Friday, December 17, 2010

Ziarah kubur ibu bapa Jumaat diampun dosa

 

TAAT kepada ibu bapa adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana mentaati ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya.

Allah berikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: �Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.� (Surah Al-Israa� ayat 23).

Yang dimaksudkan berbakti kepada kedua ibu bapa ialah berbuat baik kepada mereka, mentaati, melaksanakan hak, menjauhi perkara yang menyakiti hati dan kehidupan mereka serta banyak lagi bakti yang patut dilaksanakan untuk mereka.

Perintah mentaati ibu bapa tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu, malah Nabi juga tidak terlepas daripada melakukan ketaatan melalui pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ismail terhadap bapanya Nabi Ibrahim.

Firman Allah yang bermaksud: �Wahai ayah, jalankan apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari kalangan orang-orang yang sabar,� (Surah Ash-Shaffat ayat 102).

Ayat berkenaan menjelaskan bagaimana Nabi Ismail berbakti kepada bapanya Nabi Ibrahim dengan mentaati perintah Allah.

Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat, sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw bersabda: �Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim.�

Pada dasarnya, berbakti kepada ibu bapa tidak bermakna hanya setakat ibu bapa masih hidup, malah ketika mereka telah tiada.

Abu Daud dan Ibnu Majah serta Ibnu Hibban di dalam sahihnya, daripada Abi Asid Malik bin Rabi�ah As-Sa�idy, berkata: �Ketika kami sedang duduk di rumah Rasulullah, tiba-tiba datang seorang lelaki dari Bani Salamah lalu berkata : �Ya Rasulullah apakah masih ada apa-apa cara yang boleh saya lakukan untuk berbakti kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia?�

Rasulullah bersabda : �Ya, menyembahyangkan jenazah mereka, dan meminta ampunkan dosa mereka, dan menunaikan janji mereka setelah mereka meninggal serta membuat tali silaturahim yang tidak disambung kecuali dengan mereka dan menghormati kawan-kawan mereka.�

Ziarah kubur ibu bapa dikira sebagai amalan bakti yang akan diberi ganjaran baik, sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah dalam hadis diriwayatkan Thabarani dalam Al-Ausath bermaksud: �Sesiapa yang menziarahi kuburan kedua ibu bapanya atau salah seorang di antara mereka setiap hari Jumaat, nescaya diampuni dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti.�

Beruntunglah bagi setiap anak yang prihatin dan ingat akan kedua-dua ibu bapa mereka sama ada sewaktu hidup mahupun setelah mereka (ibu bapa) tiada.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...