Dipetik dari buku ‘Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah” – Syaikh Ibnu ‘Athaillah Al – Sukandari.Dari Imam Al-Ghazali – beberapa adab yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh orang yang sedang berdoa:
Panduan Ketika Berdoa1. Dilakukan pada saat-saat yang mulia, seperti hari ‘Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, antara dua khutbah solat Jumaat, antara azan dan iqamah dan sebagainya.
2. Dilakukan dengan penuh khidmat
3. Menghadap ke kiblat dan menadahkan kedua-dua belah tangan.
4. Merendahkan suara, sekadar dapat didengar oleh telinga sendiri.
5. Menggunakan bahasa yang sederhana atau lebih diutamakan menggunakan doa-doa yang berasal daripada Rasulullah saw, para sahabat dan tabiin.
6. Khusyuk dan merendahkan diri.
7. Meyakini bahawa doanya akan dikabulkan dan tidak merasa kecewa atau berputus asa apabila doanya belum dikabulkan.
8. Mengulang-ulangi doanya dengan penuh keyakinan.
9. Memulai doanya dengan menyebut nama Allah, memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, serta diakhiri dengan bacaan hamdalah atau kalimah yang memuji Allah.
10. Melaksanakan adab batin, yakni:
i. Bertaubat sebelum berdoa.
ii. Menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah.
iii. Makan dan minum serta berpakaian dari barang yang halal.
iv. Tidak meminta perkara-perkara yang mustahil.
v. Tidak meminta untuk mencelakakan orang lain, kecuali orang yang zalim.