Monday, September 6, 2010

Wasiat Ibnu 'Umar: Membaca al-Qur'an Di Kubur?

 

Disebutkan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah di dalam al-Mughni:


فَرَوَى جَمَاعَةٌ أَنَّ أَحْمَدَ نَهَى ضَرِيرًا أَنْ يَقْرَأَ عِنْدَ الْقَبْرِ ، وَقَالَ لَهُ : إنَّ الْقِرَاءَةَ عِنْدَ الْقَبْرِ بِدْعَةٌ . فَقَالَ لَهُ مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ الْجَوْهَرِيُّ : يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ : مَا تَقُولُ فِي مُبَشِّرٍ الْحَلَبِيِّ ؟ قَالَ : ثِقَةٌ . قَالَ : فَأَخْبَرَنِي مُبَشِّرٌ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّهُ أَوْصَى إذَا دُفِنَ يُقْرَأُ عِنْدَهُ بِفَاتِحَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا ، وَقَالَ : سَمِعْت ابْنَ عُمَرَ يُوصِي بِذَلِكَ . قَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ : فَارْجِعْ فَقُلْ لِلرَّجُلِ يَقْرَأُ


Terjemahan: Diriwayatkan dari ramai orang bahawasanya Ahmad (Imam Ahmad) melarang orang buta membaca al-Qur'an di perkuburan, dan beliau berkata:

Sesungguhnya membaca al-Qur'an di perkuburan adalah bid'ah.

Lalu Muhammad B. Qudamah al-Jauhari berkata: Wahai Abu 'Abdillah (Imam Ahmad), bagaimana pendapatmu tentang Mubasysyir al-Halabi?

Beliau menjawab: Tsiqah (Terpercaya) . Ia berkata lagi: Mubasysyir mengkhabarkan kepadaku dari ayahnya, bahawa beliau berwasiat supaya setelah jenzahnya dikebumikan (dikuburkan) , supaya dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah di kuburnya di kuburnya, dan beliau berkata:

Aku mendengar Ibnu 'Umar mewasiatkan perkara sedemikian.

Ahmad B. Hanbal lalu berkata: Kembalilah, dan katakan kepada orang itu supaya membacanya. (Rujuk: Ibnu Qudamah, al-Mughni, 5/78)

Disebutkan oleh Ibnul Qayyim di dalam ar-Ruuh (sebuah kitab yang masih menjadi perbahasan sama ada ianya benar tulisan Ibnul Qayyim atau pun bukan):

قال الخلال وأخبرني الحسن بن أحمد الوراق حدثنى على بن موسى الحداد وكان صدوقا قال كنت مع أحمد بن حنبل ومحمد بن قدامة الجوهرى في جنازة فلما دفن الميت جلس رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد يا هذا إن القراءة عند القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد بن حنبل يا أبا عبد الله ما تقول في مبشر الحلبي قال ثقة قال كتبت عنه شيئا قال نعم فأخبرني مبشر عن عبد الرحمن بن العلاء اللجلاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة وخاتمتها وقال سمعت ابن عمر يوصي بذلك فقال له أحمد فارجع وقل للرجل يقرأ

Terjemahan: al-Khalal berkata: al-Hasan B. Ahmad al-Warraq memberitahuku bahawa 'Ali B. Musa al-Haddad (seorang yang Shaduq) memberitahu kami, beliau berkata:

Aku pernah bersama Ahmad B. Hanbal dan Muhammad B. Qudamah al-Jauhari ketika menghadiri seorang jenazah. Setelah jenazah itu selesai dimakamkan, ada seorang buta yang duduk dan membaca al-Qur'an di kuburan tersebut. Maka Ahmab pun berkata kepadanya:

Wahai saudara, sesungguhnya membaca al-Qur'an di perkuburan adalah bid'ah.

