Monday, February 28, 2011

Hakikat al-Isti`azah

 

 "أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ        Perlu disebut di sini bahawa ungkapan al-Isti`azah (A'uzubillahi mina al-syaitani al-rajiim) bukanlah ayat al-Quran, bahkan ia hanyalah lafaz yang diajar oleh Jibrail kepada Nabi s.a.w. untuk dibaca sebelum membaca al-Quran. Oleh itu ia adalah lafaz yang mulia yang suci dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT seperti yang diakui dalam firman-Nya :-

(فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ-النحل/98
Terjemahannya:-   
“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.”.

Lafaz al-Isti`azah tersebut adalah lafaz yang diakui oleh Jumhur Ulama kerana ia bertepatan dengan lafaz yang disuruh oleh Allah SWT dalam ayat di atas. Abdullah bin Mas`ud meriwayatkan bahawa beliau pernah membaca al-Isti`azah di hadapan Baginda s.a.w. dengan lafaz :-

"أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ"
Terjemahannya:-   
“Aku berlindung dengan Allah yang maha mendengar lagi mengetahui daripada syaitan yang direjam”.

Namun beliau telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w. dengan bersabda :-

" يَا ابْنَ أُمِّ عَبْدٍ : أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ،
هَكَذَا أَقْرَأَنِي جِبْرِيلُ عَنِ اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ عَنِ الْقَلَمِ
"
Terjemahannya:-   
“Wahai anak ibu seorang hamba (Allah): Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Beginilah Jibrail membacanya kepada ku daru Luh Mahfuz seperti yang tertulis”.

Namun adalah tidak salah untuk membaca seperti yang dilakukan oleh Abdullah bin Mas`ud tadi, kerana Abu Sa`id al-Khudri meriwayatkan bahawa baginda pernah membaca sedemikian dalam solat malamnya.

Selain itu, perlu disebut juga bahawa al-Isti`azah hendaklah di baca di awal atau permulaan membaca al-Quran, iaitu sebelum lafaz AL-BASMALAH. Oleh kerana kepentingannya sesetengah mufassirin mengatakan ia adalah fardhu. Sesiapa yang lupa membaca al-Isti`azah dan kemudian mengingatinya, dia perlu berhenti daripada meneruskan bacaan al-Quran dan perlu memulakan bacaan dari awal sekali lagi. Pendapat ini mengikut sanad ahli Hijaz dan Iraq. Tetapi mengikut sanad ahli Syam dan Mesir adalah memadai berhenti seketika untuk membaca al-Isti`azah dan selepas itu menyambung kembali bacaan tadi (tanpa perlu mengulang).

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...