Susunan ZUARIDA MOHYIN dan JUANI MUNIR ABU BAKAR
ISLAM adalah agama yang damai, universal dan rahmat bagi seluruh alam. Atas dasar itu, agama Islam telah dapat diterima dengan baik di pelbagai pelosok muka bumi ini. Mulai dari benua Arab, Asia, Afrika, Amerika hingga ke Eropah.
Pada abad ke-20, Islam berkembang dengan sangat pesat di daratan Eropah. Perlahan-lahan, masyarakat di benua itu yang majoritinya beragama Kristian Katholik ini mulai menerima kehadiran Islam. Tidak hairan apabila kemudiannya, Islam menjadi salah satu agama yang mendapat perhatian serius daripada masyarakat Eropah.
Di Perancis, Islam berkembang pada akhir abad ke-19 dan awal ke-20 Masihi. Bahkan, pada 1922, telah terbina sebuah masjid yang sangat megah bernama Masjid Agung Yusuf di ibu kota Perancis, Paris. Sehingga kini, lebih daripada 1,000 masjid terbina di seluruh Perancis.
Di negara ini, Islam berkembang melalui imigran yang datang dari negeri Maghribi, Libya, Mauritania dan lainnya. Sekitar tahun 1960-an, ribuan buruh Arab berhijrah secara besar-besaran ke daratan Eropah, terutamanya di Perancis.
Pada ketika itu, jumlah penganut agama Islam di Perancis mencapai 7 juta orang. Dengan jumlah tersebut, Perancis menjadi negara dengan penganut Islam terbesar di Eropah, disusuli Jerman iaitu kira-kira 4 juta orang dan Britain sekitar 3 juta orang.
Kehadiran buruh pendatang dari Afrika dan sebahagian dari Asia, telah menjadikan agama Islam semakin berkembang pesat. Mereka telah menubuhkan komuniti serta organisasi untuk mengembangkan Islam. Secara perlahan-lahan, penduduk Perancis semakin banyak yang menerima Islam lantas mengucap syahadah.
Oleh kerana pengaruhnya yang begitu pesat, ia sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan pemerintah Perancis, lantas melarang buruh migran melakukan penyebaran agama Islam. Kerisauan ini bersandarkan alasan yang masyarakatnya akan berpecah kepada beberapa kumpulan etnik, seterusnya menimbulkan konflik dan perpecahan.
Pihak kerajaan juga telah mengetatkan kemasukan buruh-buruh luar terutamanya yang beragama Islam. Pun begitu, masyarakat Arab yang ingin berpindah ke Perancis tetap meningkat.
Pelajar muslim
Pada 1970-an, imigran Muslim kembali mendatangi negara Perancis. Kali ini, para pelajar Muslim datang untuk menuntut ilmu. Kedatangan para pelajar ini menjadi faktor penting yang mengambil peranan besar dalam mendorong penyebaran Islam dan kehidupan Islam di jantung negeri Napoleon Bonaparte itu.
Pada 1985, diselenggarakan persidangan besar Islam yang dibiayai Rabithah Alam Islami (Organisasi Islam Dunia) yang turut disertai oleh 141 negara Islam dengan keputusan mendirikan Federasi Muslim Perancis.
Peristiwa besar ini tidak luput daripada perhatian dunia, mengingat kehadiran umat Islam di salah satu negara Eropah selalu menjadi dilema bagi para pentadbir setempat, terutama yang berkaitan tenaga kerja atau buruh dan masalah sosial.
Hasil daripada pembentukan persidangan dan penubuhan lembaga Muslim itu, ia telah menyatukan sebanyak 540 buah organisasi Islam di seluruh Perancis dan melindungi 1,600 buah masjid, lembaga pendidikan Islam dan gedung-gedung milik umat Islam.
Dalam situasi sebegini, kesatuan umat Islam semakin teguh. Yang lebih menggembirakan, kebanyakan anggota lembaga ini digerakkan oleh golongan belia warga negara Perancis sendiri.
Lembaga turut berperanan aktif dalam menjayakan kegiatan keislaman di Perancis dan memberikan pengetahuan serta pendidikan tentang Islam kepada warganya.