Setelah kami keluar dari perkuburan, Muhammad B. Qudamah berkata kepada Ahmad B. Hanbal:

Wahai Abu 'Abdillah, bagaimana pendapatmu tentang Mubasysyir al-Halabi? Ahmad menjawab: Tsiqah (Terpercaya) . Beliau bertanya lagi: Adakah engkau menulis berita darinya? Ahmad menjawab: Ya. Maka Muhammad B. Qudamah al-Jauhari pun berkata:

Mubasysyir telah mengkhabarkan kepadaku dari 'Abdurrahman B. Al-Ala' B. Lajlaj dari ayahnya bahawa dia pernah berwasiat supaya setelah jenazahnya dikebumikan (dikuburkan) , supaya dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat akhir surah al-Baqarah di kepalanya, dan beliau berkata:

Aku mendengar Ibnu 'Umar mewasiatkan perkara sedemikian.

Ahmad B. Hanbal lalu berkata: Kembalilah, dan katakan kepada orang itu supaya membacanya. (Ibnul Qayyim, ar-Ruuh, 1/10)

Penjelasan:

Syaikh al-Albani rahimahullah:

الاول: إن في ثبوت هذه القصة عن أحمد نظر، لان شيخ الحلال الحسن بن أحمد الوراق لم أجد ترجمة فيما عندي الان من كتب الرجال، وكذلك شيخه علي بن موسى الحداد لم أعرفه، وإن قيل في هذا السند أنه كان صدوقا، فإن الظاهر أن القائل هو الوارق هذا، وقد عرفت حاله

1 – Berkenaan penisbahan dan kebenaran kisah ini berasal daripada Imam Ahmad masih perlu dikaji semula kerana Syaikh al-Khallal al-Hasan B. Ahmad al-Warraq tidak pernah aku temui biografinya dalam manuskrip yang aku miliki sekarang ini dari kitab-kitab berkenaan perawi hadis. Demikian juga dengan Syaikhnya, 'Ali B. Musa al-Haddad, juga tidak aku kenali. Jika di dalam sanad ini beliau disebut sebagai seorang yang Shaduq, maka secara lahiriyah yang dapat dilihat adalah bahawa yang mengatakan adalah al-Warraq. Kita sendiri telah mengetahui keadaannya.

الثاني، إنه إن ثبت ذلك عنه فإنه أخص مما رواه أبو داود عنه، وينتج من الجمع بين الروايتين عنه أن مذهبه كراهة القراءة عند القبر إلا عند الدفن

2 – Sekiranya perkara tersebut ditegaskan oleh Imam Ahmad, maka perkara tersebut merupakan riwayat yang paling khusus dari apa-apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud darinya. Dari penggabungan di antara dua riwayat darinya menghasilkan bahawa mazhabnya (pendapatnya) memakruhkan (membenci) perbuatan membaca al-Qur'an di perkuburan melainkan pada ketika pemakaman (pengkebumian) .

الثالث: أن السند بهذا الاثر لا يصح عن ابن عمر، ولو فرض ثبوته عن أحمد، وذلك لان عبد الرحمن ابن العلاء بن اللجلاج معدود في المجهولين، كما يشعر بذلك قول الذهبي في ترجمته من (الميزان): (ما روي عنه سوى مبشر هذا)، ومن طريقة رواه ابن عساكر (13 / 399 / 2) وأما توثيق ابن حيان إياه فمما لا يعتد به لما اشهر به من التساهل في التوثيق، ولذلك لم يعرج عليه الحافظ في (التقريب) حين قال في المترجم: (مقبول) يعني عند المتابعة وإلا فلين الحديث كما نص عليه في المقدمة، ومما يؤيد ما ذكرنا أن الترمذي مع تساهله في التحسين لما أخرج له حديثا آخر (2 / 128) وليس له عنده سكت عليه ولم يحسنه

3 – Penyandaran atsar ini pada Ibnu 'Umar adalah tidak sahih walaupun sekiranya datangnya dari Imam Ahmad telah pasti. Kerana, 'Abdurrahman B. al-Ala' B. Lajlaj termasuk di dalam golongan orang-orang yang tidak dikenali, sebagaimana yang dapat dilihat dari pernyataan adz-Dzahabi di dalam kitab biografinya, al-Mizaan:

