Monday, January 3, 2011

Amalan

 

> Rasullulah saw bersabda :
>
> 1. "Orang-orang Yahudi berpecah belah menjadi 71 golongan, dan
orang-orang
> Nasrani berpecah belah menjadi 72 golongan dan umatku berpecah belah
menjadi
> 73 golongan."
>
> (Sahih R.Abu Dawud, Tirmidzi, Nassai & Ibnu Majah)
>
> 2. "Apabila salah seorang kamu tidur (di waktu malam) tutuplah
lampu-lampu,
> pintu-pintu, bekas-bekas air, makanan atau minuman walaupun sebatang
kayu
di
> atasnya."
>
> (Sahih R.Bukhari)
>
> 3. "Nikmatilah rumah ini (Kaabah) kerana sesungguhnya ia telah
dirobohkan
> dua kali dan akan dihilangkan pada kali ke tiga.
>
> (Sahih T. Thabarani)
>
> 4. "Apabila penyeru (azan) berseru pintu-pintu langit dibuka dan
dikabulkan
> doa."
>
> (Sahih R.Abu Ya'laa)
>
> 5. "Apabila mendengar suara ayam jantan, mohonlah kepada Allah dari
> kelebihanNya, kerana ayam itu melihat mailaikat dan jika mendengar
suara
> keledai maka bacalah : "A'uudzu billahi minasyaithanir rajim", kerana
dia
> melihat syaitan."
>
> (Sahih R.Ahmad, Bukhari, Muslim,Abu Dawud & Tirmidzi).
>
> 6. "Apabila salah seorang kamu sujud maka janganlah berlutut
sebagaimana
> unta berlutut, dan hendaklah ia meletakkan kedua tangannya sebelum
kedua
> lututnya."
>
> (Sahih R.Abu Dawud & Nasaai)
>
> 7. "Apabila salah seorang dari kamu terkena demam, maka hendaklah dia
> disirami air dingin 3 malam (berturut-turut) di waktu sahur."
>
> (Sahih R.Nassai & Haakim)
>
> 8. "Apabila kamu ingin mengerjakan sesuatu tetapi ada kebimbangan di
hatimu
> maka tinggalkanlah ia."
>
> (Sahih R.Ahmad, Ibnu Hi Hibban & Haakim).
>
> 9. "Apabila salah seorang dari kamu berkahak didlam masjid hendaklah
ia
> menelan kahaknya, jangan ia terkena kulit atau baju orang mukmin lalu
> menyakitkan (hati)nya."
>
> (Shai R.Ahmad, Abu Ya'laa, Ibnu Khuzaimah & Baihaqi)
>
> 10. "Jika kamu hendak meludah maka janganlah meludah ke arah kanan.
tetapi
> ke arah kirimu (sekiranya kosong). Maka jika tidak kosong maka ke
bawah
> tapak kakimu."
>
> (Sahih R.Bazzar).
>

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...