Friday, December 30, 2011

ORANG IKHLAS TERTINDAS?



Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.

"Mengapa?" balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"

Sengaja saya bertanya soal-soal 'di luar kotak' agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

"Oh ramai encik"

"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

"Kakak, boleh saya bertanya?"

"Tanyalah encik" ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang 'menjadi' dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran" kata saya perlahan. Hampir berbisik.

"Maksud encik?"

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."

"Tidak pernah saya terfikir begitu encik"

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."

"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"

"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"

"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita"

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."

"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?"

"Pasti ada! Insya-Allah."

"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"

"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."

"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"

"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."

"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"

"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."

"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.

"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"

"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our ceo, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan"

"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."

"Kenapa?"

"Kita akan sakit jiwa!"

"Kenapa?"

Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur, balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi " kata kakak itu perlahan.

Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?

"Ah, kita terlalu ego"

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan orang ikhlas tertindas?

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM ?


Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

AI-Allahamah AI-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.” Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat, adakah beliau seorang yang merdeka atau seorang hamba ? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi”

Dipetik dari Ibnu ‘Abbas katanya: “Luqman bukanlah seorang nabi mahu pun raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Lalu Allah telah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia redha dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman. Maka kerana itu, kisah ini diceritakan di dalam AI-Qur’an agar kita semua dapat mengambil pedoman dan berpegang dengan wasiat-wasiatnya.”

Ibnu Kathir berkata: ‘Ulama’ salaf berselisih pendapat tentang diri Luqman; adakah dia seorang nabi atau pun seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian? Di antara dua pendapat ini, kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat yang kedua.’

Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang bertaraf wali dan Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah. Di an tara para ulama’ tersebut ialah seperti Mujahid, Sa’id bin AI-Musayyab dan Ibnu Abbas. Wallahu A’lam.”

Ibnu Kathir ada menyebutkan di dalam kitab sejarahnya: “Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.” Diceritakan dari As Suhaili, dari Ibnu Jarir dan AI-Qutaibi: “Beliau ialah Luqman bin Tharan”

Dikatakan bahawa beliau ialah anak kepada AI- Baura’. Ibnu Ishaq ada menyebutkan beliau ialah Luqman bin AI Baura’ bin Tarikh iaitu Aazar Abu Ibrahim AI-Khalil.

Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”

Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”

Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.

Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”

Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.)

bnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki dari kalangan bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikannya harta.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia telah berkata: Rasullullah s.a.w. pernah bersabda:

“Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? “Mereka pun menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Baginda bersabda: “Dia adalah seorang Habsyi.” Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang habsyi, adalah dari lbnu Abbas dan Mujahid.

As-Suhaili berkata: “Luqman adalah Naubah dari penduduk Ielah ( Sebuah bandar di tepi laut merah )” Demikian juga dipetik oleh Qatadah, dari Abdullah bin Az-Zubair: Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: “Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu tentang perihal diri Luqman? “J abir menjawab: “Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.” lanya juga sebagaimana yang disebutkan dari Sa’id bin AI Musayyab, katanya: “Luqman adalah dari Sudan, Mesir.”

AI-Hassan AI-Basri pula berkata: “Luqman telah membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu, tempat tersebut masih lagi belum dibangunkan. Dia berada di sana sehinggalah Ian jut usianya dan meninggal dunia.”

Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini.Di tempat tersebut terdapat 70 kubur nabi-nabi sebelum Luqman.

Dilaporkan, bahawa Luqman adalah seorang mufti sebelum Nabi Daud a.s dibangkitkan. Apabila baginda diutuskan kepada umatnya, Luqman berhenti dari memberikan fatwa. Ada orang bertanyakan; padanya tentang hal itu lalu dia pun berkata: “Adakah aku tidak mahu berhenti apabila aku telah merasa cukup?!! “

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Mujahid: “Beliau adalah seorang Qadhi di kalangan kaum bani Israil di zaman Nabi Daud a.s”

Demikianlah siapa itu Luqmanal Hakim. Tidak kira siapapun dia, yang penting beliau adalah seorang yang mempunyai hikmah kebijaksanaan. Kata-katanya diberkati Allah dan dirakamkan didalam Al Quran.

Dipetik dari tulisan Muhammad Khair Ramadhan Yusuf dalam bukunya Lukman al Hakim

TANGISAN KHALIFAH KETIKA SAKARATUL MAUT



Kematian tidak memilih anak kecil atau dewasa, kaya atau miskin, hamba atau raja. Harun ar-Rasyid adalah pemerintah yang berkuasa dan mempunyai banyak tentera. Dia pernah mengangkat kepalanya dan berkata kepada awan, "Turunkanlah hujan di India atau di Cina atau sesukamu. Demi Allah, seluruh bumi yang engkau turunkan hujan diatasnya adalah wilayah kekuasaanku."