Tidak ada yang meriwayatkan darinya ('Abdurrahman B. Al-Ala'), kecuali Mubasysyir al-Halabi. Dari jalannya diriwayatkan oleh Ibnu 'Asakir.

lace w:st="on"Ada lace pun penilaian tsiqah yang diberikan oleh Ibnu Hibban kepadanya, ini merupakan suatu yang tidak boleh dijadikan sebagai pegangan, ini disebabkan Ibnu Hibban yang diketahui sikapnya yang suka secara mudah dalam meletakkan penilaian tsiqah. Oleh kerana itu, al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Kitab at-Taqrib tidak memihak kepadanya (Ibnu Hibban) di ketika beliau (Ibnu Hajar) menjelaskan tentang biografi 'Abdurrahman al-Ala'. Beliau menyatakan: Maqbul, iaitu sekiranya disertakan perawi lain dan jika tidak, maka ia berhadis layyin, sebagaimana yang telah disampaikan di dalam muqaddimah.

Yang memperkuatkan apa yang kami sampaikan di atas adalah bahawa at-Tirmidzi dengan sikapnya yang terkenal meletakkan penilaian hasan, pada ketika beliau meriwayatkan satu hadis lain milik 'Abdurrahman al-Ala', yang beliau hanya memiliki satu hadis (darinya), beliau bersikap diam dan tidak menilainya sebagai hasan.

الرابع: أنه لو ثبت سنده كل عن ابن عمر، فهو موقوف لم يرفعه إلى النبي صلى الله عليه وسلم فلا حجة فيه أصلا

4 – Sekiranya sanadnya dinisbahkan dari Ibnu 'Umar, maka disini dapat kita fahami bahawa riwayat ini adalah mauquf (terhenti) dan tidak dimarfu'kan (tidak dapat disandarkan) kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sehingga tidak dapat dijadikan sebagai hujjah.

ومثل هذا الاثر ما ذكره ابن القيم أيضا (ص 14): (وذكر الحلال عن الشعبي قال: كانت الانصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرؤون القرآن). فنحن في شك من ثبوت ذلك عن الشعبي بهذا اللفظ خاصة، فقد رأيت السيوطي قد أورده في (شرح الصدور) (ص 15) بلفظ: (كانت الانصار يقرؤون عند الميت سورة البقرة). قال: (رواه ابن أبي شيبة والمروزي) أورده في (باب ما يقول الانسان في مرض الموت، وما يقرأ عنده). ثم رأيته في (المصنف) لابن أبى شيبة (4 / 74) وترجم له بقوله: (باب ما يقال عند المريض إذا حضر) ". فتبين أن في سنده مجالدا وهو ابن سعيد قال الحافظ في (التقريب): (ليس بالقوي، وقد تغيير في آخر عمره). فظهر بهذا أن الاثر ليس في القراءة عند القبر بل عند الاحتضار، ثم هو على ذلك ضعيف الاسناد

Atsar yang seumpama di atas adalah apa yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim di halaman seterusnya:

Al-Khallal menyebutkan dari asy-Sya'bi, dia bercerita: Orang-orang Anshar, jika berlaku kematian di antara mereka, maka mereka pulang pergi ke perkuburan untuk membaca al-Qur'an.

Mengenai atsar ini, kami masih benar-benar ragu mengenai kebenarannya dari asy-Sya'bi, khususnya dengan lafaz seperti ini, kerana aku pernah menyaksikan juga as-Suyuti telah menyebutkannya di dalam Kitab Syarhush Shuduur dengan lafaz:

Kaum Anshar biasa membacakan surah al-Baqarah berdekatan jenazah. Beliau berkata:

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan al-Mawardzi. Atsar ini beliau sebutkan di dalam Bab: Maa Yaquulu al-Insaan fii Maradhi al-Maut wa Maa Yuqra'u Indahu (Apa yang diperkatakan oleh Manusia di ketika menghadapi Maut dan apa yang dibacakan ke atasnya).

