Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim AS, ketika mana baginda sedang dibakar oleh Namrud, seekor burung layang layang yang menyaksikan peristiwa itu lalu terus terbang mencari air dan disedutnya. Air tersebut lalu dilepaskan ke atas unggun api itu. Perbuatan burung layang-layang itu diulangnya berkali kali sehinggalah Nabi Ibrahim dikeluarkan daripada api. Perbuatan burung itu diperhatikan oleh seekor burung yang lain. Lantas burung yang kehairanan itu bertanya.
“Wahai layang layang, mengapakah kamu lakukan perbuatan siraman air tadi? Kamu sedia tahu bahawa air yang sedikit itu tidak mampu membuat apa-apa terhadap unggun api yang besar itu, bukan?”
Jawab layang layang, “ Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh aku. Aku burung yang kerdil dan upayaku pula terlalu kecil. Tapi aku mesti berusaha membantu Ibrahim. Agar di hadapan Allah kelak aku tidak akan dipertanggungjawabkan kerana tidak berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman. Aku takut dengan pembalasan Allah jika membiarkan saja kezaliman berlaku di depan mata tanpa berbuat apa-apa!”.