Malah ia juga berperanan sebagai penghubung di antara umat Islam Perancis dengan pemerintah setempat atau kerajaan, terutama dalam menyuarakan kepentingan umat Islam.
Larangan berjilbab
Perancis juga terkenal sebagai sebuah negara yang pernah melarang kaum wanita menggunakan jilbab sekitar tahun 1989. Pelajar Muslimah telah diusir dari kelas dan pekerja wanita dipecat daripada pekerjaan mereka.
Namun, mereka tidak menyerah. Umat Islam Perancis mendesak kerajaan Perancis dengan aksi-aksi demonstrasi. Protes mereka turut disokong berbagai-bagai negara luar yang lain.
Akhirnya, pihak kerajaan mengeluarkan perintah pada 2 November 1992 yang membolehkan para siswi Muslimah untuk mengenakan jilbab di sekolah-sekolah negeri.
Lantas itu, kini penampilan wanita-wanita berjilbab di Perancis telah menjadi satu fenomena keislaman yang sangat kuat di negeri tersebut. Mereka bukan hanya hadir di masjid-masjid atau pusat-pusat keagamaan Islam lainnya, tetapi kelibat mereka juga kelihatan di sekolah-sekolah negeri, perguruan tinggi negeri dan tempat-tempat umum.
Masjid meningkat
Menurut satu kaji selidik yang dilakukan kelompok Muslim Perancis sehingga 2003, jumlah masjid di seluruh Perancis mencapai 1,554 buah.
Perkembangan Islam dan masjid di Perancis juga ditulis oleh seorang wartawan Perancis yang juga pakar tentang Islam, Xavier Ternisien. Dalam buku terbarunya, Ternisien menulis, di kawasan Saint Denis, sebelah utara Perancis, terdapat lebih kurang 97 masjid, sementara di selatan Perancis terdapat sebanyak 73 masjid.
Tambah Ternisien, kewujudan masjid-masjid yang banyak serta dengan kubah-kubahnya yang khas menunjukkan bahawa Islam kini makin diterima di negara itu. Islam di Perancis tidak lagi agama yang bergerak secara senyap-senyap.
Awalnya, masjid-masjid yang ada di Perancis didirikan oleh orang-orang Muslim yang berasal dari Pakistan yang bekerja di negara itu. Mereka mengubah ruangan kecil tempat makan atau bilik persalinan menjadi ruangan solat dan kadang-kadang menggunakan ruangan di asrama.
Perkembangan yang terus meningkat itu, sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran masyarakat Perancis. Maka itu, premis ibadah ini sering menjadi sasaran serangan yang berbau perkauman.
satu insiden pada 2001, di mana sebuah masjid di Perancis telah diserang secara tidak berhemah. Ia telah menjadi sasaran serangan bom molotov coktail. Ada juga masjid yang dibakar. Bentuk serangan lainnya adalah menconteng dinding-dinding masjid dan dinding rumah imam-imam masjid.
Namun, sehingga kini, belum ada organisasi hak asasi manusia atau yang berkaitan Muslim yang mempersoalkan serangan-serangan tersebut.
Sekolah
Tidak hanya masjid yang tumbuh berkembang, lembaga pendidikan Islam di negara ini turut terkena tempiasnya. Sehingga kini, sekurang-kurangnya terdapat empat sekolah Muslim swasta.
"Pemerintah belum lagi memberi kebenaran untuk kami memulakan operasi," ujar Mahmoud Awwad, penaung dan pengurus sekolah Education et Savior.
Awalnya, sebuah sekolah didirikan di Vitrerie, pinggiran selatan Paris. Kurikulumnya disesuaikan dengan kurikulum pendidikan nasional Perancis, namun ada tambahan pelajaran khusus subjek keagamaan seperti, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.
Education et Savior adalah sekolah kedua yang dibuka di Paris setelah sekolah Reussite di pinggiran Aubervilliers, utara Paris dan yang keempat di Perancis. Dua sekolah swasta Islam lainnya adalah; Ibn Rushd di Kota Lille, utara Perancis, dan Al-Kindi di Kota Lyon.
Sumber : www.utusan.com.my