Kemudian, aku juga mendapatinya di dalam Kitab al-Mushannaf karya Ibnu Abi Syaibah. Di dalamnya tertulis biografinya melalui ucapannya Bab: Ma Yaquulu 'Inda al-Mariidh Idza Hadhara.

Dengan demikian, dapat dilihat dengan jelas bahawa di dalam sanadnya terdapat (perawi bernama) Mujalid, iaitu Ibnu Sa'id, di mana al-Hafiz (Ibnu Hajar al-'Asqalani) di dalam kitab at-Taqrib berkata:

Dia bukan seorang yang kuat (hafalan/ingatan) , yang di akhir hayatnya dia mengalami nyanyuk.

Dengan demikian, jelaslah bahawa atsar ini bukanlah berkenaan bacaan al-Qur'an di perkuburan, tetapi di ketika sakaratul maut. Lebih-lebih lagi, atsar ini bersanad dhaif (lemah). (Rujuk: Syaikh al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 192-193)

Imam al-Subki rahimahullah pula menjelaskan:

وَاَمَّا مَا يَرْوِيْ عَنِ بْنِ عُمَرَ اَنَّهُ اُوْصِيَ بِقِرَاءَ ةِ الْفَاتِحَةِ وَخَوَاتِمَ الْبَقَرَةِ عَلَى قَبْرِهِ فَهُوَ اَثَرٌ شَاذٌ لَمْ يَصِحْ سَنَدُهُ وَلَمْ يُوَافِقهُ عَلَيْهِ اَحَدٌ مِنَ الصَّحَابَةِ.

Terjemahan: Dan apa yang telah diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawasanya beliau mewasiatkan agar dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah di atas kuburnya, maka itu adalah atsar yang Syadz (ganjil) dan tidak sahih pula sanadnya. Dan tidak pernah dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang sahabat. (Rujuk: Tajuddin al-Subki, Takmilah Syarah al-Muhazzab, 10/429)

Seorang ulama Mesir, Syaikh Muhammad B. Ahmad Abdus Salam melalui tulisannya, beliau menyatakan:

Dilarang membaca ayat-ayat al-Qur'an kepada ahli kubur. Sebuah khabar (atsar) yang diriwayatkan dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu yang menceritakan bahawa beliau (Ibnu 'Umar) pernah berwasiat, sekiranya beliau telah meninggal dunia, supaya dibacakan Surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari Surah al-Baqarah di atas kuburnya. (Bahawasanya) Atsar tersebut darjatnya adalah Syazd (ganjil), sanadnya tidak sahih. Dan tidak seorang pun di antara para sahabat yang mengakuinya.

Begitu juga dengan riwayat-riwayat tentang membaca Surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naas, at-Takatsur, al-Kafiruun, dan menghadiahkannya kepada ahli kubur adalah palsu. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan perkataan-perkataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan perbuatan para sahabatnya. (Rujuk: Muhammad B. Ahmad Abdus Salam, Hukumul Qiraati lil Amwati Hal Yashilu Tsawabuha Ilaihim (Edisi Terjemahan: Hukum Membaca al-Qur'an Untuk Orang Mati Sampaikah Pahalanya Kepada Mereka?) Tahqiq Syaikh Mahmud Mahdi al-Istabuli, m/s. 43, Media Da'wah)

1 – Secara Ringkas Berkenaan Hukum Membaca al-Qur'an Di Kubur:

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani menjelaskan:

وأما قراءة القرآن عند زيارتها، فمما لا أصل له في السنة، بل الاحاديث المذكورة في المسألة السابقة تشعر بعدم مشروعيتها، إذ لو كانت مشروعة، لفعلها رسول الله (ص) وعلمها أصحابه، لا سيما وقد سألته عائشة رضي الله عنها - وهي من أحب الناس إليه (ص) - عما تقول إذا زارت القبور؟ فعلمها السلام والدعاء.
ولم يعلمها أن تقرأ الفاتحة أو غيرها من القرآن، فلو أن القراءة كانت مشروعة لما كتم ذلك عنها، كيف وتأخير البيان عن وقت الحاجة لا يجوز كما تقرر في علم الاصول، فكيف بالكتمان، ولو أنه (ص) علمهم شيئا من ذلك لنقل إلينا، فإذ لم ينقل بالسند الثابت دل على أنه لم يقع
.