Suatu hari, Harun ar-Rasyid pergi berburu. Di tengah perjalanan dia bertemu dengan seseorang yang bernama Bahlul. Harun berkata,"Berilah aku nasihat, wahai Bahlul." Lalu lelaki itu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, di manakah bapa dan abangmu sejak dari Rasulullah hingga bapamu?" Harun menjawab, "Semuanya telah mati."

"Dimanakah istana mereka?" Tanya Bahlul."Itu istana mereka," jawab Harun. "Di mana kubur mereka?" "Ini, disini kubur mereka," jawab Harun. Bahlul kemudian berkata "Di situ istana mereka, disini kubur mereka. Bukankah sekarang istana itu sedikit pun tidak memberi manfaat bagi mereka?"

"Kamu benar. Tambahlah nasihatmu, Bahlul," kata Harun. "Wahai Amirul Mukminin, engkau diberi kuasa atas perbendaharaan Kisra dan umur yang panjang. Apa yang dapat kau lakukan? Bukankah kubur adalah perhentian terakhir bagi setiap yang hidup, kemudian engkau akan dihadapkan tentang berbagai masalah?" "Tentu," kata Harun.

Setelah itu Harun pulang dan jatuh sakit tidak lama kemudian. Setelah beberapa hari menderita, sampailah ajal menjemputnya. Dalam detik-detik terakhirnya, dia berteriak kepada pegawainya, "Kumpulkan semua tenteraku."

Tidak lama kemudian datanglah mereka ke hadapan Harun lengkap dengan pedang dan perisai. Sungguh ramai sehingga tidak ada yang tahu jumlahnya kecuali Allah. Semuanya dibawah arahan Harun.

Melihat mereka, Harun menangis dan berkata, "Wahai Zat yang tidak pernah kehilangan kuasa, kasihanilah hambaMu yang telah kehilangan kuasa ini."

Tangisan itu tidak berhenti sehingga ajal mencabut nyawanya. Setelah meninggal, khalifah yang memiliki kekuasaan yang sangat besar ini, tinggal di lahad yang sempit. Tiada menteri menemaninya, tiada kawan yang menyertainya. Dia tidak dikuburkan bersama dengan makanan, juga tiada pembaringan disediakan baginya. Harta dan kuasanya tidak berguna lagi.

Thursday, December 29, 2011

AL-MAUT



Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang empat selain malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil Dikenali malaikat maut kerana ia ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk-makhluk Allah SWT Malaikat Izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih.

Dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu Za'faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu juta mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.

Setelah itu Al-Maut berkata: "Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk berseru di dalam langit sekali sahaja". Maka, setelah diizinkan, berserulah ia dengan suara yang amat keras: "Aku ini adalah Al-Maut, tugasku sebagai pemisah orang yang saling mencintai. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan antara anak dan ibunya. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan saudara lelaki dan wanita. Aku adalah Al-Maut, tugasku menghancurkan bangunan rumah dan gedung-gedung, Aku adalah Al-Maut, tugasku meramaikan kuburan. Aku adalah Al-Maut, tugasku mencari dan mendatangi kamu semuanya, walaupun kamu berada dalam lapis benteng yang amat kuat. Dan tiada satupun makhluk yang tidak merasakan kepedihanku".

Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah SWT sehingga arah barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya sebagaimana keadaan seseorang yang sedang menghadapi sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai macam makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syilling.

Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ianya akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab.


Tanda-Tanda Kematian


100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Sama-sama kita renungkan.

AL-QURAN MENUNDUKAN PENCABARNYA



Mukjizat merupakan sesuatu perkara yang menyalahi apa yang biasanya berlaku, ampuh daripada sebarang cabaran pencabarnya dan ia merupakan anugerah Allah kepada rasul-rasulNya di dalam membuktikan kebenaran kepada kenabian dan kerasulan mereka.

Al-Quran merupakan mukjizat paling besar kepada nabi Muhammad S.A.W dan berkekalan sehingga hari qiamat.Jika kita merujuk kepada beberapa buah kitab samaada yang turasi(tua) ataupun mua’sarah(terkini), kita akan dapati bagaimana muallif kitab itu membincangkan bagaimana Al-Quran melemahkan mereka yang telah, sedang dan akan mencabarnya melalui beberapa kriteria yang tertentu. Di sini akan disentuh secara ringkas kriteria-kriteria berikut untuk maklumat kita bersama.


