.
Saya yang sedang membaca surat khabar cukup terkejut melihat muka cemasnya.Dalam hati saya mengagak, tentu ada sesuatu yang amat penting.

�Bertenang Man�bertenang. Kenapa ni? Cerita perlahan-lahan��kata saya sambil menepuk-nepuk belakangnya.
Selepas menarik nafas panjang, Rahman termengah-mengah cuba bersuara.

�Entahlah ustaz.. tak tahu macammana saya nak mulakan� katanya seperti orang baru lepas lari 100 meter.

�Kenapa pula� saya bertanya lagi.

�Ustaz ingat tak pada Dr. Hisham yang bertugas dgn Kementerian Kesihatan tu. Tadi pagi tiba-tiba saja, saya lihat mukanya�mukanya ustaz�lain macam� kata Rahman lagi menggeleng-geleng kepala.

�Lain macam mana?� saya bertanya sedikit cemas.
Dr. Hisham tu kan ke berkulit cerah, tapi pagi tadi saya terserempak dengannya, hajat nak mengajaknya solat subuh, saya lihat mukanya hitam legam. Saya betul-betul terkejut ustaz. Saya ingatkan jemaah kulit hitam dari Afrika. Tetapi apabila dia memanggil saya beberapa kali.. barulah saya sedar dia itu Dr. Hisyam. Saya gamam ustaz, lepas tu dia menangis depan saya�

�Saya rasa ..eloklah kita pergi jumpa dia, bertanya sikit apa yang berlaku�dia nampak gusar benar.. seperti ada sesuatu�� kata Rahman bersungguh-sungguh.
Saya terus mengekori Rahman menaiki lif menuju ke bilik Dr.Hisyam. Dalam hati , saya tertanya-tanya apa yang berlaku. Sebaik pintu lif ternganga, kami mempercepatkan langkah menuju ke biliknya.
Tiba di pintu, Rahman mula mengetuk-ngetuk perlahan-lahan. Tuk..tuk..tuk..tapi tiada jawapan.
Lima minit kemudian setelah bergilir-gilir kami mengetuk, barulah kami mendengar tapak kaki, dan krekkkk, bunyi tombol pintu di tarik.
Sebaik pintu terbuaka, saya terpaku melihat wajah doktor berkenaan, sama seperti yang diceritakan Rahman sebentar tadi. Memang wajahnya hitam serti arang tapi tangannya masih seperti sediakala.

�Assalamualaikum..� tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulut saya. Rahman mencuit pergelangan tangan saya.

�waalaikummussalammm. Silakan masuk Rahman, ustaz,� balas Dr Hisham sambil menunduk-nundukkan kepala.
Saya dan Rahman melangkah masuk dan mengambil tempt duduk di sofa yg terletak di tepi katil. Saya memandang wajah doktor yang lewat 30an itu, tak tahu macam mana nak mulakan pertanyaan.
Dr. Hisham cuma berdiri di tepi katil. Sebaik terpandang mukanya dalam cermin solek di bilik itu, dia menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

�Kenapa dengan saya ustaz? Kenapa saya boleh jadi sampai macam ni?� tiba-tiba Dr. Hisham meraung-rung seperti histeria.
Saya dan Rahman berpandang-pandangan. Saya tak tahu nak kata apa. Yang saya tahu dia seorang yang taat kepada ajaran agama. Kerana itulah dia kerap dihantar bertugas di Tanah Suci oleh Kementerian Kesihatan.

�Sabar, sabar doktor! Kita tak dapat meneka-neka urusan Allah. Namun kita jangan berhenti daripada berusaha,� saya menasihatkannya sambil mengurut-ngurut belakangnya. Rahman terus terpaku.

�Ustaz, ini balasan Allah ke?� dia bertanya seperti orang bodoh.

�Balasan apa? Janagn cuba mencari-cari doktor,�kata saya lagi.

�Memang saya bersalah ustaz. Selalu mulut saya ni celupar. Mungkin ini yang saya terima� kata Dr. Hisham sambil mengongoi-ngongoi.
Saya dan Rahman sekali lagi berpandangan. Bisu. Kami biarkan saja apa yang ingin diluahkannya. Kami benar-benar tak tahu apa maksud kata-katanya.