Terjemahan: Berkenaan perbuatan membaca al-Qur'an ketika menziarahi perkuburan, sama sekali tidak memiliki asas hukum daripada as-Sunnah, malah hadis-hadis yang disebutkan pada perbahasan terdahulu menunjukkan tidak adanya pensyari'atan perkara tersebut. Oleh sebab itu, jika bacaan al-Qur'an di perkuburan itu sememangnya disyari'atkan, sudah tentu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi kuburan untuk mengamalkannya dan mengajarkan kepada para sahabatnya. Lebih-lebih lagi, beliau pernah ditanya oleh 'Aisyah radhiyallahu 'anha mengenai apa yang perlu diucapkan di ketika menziarahi kubur. Kemudian beliau (Shallallahu 'alaihi wa Sallam) mengajarkan kepadanya ('Aisyah) salam dan doa, dan tidak pula mengajarkan supaya membaca al-Fatihah atau surah-surah lain dari al-Qur'an. Sekiranya bacaan al-Qur'an di kubur itu disyari'atkan, sudah tentu beliau tidak akan pernah menyembunyikan perkara tersebut dari 'Aisyah. Tidak mungkin perkara tersebut berlaku, di mana Rasulullah tidak mungkin menyembunyikan ilmu. Dan perbuatan menangguhkan sesebuah penjelasan dari waktu yang diperlukan adalah suatu yang tidak diperbolehkan berdasarkan kaedah ilmu Ushul Fiqh. Sekiranya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengajarkan perkara tersebut (membaca al-Qur'an di kubur), nescaya ianya akan sampai kepada kita riwayatnya. Jika tidak ada sebarang nukilan kepada kita dengan sanad yang benar dan pasti, bererti di sini menunjukkan bahawa perkara tersebut tidak pernah terjadi. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 191)

2 – Dalil-dalilnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Terjemahan: Dari Abu Hurairah (radhiyallahu 'anhu): Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai perkuburan kerana sesungguhnya Syaitan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah al-Baqarah. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 4/182, no. 1300)

عَنْ ابْنِ عُمَرَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

Terjemahan: Dari Ibnu 'Umar (radhiyallahu 'anhu): Solatlah kamu dirumah kamu dan janganlah kamu menjadikannya sebagai perkuburan. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 4/179, no. 1297)

عَنْ ابْنِ عُمَرَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلَاتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

Terjemahan: Dari Ibnu 'Umar (radhiyallahu 'anhu): Laksanakanlah solat-solat kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu menjadikannya seperti perkuburan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2/210, no. 414)

Imam al-Bukhari meletakkan di dalam:

بَاب كَرَاهِيَةِ الصَّلَاةِ فِي الْمَقَابِرِ

Bab: Dibencinya solat di perkuburan.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كُلُّ الْأَرْضِ مَسْجِدٌ وَطَهُورٌ إِلَّا الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ

Terjemahan: Dari Abi Sa'id (al-Khudri): Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Bumi ini seluruhnya adalah masjid, melainkan perkuburan dan tempat mandi (bilik air/tandas). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad. Tahqiq Syaikh Shu'aib al-Arnauth, no. 11784: Hadis ini Sahih)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسْجِدًا قَالَتْ وَلَوْلَا ذَلِكَ لَأَبْرَزُوا قَبْرَهُ غَيْرَ أَنِّي أَخْشَى أَنْ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا

Terjemahan: Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha beliau berkata: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau dalam keadaan sakit sambil berbaring: Semoga laknat Allah ke atas orang-orang Yahudi dan Nashrani yang menjadikan perkuburan para Nabi mereka sebagai tempat beribadah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/99, no. 1244. Juga: 5/190, no. 1310)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ

Terjemahan: Dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya jika salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api sehingga terbakar pakaiannya lalu membusi kulitnya, sebenarnya itu adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur. (Hadis Riwayat Muslim, 5/93, no. 1612)

بَاب النَّهْيِ عَنْ الْجُلُوسِ عَلَى الْقَبْرِ وَالصَّلَاةِ عَلَيْهِ

Bab: Larangan duduk-duduk di atas kubur dan bersolat di atasnya.