I’jaz bayani (susunan dan kehalusan bahasa)

Kriteria ini merupakan kriteria yang utama daripada yang lain kerana pengutusan nabi Muhammad S.A.W ditengah-tengah masyarakat arab yang tinggi bahasanya dari sudut balaghah, fasohah dan kehalusan bahasa arab. Jika difikirkan bagaimana Rasulullah S.A.W mampu menulis Al-Quran sebagaimana yang didakwa oleh musyrikin sedangkan dia seorang yang buta huruf dan tidak pernah belajar daripada intelek arab pada masa itu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran itu merupakan mukjizat bukannya hasil penulisan Rasululllah S.A.W sendiri. Ramai generasi sekarang kurang merasai kehalusan dan kesenian serta kelebihan Al-Quran dari sudut bayani kerana bahasa arab sekarang dimasuki unsur-unsur luar. Al-Quran telah menjadi rujukan utama ulama’ lughah di dalam mengetahui kaedah nahu, balaghah dan sebagainya. Kita sebagai seorang muslim hendaklah mendalami ilmu tersebut kerana ia akan menimbulkan kesan yang mendalam dilubuk hati kita apabila melihat susunan, kehalusan, kesenian, balaghah dan fasohah lughah Al-Quran yang tiada tandingannya. Bagaimana seseorang itu hendak merasai keindahan Al-Quran dari sudut bayani melainkan dia tahu dan faham dengan ilughah arabiah. Al-Quran telah mencabar pencabarnya pada lima tempat iaitu:

1. Ayat 23-24 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan kamu tetap dalam keraguan berkenaan al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami Muhammad S.A.W, buatlah satu surah sahaja seumpama al-Quran dan ajaklah pembantu-pembantu selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.

2. Ayat 37-39 surah Yunus yang bermaksud : Tidak mungkin al-Quran itu dibuat oleh mereka selain Allah,akan tetapi al-Quran itu telah membenarkan kitab-kitab sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya.Tiada keraguan padanya,diturunkan dari Tuhan semesta alam. Atau patutkah mereka mengatakan : ”Muhammad telah membuatnya”. Katakanlah:”Jika benar apa yang kamu dakwa itu maka cuba datangkan satu surah seumpamanya dan ajaklah sesiapa yang yang dapat kamu panggil untuk membuatnya selain allah jika kamu orang-orang yang benar.

3. Ayat 12-14 surah Hud yang bermaksud : Maka kemungkinankamu hendak meninggal sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepadamu dan kerananya dadamu terasa sempit, disebabkan resah mereka mengatakan : ” Mengapa tidak diturunkan padanya perbendaharaan atau datang bersamanya seorang malaikat?”. Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah Maha pemelihara segala sesuatu. Bahkan mereka mengatakan : ” Muhammad telah membuat al-Quran itu”. Katakanlah :” Jika demekian maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat seumpamanya dan serulah orang-orang yang kamu sanggup mengajaknya untuk bersamamu selain Allah jikakamu orang-orang yang benar.

4. Ayat 86-88 surah al-Isra’ yang bermaksud : Dan sesungguhnya jika kami menghendaki nescaya Kami lenyapkan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan dengan dengan pelenyapan itu kamu tidak akan mendapati seorang pembela pun terhadap Kami. Kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya kurniaan ke atasmu adalah besar. Katakanlah : ” Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat seumpama al-Quran ini maka mereka tidak kan mampu untuk membuat seumpamanya sekalipun sebahagian daripada mereka menjadi pembantu untuk sebahagian yang lain.

5. Ayat 33-34 surah at-Tur yang bermaksud : Ataukah mereka mengatakan : ” Dia iaitu Muhammad membuatnya”. Sebenarnya mereka tidak beriman. Maka hendaklah mereka mendatangkan kalimah (satu ayat lengkap)seumpama al-Quran itu jika mereka orang-orang yang benar.

Walaupun ada yang cuba menyahut cabaran ini tetapi mereka tidak mampu seperti Musailamah al-Kazzab. Pada masa kini ada golongan orientalis barat yang cuba menulis lima surah palsu tetapi apabila dikaji dari sudut bahasa dan keseniannya agak tersasar jauh dari Al-Quran disamping apa yang ditulis menunjukkan penafian adanya mukjizat pada hasil tulisan mereka apabila dalam kebanyakan ayat, Rasulullah S.A.W telah menghina diri sendiri sebagai pengkhianat dan orang gila sedangkan salah satu syarat mukjizat ialah mesti mempertahankan rasul atau nabi yang menunjukkan sesuatu mukjizatnya bukan menafikannya. Jika tidak fahami lughah dan kesenian serta buta bahasa arab, kita tidak mungkin merasai kepalsuannya. Sesungguhnya Allah tetap menjaga Al-Quran daripada musuh-musuhnya. Imam Syafi’e telah berkata bahawa mereka yang pakar dengan bahasa arab ini adalah jin manusia yang mana mereka nampak apa yang orang lain tidak nampak. Ini membawa maksud bahawa jin mampu melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Maka begitulah juga dengan pakar bahasa arab mampu melihat pada nas atau petikan yang mana orang biasa tidak dapat melihatnya. Ini kerana mereka melihat dari sudut makna yang mana orang biasa tidak mampu melihatnya.