�Ya lah saya ni doktor, tentu pentingkan kesihatan. Sejak berada di sini, saya sering bayangkan bagaimana orang boleh cium dan kucup Hajarulaswad. Saya cukup geli�!!! Dalam kepala saya sering terbayang betapa banyaknya kekotoran dan kuman yang melekat di situ. Saya terlalu jijik dan geli untuk mendekati Hajarulaswad, jangankan nak menciumnya!� katanya sunguh-sungguh.

�Setiap kali tawaf, saya pandang Hajarulaswad tu penuh jijik dan memualkan. Saya melayan perasaan saya .. melihat bagaimana orang boleh berebut-rebut mahu menciumnya. Mereka tak tahu kotor ke?� Katanya dalam suara yang cukup menyesal.

�Astaghfirulllah hal azim,� saya mengucap berkali-kali mendengar pengakuannya. Saya mengeleng-geleng.

�Bangun tidur pagi semalam, saya terperanjat melihat wajah saya dalam cermin sudah berubah,� katanya teresak-esak.

�Beginilah�seelok-eloknya doktor ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat. Mohonlah keampunan daripada Allah. Lebih baik di hadapan Kaabah dan lepas itu bersungguh-sungguh pergi mengucup hajarulaswad,� kata saya untuk menenangkannya.

�Diterima Allahkah doa saya ustaz? Dosa saya terlalu besar, mempersoalkan apa yang ada di tanah haram ini. Bantu dan bimbinglah saya. Saya insaf kini,� katanya dalam nada yang mendayu-dayu.
Saya, Rahman dan doktor itu terus ke Masjidilharam yang hanya terletak kira-kira 200 meter dari tempat penginapan.
Setelah mengambil wuduk di telaga zam zam, kami sama-sama menunaikan solat hajat dan memohon kepada Allah agar mengampunkan segala dosa kami.
Saya lihat Dr. Hisham menangis teresak-esak sambil menadah tangan ke langit. Terharu sungguh saya melihatnya. Saya dapat rasa apa yang dirasinya ketika itu.
Sejak itu setiap kali ke Masjidilharam, Dr. Hisham tidak lupa manunaikan solat-solat sunat selain wajib. Dia kemudian akan berebut-rebut menuju ke Hajarulaswad. Dikucup di ciumnya Hajarulasad sepuas hati sambil memohon ampun di atas keterlanjurannya.
Berkat doa yang tidak putus-putus, tiga hari kemudian, wajah Dr. Hisham beransur-ansur cerah, akhirnya menjadi seperti sediakala, malah lebih berseri.

�Saya berjanji akan menjaga segala perbuatan dan tidak akan memepersoalkan kekuasaan Allah lagi. Saya akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku,�kata Dr. Hisham bersungguh-sungguh.

�Alhamdulillah. Eloklah kalau macam tu.Anggaplah semua ini ujian Allah,� kata saya sambil menepuk-nepuk bahunya. Berkali-kali dia mengesat airmatanya.

[tweetmeme only_single="false"]

Khasiat Biji Sawi

 

Kenalkah anda biji sawi?
Tahukah anda akan khasiatnya?


Biji sawi yang sering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan sebenarnya memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian itu.
Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit. Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda," Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar". Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif. Namun begitu Ibnu Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibbun Nabawi :-


01. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Meransang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

[tweetmeme only_single="false"]

Fatwa 4

 

* Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

* Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa.

* Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

* Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

* Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.

* Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

* Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.

* Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

* Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.

* Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

* Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.

* Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

* Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

* Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

* Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

* Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

* Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

* Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

* Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

* Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

* Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

* Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

* Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

* Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

* Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

* Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

* Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

* Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

* Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

* Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

* Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

* Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

* Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

* Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

* Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

* Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

* Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.

* Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

* Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

* Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur.

* Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.

* Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

* Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

* Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.

* Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

* Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

* Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

* Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.

* Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.

* Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

* Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

* Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.

* Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

* Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

sumber: fwded email

[tweetmeme only_single="false"]

Fatwa 3

 

*Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.


*Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.


* Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.


* Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.


* Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.


* Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.


* Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.

* Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

* Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

*Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

* Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

* Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

*Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

* Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

*Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"- sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

* Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

* Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

*Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

* Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

* Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

* Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.

* Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

* Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

* Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

* Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

* KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

* Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

* Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

* Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...