Demikian sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perkuburan bukanlah sebagai tempat untuk beribadah, tempat bersantai, dan bukan juga sebagai tempat yang tepat untuk membaca al-Qur'an. Tetapi sebaliknya, apa yang ditunjukkan dari dalil-dalil tersebut adalah supaya kita melaksanakan aktiviti ibadah seperti solat dan membaca al-Qur'an di masjid-masjid dan di rumah.

3 – Pegangan Para Ulama Yang Menepati Sunnah Dalam Hal Ini:

ولذلك كان مذهب جمهور السلف كأبي حنيفة ومالك وغيرهم كراهة للقراءة عند القبور، وهو قول الامام أحمد فقال أبو داود في مسائله

(سمعت أحمد سئل عن القراءة عند القبر؟ فقال: لا)

Terjemahan: Dan dari itu, yang menjadi mazhab jumhur ulama Salaf (terdahulu), seperti Abu Hanifah, Malik, dan selainnya menunjukkan makruhnya (dibenci) membaca al-Qur'an di perkuburan.

Begitu juga yang menjadi pegangan Imam Ahmad di dalam Kitab al-Masaa'il (m/s. 158) oleh Abu Daud: Aku pernah mendengar Ahmad ditanya berkenaan bacaan al-Qur'an di perkuburan, maka beliau menjawab: Tidak boleh. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 191)

Ibnu Hajar Al-Haitami rahimahullah berkata:

الْمَيِّتُ لَا يُقْرَأُ عليه مَبْنِيٌّ على ما أَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُونَ

Terjemahan: “Mayat tidak boleh dibacakan al-Qur’an ke atasnya sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu (mutaqoddimun) . (Rujuk: Ibnu Hajar al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, 2/26.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

ولا يحفظ عن الشافعي نفسه في هذه المسألة كلام، وذلك لان ذلك كان عنده بدعة، وقال مالك: ما عملت أحدا يفعل ذلك، فعلم أن الصحابة، والتابعين ما كانوا يفعلونه

Terjemahan: Dan tidak ada daripada asy-Syafi’i sendiri perkataan beliau berkenaan masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahawa (membaca al-Qur'an di perkuburan) menurut beliau adalah bid'ah. Imam Malik berkata: Tidak aku dapati seorang pun daripada para sahabat dan tabi’in yang melakukan perkara tersebut. (Rujuk: Ibnu Taimiyah, Iqtidhaa ash-Shiratil Mustaqim Mukhaalafata ashabil Jahiim, m/s. 182)

والقراءة على الميت بعد موته بدعة

Terjemahan: Dan perbuatan membaca al-Qur'an disebabkan setelah kematian seseorang itu adalah bid'ah. (Ibnu Taimiyah, al-Ikihtiyaaraat al-'Ilmiyah, m/s. 53)

Imam Ibnu Rejab al-Hanbali berkata:

قال ابن عَبْد البر : الوثن الصنم . يقول : لا تجعل قبري صنما يصلى إليه ، ويسجد نحوه ، ويعبد ، فقد اشتد غضب الله على من فعل ذلك ، وكان رسول الله ( يحذر أصحابه وسائر أمته من سوء صنيع الأمم قبلهم الذين صلوا في قبور أنبيائهم ، واتخذوها قبلة ومسجدا ، كما صنعت الوثنية بالأوثان التي كانوا يسجدون إليها ويعظمونها ، وذلك الشرك الأكبر ، وكان رسول الله ( يخبرهم بما في ذلك من سخط الله وغضبه ، وانه مما لا يرضاه ؛ خشية عليهم من امتثال طرقهم ، وكان رسول الله ( يحب مخالفة أهل الكتاب وسائر الكفار ، وكان يخاف على أمته اتباعهم ، ألا ترى إلى قوله ( على جهة التعيير والتوبيخ : ( ( لتتبعن سنن الذين كانوا قبلكم حذو النعل بالنعل ، حتى إن أحدهم لو دخل حجر ضب لدخلتموه ) )