I’jaz ilmi

Kriteria ini menunjukkan kepada kita bagaimana Al-Quran telah melemahkan pencabarnya dari sudut perbahasan ilmiah. Bagimana seorang rasul yang tidak pernah belajar mengenai angkasa lepas serta kedoktoran mampubercakap atau menulis mengenai perkara tersebut melainkan ia merupakan mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah kepada baginda S.A.W. Mengenai perjalanan matahari misalnya para ahli sains menyatakan bahawa bumi mengelilingi matahari yang mana matahari berkedudukan tetap sedangkan di dalam Al-Quran melalui ayat 38 surah Yasin, Allah berfirman : Dan matahari bergerak di atas paksinya, Itu menunjukkan kekuasaan Allah Yang maha hebat dan bijaksana. Al-Quran juga memberitahu kepada kita bagaimana kejadian janin manusia di dalam perut ibunya melalui beberapa ayat seperti ayat 14 surah al-Mukminun yang bermaksud : Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu dari segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, lalu dari segumpal daging itu kami tulang belulang, lalu dari tulang belulang itu Kami saluti dengan daging. Kemudian Kami jadikan ia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah pencipta yang paling baik. Begitu juga dengan proses hujan yang dinukilkan dalam Al-Quran melalui ayat 43 surah an-Nur yang bermaksud : Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah mengarakkan awan kemudian mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celahannya dan Allah juga menurunkan butiran air dari langit iaitu dari gumpalan awan seperti gunung-gunung maka dicurahkan air tadi kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dipalingkan daripada sesiapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.

I’jaz tasyri’e (perundangan)

Kriteria ini membuktikan bagaimana Al-Quran membincangkan perundangan rabbani yang adil dan sesuai dijalankan sepanjang masa. Tidak mungkin seorang nabi yang diketahui buta huruf yang mana kebanyakan waktunya dihabiskan dengan memelihara kambing dan berniaga mampu untuk menulis perundangan yang sempurna ini melainkan ia merupakan mukjizat. Walaupun telah ramai yang cuba mencipta dan menjalankan sistem perundangan dan pemerintahan yang berdasarkan komusisme, sosialisme, sekularisme dan ideologi yang lain tetapi semuanya menemui kegagalan kerana perundangan Al-Quran tetap melemah dan menggagalkan pencabarnya. Antara perundangan yang terkandung dalam Al-Quran ialah berkaitan dengan solat, puasa, zakat, haji, pembahagian harta pusaka, kekeluargaan, hukum hudud, qisas, pemilihan pemimpin dan sebagainya. Kita melihat bagaimana barat sendiri mengakui perundangan Al-Quran adalah yang terbaik dan sempurna seperti hukuman 100 rotan untuk penzina yang belum berkahwin merupakan satu-satunya jalan untuk mengubati penyakit Aids(bala). Manakala bagi mereka yang sudah berkahwin maka tiada jalan lagi kerana mereka memang tiada peluang lagi untuk selamat daripada penyakit itu melainkan direjam sehingga mati. Begitu juga Islam menjaga maruah seseorang daripada di’aibkan walaupun dia bersalah selagi mana dia tidak dihukum melalui hukum li’an, qazaf, zihar dan beberapa hukum yang lain.

Ini membawa kepada penjagaan maruah pesalah dan keluarganya dan mengelakkan orang ramai daripada membuat tuduhan tanpa bukti dan saksi.

Kita juga pernah membaca bagaimana kerajaan Amerika Syarikat cuba mengharamkan peminuman, pembelian, penjualan, pengeluaran dan pengedaran arak pada tahun1930. Mereka mengemukakan pelbagai cara melalui penyelidikan yang teliti dan perbahasan ilmiah mengenai bahayanya arak untuk disebarkan kepada rakyat mengenainya. Media massa digunakan sepenuhnya untuk menerangkan mengenai perkara ini yang mana tujuan ini menelan belanja sebanyak US65 juta dan pencetakan sahaja meliputi US9 juta dan 4 juta lebih bagi tujuan pelaksanaan undang-undang ini. Menurut laporan dari bahagian penyelidikan dan pengkajian menunjukkan kesan pelaksanaannya antara Oktober 1933 telah menyebabkan 200 orang dihukum bunuh, seramai setengah juta orang dipenjara dan rampasan kepada arak mencapai angka US 1.5 juta serta denda yang dikenakan kerana kesalahan ini berjumlah US400 juta. Akhirnya undang-undang ini terpaksa dibatalkan pada akhir tahun 1933memandang mereka kehilangan banyak nyawa dan juga denda yang dilakukan tidak mampu membendung masalah arak ini. Ini adalah kerana undang-undang yang dicipta oleh tangan manusia tidak mampu menimbulkan keinsafan dan juga tiadanya perhubungan antara duniawi dan ukhrawi tidak sepertimana hukum Allah yang Maha Adil dan memberi kesan kepada makhlukNya. Hukuman sebat sebanyak 80 rotan ke atas peminum arak sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam mampu menginsafkan mereka yang terlibat dan mampu pula untuk mencegah orang lain dari terjerumus dalam kesalahan yang sama. Ia juga dilaksanakan dihadapan ramai bukannya di bilik khas yang mana hanya pegawai yang bertugas dan pesalah sahaja yang tahu azabnya seksaan yang dijatuhkan ke atasnya. Bilakah kita mampu merasai keadilan hukum Allah? Ia adalah kewajipan kita bersama di dalam melaksanakannya.

