Monday, July 11, 2011

Apabila Allah Menghendaki Hamba-Nya Menjadi Baik

 

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya menjadi baik, maka diberinya kefahaman terhadap agama, dibuatnya zuhud terhadap dunia, dan dibuatnya menyedari keaibannya sendiri (Riwayat Baihaki dari Anas).

3 perkara yang diberi oleh Allah apabila dia bercadang untuk memberi kebaikan yang banyak kepada seseorang hambanya ialah kefahaman agama, hidupnya zuhud dan dia nampak keaiban atau kesalahan dirinya.

1. Faham Ilmu Agama: Apabila seseorang itu faham agama, mudahlah dia beramal, maka semakin faham agama semakin banyak pahala yang diperolehi jika diamalkan ilmunya itu. Faham ilmu dan turutlah kehendak ilmu itu, misalnya jika ilmu mengatakan sembahyang berjemaah besar pahalanya, maka berusahalah untuk sembahyang jemaah. Imam-imam mujtahid 4 mazhab semuanya faqih iaitu diberi kefahaman agama dan mampu mengeluarkan pelbagai hukum feqah dari quran dan hadith.

Ilmu adalah penyuluh kehidupan dunia dan akhirat.Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. kata dua-duanya kena seimbang. Dunia pun buat, akhirat pun buat. Cari ilmu dunia supaya tidak menyusahkan orang lain, tidak payah minta derma dan pertolongan orang lain. Dalam satu hadis yang panjang, “tidak dikira baik orang yang kejar akhirat semata-mata dan tinggal dunianya, dan tidak dikira baik orang yang kejar dunia semata-mata dan tinggal akhiratnya“, sehingga kamu ada kedua-duanya, jangan bebankan diri kamu ke atas orang lain”.

2. Zuhud: Para imam mujtahid juga zuhud dalam kehidupannya. Seorang sahabat Nabi iaitu Abu Zar juga seorang yang zuhud. Rasulullah saw bersabda, Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah zuhudnya, sesungguhnya dia telah bertambah jauh dari Allah” Riwayat Ad-Dailami dari Sayyidina Ali KRMWJ.ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Semakin berilmu, semakin warak, semakin zuhud, semakin takut kepada Allah dan semakin banyak beribadat kepadanya.

3. Nampak keaiban diri: Seorang yang Allah kehendaki menjadi baik nampak kesalahan dirinya. Tidak seperti kata pepatah, Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak nampak.Rasulullah s.a.w bersabda “Seseorang itu nampak tahi mata orang lain tetapi tidak nampak unta didepan matanya.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...