Terjemahan: Berkata Ibnu 'Abdil Barr: al-Watsan itu maknanya patung. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai patung/berhala yang menjadi kiblat solat, tempat bersujud, juga tempat beribadah”. Dan Allah sangat murka kepada orang yang melakukan perkara tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah memperingatkan para sahabat dan seluruh umatnya tentang perbuatan buruk umat-umat terdahulu, kerana mereka solat menghadap perkuburan para Nabi mereka serta menjadikannya sebagai kiblat dan masjid. Sebagaimana penyembah berhala yang menjadikan berhala sebagai objek sembahan yang diagungkan. Perbuatan tersebut merupakan syirik akhbar (besar). Dan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah memberitahu bahawa perbuatan tersebut mengundang kemurkaan dan kemarahan Allah Ta’ala dan Dia tidak akan pernah meredhainya. Perkara tersebut disampaikan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam disebabkan beliau bimbiang umatnya akan meniru perbuatan mereka. Dan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam senantiasa memperingatkan umatnya agar tidak menyerupai Ahli Kitab dan orang-orang kafir. Dan beliau juga bimbang jika umatnya akan mengikuti jejak mereka. Tidakkah engkau mengetahui sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengungkapkan celaan dan kemarahan: “Sungguh kamu akan mengikuti jejak-jejak orang sebelum kamu selangkah demi selangkah; sehingga salah seorang daripada mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan mengikutinya.” (Rujuk: Ibnu Rejab al-Hanbali, Fathul Bari, 2/441)

Terdapat perkataan Seorang tokoh Nusantara:

Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan dengan tegas bahawa al-Qur’an ini menjadi peringatan untuk orang-orang yang hidup, dan ayat ini terdapat di dalam surah Yasin. Tetapi masih terdapat saudara-saudara kita membacakan surah Yasin ini di hadapan orang-orang yang mati. Subhanallah! Kejahilan apakah ini namanya? (Rujuk: Abdul Hakim B. Amir Abdat, al-Masaa-il: Masalah-Masalah Agama, jilid 1, m/s. 302)

4 – Memahami tujuan sebenar ziarah Ke Kubur:

Pertama:

انتفاع الزائر بذكر الموت والموتى، وأن مآلهم إما إلى جنة وإما إلى نار وهو الغرض الاول من الزيارة

Terjemahan: Orang yang berziarah dapat mengambil manfaat dengan mengingati kematian orang-orang yang telah meninggal dunia dan bahawasanya tempat kembali mereka hanya Syurga atau Neraka. Demikianlah tujuan pertama menziarahi kubur. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 188, Maktabah Syamilah)

Di antara lain, daripada hadis-hadis di atas (Sila merujuk ke artikel: Sunnah Di Dalam Persoalan Ziarah Kubur

1 - Mengingati akhirat,
2 - di dalamnya terdapat 'ibrah (pelajaran), dan
3 – dapat melembutkan hati.

Kedua:

نفع الميت والاحسان إليه بالسلام عليه، والدعاء والاستغفار له، وهذا خاص بالمسلم ) dapat kita fahami bahawa menziarahi adalah bertujuan:

Terjemahan: Memberikan manfaat kepada si jenazah (si mati) sekaligus sebagai bentuk perbuatan baik kepadanya dengan memberi salam, mendoakannya, dan memohon keampunan baginya. Yang demikian itu khusus bagi Muslim sahaja. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 189, Maktabah Syamilah)

Demikianlah tujuan ziarah ke perkuburan. Bukannya untuk beribadah seperti solat, mengambil berkah, atau membacakan al-Qur'an.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...