I’jaz tarikhi

Kriteria ini membuktikan kepada kita bagaimana Al-Quran membawa pelbagai berita dan kisah yang berkaitan dengan perkara yang silam, sekarang dan akan datang. Di sini dibahagikan contoh kepada 3 bahagian bersesuaian dengan apa yang telah, sedang dan akan berlaku.
.
PERTAMA :
Al-Quran telah merakamkan bagaimana Firaun apabila hampir tenggelam telah mengaku beriman kepada Allah tetapi taubatnya tidak diterima melalui ayat 90-92 surah Yunus yang mana maksud Allah berfirman : Dan Kami memungkinkan bani Israel menyeberangi laut laulu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana mereka mahu menganiayai dan menindas sehingga apabila Firaun hampir lemas berkatalah dia :” Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh bani Israel dan aku termasuk oarang-orang yang berserah diri kepada Allah. Adakah sekarang engkau baru percaya sedangkan sebelum ini engkau telah mendustaiNya dan engaku termasuk dalam golongan mereka yang melakukan kerosakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu agar dapat menjadi pengajaran kepada umat selepasmu dan sesungguhnya kebanyakan manusia alpa dengan tanda kekuasan Kami. Ayat ini juga menerangkan bagaimana tubuh Firaun tidak hancur ditelan ombak atau dimakan oleh ikan tetapi sebaliknya jasadnya telah dibawa oleh ombak ke tepian pantai untuk disaksikan oleh kaumnya bagaimana Firaun yang sebelum ini mengaku tuhan telah mati lemas dan telah dibinasakan dengan cara yang hina. Jasad ini dipercayai masih wujud bersama-sama mumia yang lain di muzium Mesir melalui kajian beberapa orang pakar dari barat. Ini menunjukkan kepada kita mukjizat Al-Quran dan menafikan ia adalah tulisan nabi S.A.W. Selain itu Al-Quran turut merakamkan tentang umat dan rasul serta nabi sebelum baginda S.A.W untuk menjadi renungan bukannya sekadar dibaca sahaja. Jika kita perhati dan baca dengan penuh pemerhatian maka kita dapati cerita di dalam al-Quran ada yang hanya terdapat dalam satu surah dan ada yang terdapat dalam beberapa surah yang lain. Allah juga menceritakan perkara ini secara rambangnya jika kita teliti, cerita ini putus-putus dan tidak secara penuh sebaliknya Allah menceritakannya pada sesuatu keadaan yang penting dan boleh diambil pengajaran sahaja. Ini membezakan al-Quran dengan buku sejarah atau buku cerita yang lain.

KEDUA :
Al-Quran telah menjelaskan kepada kita mengenai tentang sifat Allah, malaikat, jin, syurga dan neraka serta keadaan alam barzakh dan sebagainya untuk renungan kita bersama. Antara contoh yang kita akan dapati ialah melalui penerangan serba sedikit mengenai keadaan di dalam syurga melalui firmanNya dalam ayat 25 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang beriman dan berbuat kebaikan bahawa mereka disediakan syurga yang mana mengalir air di dalamnya. Setiap mereka akan dianugerahi buah-buahan syurga lalu mereka menyatakan : inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu. Mereka diberikan buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya. Ini membuka mata kita bahawa jika ia merupakan tulisan manusia maka dia tidak mungkin mampu menceritakan sifat syurga sebagaimana tersebut dalam ayat ini.

KETIGA :
Al-Quran telah memberitahu tentang kemenangan yang akan dicapai oleh tentera Rom ke atas Parsi dalam tempoh beberapa tahun sebagaimana ayat 1-6 surah al-Rom yang bermaksud :

Alif Laam Miim. Telah dikalahkan kuasa Rom. Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah itu kan diberikan kemengan kembali. dalam beberapa tahun lagi Bagi Allahlah segala urusan sebelum ini dan sesudah mereka mencapai kemenangan. Dan pada hari kemenangan kuasa Rom itu bergembiralah orang yang beriman. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong sesiapa yangdikehendakiNya. Janji yang sebenar-benar itu dari Allah. Allah tidak akan memungkiri janjiNya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Banyak lagi kisah yang seumpama ini seperti kemenangan yang bakal dicapai oleh orang muslimin dan sebagainya untuk renungan dan menambah keyakinan tentang mukjizat al-Quran dan kebenaran kenabian nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam yang dibawa oleh baginda S.A.W.


