Thursday, January 12, 2012

Biar Gambar Yang Berbicara

Jangan butakan mata dan pekakkan telinga




 Sampai bila? dari generasi ke generasi



 Adakah ini semua dari hasil sumbangan kita?









Ada suara menyeru supaya tidak perlu gundah gulana di atas apa yang berlaku, kerana semua sudah tertulis dan satu masa nanti yahudi akan hancur.

soalan saya, adakah kita tahu zaman yang dinantikan itu dan perlukah kita hanya berdiam diri sambil menunggu kedatangan Nabi Isa A.S dan Imam Mahdi?

Tentu ada perbezaan jika kita bertindak daripada hanya berdiam diri. Walaupun kita kalah sekalipun, perjuangan tidak harus terhenti disini, kerana Allah S.W.T melihat usaha dan kesungguhan kita.

Apa yang saya lihat selama ini, tiada satu tindakan yang konkrit dan bersepadu yang diambil oleh negara umat Islam dalam menghadapi Yahudi Zionis.

Ya, sudah tentu perpaduan sesama umat Islam menjadi punca. Mengapa kita tidak bersatu? Pada pandangan saya yang naif ini, kerana kita tidak kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan pada peringkat individu tetapi peringkat kenegaraan dan kepimpinan. Lihatlah ideologi yang dianuti oleh negara umat Islam. Semuanya menganut fahaman ciptaan manusia seperti fahaman Baath dan lain-lain.

Begitu juga Arab Saudi yang kononnya begitu menjaga persoalan Bidaah (furu), dalam persoalan ibadah sehingga merobohkan monumen sejarah dan tinggalan Nabi, tetapi amat berlembut dengan negara Kafir bahkan membenarkan pangkalan tentera asing di negara meraka yang digunakan untuk menyerang negara umat Islam.

Ini semua amat memalukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...