I’jaz ‘adadi (bilangan)

Kriteria ini menunjukkan bagaimana Al-Quran telah memastikan bahawa ia merupakan merupakan mukjizat dari sudut bilangan sama ada ayat, surah dan jumlah perkataan yang tidak berubah dan kekal sehingga hari qiamat. Apabila adanya golongan yang cuba menambah beberapa surah Al-Quran maka dengan sendirinya kita dapat tahu bahawa ia adalah surah palsu kerana melebihi jumlah surah Al-Quran yang sebenar iaitu 114 surah disamping bertambahnya bilangan ayat dan jumlah kalimah.

Inilah serba ringkas perbincangan mengenai kriteria i’jazul Quran. Semoga penerangan yang serba ringkas ini mampu memberi serba sedikit maklumat mengenai kriteria penting bagaimana Al-Quran mampu melemahkan musuh-musuhnya dari dahulu sehingga sekarang.

Rujukan

1. Al-Bayan fi I’jazul Quran karangan Profesor Solah Al-Khalidi cetakan Darul Qalam2. Al-I’jazul Quranul Karim karangan Profesor Fadhil ‘Abbas dan anak perempuannya cetakan Darul Furqan

KISAH PENSEL & PEMADAM



Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Kamu tidak buat salah apa-apa pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.

* Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...

(“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Quran 17:23-24])

* Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...

Wednesday, December 28, 2011

BERSEDEKAH TANPA WANG



Assalamualaikum

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas.

Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah.

Setiap langkah menuju solat itu sedekah.

Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah.

Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah.

Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar.

Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan.

Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ?

Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita.

Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya.

Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah.

Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan. Sekecil-kecil amalan itu, mungkin sebesar-sebesarnya di sisi Allah.

Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, berlumbalah melakukan amal kebaikan. InsyaAllah ada sahamnya di akhirat kelak...

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT



Diriwayatkan dari Malik bin Dinar, dia pernah ditanya tentang sebab-sebab dia bertaubat, maka dia berkata : "Aku adalah seorang polis dan aku suka menikmati khamr, kemudian aku beli seorang budak perempuan dengan harga mahal, maka dia melahirkan seorang anak perempuan, aku pun menyayanginya.

Ketika dia mulai bisa berjalan, maka cintaku bertambah padanya. Setiap kali aku meletakkan minuman keras di hadapanku, anak itu datang padaku dan mengambilnya dan menuangkannya di bajuku. Ketika umurnya menginjak dua tahun dia meninggal dunia, maka aku pun sangat sedih atas musibah ini.

Ketika malam di pertengahan bulan Syaaban dan malam itu adalah malam Jumaat, aku meneguk khamr lalu tertidur sebelum sempat mengerjakan solat isya'. Maka aku bermimpi seakan-akan qiamat itu terjadi, dan terompet sangkakala ditiup, orang mati dibangkitkan, seluruh makhluk dikumpulkan dan aku berada bersama mereka, kemudian aku mendengar sesuatu yang bergerak dibelakangku.

Ketika aku menoleh ke arahnya kulihat ular yang sangat besar berwarna hitam kebiru-biruan membuka mulutnya menuju ke arahku, maka aku lari tunggang langgang kerana ketakutan. Di tengah jalan kutemui seorang syeikh yang berpakaian putih dengan wangi yang semerbak, maka aku ucapkan salam kepadanya, dia pun menjawabnya, maka aku berkata : "Wahai syeikh ! Tolong lindungilah aku dari ular ini semoga Allah melindungimu". Maka syeikh itu menangis dan berkata padaku : "Aku orang yang lemah dan ular itu lebih kuat dariku dan aku tak mampu mengatasinya, akan tetapi bergegaslah engkau mudah-mudahan Allah menyelamatkanmu."

Maka aku bergegas lari dan memanjat sebuah tebing Neraka hingga sampai pada penghujungnya, aku lihat kobaran api Neraka yang sangat dahsyat, hampir saja aku terjatuh ke dalamnya kerana rasa takutku pada ular itu. Namun pada waktu itu seorang menjerit memanggilku, "Kembalilah engkau kerana engkau bukan penghuni Neraka itu!"

Aku pun tenang mendengarnya, maka turunlah aku dari tebing itu dan pulang. Sedang ular yang mengejarku itu juga kembali. Aku datangi syeikh dan aku katakan, "Wahai syeikh, aku mohon kepadamu agar melindungiku dari ular itu namun engkau tak mampu berbuat apa-apa." Menangislah syeikh itu seraya berkata, "Aku seorang yang lemah tetapi pergilah ke gunung itu kerana di sana terdapat banyak simpanan kaum muslimin, kalau engkau punya barang simpanan di sana maka barang itu akan menolongmu."

Aku melihat ke gunung yang bulat itu yang terbuat dari perak. Di sana ada tirai-tirai yang tergantung yang setiap lubang cahaya mempunyai daun-daun pintu dari emas dan di setiap daun pintu itu mempunyai tirai sutera.

Ketika aku melihat gunung itu, aku langsung lari menujunya kerana ular besar tadi mengejarku lagi. Maka tatkala ular itu mendekatiku, para malaikat berteriak : "Angkatlah tirai-tirai itu dan bukalah pintu-pintunya dan mendakilah ke sana!" Mudah-mudahan dia punya barang titipan di sana yang dapat melindunginya dari musuhnya (ular).

Ketika tirai-tirai itu diangkat dan pintu-pintu telah dibuka, ada beberapa anak dengan wajah berseri mengawasiku dari atas. Ular itu semakin mendekat padaku, maka aku kebingungan, berteriaklah anak-anak itu : "Celakalah kamu sekalian!, Cepatlah naik semuanya kerana ular besar itu telah mendekati kalian."

Maka naiklah mereka dengan serentak, aku lihat anak perempuanku yang telah meninggal ikut mengawasiku bersama mereka. Ketika dia melihatku, dia menangis dan berkata : "Ayahku, demi Allah!" Kemudian dia melompat bak anak panah menuju padaku, kemudian dia ulurkan tangan kirinya pada tangan kananku dan menariknya, kemudian dia ulurkan tangan kanannya ke ular itu, namun binatang tersebut lari.

Kemudian dia mendudukkanku dan dia duduk di pangkuanku, maka aku pegang tangan kanannya untuk menghelai janggutku dan berkata : "Wahai ayahku! Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah". (QS. Al-Hadid : 16).

Maka aku menangis dan berkata : "Wahai anakku!, Kalian semua faham tentang Al-Qur'an", maka dia berkata : "Wahai ayahku, kami lebih tahu tentang Al-Qur'an darimu." Aku berkata : "Ceritakanlah padaku tentang ular yang ingin membunuhku", lalu dia menjawab : "Itulah pekerjaanmu yang buruk yang selama ini engkau kerjakan, maka itu akan memasukkanmu ke dalam api Neraka." Aku berkata : "Ceritakanlah tentang Syeikh yang berjalan di jalanku itu", dan dia menjawab: "Wahai ayahku, itulah amal soleh yang sedikit hingga tak mampu menolongmu." Aku berkata : "Wahai anakku, apa yang kalian perbuat di gunung itu?" Dia menjawab : "Kami adalah anak-anak orang muslimin yang di sini hingga terjadinya kiamat, kami menunggu kalian hingga datang pada kami kemudian kami memberi syafa'at pada kalian". (HR. Muslim dalam shahihnya No. 2635).

Berkata Malik : "Maka aku pun takut dan aku tuangkan seluruh minuman keras itu dan kupecahkan seluruh botol-botol minuman kemudian aku bertaubat pada Allah, dan inilah cerita tentang taubatku pada Allah".

BADI'UZZAMAN GELARANYA...



An-Nursi atau nama sebenarnya Said Mirza telah dilahirkan pada pada tahun 1873 M di desa Nursi yang terletak di sebelah utara Anadhul, Turki.

Pada umurnya yang masih muda, beliau memiliki kepandaian yang luar biasa. Ini menyebabkan ramai di antara guru-gurunya yang mengenalinya dan tidak lama setelah itu beliau menjadi seorang ulama yang sangat dihormati dan terkemuka dengan gelaran Badi’uzzaman.

Kebijaksanaannya itu telah mengundang banyak ahli ulama yang mencabar An-Nursi untuk berdebat dengannya. Tetapi dengan kepandaian yang dimiliki, beliau berjaya mengalahkan para ulama tersebut dengan metodologinya yang tersendiri.

Selain itu, beliau juga merupakan ketua pasukan sukarelawan di dalam pasukan Front Qauqaz, dan beliau juga turut berperang dalam Perang Dunia Pertama di Anatholia bahagian utara.

Dalam peperangan itu, An-Nursi ditawan oleh pasukan Rusia bersama 90 orang tentera yang lain. Beliau kemudian dijatuhi hukuman mati tetapi berjaya melarikan diri pada saat meletusnyanya Revolusi Komunis.

Pada suatu ketika Sa’id Nursi membaca akhbar, beliau terbaca kenyataan William Gladstone, Setiausaha British bagi Tanah-tanah Jajahan yang berbunyi, “Selagi orang-orang Islam memiliki buku ini (yang dimaksudkan al-Quran), kita tidak akan berjaya menguasai mereka. Sama ada kita mesti mengambil al-Quran itu daripada mereka atau berusaha untuk mengikiskan kecintaan mereka terhadapnya.”

Beliau yang begitu terkejut dengan keyataan tersebut telah bertindak segera dan akhirnya terhasilah karya beliau yang agung Risala-i Nur, yang ditulisnya hinggalah ke akhir hayatnya. Beliau kemudiannya berusaha menubuhkan Madrasah al-Zahrah yang diinspirasikan daripada Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau juga berhasrat mendirikan sebuah universiti di Turki. Menurut rancangan asal, universiti tersebut, apabila terdiri akan menawarkan pengajian tiga bahasa, iaitu bahasa Arab, bahasa Turki, dan bahasa Kurdis, dengan bahasa Arab sebagai bahasa dan pengantar utama.

Beliau juga berharap akan dapat menyatupadukan antara dua kumpulan yang sering bercakar-cakaran, iaitu Ahlul Madrasah (pelajar-pelajar agama) dan Ahlul Tekke (para pengikut tarekat). Agak malang, usaha beliau untuk mendirikan universiti itu tidak mendapat sokongan daripada pihak pemerintah. Namun, itu semua tidak mematahkan semangatnya. Beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali, iaitu pada 1896 dan 1907. Bagaimanapun, usaha tersebut juga mengecewakan. Pada lawatannya yang kedua pula, Sa’id Nursi berkesempatan untuk bertemu dengan Sultan ‘Abdul Hamid II (1876 – 1908).

Dalam perbualannya, beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah universiti dan mengkritik pemerintahan Sultan. Akibatnya, beliau dihadapkan ke mahkamah tentera. Dalam perbicaraan, beliau mempertahankan pendapatnya dan menyebabkan beliau dikatakan kurang siuman. Namun demikian, doktor yang memeriksanya telah melaporkan sekiranya Badi’uzzaman itu gila, maka tiada lagi orang yang siuman di seluruh dunia ini. Atas alasan ini, beliau akhirnya telah dibebaskan.

Pada tahun 1918, beliau berjaya kembali ke Istanbul dan dianugerahi pingat kehormatan perang dan ditawari beberapa jawatan penting, namun beliau menolak tawaran semua jawatan itu.

Beliau juga banyak mengajak dan menganjurkan para pemimpin tertinggi negara agar selalu mengerjakan solat dan mengamalkan ajaran-ajaran agama. Akibatnya, An-Nursi telah diasingkan dari Turki dan sering juga dipenjarakan kerana mengajak orang lain bagi melakukan kebangkitan agama dan kembali kepada Islam.

Perbuatannya itu menyebabkan beliau diadili dan dipenjarakan, malah diasingkan ke beberapa tempat. Antara artikelnya yang mengundang musibah pada diri beliau adalah yang berjudul “An-Nur”. Dalam artikel tersebut beliau mengetengahkan tentang bukti-bukti adanya Allah s.w.t, penolakan terhadap fahaman komunis serta kehidupan yang berbaur material.

Beliau juga pernah diajak oleh Ketua Organisasi Freemasonry daripada kalangan Yahudi untuk berdebat. Setelah tamat pertemuan yang diadakan, beliau keluar dan berkata: “Orang yang aneh ini selalu menyerang diri dan agamaku dalam setiap kata-katanya.”

Selain itu beliau turut dipelawa oleh Kamal Ataturk agar menjadi Ketua Wu’zah (pemberi nasihat) di Anatholia bahagian timur dan menjadi pengurus di Universiti Dar Al-Hikmah. Beliau dijanjikan akan menerima sebuah villa yang besar sebagai tempat tinggalnya serta jawatan yang tinggi. Akan tetapi, beliau telah menolak semua tawaran itu.

Di antara ucapan-ucapan beliau yang terkenal adalah: “Saya berani membuktikan kepada dunia bahawa al-Quran adalah merupakan suatu sumber yang selalu memunculkan semangat yang tidak mungkin akan padam untuk selama-lamanya.”

Beliau juga seorang ulama yang rendah hati yang ‘tidak layak memakai pakaian penari’ sebagaimana kota Istanbul juga ‘tidak layak berakhlak seperti orang-orang Eropah’.

An-Nursi telah banyak menghasilkan karya yang dihitung sebanyak 600,000 judul artikel yang menyentuh pelbagai aspek terutama yang menyentuh persoalan masyarakat. Antaranya “Isyarat Al-I’jaz”, “At-Tafkir Al-Imani”, “Dzul Al-Fiqar“ dan “Ra’id Asy-Sabab.”

Sa’id Mirza atau An-Nursi meninggal dunia pada tahun 1960 dan telah disemadikan di kota Orfa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...